Ikuti Blog ini

Terbaru.Wardina Dikecam Hebat!!


Semuanya bermula apabila Wardina telah mengulang kenyataan yang dibuat oleh salah seorang peminatnya di laman Twitter berkenaan isu Yuran PIBG yang dikatakan agak mahal. Namun kenyataan yang di "retweet" oleh Wardina telah mendapat respon negatif dari kebanyakan pelayar Twitter termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Saudara Khairy Jamaluddin.

Artis yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tersebut juga dilihat telah mempersoalkan sama ada anak-anak Menteri didalam negara bersekolah di sekolah kerajaan. Kenyataannya itu segera dibidas oleh anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyidin yang menyatakan beliau serta adik beradiknya semua bersekolah di sekolah kerajaan.

Ini menyebabkan Wardina bertanyakan sokongan peminatnya dan segera menyeru supaya semua anak Menteri wajib masuk ke sekolah kerajaan dan Universiti tempatan.


Kenyataan artis ini juga telah menjadi bahan utama blog-blog penyokong kerajaan untuk mengkritiknya. Blog empayar-pemuda.blogspot.com menyifatkan tindakan Wardina itu adalah signal untuk artis berkenaan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang. Beliau turut mempersoalkan tindakan Wardina yang sering mengeluarkan kenyataan yang sering menghentam kerajaan.

Manakala blog yuseriyusoff.blogspot.com pula menyindir Wardina dan menasihatkan personaliti berkenaan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat kenyataan yang bersifat provokasi terhadap pihak-pihak kerajaan. Penulis tersebut juga mengingatkan Wardina agar berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan.


Sebelum ini, Wardina juga pernah dikritik hebat didalam blog-blog politik apabila gambarnya didalam satu program ceramah Pakatan Rakyat tersebar di internet. Akibatnya, artis tersebut terpaksa "bercuti" selama hampir 2 minggu dari ke udara di rangkaian televisyen tempatan. 

Utaranews..

KJ kena perli dengan Anwar camtu jaa dalam Parlimen..

‘Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam kabinet’

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berbohong’ dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.

“Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion,” kata Khairy.

Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.
Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.

Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.
Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar “berbohong” dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.

Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.
“Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet,” katanya.

Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.

Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.
“Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai,” katanya.

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia  yang menetap di negara itu sempena majlis  Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

najib private jet 020911Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya. -M'kini

60 tahun pengalaman Kelantan

Oleh Wan Nik Wan Yussof
TAHUN ini merupakan ulang tahun ke-60 Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sejarah penubuhannya dicatatkan Funston (1980) ialah bermula dengan penubuhan Persatuan Ulama Malaya tahun 1951.

Diikuti dengan Persatuan Islam Se-Malaya berikutan para pemimpinnya melalui proses saringan liku-liku perjuangan menerusi parti kebangsaan (bersama Umno), reformis agama (menggerakkan Hisbul Muslimin) dan mirip sosialis (mantan Parti Kebangsaan Melayu Malaya).

Selepas itu PAS telah berkembang sebagai parti kebangsaan Islam menuntut kemerdekaan dan seterusnya menyertai pilihan raya 1955 dan menguasai kerajaan di Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.

Sejarah bertapak dan berkembangnya PAS di Kelantan telah dicatat oleh Amaluddin Darus (1977) adalah hasil daripada majlis pe nerangan di surau-surau dan menemui guru-guru agama di pusat pengajian pondok sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah. Hasilnya, cawa ngan PAS pertama berjaya ditubuhkan ialah di Pasir Mas pada Julai 1953. Enam tahun selepas itu, iaitu PAS di Kelantan berkongsi dengan PAS di Terengganu telah mencapai kemenangan sulung pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.

Ia merupakan kemenangan fasa pertama PAS di Kelantan yang bertahan selama 12 tahun, sebelum bersama Kerajaan Campuran tahun 1971 dan menyertai Barisan Nasional mulai tahun 1974 sehingga “didaruratkan” dan tewas dalam pilihan raya khas pada Mac 1978.

Sebenarnya, saat kemenangan PAS di Kelantan adalah berbeza dengan di Terengganu. Tatkala PAS di Terengganu hanya bertahan 1959 sehingga 1961 sahaja.

Menurut Mohd Asri (1993) Kecundang di Terenggani disebabkan tindakan undi tidak percaya pihak Umno setelah Adun PAS menyertai Umno tahun 1961. Hal ini tidak berlaku di Kelantan, meskipun ada usaha Umno pada 1968 yang dikenali dengan rancangan turn aboutabout turn. Namun ia gagal kerana tidak berlaku Adun PAS yang menyokong usul undi tidak percaya dari pihak Umno.

Ia membuktikan wakil rakyat PAS di Ke lantan mempunyai ke utuhan yang jitu terhadap perjua ngan parti. Nilai keutuhan ini masih kekal ke hari ini.

Justeru, mengimbau sejarah itu, pilihan raya 1959 PAS di Kelantan menyaksikan kemenangan 28 daripada 30 kerusi Dun. Bermulalah pemerintahan PAS di Kelantan.

Justeru, menurut Badlihisham (1999) ia membuktikan PAS telah menjadi parti dominan di Kelantan sehingga kini. Meskipun sebelum 1990, PAS melalui fasa kekalahan sebelum bangkit semula dan terus mantap sampai kini berusia 60 tahun.

Berasaskan nilai keutuhan ini, rancangan Umno untuk menggulingkan peme rintahan PAS di Kelantan terus hidup setiap kali pilihan raya. Ia bermula dengan konspirasi perintah darurat pada 8 November 1977. Sehinggalah pada Mac 1978 Umno yang bersekongkol dengan Berjasa telah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Berakhirlah fasa pertama kerajaan PAS di Kelantan.

Namun, selepas pergolakan Umno tahun 1987 telah menyebabkan tertubuhnya parti Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh dan kemudian ditubuhkan pula kerjasama parti pembangkang Melayu dinamai Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan).

Melalui kerjasama ini, PAS bersama-sama Angkatan ber jaya dalam pilihan raya umum 1990 kembali semula berkuasa di Kelantan dengan memenangi kesemua 39 kerusi yang dipertandingkan.
Hasil kemenangan itu, PAS memasuki fasa kedua kemenangan dengan mendapat mandat penuh rakyat memerintah Kelantan.

Kini, dalam usia 60 tahun, PAS di Kelantan pula mencapai usia 58 (sejak 1953-2011). Satu seumur yang sudah mencapai edah usia emas.

Sewajarnya PAS di Kelantan berjaya melahir ramai tokoh pemimpin dan perjuang Islam terulung di Malaysia.
Bermula dengan Amaludin Darus (1960-an) sebagai pengasas, diikuti dengan Mohd Asri Muda (1970 dan 1980-an) dan kini yang terulung ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (sejak 1990-2011) mantan Ketua Ulama Pusat dan kini Al-Mursyidul Am.

Justeru menelusuri nama- nama terulung itu, ki ni PAS berjaya melalui kerja sama politik daripada Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional (1970-an), Angkatan Perpaduan Ummah (1990-an), Barisana Alternatif (1999-2008) dan kerjasama Pakatan Rakyat yang diasaskan selepas memenangi pilihan raya Mac 2008. Laiku-liku Pakatan Rakyat adalah lebih mencabar, lebih-lebih lagi bagi PAS di Kelantan.

Pengalaman fasa kedua PAS di Kelantan adalah sarat dengan peristiwa “berkerajaan” dengan penuh men cabar. Ia cukup mematangkan nilai perjuangan Islam dibawa dan dipersembahkan secara Kerajaan Negeri.
Bergerak dengan tema Membangun Bersama Islam, sudah membuktikan kemantapan sokongan rakyat Kelantan begitu komited mahukan Islam menjadi teras politik. Ia serasi dengan jolokan Negeri Serambi Mekah.

Maka PAS di Kelantan terus utuh “mencipta kemenangan dan menerajui perubahan” yang boleh dikongsi bersama oleh semua PAS di negeri-negeri lain. Kini, sudah 21 tahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar yang terus segar mengulungkan seri perjuangan dengan rupa dan bau harmoni. Harapannya, pasca 60 tahun PAS ini, Kelantan kekal utuh dengan sistem politik

Pesuruhjaya PAS Selangor Pertikai Tindakan JAIS Tahan Bob Lokman

Berikutan penahanan artis popular Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ketika memberi tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat mengundang reaksi pelbagai pihak.

Antaranya Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini.

Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.

"Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekiranya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu.

"Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah.

"Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya.

Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat.

"Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat,"
jelasnya.

Usaha TVSelangor bagi menghubungi JAIS untuk mendapatkan reaksi mereka masih belum berhasil.

Sebelum ini, Pengarah JAIS, Tuan Haji Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik di masjid sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik.

Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau haruslah dibuat dipekarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.

"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan diluar pekarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politi, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik," jelas Marzuki.

Susulan daripada itu, pihak JAIS tidak akan memperbaharui tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihaknya. 



Pemuda Umno DIHAMBAT Di Segamat Malam Tadi

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin ramai orang membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.


Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.


Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

Antara kumpulan penyokong, Unit Amal dan SAMM yang mengepung kumpulan mat rempit ini. 

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.


Warga Segamat yang hadir pada malam tadi.


Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.


Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.



Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat. -Sumber

MARI BACA!!! Bob Lokman taji Pegawai JAIS-"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer..."

Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).

seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!! -Teratakkampungku

Saling percaya kunci ikatan persahabatan


http://yolokow.com/wp-content/uploads/2011/08/tuan-guru-nik-abdul-aziz.jpgOleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

DALAM Surah An-Nur ayat 61 menjelaskan; bahawa tidak ditegah memasuki rumah danhttp://yolokow.com/wp-content/uploads/2011/08/tuan-guru-nik-abdul-aziz.jpg makan, terhadap begitu banyak rumah golongan tersenarai yang dijelaskan oleh Allah SWT. Termasuk golongan ‘shodiq’ yang bererti kawan rapat, yang saling mempercayai dan membenarkan antara satu sama lain.

Termasuk pihak yang diharuskan memasuki rumahnya, mereka saling tidak meragui apa jua yang diperkatakan oleh kedua pihak di kalangannya.

Begitu juga rumah yang kamu diberi kepercayaan memegang kuncinya, kerana hanya sahabat yang dipercayai sahaja diberi menyimpan kunci rumahnya. Situasi itu bukti perhubungan antara keduanya sangat erat. Allah SWT menurunkan ayat 61 surah An-Nur itu, kerana pada ketika itu walaupun berkawan begitu rapat.

Namun merasa tidak sampai hati untuk makan di rumah sahabatnya lantaran takwa, justeru itu hingga ayat 61 surah an Nur di turunkan.

Ayat tersebut juga mengizinkan kepada umat Islam untuk makan minum, dengan senang hati di rumah sahabatnya yang bertaraf ‘shodiq; dan di rumah orang yang beri kepercayaan memegang kunci rumahnya.
Meskipun mereka tiada di rumah, namun tidak merasa bimbang akan dimurkai Tuhan, kerana terdapat golongan yang diberi kelonggaran.

Lantaran mereka termasuk di bawah persaudaraan, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat 61 surah An- Nur itu. Setelah dinyatakan peranan harta benda dan hubungan dalam persaudaraan, yang bertaraf ‘shodiq’ dan kepercayaan itu.

Kini dinyatakan pula peranan khidmat tenaga dalam hubungan persahabatan. Jangan biarkan sahabat dengan tidak mengambil peduli susah senang kehidupan mereka.
Tolong bantu dengan tenaga serta jiwa raga, bagi mengatasi kesempitan dan keperluan hidup sahabatnya, seperti yang dituntut oleh Islam.

Menilai keperluan dengan usaha kajian sebelum sahabatnya meminta sesuatu.
Apabila diamalkan kepedulian tinggi di kalangan masyarakat, dengan sendiri tidak wujud dengki khianat dan perbalahan sesama mereka.

Satu di antara perkara utama yang perlu dilakukan ialah; tunaikan hajat saudaranya lebih dahulu sebelum dari menunaikan keperluan sendiri.
Perkara tersebut tidak keberatan bagi mereka yang Allah SWT kurniakan rezeki lebih sebagai orang berada, amat wajar mereka melakukan ajaran tersebut.

Menunai hajat orang lain dengan tenaga serta jiwa raga mempunyai darjat (peringkat), sebagaimana menyempurna hajat sahabatnya dengan harta benda.
Paling rendah darjat persahabatan mereka ialah; menyempurnakan ketika sahabat karib telah datang menyatakan hajatnya.

Keprihatinan terhadap saudaranya dapat dilihat apabila ahli yang istiqamah berjemaah di masjid, tibatiba orang berkenaan tidak kelihatan berjemaah pada suatu waktu. Menyebabkan orang yang tinggi rasa keprihatian segera menyelidik tanya; apakah keuzuran sahabat itu hingga tidak hadir solat berjemaah.

Sebaik mengetahuinya dia lebih dahulu menziarahinya jika sahabatnya itu ditimpa sakit, sebelum pihak lain memberitahunya. Dialah individu terawal membantu jika sahabatnya hadapi masalah pada diri atau keluarganya.

Jika seseorang memiliki kudrat untuk memberi pertolongan, sepatutnya pertolongan diberikan sebelum sahabat menyatakan hajatnya.

Pertolongan diberikan secara rela hati, dengan ceria serta wajah manis dan gembira, merasa bertuah atas kehadirannya kerana berpeluang untuk mendapat pahala, bukan kerana malu atau keadaan terpaksa. Tetapi kerana orang itu telah datang minta bantuan.

Sebahagian alim ulama menyatakan; bahawa apabila seseorang menemui sahabatnya untuk mohon disempurnakan sesuatu hajatnya, sayangnya mereka tidak menunaikan hajat tersebut. Ketika itu hendaklah diperingatkan dia untuk kali kedua mungkin dia terlupa.

Andainya diberi peringatan kedua dia mengabainya juga bererti jiwanya telah mati.
Apa ertinya hidup bersama dalam masyarakat, jika mengabaikan budaya bertolong bantu sesama ahli masyarakat.

Justeru wajar didoakan ke atasnya semoga Tuhan hidupkan jiwanya yang telah mati, agar dapat bertemu seterusnya dalam situasi berkebajikan.

Alim ulama zaman silam ada yang ambil berat tentang nasib balu adik beradiknya, walaupun saudaranya telah mati 40 tahun dahulu. Saban hari ulama berkenaan masih ulang alik, untuk ambil tahu bagi mengatasi segala keperluan hidup keluarga balu adik beradiknya.

Orang itu bertanya khabar setiap hari, tentang makan minum serta lain-lain masalah, orang lain tidak menyedari meskipun telah berpuluh-puluh tahun dilakukannya. Dengan cara begitu nampaklah simpati serta kasihan belas, seseorang terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia.

Jika tiada simpati dan kasihan belas terhadap saudara atau kawannya, maka tiada kebajikan seseorang itu bersaudara atau bersahabat. Ia terjadi lantaran pengetahuan agamanya amat sempit, mereka jarang bertemu dengan peristiwa begini dalam masyarakatnya.

Seolah-olah persahabatan dan ukhuwah Islamiah tidak wujud dalam kehidupan beragama, akhirnya masyarakat punah ranah dan hidup dalam situasi nafsi-nafsi. Segalanya mendedahkan masyarakat umat Islam kian jauh dari semangat hidup beragama.

[ Mesti Baca ] : Cara SPR membantu BN menipu

Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandate mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya.

Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut.

Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya.

Kaedah “gerrymandering”

Kaedah ‘gerrymandering’ ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya.

SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya. Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: “kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh.

Salah satu amalan ‘gerrymandering’ adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS.

Oleh kerana kawasan luar Bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat.

Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut.

Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Pemindahan pengundi

Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari sati pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan.

Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan.

Undi pos

Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan.

Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambatan undi-undi pos ke kawasan tersebut.

Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengundi hantu

Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya.

Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata.

Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dbeli.

Kelayakan sebagai pengundi seberang laut

Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing.

Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta diseberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut.

Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi menggelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini.

Pembawa kesulitan kepada pengundi

Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian.

Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan. - Malaysia Chronicle

(Translated by Viktor Wong)

Orang Kafir mahu HUDUD dilaksanakan! tapi orang Islam sekat hudud!!


oleh: Muhammad Faeez (blogger BGM)

IPOH, 10 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.

Ketuanya, Beh Heng Khim berkata DHPP Perak menyokong penuh jika Hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum ini kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.

"Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh Umno tentang hukum Hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya," tegasnya lagi.

Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam isu hudud.

Pendakwah Bebas, Bob Lokman Diheret Ke Balai Polis Hulu Langat ?

Terkini Dari Ustaz Riduan Mohd Nor : Bob Lokman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS. Berlaku perang mulut yg dasyat. 
 
Bob Lokman ditahan kerana menyampaikan tazkirah di surau. Aduh !!! bukan ajak org buat maksiat, ajak anak muda balik beragama pun puak-puak ni kacau. Nampaknya ini akan jadi isu panas. 
 
Zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja, surau kita lengang kerana tiada majlis ilmu.... Inilah tanahairku...

PAS Bakal Kemuka Petisyen Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Patail

PAS akan mengemukakan satu petisyen agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi menyiasat Peguam Negara, sekali gus menolak keengganan Putrajaya untuk mendakwa Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes rasuah.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa petisyen itu bertujuan mengenakan tekanan ke atas kerajaan mengambil tindakan tegas.

Katanya, tindakan kerajaan secara berterusan tidak mempedulikan siri dakwaan berhubung salah laku peguam negara adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Beliau menegaskan jika Gani telah dibebaskan daripada kesemua dakwaan, maka tindakan fitnah seharusnya dikenakan ke atas mereka yang membuat tuduhan termasuk bekas pegawai kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dan blogger Raja Petra Kamaruddin.

“Bagi saya, ini menunjukkan kerajaan tiada pendirian dalam isu ini. Keengganan mereka mengambil tindakan menunjukkan kesanggupan mereka untuk membersihkan institusi.

“Ia bukan urusan mengenakan tuduhan ke atas peguam negara semata-mata, tetapi keseluruhan institusi Jabatan Peguam Negara sendiri yang kelihatan kurang integriti dan kredibiliti,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini.

Minggu lalu Putrajaya menegaskan tiada tindakan akan dikenakan ke atas Gani meskipun wujud dakwaan terbaru berkenaan amalan rasuah dan mengada-adakan bukti yang dibawa ke atas peguam negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan tahun lalu berhubung dakwaan pembabitan Gani dalam kes berkaitan mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal.

“Jawapan yang sama, jawapan yang sama. Saya telah menjawab (Penasihat DAP Lim) Kit Siang di Parlimen sebelum ini. Jawapannya masih sama,” kata beliau ketika ditanya sama ada Putrajaya akan bertindak ekoran kemunculan dakwaan baru ke atas Gani.

Apabila ditanya sama ada kerajaan ke atas pengadu-pengadu terhadap Gani, Nazri menjawab: “Jawapan yang sama.”

Pada 14 Disember lalu, kerajaan mengetepikan dakwaan dikemukakan oleh Mat Zain bahawa Gani telah memalsukan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes mata lebam Anwar.

Sebaliknya, Nazri telah memberitahu Parlimen tidak perlu bagi Mat Zain untuk mengadu bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan namanya dalam insiden itu.

Ini kerana, menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel, sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan.

Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain menegaskan kuasa untuk menubuhkan sebuah tribunal terletak pada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Di sebalik respons Nazri itu, Mat Zain terus-menerus berusaha untuk meyakinkan kerajaan agar mendakwa Gani dan beberapa bulan lalu menghantar siri surat terbuka kepada Ismail. -TMI
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .