Ikuti Blog ini

Gambar : Sultan Kelantan Sembelih Lembu Qurban








KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan berangkat mencemar Duli ke Majlis Qurban Aiduladha 1433H/2012M bersamaan dengan 11 Zulhijjah di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Panji,Kota Bharu.
Turut hadir sama pada majlis ini YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan,YB. Dato' Nassuruddin Hj Daud Speaker Undangan Negeri Kelantan,YB. Hj Che Abdullah bin Mat Nawi Exco Pertanian serta pembesar-pembesar Negeri Kelantan.KDYMM Sultan Muhammad V menyembelih sendiri 2 ekor lembu Qurban.
Lagi gambar DISINI

[VIDEO] Subhanallah! Pemandangan Air Laut Bercahaya Di Maldives



CCahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Fenomena semulajadi, dipanggil ‘bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.

Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.

Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.

Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut. -biarbetul/HMO

Saksikan video di bawah 


Program Ttemu Mata Gganu Kite di Klang esok

KUALA LUMPUR: Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program tradisi ibadah korban di kalangan ahli-ahlinya yang berkemampuan sempena Iduladha 1433H.

Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau, ‘Program Ttemu Mata Gganu Kite’ akan diadakan pada 28 Oktober (esok) mulai jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Maahad Tahfiz Al Quran, Wal Imamah, Bukit Kerayong, Kapar, Klang.

“Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di Perantauan  terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tidak balik ke kampung halaman dapat hadir bersama untuk memeriahkan sambutan program ini,” kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman Attakiri. 

Menurut beliau lagi, program akan bermula dari sebelah pagi lagi.

Katanya, mana-mana warga Perantau yang tinggal di sekitar Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat yang berdekatan  bersama-sama bergotong royong melakukan aktiviti melapah lembu-lembu korban dan memasak bersama-sama di tempat program.

Maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh hubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.

Bekalan haiwan korban tidak mencukupi bukti NFC hanya menghabiskan wang rakyat

HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.

Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.

Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.

Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.

Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.

Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.

ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.

Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.

RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno? -milosuam

MP TAJUDDIN ABDUL RAHMAN BAKAL TERSUNGKUR DI PASIR SALAK ?

 
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajudin Rahman bakal tersungkur?

Dengor cerita tersungkurnya dia bukan kerana kalah dalam PRU13.
Tapi namanya telah tersenarai sebagai third winnable candidate di Pasir Salak. Calon utama yang akan mencantas kerusi Pasir Salak dari Tajudin ialah Presiden PAFA Zainol Fadzi !.

 Sebab Tajudin tidak dicalonkan takde kena mengena dengan paras rupa Tajuddin yang nampak garang berbanding dengan Zainol Fadzi yang gambornya suka senyum.

Tapi kabornya ramai di kalangan UMNO tak tahan dengan mulut jeghabei si Tajuddin. Zainol Fadzi tersenarai sebagai calon DUN Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak. Wah! Hebat mamat nih! Tau tau sajalah perangei orang umno.

Bila tak terpilih, mulalah demer akan sabotaj parti. Harap perkara ini akan terjadi. Huhuhu! Penat Tajuddin mengampu Rosmah. Tapi nama tersingkir jua akhirnya.

Nampaknya UMNO kawasan Parlimen Pasir Salak udah pecah. Yang muda sokong Zainol Fadzi. Yang warga emas sokong Tajuddin!. Hmmm…Lantok komer! Yong Suka Kuning. -Sumber
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .