Ikuti Blog ini

Syair Hamzah bin Usamah bin Ladin



Hamzah bin Usamah bin Muhammad bin Awad bin Laden -hafizhahullah-, lebih dikenal dengan Hamzah bin Ladin atau Hamzah Ladin. Lahir pada tahun 1991. Beliau merupakan putra Syaikh Usamah bin Ladin -rahimahullah- dari istrinya Khairiah Sabar.

Berikut adalah syair yang dibacakan beliau dalam sebuah rekaman video beberapa tahun yang lalu.

Amerika telah datang..
Membuat kekacauan di Khoroj dan Khobar..

Lalu engkau hijrah hidup terasing..
Di bumi yang airnya mengalir deras..

Wahai bapakku, apa yang telah terjadi..
Sehingga kita menghadapi mara bahaya..

Apakah pengorbananmu untuk Ka’bah..
Dianggap kejahatan yang tak dapat diampuni..

Tetap teguhlah bapakku.. Tetap teguhlah bapakku..
Jangan mencari kesenangan dunia dari manusia..

Surga adalah tempat kembali kita..
Jika Allah menghendaki kita beruntung..

Dunia telah melihat..
Dimana anak-anak disembelih seperti lembu..

Zionis telah membunuh saudara-saudaraku..
Sementara penguasa Arab hanya melakukan kongres saja..

Ekor-ekor Amerika itu buta..
Mereka tidak memiliki mata..

Tinta di atas kertas..
Tidak mereka percaya dan tidak ada pengaruhnya..

Kenapa mereka tidak arahkan kekuatan mereka..
Untuk melindungi anak-anak dari bahaya..

Demi Allah, ini adalah kehinaan besar..
Yang disiarkan berita.. Pengkhianatan yang nyata..

Lalu apakah pengkhianatan akan melindungi kita..
Aku bersumpah demi Allah akan kuperangi orang kafir..

Bersedia, Kerajaan Akan Umumkan Kenaikan Harga Minyak Minggu Ini

Langkah Rasionalisasi Subsidi Dijangka Diumum Minggu Ini - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.

Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA

Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam

Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.

"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.

"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.

Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.

Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.

"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.

"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.

Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.

"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.

Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.

"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau.

Chegubard: SAMM Akan Sertai Himpunan Bersih 2.0

Seremban: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggerakkan semua rangkaian anak muda yang bergabung dengannya untuk turut sama terlibat dalam Himpunan Bersih (Walk for Democracy) bagi menuntut Pilihan Raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan telus.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard berkata, selain dari anggota gabungannya SAMM akan terlibat dalam proses memobilisasi rakyat turun ke jalan raya terpilih dalam perhimpunan Bersih nanti.

Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan Bersih dengan memobilisasi 100,000 ahli dari parti itu sahaja.

“SAMM mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim Umno-Barisan Nasional (BN) yang langsung tidak mempedulikan empat tuntutan Bersih sejak Himpunan Bersih kali pertama November 2007,” kata CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, selain dari empat tuntutan itu, SAMM menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Tuntutan-tuntutan tersebut ialah:

Dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Umno-BN gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu.

• Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain seperti warganegara Malaysia yang bekerja atau menuntut di luar negara.

• Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang benar-benar telus dan meyakinkan.

• Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.

• Penyalahgunaan institusi kerajaan dalam Pilihan Raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

• Melanjutkan tempoh kempen Pilihan Raya di peringkat kebangsaan dengan “tempoh yang lebih munasabah” berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Umno-BN pekak, angkuh

Beliau berkata semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim Umno-BN seolah-olah pekak, angkuh dan tidak langsung mahu mendengar.

“Tuntutan-tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim Umno-BN terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka mobilisasi rakyat untuk turun di jalan raya yang dipilih,’ jelasnya.

“Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat.

“Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendirian SAMM,” katanya.

Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan Bersih 2007 dan tidak mengambil kira sama ada ahli PKR, DAP dan lain-lain gerakan pertubuhan bukan kerajaan serta kumpulan anak muda.

Gulingkan Lintah Darat - DS Nizar


SHAH ALAM 23 MEI : Suara golongan pekerja tidak akan didengari dengan hanya merayu perubahan sebaliknya memerlukan langkah yang lebih proaktif untuk menggulingkan pemerintahan lintah darat yang hanya tahu memeras wang rakyat demi memenuhkan kantung peribadi.

Justeru mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggesa rakyat untuk bangkit menuntut hak masing-masing yang tidak pernah tertunai di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Apa yang perlu kita laksanakan hari ini ialah berubah dan buat undang-undang baru, kita perlu tinggalkan undang-undang kejam, zalim yang jelas menindas hak pekerja dan kaedahnya mudah, kita mesti menuju ke Putrajaya, tidak ada cara lain.

"Jadi tidak dapat tidak, kita semua kena berjalan menuju ke Putrajaya dan nyahkan Umno-BN dari bumi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam semalam.

Tambahnya lagi, kombinasi antara golongan buruh dengan sebuah kerajaan adalah formula utama dalam memacu perkembangan negara.

Mengulas lanjut kepentingan ini, Nizar menggesa semua buruh memainkan peranan penting dalam mengekang amalan korup yang selama ini membelenggu negara.

"Buruh boleh menyelamatkan kewangan, dan bila kerajaan itu kaya setelah berjaya menambahkan hasil maka sudah tentu boleh dikembalikan kepada rakyat yang purata besarnya adalah golongan buruh,"jelas Nizar.

Objektif program yang menggabungkan kerajaan Pakatan Rakyat dan kumpulan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini antara lain membicarakan isu gaji minima yang gagal dilaksanakan di negara ini sehingga mengheret buruh untuk terus menjadi mangsa dalam senario ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Pengarah Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga, Abdullah Sani Abdul Hamid turut menggesa rakyat bangkit menyuarakan hak mereka kerana kerajaan Najib Razak hanya akan takut melakukan kezaliman dengan melihat kebangkitan rakyat.

"Penekanan dan serangan-serangan rakyat terhadap Umno-BN, kerajaan pada hari ini menunda hasrat mereka menaikan harga minyak RON 95, tetapi percayalah dengan kongres ini, kita mampu bendung kezaliman dan penindasan terhadap seluruh kaum buruh yang ada di negara ini,"katanya.

"Hari ini tuntutan kaum buruh akan dilaksanakan yang mana telah pun diwartakan dalam Buku Jingga yang akan menobatkan pekerja kelas satu di negara ini,"tambah beliau lagi.

Melihat kepada kesungguhan dan kekuatan agenda Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga, bekas presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata pihaknya dan kesatuan pekerja di Malaysia akan turut serta dalam perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya sekaligus merealiasikan impian para buruh yang sekian lama tertindas dibawah pemerintahan Umno-BN.

"Kita akan bagi sokongan penuh kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, kita sudah tidak boleh amalkan konsep tampal sulam, semuanya harus dirombak,undang-undang yang menekan harus dimansuhkan dan wujudkan undang-undang baru sesuai dengan golongan pekerja di Malaysia ini,"katanya.

Forum ‘Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga’ ini, antara lain dibarisi panelis Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr.Abu Hassan Hasbullah.

Sekurang-kurangnya 2,000 peserta hadir dengan baju serba jingga memenuhi ruang dewan.

Video seks: Anwar tak akan lepaskan Najib...

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroveri melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu.

NONEIsu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau bersikap demikian kerana sudah penat dan tidak tahan lagi dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu.

Tegas Anwar, beliau tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata.

Bagi Anwar, isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu.

Anwar juga berkata, teka-teki mengenai identiti sebenar individu dalam video berkenaan juga tidak menggusarkannya, namun perkara itu tetap juga bersarang di fikirannya.

Anwar sekadar berkata, polis mengambil risiko besar sekiranya menamakan beliau sebagai individu berkenaan.

NONESelain itu, Anwar juga mengakui bahawa beliau pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu.

Eskay disifatkan Anwar sebagai seorang individu dalam pasukan Tun Dr Mahathir manakala pertemuan berkenaan, pada 1998, telah diatur oleh seorang lagi orang kuat Mahathir – Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Pertemuan berkenaan adalah berhubung projek jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang kemudiannya menemui kegagalan di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pembatalan projek berkenaan juga merupakan salah satu punca permusuhan di antara Mahathir dan Abdullah. Anwar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada isu melibatkan projek berkenaan merupakan punca rakaman video berkenaan ditimbulkan.

Ikuti petikan daripada wawancara Malaysiakini dengan Anwar:

BN dan Pakatan Rakyat kini perlu meraih sokongan daripada sebanyak 5 hingga 7 peratus pengundi atas pagar. Sejauh mana isu video seks ini akan memberi kesan kepada sokongan pengundi. Isu ini juga ditimbulkan dalam ceramah Pakatan.

Saya merujuk kepada kes itu kerana ia ditimbulkan setiap hari, tetapi dalam perbincangan dengan pasukan saya, selain deripada mengedarkan risalah berhubung isu ini, saya tidak fikir kita patut fokus kepada bagaimana kita hendak tanganinya. Ia akan terbias daripada isu utama tentang tataselia dan perubahan.

Tentulah strategi (mereka) adalah menggunakan khalayak Melayu, tetapi mungkin juga akan wujud kesan negatif kerana ramai golongan ustaz dan guru agama yang diketahui tidak bersama Pakatan telah menyuarakan pandangan bahawa (tuduhan) itu keterlaluan.

Saya tidak tahu sejauh mana impaknya kerana saya tidak peduli sangat.

Tetapi PKR tetap lancarkan kempen anti fitnah, menunjukkan bahawa tuduhan itu ada impaknya?

Kempen anti fitnah itu bukan sahaja dijalankan oleh PKR tetapi juga DAP dan PAS. (Timbalan presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man) mengetuainya.

(Pakatan) menggunakan (isu) ini bagi menunjukkan betapa terdesaknya Umno, betapa korup politik pornografi ini, seperti saya kata 'pandi kutty', yang saya tidak rujuk kepada sesiapa, tetapi menunjukkan betapa terdesak mereka ini. Ini yang saya maksudkan dengan pentadbiran yang teruk.

NONESaya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya 'kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,' itu ofensif.

Hanya sebab kita sebut mengenai video seks atau perbicaraan kes liwat (menunjukkan) kami defensif? Tidak semestinya begitu. Cara ianya diulas... Bagaimana mereka menggunakan agama untuk mengangkat sumpah bagi mempertahankan seorang pembunuh, seorang perogol, sesiapa saja boleh pergi angkat sumpah.

Dan ianya kembali kepada isu pentadbiran, rasuah, subsidi, kenaikan harga barang, maka ia sangat penting untuk kami gunakan, malah ianya isu yang bagus kerana ia menyemarakkan perasaan orang ramai, mereka akan berasa marah terhadap betapa buruknya isu ini.

Polis berkata mereka tidak akan dedahkan identiti individu dalam video seks ini, bagaimana reaksi Datuk Seri?

Saya tidak pernah beri reaksi, Saya tidak pernah risau kerana saya telah pergi kepada polis, saya telah pergi ke makamah Syariah, jadi sama mahu lihat apa yang mereka akan lakukan?

Kemudian barulah kita akan tangani (isu identiti individu) pada masa yang sesuai. Kami tidak akan dipaksa oleh (polis) kerana apa yang mereka lakukan ialah memberi kenyataan politik, bukannya tindakan, macamlah siasatannya begitu kompleks seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu).

Dalam kes video ini, sehingga kini tidak ada tindakan. Ianya mudah, sesiapa saja yang pergi ke hotel dan umumkan 'saya akan tayang satu filem' tentu ditahan dan didakwa. Tapi bukan dalam kes ini.

Kalau polis kata individu itu ialah Datuk Seri?

Kita akan tangani bila tiba masanya., Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu.

Apa risikonya?

Saya tidak boleh beritahu. Peguam saya akan tanganinya.

Cara Datuk Seri beri reaksi kepada wartawan apabila ditanya mengenai jam Omega, sumpah laknat, sampel DNA, nampaknya Datuk Seri sangat...

Marah?

Nampaknya...

Bukan, bukan, dengar sini. Jika saya tuduh anda buat hubungan seks setiap malam, adakah anda berasa gembira atau marah?

Tapi Datuk Seri sudah biasa menghadapi tuduhan seperti ini?

NONEAnda juga tahu saya juga seorang manusia, saya ada keluarga. Jangan layan saya seperti seorang perogol. Itu satu perkara, dan sesiapa saja yang tanya saya soalan ini dengan cara biadap, daripada TV3 dan Utusan.

Bukan untuk salahkan mereka semata-mata, tapi mereka boleh kata, 'Datuk Seri, saya minta maaf, boleh saya tanya...' tapi tidak. Omega. Omega Omega. Ianya (ditanya) dengan sangat biadap. Jagi bagaimana saya hendak hadapinya? Saya beri sedikit pengajaran. Mereka kata saya buat budak (wartawan) itu menangis, tapi itu bukan masalah saya.

Jika anda bersedia untuk menggadai jiwa untuk duit, jangan cakap dengan saya soal moral. Isu Omega ini, pada saya, bukan satu isu. Adakah saya betul? Sekarang anda boleh lihat bahawa saya betul.

Anda perlu ada kesabaran selama beberapa minggu. Jika saya beri respon, (saya) akan terperangkap. Anda akan tanya, 'Omega mana?'. Anda akan memperpanjangkannya... Anda akan beri kredibiliti.

Mungkin lebih baik jika Datuk Seri kata 'saya tidak mahu komen' dan biarkan saja.

OK, terima kasih atas nasihat anda tentang kesabaran. Azizah ada pandangan begitu. Dia kata, 'tak apalah, sabar.' Dia penyabar. Tapi jika akan perlu laluinya selama 13 tahun... Jadi saya mahu beri mereka satu pengajaran dengan memberikan respon.

Datuk Seri nampak panas...

NONE[Ketawa] Tidak, ia sangat tidak adil. Saya faham bahawa anda mahu dilihat sebagai media independen tapi anda peli ingat bahawa anda berdepan dengan kehidupan orang, keluarga orang.

Secara tidak langsung, walaupun anda mendakwa bahawa anda buat kerja secara professional, anda juga menjadi suruhan kepada pemimpin korup itu. Mahu atau tidak, anda perlu jual (berita), jadi anda perlu lapor. Maka anda juga sebenarnya mengikut tindak tanduk mereka.

Anda tidak bercakap tentang (manifesti Pakatan Rakyat) Buku Jingga, anda tidak bercakap tentang rasuah, anda tidak bercakap tentang reformasi ekonimi, sebab anda kena ikut tindak tanduk siapa? Tindak tanduk Umno dan Utusan.

Bagaimana pula Datuk Seri berjumpa Eskay. Sejauh mana hubungan Datuk Seri dengan beliau?

Saya jumpa semua orang. Semuanya kata mereka kawan baik saya... Semua yang lompat parti adalah kawan saya yang paling baik. Sesetengahnya saya tidak tahupun nama keluarga mereka, atau nama penuh mereka. Anda boleh bayangkan? Saya tidak tahu nama penuh (Eskay) sehinggalah dia failkan kes (saman berhubung jambatan bengkok).

Tentulah saya kenal dia, ya, rapat. Anda juga percaya saya ada kawan baik yang namanya saya tidak tahu? Pada masa itu saya tidak tahu sama ada dia (memeluk) Buddha atau Islam, saya tidak tahu.

Dalam kes jambatan bengkok itu, dia memberi keterangan bahawa di membawa (defendan Yahya Jalil) untuk berjumpa untuk berjumpa Datuk Seri kerana...

johor singapore new crooked bridge causeway 270106Kenyataanya itu tidaklah begitu salah kerana apa yang diperkatakan itu, begini; (Individu terlibat) adalah (dari) kem Mahathir, yang rapat dengan (menteri perdagangan dalam negeri pada waktu itu) Megat Junid (Megat Ayub). Megat Junid yang mengaturkan pertemuan itu untuk mereka datang berjumpa saya.

Jadi Eskay datang dan bawa Yahya Jalil ini dan di dalam afidavit beliau, dia kata Anwar menasihatkan mereka supaya pergi ke (Unit Perancangan Ekonomi) kerana ia merupakan keputusan EPU berhubung penswastaan. Jadi, begitulah... Saya hantar mereka ke EPU dan dalam pada itu (Eskay) minta (syarikat Yahya) sebanya RM20 juta. Itulah ceritanya.

Adakah Datuk Seri diminta memberi keterangan di mahkamah?

Dia ada (minta). (Peguamnya) bercakap kepada saya, mereka mahu sahkan (pertemuan antara Eskay, Yahya dan Anwar). Jadi saya kata OK, tetapi (pendengaran kes saman jambatan bengkok) kebetulan (berlaku) dengan perbicaraan saya.

Kemudian (peguam) beritahu saya, memandangkan perkara ini tidak pernah dibantah, dan Yahya Jalil kemudiannya mengesahkan bahawa mereka telah bertemu Anwar dan Anwar meminta mereka bertemu EPU, jadi tidak ada keperluan untuk saya beri keterangan (berhubung kes berkenaan).

Eskay tidak gembira (dengan keputusan itu), dia mahu saya beri keterangan.

Jadi kes jambatan bengkok tidak ada kena mengena dengan video seks – kerana Datuk Seri tidak beri keterangan?

Dia tidak kata begitu tetapi dalam kenyataannya dia mahu saya dan (isteri serta presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) supaya meletak jawatan, yang merupakan ugutan jenayah.

Jadi di negara ini, ugutan jenayah, pornografi semuanya dibolehkan dalam negara Najib-Rosmah.

Video seks ini merupakan siri terbaru dalam dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri selepas 1998. Kenapa semua tuduhan itum, kebanyakannya melibatkan seks?

mahathir book launch memoirs 080311Apabila melibatkan rasuah, Mahathir (kanan) meminta semua fail di perbendaharaan diteliti dan mereka tidak boleh jumpa satu syarikat atau satu saham (berkaitan saya). Secara sindiran, adalah di sana dan di sini tetapi tidak ada satu pun (dakwaan). Jadi apa lagi? Seks.

Untuk seks juga, (tuduhan) tidak boleh zina sebab ianya biasa di kalangan pemimpin, (Mahathir) kata dalam mesyuarat sulitnya, jadi jadi mereka kata liwat sebab orang Melayu akan tolak perkara ini. Ini bukan perkara baru, ini cerita 1998.

Selepas tiga tuduhan seks, adakah orang akan fikir akan ada kebenaran di antara (semua tuduhan) ini?

Kenapa mereka timbulkan perkara ini? Ianya isu moral dan siapa yang hendak bercakap soal moral? Najib? (Menteri undang-undang, Datuk Seri) Nazri (Aziz)? (Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik?

