Ikuti Blog ini

Bermuka-muka: Kenapa Umno tidak berdemo membantah kenyataan penasihat Gerakan dahulu?

KAMI TERLALU KENYANG MEMFITNAH PAKATAN





Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu (Baik Punya Statement)

Apa akan terjadi agaknya bila statement ‘Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu’ diucapkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP? Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar, dikencing @ dipijak?

Apabila Penasihat Gerakan sendiri yang bercakap begitu, kemana menghilangnya pendekar2 ‘Parti Cap Keris’yang begitu bersemangat sekali mempertahankan hak2 ketuanan Melayu?Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia. Tambahnya lagi, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

“Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara? Jangan bimbang... Jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup ’shark fin’.” kata Lim Keng Yaik.

~UMNO bermuka-muka dalam mempertahankan isu yg berkaitan dgn ketuanan melayu~

Hinanya Si Jamil Khir Baharom Sebagai Menteri Agama

KUALA LUMPUR 17 Feb - Bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom (foto), terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini pada 10 Mac ini.

Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin menetapkan terikh tersebut bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit. Jamil Khir bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada 9 Februari lalu memfailkan bantahan awal untuk membatalkan permohonan qazaf Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf. Menurut seksyen tersebut, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Mohd. Saiful Bukhari sebelum ini mendakwa Anwar telah meliwatnya dan kes itu kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.

[Dulu beliau amat dikagumi dan ilmunya amat dihormati. Kini setelah bergelar menteri, Jamil Khir Baharom seolah-olah terperangkap dalam lembah kehinaan. Bayangkan, beliau dan dua yang lainnya tergamak memohon dan membuat bantahan agar tuduhan qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap Saiful Bukhari dibatalkan. Inikah dia pemimpin Melayu yang diharapkan untuk menjaga agama Islam itu sendiri?.

Siapa yang dijaga sekarang ini? Agama atau kepentingan individu tertentu. Anwar sebagai orang Melayu yang beragama Islam, ada hak untuk diadili berlandaskan undang-undang syariah. Maka, kenapa Jamil Khir menghalang?. Apakah beliau didesak oleh pihak atasan?. Jika inilah senarionya, maka apa akan terjadi kiranya yang mahukan keadilan itu bukannya Anwar tetapi umat Islam yang lain.

Apakah Jamil Khir juga akan membantah agar ia dibatalkan?. Kenapa takut dengan Qazaf jika benar Saiful berada dipihak yang betul. Mahkamah di negara kita sudah jadi bercelaru apabila kes yang merapu cuba untuk dipertahankan oleh individu yang jelas menghina agama Islam itu sendiri. Kenapalah Jamil Khir sanggup jadi begini !!].

Selepas Australia, Amerika Desak Kes Konspirasi 2 Anwar Digugurkan

Amerika melalui Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry mendesak kerajaan Malaysia memastikan proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

Sebelum ini, lebih dari 50 Ahli Parlimen mendesak Najib menggugurkan Kes Anwar yang dilihat sebagai sukar dipercayai selepas parti KEADILAN yang menang besar pada PRU 2008.

Dalam satu kenyataan rasmi, John kerry berkata,"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia".

Mampoih Kerajaan 1 Malaysia.



Penghormatan yang diberikan kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Dunia US-Islam di Doha baru-baru ini menunjukkan pemimpin dunia tidak lagi berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan dunia Islam bersama pemimpin kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional.

Bercakap kepada Suara Keadilan Datuk Seri Anwar berkata pemimpin-pemimpin dunia membuka mata terhadap fitnah kotor yang dilemparkan kerajaan Malaysia terhadap beliau.

Tindakan BN mengaitkan beliau dengan tuduhan yang tidak berasas itu menyebabkan masyarakat dunia tidak lagi berminat menjemput pemimpin Malaysia menghadiri forum berprestasi tinggi itu.

"Saya berjumpa dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan di forum tersebut dan beliau secara tegas menyatakan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya tidak berasas dan ia hanyalah untuk mengugatkan kepimpinan saya dalam negara.

"Saya juga bersemuka bersama Setiausaha Negara Amerika Senator Hillary Clinton dan beliau juga menyatakan simpati terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan saya dan beliau berharap tuduhan tidak benar itu dapat dimansuhkan," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anjuran KEADILAN Kebun Bunga di Padang Tembak, Air Hitam.

Tegas Anwar bukan Ahli Parlimen Australia sahaja yang masuk campur tangan berkaitan fitnah terhadap beliau bahkan beberapa tokoh besar dunia juga turut menyatakan pendapat yang sama mengenai tuduhan palsu itu.

"Dengar sahaja Ahli Pahlimen Australia campur tangan, Umno sudah gila-gila melenting, sekarang ini dengar pula beberapa Perdana Menteri negara luar akan masuk campur tangan, jadi apa pula yang mereka nak katakan?

"Untuk makluman mereka (Umno-BN), bukan hanya Ahli Parlimen Australia akan campur tangan terhadap kes ini bahkan pemimpin-pemimpin dunia lain juga turut menyatakan kesediaan memberi bantuan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau juga menyatakan ulama Islam terkemuka dari Mesir Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi menyifatkan cara yang dilakukan kerajaan Umno-BN terhadap beliau adalah cara orang Islam yang jahat.

Ini kerana mereka sanggup merosakkan agama sendiri dan tindakan itu adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang ulama terkemuka menegaskan cara yang dilakukan terhadap saya adalah cara orang yang jahat dan Islam tidak mengajar umatnya menghukum umat yang tidak bersalah dan tetap dipersalahkan untuk kepentingan tujuan tertentu.

"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga berkata penindasan yang dilakukan kepada saya perlu dipertahankan dan sokongan yang diberikan rakyat akan terus menguatkan saya untuk terus memperjuangkan kebenaran," kata Anwar lagi.

Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas





(TG Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah TG Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, TG Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu TG Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak TG Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan TG Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang disegani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi TG Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Ubi kayu rebus - Sindiran buat 1Najib

Artikel ini sebagai respon terhadap artikel propaganda Utusan Malaysia bertajuk Najib dijamu ubi kayu rebus di Kuala Chenang yang disiarkan hari ini...

Nelayan Langkawi Jamu Najib Ubi Rebus Sebagai Sindiran Kepada Kegawatan Ekonomi !

"Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini." begitulah laporan akhbar Utusan malaysia hari ini tentang Lawatan Najib Tun Razak yang disambut dengan jamuan Ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi itu.

Bagi Najib dan ahli Umno-BN itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikan imejnya. Tetapi pada rakyat marhaien, juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat Nelayan dan marhaien dinegara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.

Mac ini sahaja kira-kira 50 ribu kakitangan kontrak Kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu. Selain itu dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus. Ianya jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.

Tetapi yang rakyat sedikit terasa, dalam keadaan kerajaan yang gawat ini tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak yang juga adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$ 100 juta.

Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu Ubi rebus bila membaca berita ini. Mereka pasti tidak lupa bahawa Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan Kerajaan sebanyak RM 3.5 Bilion pada Oktober 2008. Ketika itu Najiblah Menteri Kewangan Negara.

Dalam lawatannya di Kuala Chenang Najib hanya beri RM 7 juta kepada nelayan disitu untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM 3.5 Bilion.

Rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal ini. Dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat Marhaien. Terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib. Kalau benar Najib mahu membuktikan yang dia berjiwa rakyat, selepas ini wajarlah beliau menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi pulih.

Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

Nasib Nizar Boleh Menimpa Najib, Mungkin Lebih Dasyat

Ku Li: Agong Boleh Lucut Jawatan PM

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah senada dengan pengamal undang-undang dan pemerhati politik bahawa Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada istana untuk melucut jawatan Menteri Besar sepertimana yang berlaku di Perak.

Komen Ku Li itu yang dimuatkan dalam laman webnya menolak keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang mengisytihar Datuk Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pendirian Ku Li itu tidak disenangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata tokoh politik itu sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Bercakap kepada TV Selangor, Pegawai Khas Ku Li, Mohd Lokman Ghani, berkata bagi Ku Li ialah kebenaran, bukannya mengeluarkan kenyataan untuk tujuan sebaliknya.

“Isu Perlembagaan Perak pada Tengku, dia tetap dengan pendirian bahawa raja tidak boleh memecat Menteri Besar. Kena ikut perlembagaan, kena diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Jadi Tengku tidak mahu kalau kita tidak mengikut Perlembagaan betul-betul, bermakna Yang Dipertuan Agong boleh membuang Perdana Menteri pada bila-bila masa,” katanya.

Ku Li dalam laman webnya menegaskan beliau yakin bahawa istana tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memecat ketua pemimpin kerajaan.

Beliau berkata, keputusan mahkamah berkaitan kemelut Perak itu memberi implikasi bukan sahaja kepada Perlembagaan perak, malah Perlembagaan Persekutuan.

Hakikatnya, jika keputusan mahkamah diterima, ia bermaksud Yang Dipertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri sedangkan kuasa itu hanya dimiliki Parlimen.

Justeru, Lokman berkata, pemimpin Umno sendiri harus telus dalam membahaskan implikasi keputusan mahkamah berkenaan.
“Muhyiddin kata kenyataan Tengku kebelakangan ini berbeza dengan pandangan kerajaan, jadi takkanlah hendak Tengku berbohong. Ikut sahaja apa yang kerajaan mahu sedangkan perkara itu tidak betul,” katanya.

Ku Li sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) kerana mengambil pendirian rakyat Kelantan berhak menerima royalti minyak.

Lokman yang lama mengenali Ku Li berkata, pemimpin veteran itu akan terus bersuara kerana kenyataannya adalah benar dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Jadi, apabila kerajaan menyatakan perkara yang tidak betul, dia terpaksa memberitahu perkara yang betul. Itu pendirian dia,” katanya. -TVS

Zambry Diugut Katak Hee Yit Fong!!

DS Nizar pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Perak di Dewan Persatuan Kwantung Perak Utara di Taiping mendedahkan bahawa Yee (YB Jelapang) telah membeli sebuah rumah yang mana kelengkapanya terdiri dari perabut dan alatan elektrik mewah masih belum diperoleh.

YB Yee telah memberi isyarat kepada Zambry agar kelengkapan tersebut perlu disediakan.

DS Nizar menggambarkan bahawa Yee telah menguasai Zambry untuk mengadakan kelengkapan tersebut atau sebaliknya Yee akan beralih memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Zambry dilihatkan begitu lemah sehingga dapat dikuasai oleh seekor katak betina.

Seterusnya Nizar mengandaikan jika Zambry dapat dikuasai Yee seekor katak betina, bagaimana kuasa yang dipegang oleh katak-katak jantan dari Changkat Jering dan Behrang. Mereka juga tentu mempunyai tuntutan-tuntutan yang perlu dipenuhi Zambry.

Selain dari ADUN Bebas, Zambry juga menghadapi tuntutan-tuntutan dari lain-lain ADUN Barisan Nasional yang iri hati dengan layanan istimewa terhadap katak. Mereka juga mempunyai tuntutan-tuntutan dan semuanya memberi tekanan kepada Zambry agar dipenuhi permintaan atau berpaling menyokong PR.

Sebelum DS Nizar, Speaker Dewan Undangan Negeri YB Sivakumar juga menggambarkan pertelingkahan antara ADUN BN dan ADUN Katak dalam memenuhi kota jawatan EXCO. yang juga meletakkan kerajaan Zambry dalam kegawatan. Zambry sehingga kini masih gagal menamakan pemilik baki kerusi EXCO kesan dari desakan ADUN BN yang juga berhajat dan syarat yang ditetapkan oleh ADUN katak sebelum melompat.

Dengan kata lain Kerajaan Zambry yang sentiasa diugut.

Fakta kerajaan PR Pulau Pinang membela Melayu

PULAU PINANG : Umno melalui para pekakasnya telah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kononnya negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu anti Melayu dan Islam.

Namun ramai tidak sedar bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan itu untuk orang Melayu Pulau Pinang adalah yang terbaik berbanding dengan apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Berikut adalah bukti-buktinya:-




kilk gambar untuk paparan yang jelas

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .