Ikuti Blog ini
Kibaran kemenangan PAS !! Takbirr !! ,Sabtu, Januari 17, 2009 at 17.1.09,
PAS dan Pakatan Rakyat menambah 1 lagi kerusi di Parlimen !! Raikan kemenangan ini dengan laungan Allah hu Akbar !! Takbirr !!
Ribuan penyokong pakatan rakyat sedang merayakan kemenangan… bunyian hon dan pekikan takbir serta kibaran bendera memenuhi Kuala Terengganu.. tahniah penggundi Kuala Terengganu.........................
PAS MENANG BERGAYA PRK P 036 , at 17.1.09,
Keputusan Rasmi
Pas - 32,883
BN - 30,252
Bebas - 193
Majoriti - 2,631
Suasana di sekitar stadium semasa menunggu keputusan P036.
Keputusan terkini : PAS mendahului UMNO , at 17.1.09,
Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut dipercayai kini telah mempunyai undi yang selesa untuk menang kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Difahamkan, beliau telah memperolehi majoriti yang selesa berdasarkan pengiraan tidak rasmi.
8.57pm- Setakat ini, PAS memperolehi 27, 960 undi
8.35pm:- PAS mendahului 2,132 undi - PAS (26,971), BN (24,839), Bebas (152).
Calon BN berkira-kira dan berfikir untuk hadir atau tidak pada majlis pengumuman keputusan PRK Kuala Terengganu di Stadium Negeri jam 10.30 malam ini, calon PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut kemungkinan sedang menarik nafas lega dan sedang mencongak-congak apa isi ucapan ringkas sempenan kemenangan beliau.Saya meramalkan Wan Farid mungkin tidak hadir kerana malu. Tetapi yang pasti Najib tidak akan hadir kerana beliau lebih malu dari Wan Farid.
Penyokong PAS sedang bersorak di Stadium Negeri terima keputusan tidak rasmi PAS MENANG
Maklumat diterima semua pimpinan PAS sedang menuju ke Stadium bersama dengan penyokongnya.
Setakat 8 malam, PAS masih mendahului BN dengan majoriti 2,185 , at 17.1.09,
Keputusan terkini tidak rasmi yang saya terima dari bilik gerakan PAS setakat ini PAS mendahului dengan majoriti sebanyak 2185 undi.
masih terdapat kertas undi yang tidak siap dikira. Diharapkan beberapa keputusan tidak rasmi yang saya beritakan ini adalah gambaran sebenar kepada pengumuman rasmi yang akan diumumkan oleh SPR.
KUALA TERENGGANU - Terkini setakat jam 8 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 1,554 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.
PAS ketika ini mendapat 22,030 undi berbanding BN - 20,476 undi. Manakala calon Bebas - 134 undi. Berita lanjut akan menyusul dari masa ke semasa.
Setakat jam 7.00 pm, PAS mengatasi BN 457 undi , at 17.1.09,
KUALA TERENGGANU - 7.27 ptg
Berita terkini,Wan Farid tewas di BUKIT BESAR dengan majoriti 61 undi. Wahid Endut mendapat 777 undi manakal Wan Farid mendapat 716 undi. Setakat ini hanya keputusan ini yang dah disahkan...yang lain akan menyusul!!
Terkini setakat jam 7 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.
PAS ketika ini mendapat 16,475 undi berbanding BN - 11,516 undi. Manakala calon Bebas - 90 undi.
Proses pengundian ditutup, 80 peratus keluar mengundi , at 17.1.09,
Menurut laporan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus dan proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.
Proses pengundian dilaporkan berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil dan sedikit ketegangan yang berlaku di antara penyokong PAS dan BN membabitkan kempen-kempen meraih undi.
Selain itu para petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat dikatakan mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas seperti di Sekolah Kebangsaan Ladang yang mana terdapat tujuh buah trak FRU berada di situ.
Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Dun Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.
Selain itu SPR memaklumkan setakat jam 4 petang tadi sejumlah 76 peratus pengundi telah keluar mengundi menjadikan jumlahnya kira-kira 60,794 daripada 80,229 yang layak mengundi di pilihan raya kecil ini.
70% keluar mengundi, PAS yakin menang...... , at 17.1.09,
Antara yang hadir merayu undi di pondok-pondok panas dan sekitar kawasan...
Wanita Keadilan turut sama membantu kempen...
Anak-anak muda yang bersemangat.....
Insyallah Pas akan menang di kerusi Parlimen ini...Allah hu akhbar....!!!
Antara Kepimpinan yang ada....
YB Dr Hatta Ramli di Sek Sultan Sulaiman....
YB Dato Husam Musa di Losong.....
KUALA TERENGGANU: Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi.
Sementara itu, beberapa pemimpin PAS yang dihubungi berkata, mereka berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk mencapai kemenangan hari ini.
Bagaimanapun, mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Terdahulu, setakat tengah hari tadi, kira-kita 40 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
"Seramai 41.84 peratus atau 33,133 pengundi sudah mengundi setakat ini," kata Abdul Aziz yang turut menyifatkannya sebagai memuaskan.
Beliau yakin ramai yang akan keluar mengundi menjelang 5 petang ini.
Daripada 33,133 itu, seramai 1,323 mengundi antara 8 dan 9 pagi, 18,624 (antara 9 dan 10 pagi), 3,225 (antara 10 dan 11 pagi) dan 9,850 (11 pagi dan 12 tengah hari).
Kerusi ini mempunyai 80,229 pengundi tetapi hanya 79,194 orang mengundi hari ini selepas ditolak pemilih pos.
Calon Barisan Nasional (BN) dan PAS telah pun keluar mengundi seawal pukul 8 pagi. Calon Bebas bukan merupakan pengundi di sini.
"Dalam tempoh empat jam kita sudah ada 42 peratus, purata 10 peratus dalam sejam. Ada lagi lima jam lagi, jika dapat 50 peratus lagi bermakna kita boleh capai 90 peratus," kata beliau pada sidang media di Stadium Negeri di sini pukul 12.30 tengah hari tadi.
Kata beliau, bilangan pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi di kalangan mereka yang berusia iaitu melebihi 40 tahun.
"Peratusan mereka yang keluar mengundi di Saluran Satu dan Dua iaitu orang-orang yang berumur adalah tinggi... kira-kira 50 peratus.
"Bagaimanapun peratusan orang muda (Saluran Tiga, Empat dan Lima) yang keluar mengudi masih rendah," katanya.
Saluran Tiga, Empat dan Lima dikhaskan untuk mereka berumur bawah 40 tahun.
Jelas beliau, antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi, hanya kira-kira 25 peratus pemilih muda yang keluar mengundi.
"Berdasarkan pengalaman lalu, golongan muda biasanya akan keluar mengundi pada sebelah petang tetapi saya berharap mereka akan keluar mengundi secepat yang boleh," katanya.
Mengenai perjalanan urusan pengundian, beliau berkata: "Saya tidak nampak apa-apa masalah."
"Dan, berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau yang sebelum itu ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang pukul 9.25 pagi tadi.
Beliau juga berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kejadian tidak diingini setakat tengah hari tadi.
"Saya melihat proses pengundian ini macam pesta... semua gembira, pekerja-pekerja pilihan raya dari semua pari nampak mesra sesama mereka," katanya lagi.
Seperti lazimnya, jalan-jalan menuju ke pusat pengundian dibanjiri peraih undi kedua-dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS.
Bagaimanapun peraih undi calon Bebas tidak kelihatan.
Dalam pada itu, tinjauan mStar Online mendapati cuaca di sini sehingga 1.30 tengah hari adalah cerah walaupun sebelum ini diramalkan mendung.
Sebelah petang pula diramalkan hujan.
Pengundi-pengundi mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sejak pukul 8.30 pagi tadi.
Pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup 5 petang ini.
Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pagi ini.
Lapuran terkini !!! , at 17.1.09,
Kata Derih .. "Sumpah yangggg !!! Abang gi Tgnu nak berjuang, TG Haji Hadi sughoh gantung poster. Tak caya tanya Ustaz Moin, Pakcik Parjo ... betul yangggg ".
" Ye la tu !!! Abang jangan bohong, satu Malaya tau abang gi sana duduk sebelah Putri UMNO ... .... Siap senyum senyum lagi. Gambar dah masuk internet tau !!! " jawab Milah.
" Sumpah yangggg ..... " pujuk suami
Tot tot tot tot !!! Milah letakkan talipon.
5.05 ptg
Selepas waktu mengundi di tutup, kelihatan helikopter berlegar di sekitar Bandar Kuala Terengganu. Menurut kata Ketua Editor Suara Keadilan, di anggarkan 500 ke 1000 menjoriti akan di menangi oleh Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, petugas petugas PAS dan PR di arah untuk memantau pergerakan peti undi.
5.00 ptg
TAMAT !!!
Kita akan nantikan keputusan dari masa ke semasa.
4.54 ptg
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meminta petugas bahagian keselamatan PAS mengadakan kawalan lebih ketat di pusat-pusat pengundian ekoran kehadiran anggota polis simpanan persekutuan (FRU) yang agak luar biasa petang ini.
- harakah
4.50 ptg
Lagi 10 minit waktu mengundi selesai. Ramai pemerhati sudah bergerak ke Kelab Golf untuk kerja mengira undi. Para petugas PAS dan PKR di nasihatkan buka mata luas luas, takut hantu berkeliaran.
4.33 ptg
Hantu sudah mari !!!
Di Pusat mengundi di dewan Tun Abdul Razak di Kampung Cina bersebelahan dengan balai polis, Pemerhati PAS mengesan pintu pagar dewan yang menghala ke balai polis tiba tiba tidak berkunci. Pemerhati PAS telah mengunci kan pintu tersebut. Selepas itu, pintu pagar di bahagian lain pula terbuka. Tika ini, pintu pagar tersebut di pantau oleh panyokong PAS.
- harismibrahim
4.23 ptg
Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat telah menahan sebuah kereta daripada memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Batas Baru, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, kerana disyaki membawa pengundi hantu.
Timbalan Ketua PKR Terengganu, Razali Alias berkata kumpulan penyokong Pakatan itu menahan kereta tersebut pada kira-kira jam 3.30 petang tadi. - Mkini
4.15 ptg
Aku dah malas nak translate .. nkorang translate sendiri laporan dari Harismibrahim
With one hour of voting time left, at the Sekolah Kebangsaan Kapas ( DUN Ladang ) polling station, voter turnout is approximately 55%. The earlier sms to the polling station in Pasir Panjang has gone out to to all PAS pondok panas. here, Pas volunteers are being mobilised to be on hand and on high alert for the presence of pengundi hantu.
3.54 ptg
Petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas?
Pengundi datang 70%?
engerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi. - pahangdaily
3.45 ptg
Semakin pelik
10 sekatang polis di dalam Bandar K. Terengganu?
3.43 ptg
WASPADA !!!
Melapor dari Kuala Ibai, polis menutup beberapa jalan dan merubah laluan kepada laluan-laluan sehala, kononnya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun, apa yang dirasa pelik ialah yang mereka kelihatan membuat lencongan lalu lintas dari melalui kawasan kawasan pusat mengundi.
Bona fide atau bukan, itulah soalan?
terjemahan dari Harismibrahim
Wak call satu member lagi di K. Terengganu [penduduk tempatang] untuk tahu perkembangang lanjut .. dan komeng dia.
Dia pusing habis K. Terengganu 1 jam yang lepas. Dia lawati ke Kampung Chendering dan Kampung Laut .. Poster pun dah tak der, orang pun dah lenyap ...
Dia kata ... "Pilihanraya ke hari ni?"
Dan sorang kawan dia kata, "Ehhh kita ni di luar daerah ke?"
Masing masing dah jadi macam tak caya. Wakakak
AWAS !!!
Orang di bawah ini mungkin akan kembali menyamar lagi hari ini. Dia di tahan oleh penyokong PAS pagi tadi.
Kalau nampak manusia bertubuh besar, itam itam macam beras HANGUS seperti gambar di atas, sila beritahu unit AMAL PAS secepat mungkin ...
Barangkali cubaan menyamar kali kedua nya mungkin berbaju kebaya, bertumit tinggi dan bergelang sampai siku. Awas !!!
3.17 ptg
Selingan
Timbalan Ketua Umno Cawangan Kuala Kenderong, Zainal Abidin Abdul Rahim yang hilang ketika menangkap ikan dengan menaiki sebuah bot di Sungai Perak dekat Kampung Kuala Kenderong, di sini dua hari lepas, ditemui mati lemas hari ini.
radenjowo - Laaaa ..... apesal tak gi kempen kat KT? Innalillah ...
3.12 ptg
Menurut laporan mkini
Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.
Yang menjadi kemusykilan kenapa SPR bilang 90% keluar mengundi. Adakah kerana undi pos terlebih, atau makhluk tegak bulu tengkok akan mula menyusup masuk?
3.05 ptg
Seorang pengundi yang dikenali sebagai Puan Wok Binti Long, dari Kg.Bukit Besar yang dihalang masuk atas alasan beliau sudah mengundi. - pahangonline via marhaendaily
2.52 ptg
2.45 ptg
Gempar !!!
Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi. - harakah
2.43 ptg
Selingan
"Masalah kami sekarang sukarnya mendekati golongan muda, sebab itu BN banyak kalah di saluran muda pilihanraya umum Mac lepas," ujarnya sewaktu diwawancara. - keadilangerik
Radenjowo kata - "Haaa ... tau tak per"
2.35 ptg
Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak menunjukkan sikap ego dan keras kepalanya apabila memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Losong menyebabkan penyokong PAS membuat bantahan kepada SPR. - mmtuligat
2.33 ptg
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam 'diboo' oleh penyokong parti pembangkang apabila tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi. - laporan mkini
2.28 ptg
Imbau kembali panggilan talipon dengan jentera UMNO di K. Terengganu tadi, memang suara penyokong UMNO agak murung, syahdu dan sugul .... Dia kata pengundi terlalu kurang berbanding pilihanraya yang lepas. Mungkinkah UMNO di boikot? Kerana sebelum ini sudah ada cerita cerita pasal usaha boikot penyokong Idris Jusoh ... klik laporan Topeng Perak di sini
2.23 ptg
Ketika pilihanraya K. Terengganu, Pak Lah telah berlepas ke negara Teluk untuk buat lawatan. Beliau berlepas dari Subang Jam 12.55 tgh tadi.
2.19 ptg
Menurut pemantauan blogger aninetto, sepanjang 12 kilometer beliau pulang ke hotel selepas makan, beliau memberitahu terdapat anggaran 40 kenderaan ber'sticker' dan berlambang PAS berbanding 15 kenderaan berlambang BN. Begitu juga dengan penyokong di pondok panas. Ramai PAS dari BN. - anilnetto
2.08 ptg
Makcik naik basikal ni di BOO dek penyokong BN dan PAS ...
Dia nak gi buang undi kat Sekolah Menengah Sultan Sulaiman
Aku rasa dia ni parti BEBAS kot ... kalau tak pun ...mesti parti TUPPERWARE ... kelakar la makcik ni. Jangan jangan mak mertua aku lak.
2.05 ptg
Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.
12.48 tgh
Gambar terkini dari suarakeadilan
Kelihatan penyokong PAS dan PR bersama sama memberikan sokongan. Tu yang baju merah tu POLIS PAS ... "Unit amal" Cukup baik memberikan kerjasama. Takbir !!!
Budak yang pegang belon tu dari pagi tunggu untuk dapatkan belon. Hishhhh .. lepas dapat belon balik jaga adik tau !!!
12.43 tgh
Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai. - laporan Mkini [saluran media mak tiri aku]
Peluang Pas menang cerah, MCA Gerakan takut turun KT- Ronnie , at 17.1.09,
Beliau yang ditemui di UPU Chabang Tiga itu turut dilihat bersama sebilangan pimpinan DAP dan Exco Kerajaan Negeri Selangor turun melawat pusat-pusat pengundian sekitar Kuala Terengganu.
Beliau yang turut memberitahu respon yang lebih menyebelahi PAS berdasarkan kepada lawatannya dan hasil tinjauan sejak pagi lagi.
"Sepanjang kempen lalu jarang benar kelihatan jentera parti kompenan lain BN termasuk MCA dan Gerakan datang membantu kempen BN-Umno, MCA dan Gerakan dilihat takut turun bersama mereka," ujarnya.
"Sehingga hari membuang ini saya masih tidak lihat kelibat mereka turun membantu, jauh sekali dalam membantu merayu undi, ternyata 'gelombang peralihan' kaum cina di sini sangat menakutkan parti kompenan kuat BN ini.
Menurut laporan wartawan bertugas, MIC dan PPP sendiri juga dilihat tidak datang membantu kempen Umno. Ternyata Umno kelihatan lemah bersendirian dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini.
Semenjak tinjauan wartawan bertugas lewat malam tadi hingga waktu ini, kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dari negeri-negeri lain semakin ramai membanjiri Kuala Terengganu. Malah kehadiran petugas dari luar mengatasi jumlah petugas Umno dan Barisan Nasional (BN).
MAFREL kesal tindakan provokasi penyokong Umno , at 17.1.09,
KUALA TERENGGANU - Setakat tengahari ini nampaknya situasi menarik lebih menyebelahi PAS berdasarkan kepada beberapa faktor. Antaranya dari gerak kerja petugas parti dan kecederungan pemilih yang bersimpati kepada PAS.
Bukan sahaja ahli politik yang melihat situasi tersebut sebaliknya ahli-ahli akademik yang ditemui di sini.
Biar pun masa masih lagi berbaki lima jam, ramai melihat peluang lebih cerah kepada Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, kedudukan sebelah pagi nampaknya lebih cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat hasil kerja keras petugas sejak hari penamaan calon.
"Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas sokongan padu semua pihak terutamanya yang datang dari luar Terengganu bagi membantu calon kita.
"Hasil kesungguhan mereka mungkin dapat memberi kesedaran baru kepada pengundi di sini bagi mengembalikan semula kecemerlangan PAS seperti yang berlaku pada 1999," katanya ketika ditemui di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini, hari ini.
Menurutnya hasil tinjauan sejak pagi lagi keadaan di seluruh tempat membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun difahamkan insiden pergaduhan berlaku di Losong Dun Bandar. Difahamkan kejadian berlaku ekoran penyokong Umno yang membawa banner yang tertulis 'PAS klu klek' (PAS bohong).
Pemuda PAS yang berada di situ naik marah dan cuba merampas 'banner' tersebut sehingga berlaku pertengkaran.Bagaimanapun ia berjaya diLeraikan anggota polis yang berada di situ.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud berkata, perkembangan setakat sebelah pagi agak menarik kepada calon Pakatan Rakyat.
"Alhamdulillah, perkembangannya agak baik. Semua pihak menunjukkan komitmen tinggi tanpa menimbulkan kesan boleh menyakiti mana-mana pihak," katanya ketika ditemui semasa meninjau peti undi Cabang Tiga, Tok Ku dan Hiliran.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal di atas kempen yang agak kurang sopan dilakukan Puteri Umno sehingga menyerang peribadi pemimpin PAS dan KeADILan.
Katanya, telatah kurang sopan yang dilakukan Puteri Umno dan Pemuda mencerminkan keadaan sebenar perjuangan mereka.Pada kempen itu mereka melaungkan 'PAS gila, PAS pelihara babi, Anwar Ibrahim liwat' sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan.
Sementara itu, pemantau Mafrel, Suhainah Daud melahirkan rasa kesal kerana pemuda Umno menggunakan 'hailer' (pembesar suara) semasa merayu undi.
Beliau berkata, pihak polis sudah melarang penggunaan alat tersebut kerana ia tidak dibolehkan ketika merayu undi.
"Bagaimanapun mereka tidak mengendahkan apa yang dilarang polis sehingga kami membuat bantahan kepada SPR.
"Dan akhirnya mereka patut biar pun suasana agak tegang seketika," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu di Pusat pembuangan undi di Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Jalan Hiliran Bandar menyaksikan satu suasana menarik apabila peraih-peraih undi dari parti Pakatan Rakyat dan Umno seperti berada dalam satu keluarga meskipun sorakan serta riuh rendah tetap berkumandang antara kedua-dua belah pihak.
Turut kelihatan peraih-peraih undi dari Pakatan Rakyat terdiri dari masyarakat India.