Anda boleh kata ianya pornografi tapi sekiranya mereka boleh sahkannya, itu satu perkara. Tapi anda tidak boleh wujudkan sesuatu perkara tanpa (bukti).

...Itulah masalahnya dengan sistem ini. Saya tidak bercakap tentang Umno atau PERKASA, saya bercakap tentang kita. Kenapa kita memilih untuk melayan dan memberi kredibiliti kepada (golongan) korup?

Kenapa dakwaan-dakwaan ini masih dilemparkan kepada Datuk Seri?

Saya dilihat sebagai satu ancaman. Apa lagi? Katakanlah saya bersama esok, anda rasa mereka akan teruskan dengan (tuduhan) ini? Katalah saya bersara pada 2004 selepas saya dibebaskan (dari penjara). Pada masa itu sahaja (wakil) dihantar kepada saya, sama ada saya akan masuk Umno semula. Adakah saya masih perlu hadapi perkara ini sekarang?


Anwar ditemuramah oleh Steven Gan, Salhan K Ahmad, Aidila Razak dan Kow Gah Chie.

Unit Amal - " Aku bangga sama kamu ! "




Tanpa perlu ada agenda, tanpa perlu bercakap politik, macam puak pandi kutty jambul senget yang dok jaga hal-hal wanita, Unit Amal meneruskan usaha-usaha dan misi kemanusiaan hingga ke liang lahat. Dan kerja-kerja murni itu diabadikan oleh Sinar Harian hari ini. Semoga Tuhan melimpah ganjaran besar buat sukarelawan Unit Amal yang sejak petang tragedi itu sudah bertungkus lumus membantu mengeluarkan mangsa tanah runtuh.

Pergi jahanam sama putera umno kaa..pemuda umno kaa..jambul mak nenek umno kaa..! Bab-bab kubur nih..ingat puak tu berani sangat? Jenis takut mati belaka...! Tak percaya? Tanya umno !


Kutuk TG Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/249149_10150189459142592_358919387591_7509663_2671519_n.jpg

Pemuda PAS Kelantan berjanji akan terus berada dibelakang Tok Guru Nik Aziz demi memastikan Kerajaan Islam Kelantan terus bertahan dari Gelombang Laknat Merah!

(GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini )

KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Fadhli berkata, hakikatnya, Umno dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut.

Bahkan, katanya, jika Umno dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya.

"Ini kerana budaya ‘upah dan suap’ yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka.

"JMM hanyalah merupakan ‘budak suruhan’ kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Program Munajat Anak Muda Kelantan yang mensasarkan 10,000 anak muda berjaya menghimpunkan 15,000 anak muda seluruh Kelantan di Stadium Sultan Mohamad baru-baru ini.

Antara pengisiannya adalah bacaan Al Quran dengan sasaran khatam 100 kali bagi memohon perkenan Allah untuk selamatkan perjuangan Islam di Kelantan.

Bagi Fadhli, Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan.

Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan.

Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional.

Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM, kata Fadli.

"Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh Umno," katanya.

Apa yang berlaku ini, katanya, berlainan dengan Umno yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka.

Contoh jelas antaranya ialah apabila Umno memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan.

Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat, katanya.

"Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu," tegas Fadli.

Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM, tegas Fadli. -Hrkh

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor kritikal

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor, Mohd Radzi Yusof dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang.

Mohd Radzi, 51, (gambar) sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada hari Selasa (17 Mei) lepas untuk mendapat rawatan masalah paru-paru yang dihadapinya dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu kerana keadaan bertambah buruk.

Keadaan beliau masih lagi koma dan doktor terpaksa membuat pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-paru untuk mengenal pasti jangkitan lain.

Walaubagaimanapun keadaaan beliau semakin stabil berbanding semasa mula-mula dimasukkan ke ICU.

Sehubungan itu, pihak pihak jabatan pilihan raya PAS negeri meminta orang ramai bersolat hajat dan mendoakan agar beliau segera pulih.

Sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan yang dikesan sejak Januari lepas. -Hrkh

Ketua hakim dilaporkan kritikal

NONEKetua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Malaysiakini difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini.

Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed.

Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan. -M'kini

BOB LOKMAN-DAKWAH DALAM SENI NYANYIAN


Menyanggah Kenyataan Khairi Jamaludin

Oleh: Ustad Idris Ahmad
Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairi yang mendakwa bahawa umno pembela orang Melayu, hakikatnya umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa Pas ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato’ Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno.

Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairi juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan Pas kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman.
Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan Pas bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan Pas memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan umno menyebabkan melayu berpecah, kerana sebelum umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau menuduh melayu terbela di bawah umno?. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan China, India. Apa yang umno lakukan untuk orang melayu sehingga tertinggal kebelakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan umno gagal membela melayu.
1. Umno menggunakan konsep “Umno Putera” bukan “Bumiputera”, akhirnya yang ketinggalan orang melayu.
2.Apabila jawatan di dalam umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, melayu merempat merata-rata.
3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5.Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.
6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil umno pembela Melayu.
9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya Pas Ganti Umno. Pas terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong umno walaupun hakikatnya umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

Kaki Mangsa Terpaksa Dipotong Di Tempat Kejadian Untuk Selamatkan Nyawanya

Kaki seorang mangsa tragedi tanah runtuh yang tersepit dan tertimbus dari paras pinggang terpaksa dipotong di tempat kejadian bagi menyelamatkan nyawanya yang ketika itu sudah lemah akibat terlalu lama menanggung kesakitan.

Mangsa, Zulkhairi Aminuddin, 13, terpaksa mengharungi keadaan mengerikan itu selepas kaki kirinya didapati hancur dan mula bertukar menjadi kebiruan.

Menurut sumber hospital, pasukan perubatan yang ditugaskan terpaksa membuat keputusan sukar itu bagi menyelamatkan nyawa mangsa yang semakin lemah akibat kehilangan banyak darah.

“Sebaik menemui mangsa di lokasi runtuhan, kami diarah melihat keadaan mangsa terlebih dulu dan mendapati lebih 90 peratus kakinya dalam keadaan parah.

Kami terpaksa memotong kaki mangsa sehingga paras lutut di kawasan kejadian dan memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang (HA) bagi rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa kini masih berada dalam keadaan lemah dan masih dirawat di ICU HA.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Erwan Zakaria, 33, juga kehilangan kaki kanan selepas mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman yang dikhuatiri mengancam nyawanya.

Sumber itu berkata, selepas dikeluarkan dari runtuhan tanah, Mohd Erwan dikejarkan ke HA dan menjalani pembedahan selama kira-kira empat jam oleh sekumpulan doktor pakar tulang sebelum ditempatkan di ICU bagi rawatan lanjut.

“Kaki Mohd Erwan tidak hancur tetapi mengalami pendarahan dan kecederaan dalaman yang serius akibat tersepit terlalu lama dan tidak dapat diselamatkan. “Sekiranya kakinya dibiarkan dan hanya diberikan rawatan, kami bimbang ia akan dijangkiti kuman sehingga menjadi busuk seterusnya mengancam nyawa,” katanya.

Katanya, seorang lagi mangsa, Mohd Aizat Khusyairi Abdul Karim, 12, juga dirawat di ICU HA kerana kecederaan di kepala.

Menurutnya, setakat ini, keadaan ketiga-tiga mangsa stabil dan masih dipantau secara berterusan oleh pegawai perubatan dan jururawat.

“Hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat mangsa kerana pihak hospital tidak mahu emosi mereka terganggu dan boleh memudaratkan kesihatan kerana mereka masih trauma,” katanya.

Sumber itu berkata, pihak hospital sudah melakukan rawatan terbaik bagi memastikan mangsa yang terselamat mendapat rawatan sempurna dan kembali pulih sama ada fizikal atau mental. -hm

Sehari Dalam Kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat






Shahrizat ni BANGANG ka CELAKA???

Bernama melaporkan:
Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa Tidak Berdaftar Dengan JKM - Shahrizat
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu.

Sehingga awal pagi ini, seramai 12 orang maut, sembilan cedera dan empat lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petanghari Sabtu.

Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu. - Bernama.
Aku taktau nak istilahkan sebagai apa kenyataan Shahrizat ni. Nak kata BANGANG tak berapa nak sesuai. Nak kata CELAKA rasa macam terlebih sangat. Tapi paling kurang pun tak cerdik la kut.

Kalau nak cari salah sapa pun nanti-nanti la dulu. Benda dah jadi. Anak-anak yatim pulak tu yang terlibat. Takkan la takdak rasa kesian kat kaum keluarga anak-anak tu.

Ataupun, mungkin kut, puak-puak pandi kutty ni dah takdak rasa simpati dalam hati pasai dah banyak sangat makan dari sumber haram kut, pasai tu hati tak rasa terharu.

Yang depa dok teringat nak cari salah orang lain, aku yakin tentu dalam hati makcik tak sedar diri ni takdak lain, tentu nak kaitkan rumah anak-anak yatim ni dengan pembangkang, pasai tak daftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat.

Kalau pun ada yang bersalah dalam kejadian yang menyayat hati ni, nanti sat la. Biar la keadaan reda sikit dulu. Ada benda lain yang lebih perlu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kena ambil perhatian.

Contohnya macamana keadaan anak-anak yang terselamat tu. Kat mana depa nak ditempatkan selepas ni. Kebajikan depa macamana. Mungkin kementerian boleh sediakan khidmat kaunseling untuk mangsa-mangsa yang terselamat yang tentu punya akan trauma.

Banyak benda yang lebih perlu diambil perhatian dalam masa terdekat ni daripada sibuk nak cari salah orang. Besar sangat ka kesalahan tak berdaftar dengan JKM tu.

Dalam pada tu MalaysianInsider melaporkan:
HULU LANGAT, 22 Mei — “Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia).”

Itulah ayat yang mampu dikatakan oleh Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14 dekat ini berhubung tragedi tanah runtuh yang mengejutkan seluruh negara, semalam.

Justeru kata Idris Musa, beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media.

“Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi. - TMI.

15k sertai majlis Himpunan 10k Pemuda Kelantan.

KOTA BHARU : Biarpun dianggarkan 10,000 akan hadir pada majlis Munajat Rakyat Kelantan (Ipon 10k Pemuda), namun seramai 15,000 orang hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Mereka hadir untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan Kelantan agar terus kekal mentadbir negeri setelah 21 tahun kepimpinan ulama mewarnai pentadbiran kerajaan negeri itu.

(GAMBAR: Bob Lokman antara tetamu yang hadir)

Majlis berkenaan bermula kira-kira jam 3.00 petang pada majlis yang diadakan di Padang Perdana.

Majlis pada sebelah malam itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti bacaan al-Quran 30 juzuk beramai-ramai bagi menjayakan 100 kali khatam al-Quran yang dibacakan sendiri oleh golongan pemuda termasuk pelajar tahfiz al-Quran dan pelajar-pelajar pondok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan solat sunat hajat bagi memohon pertolongan dari Dia agar mengekalkan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulamak disamping dijauhi segala usaha jahat pihak lawan untuk menghancurkan pentadbiran keajaan negeri.

Kesemua program munajat termasuk solat sunat hajat, Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Mudir Pondok Darilnaim, Ustaz Mohd Aziz Che Man.

(GAMBAR: Muslimat turut serta)

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, pemimpin masyarakat dan lain-lain jemputan.

Majlis disebelah malam bertambah meriah bukan hanya setakat bacaan al-Quran kehadiran pimpinan tertinggi parti dan kerajaan negeri, sebaliknya Bob Lokman yang turut diberi kesempatan berucap pada malam itu.

Turut berucap pada majlis disebelah malamnya, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Abdul Fatah Mahmood.

Husam ketika berucap pada majlis itu menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan subsidi minyak adalah candu kepada rakyat.

Katanya, kenyataan sedemikan jelas membuktikan kebajikan untuk rakyat langsung tidak ada sebaliknya untuk membenankan mereka sehingga mengistiharkan sabsidi adalah seumpama candu kepada rakyat.

Macamana Perdana Menteri boleh berkata demikian, sepatutnya membela rakyat,”ujarnya.

(GAMBAR:Ikrar para pemimpin PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan)

Bagaimanapun beliau berpendapat rasuah dan korupsi adalah candu sebenar yang mampu merosakkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, kerana rasuah negara boleh tergadai akibat diterajui oleh pemimpin yang tidak beramanah.

”Saya harap rakyat di seluruh negara menilai balik kepimpinan kerajaan BN hari ini, kita buat perhitungan segera khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji program yang dianjurkan oleh anak muda itu kerana ianya juga antara tanggungjawab jamaah Islam bagi mempertahankan kerajaan yang membela kebajikan rakyat.

Sambungnya, semua lapisan masyarakat wajar mempertahankan kerajaan Kelantan yang banyak membela kebajikan untuk mereka. -Hrkh

Jadikan Tragedi Sebagai Iktibar, Pernah Berlaku Runtuhan Kecil

Tanah Runtuh : Ambil Musibah Sebagai Iktibar Untuk Perbaiki Masa Depan

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan jutaan takziah kepada keluarga, pewaris mangsa dan pihak rumah anak yatim yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini semalam.

Beliau turut menggesa kajian menyeluruh dilakukan ke atas bangunan dan kawasan sekitar insiden kerana bencana melibatkan kehilangan nyawa katanya tidak boleh diambil mudah.

Ia penting kata Azizah bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan nyawa dan semualah yang telah ditimpa malapetaka ini tetapi kita mesti redha.

“(Namun) kita mesti cari penyelesaian kerana kalaulah tragedi ini berulang dan berlaku banyak kali, jadi kita mesti tengok puncanya. Apakah dengan pembangunan bangunan yang tanpa mengira persekitaran?,” katanya kepada TV Selangor selepas melawat mangsa yang terselamat di Hospital Ampang petang tadi.

Beliau turut diiringi isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, Exco Selangor Rodziah Ismail dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Haniza Talha.

Dalam kejadian tanah runtuh semalam, 16 mangsa maut manakala sembilan lagi mengalami kecederaan dan dilaporkan dalam keadaan stabil kini.

Azizah turut mengingatkan tentang amalan beringat yang bersifat sementara di kalangan masyarakat.

Katanya, semua pihak seharusnya melihat dan belajar terhadap apa yang berlaku serta menjadikanya panduan supaya boleh mengharungi masa depan dengan lebih baik.

Jelasnya, peristiwa malang yang berlaku ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar serta di kalangan mereka yang masih anak-anak.

“Kadang kala kita nampak macam beringat sedikit bila lepas tragedi untuk seketika tetapi kejadian yang sama masih berulang.

“Nyawa (yang diambil seharusnya) menjadi pelajaran tetapi kita tak belajar dari pelajaran ini,” katanya. -tvsnews

Tanah Runtuh: Pernah Berlaku Runtuhan Kecil

KAJANG: Tanah bukit di kawasan belakang Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut 16 nyawa pernah berlaku pergerakan kecil dan runtuhan pasir.

Bagaimanapun jurucakap rumah anak yatim berkenaan, Roslan Othman, 69, berkata, runtuhan pasir berkenaan dianggap perkara biasa kerana ia berlaku beberapa kali terutama ketika hujan serta dinggap tidak berbahaya.

"Sebelum ini pun memang pernah runtuh, tapi hanya runtuhan pasir halus dan tanah.

"Kami anggap ia perkara biasa, bila jatuh (tanah) kami sapu dan bersihkan. Tidak pernah terfikir perkara begini (runtuhan besar) berlaku," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan orang Islam Dusun Naning di sini, Ahad.

Namun Roslan berkata, tragedi yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu yang melibatkan jumlah mangsa keseluruhan yang tertimbus seramai 25 orang adalah teruk dan begitu menyayat hati.

"Ini adalah tragedi yang teruk, saya tak kata ia paling teruk kerana ia pertama kali berlaku...jadi kita tak boleh buat perbandingan," katanya yang sudah berkhidmat sebagai sukarela di rumah anak yatim berkenaan selama lebih 10 tahun.

Dalam pada itu Pengetua Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Idris Musa ketika ditemui enggan mengulas mengenai tragedi berkenaan.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa, anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal).


"Tolong bagi saya masa untuk bertenang, harap anda faham," katanya ringkas. -mstar


Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak

BUKIT MERTAJAM : Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.

Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Pertembungan Najib dan Anwar sudah melepasi tahap kedua di mana masing-masing merangka strateji politik cuma perbezaan BN main politik tidak sihat mempergunakan semua kesempatan untuk menekan Pakatan Rakyat. Itulah politik Umno dan BN mereka tidak akan duduk diam buat kejahatan, " jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Juru, Bukit Mertajam semalam.

Namun apa pun, rakyat yang cintakan kebenaran mesti yakin dan melaksanakan kerja menjatuhkan BN cara terhormat melalui pilihanraya serta menyampaikan maklumat terkini sehingga ke akar umbi, kata beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Bard (gambar bawah).

Sekarang ini BN cuba memperbanyakan program kepemudaan menerusi Belia di mana kemunculan konsert dan rancangan realiti yang tidak membawa manafaat kepada wawasan yang ingin dibina.

Mereka tahu tambahnya, lagi banyak program seumpama itu bermakna sokongan golongan muda terhadap BN tetapi jangan bimbang Pakatan Rakyat juga mempunyai ageda yang tersendiri untuk mengajak anak muda bersatu di bawah satu payung kebenaran.

"Memang tidak dinafikan BN banyak adakan rancangan bermotif politik namun jangan bimbang Pakatan Rakyat juga ada agenda untuk menyusun beberapa program demi menyelamatkan golongan terbabit daripada terus menjadi hamba kepada politik kotor BN, " terangnya yang juga Ketua Cabang Parti KeAdiLan Rembau, Negeri Sembilan.

Bagi beliau, kemampuan Dato' Seri Anwar lebih menyerlah walaupun beliau ditekan dengan berbagai isu yang kadang-kadang jika dilihat Anwar akan kalah awal sebelum bertarung pada pilihanraya umum nanti.

Sebenarnya Najib lebih tertekan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat seperti kes Antantuya, pembaziran Datin Seri Rosmah Mansor, kes liwat atau video lucah yang bakal dibicarakan bulan depan.

"Terdapat kelebihan pada Pakatan Rakyat sebab itu BN cuba mengalih pandangan masyarakat pada isu yang tidak rasional seperti percubaan mengharamkan Parti KeAdiLan, " katanya lagi.

Justeru itu, rakyat yang mahukan kemenangan muklak mesti bekerja keras dengan parti dalam gabungan Pakatan Raykat bagi memastikan kerusi parlimen atau negeri di semenanjung Malaysia dikekalkan atau menambah banyak kerusi manakala rakyat di Sabah dan Sarawak wajar memenangkan sepuluh kerusi parlimen berbanding lapan yang menjadi sasaran sebelum ini.

Berceramah sama dalam program anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tengah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti (JKKK) Kampung Sekolah, Juru ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail dan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baru, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .