Ikuti Blog ini

Kerana takut kalah PRU, BN permainkan Islam.......

KAMUNTING, 17 MEI:  Satu-satunya cara untuk mewujudkan Malaysia yang baru ialah dengan menolak politik perkauman dan manipulasi agama yang sering dimainkan oleh Barisan Nasional, termasuk UMNO dan MCA.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, politik perkauman dan manipulasi agama telah menjadi penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
“Kata-kata “Cina balik China, India balik India’ sudah tidak ada tempat di negara ini. Para pengundi perlu berani untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersama Pakatan Rakyat di sini malam tadi yang dihadiri lebih 6,000 orang.
Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, beliau sendiri telah berusaha untuk memastikan semua kaum, termasuk orang Melayu, mendapat pembelaan sewajarnya kerana ia adalah tanggungjawab semua.
“Saya sendiri menyumbang kepada satu majlis berkhatan beramai-ramai yang melibatkan 500 kanak-kanak Melayu di kawasan saya. Saya juga melawat masjid untuk menyampaikan sumbangan ikhlas serta menyertai umat Islam dalam majlis berbuka puasa.
“Ini membuktikan DAP adalah parti yang bersifat inklusif yang menerima semua orang tanpa mengira kaum dan agama, malah menghormati semua kaum dan agama.
“Jadi jangan lagi percaya dengan fitnah UMNO kononnya Dap adalah parti anti-Melayu, anti-Islam. Itu semua bohong,” ujarnya.
Di majlis yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu berkata, selain UMNO, parti komponen BN yang paling takut dengan PAS adalah MCA kerana kepimpinannya bimbang dengan usaha PAS untuk mewujudkan Negara Berkebajikan.
Katanya, apabila PAS tidak menggunakan istilah Negara Islam, MCA bimbang kerana ia tiada lagi bahan propaganda untuk memburukkan DAP yang kononnya bersekongkol dengan PAS bagi menubuhkan Negara Islam.
“MCA selalu memburukkan PAS untuk menakutkan kaum Cina. Tapi tahukah mereka bahawa di Kelantan, kerajaan negeri PAS telah memberikan tanah kepada kaum Cina untuk membina sekolah, malah memberi sumbangan unruk dewan orang Cina. 
 
Mengapa MCA membisu dalam hal ini? Ini tidak adil,” tambah beliau.
Menurutnya, parti-parti komponen BN sanggup mempermainkan Islam semata-mata ingin menakutkan rakyat yang semakin ghairah mahu membuat perubahan besar dalam PRU akan datang. – Roketkini.com

Keganasan Polis: BERSIH Gesa Suhakam Siasat & Bertindak


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menubuhkan panel siasatan bebas dan terbuka ke atas pencabulan hak asasi oleh polis sewaktu perhimpunan 28 April lalu.

Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan BERSIH kepada Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum tersebut, pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata, keganasan yang dilakukan polis semasa perhimpunan tersebut merupakan tindakan paling buruk setakat ini.

"Pencabulan hak asasi sehingga ke tahap ini tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa kita mengetahui kebenaran dan keadilan buat semua mangsa," katanya ketika membaca satu kenyataan.

Mengulas mengenai dakwaan tindakan ganas polis ke atas peserta perhimpunan yang menyerah diri kepada pasukan itu, Ambiga berkata perbuatan seperti itu hanya akan memburukkan keadaan.

Tambahnya, sehingga kini polis hanya mengumumkan senarai 141 orang yang dikehendaki tetapi tidak mendedahkan nama dalam senarai itu.

Ramai yang masih tidak tahu sekiranya nama mereka juga termasuk dalam senarai tersebut, katanya lagi kepada pemberita.

Dipukul lepas serah diri

Dalam pertemuan sama, BERSIH melalui peguam Lawyers for Liberty (LFL) turut menggesa Suhakam campur tangan dalam isu berkenaan.

Peguam LFL, Fadiah Nadwa Fikri, memaklumkan kepada Suhakam mengenai kes melibatkan seorang peserta perhimpunan, Mohd Safuan Mamat, 25 tahun yang mendakwa dipukul dengan getah hos air supaya mengaku bersalah selepas menyerah diri 14 Mei lalu.

"Ini amat merisaukan kerana polis sudah mula memburu mereka yang disenaraikan ini," kata Fadiah kepada pemberita.


Katanya, badan peguam itu bimbang polis akan menangkap orang ramai tanpa ditemani peguam sewaktu ditahan dan menerima nasib seperti Mohd Safuan.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam yang menerima memorandum itu memberi jaminan Suhakam akan menelitinya dan menemui BERSIH dalam masa seminggu.

"Kami akan meneliti memorandum ini dan memaklumkan orang ramai.

"Kami juga akan menghubungi Ketua Polis Negara untuk tindakan susulan berkaitan akses (peguam) kepada mereka yang ditahan," katanya. -mk


Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri'



BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.

Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.

Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Terbukti  ada unsur-unsur  penipuan dalam pendaftaran pemilih.

"Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan 'pengundi hantu' yang mungkin wujud di Dun itu.

"Kami sedang membuat operasi  ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu. -Hrkh

Muhyiddin kunci mulut kes Scorpene


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasskin mengunci mulut daripada memberi sebarang reaksi terhadap siasatan mahkamah Perncis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Malaysia-Perancis.

Ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada negara ini pada 2002. -M'kini

Ikhwanul Muslimin bantu calon presiden



KAHERAH: Ulama konservatif dan pendakwah televisyen memuji calon presiden Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, ketika beribu-ribu penyokong berkumpul memberi sokongan kepadanya di stadium di bandar raya perindustrian Lembah Nil dengan tinjauan menunjukkan kedudukannya masih lemah.


“Kami lihat impian mewujudkan pemerintahan Khalifah Islam menjadi satu kebenaran di tangan Mohammed Morsi. Ibu negara Khalifah dan Negara Arab Bersatu ialah Baitulmaqdis, Insya-Allah,” kata ulama

Safwat Hegazy ketika beribu-ribu penduduk bersorak dan mengibarkan bendera Ikhwanul Muslimin berwarna hijau sambil melaungkan: “Rakyat mahu laksana undang-undang Allah.”
Calon presiden Ikhwanul Muslimin pada awalnya Khairat el-Shater, tetapi beliau tidak layak bertanding berikutan sabitan ketika pemerintahan Mubarak. Ia memaksa mereka menjadikan Morsi sebagai calon meskipun tidak sekuat Shater.

Morsi bergelut mengumpul pengundi untuk berdepan dengan persaingan Abdel-Moneim Abolfotoh, yang lebih sederhana dan mendapat sokongan parti lebih konservatif, Salafi.

Seorang lagi calon ialah Perdana Menteri terakhir ketika pemerintahan Mubarak, Ahmed Shafiq yang turut rancak mengumpul sokongan menjelang pemilihan presiden minggu depan.

Bagi sebahagian rakyat, pengalaman dan latar belakangnya sebagai bekas komander tentera udara menjanjikan pengakhiran kepada krisis melanda negara itu sejak penyingkiran Mubarak.
Beliau juga berdepan kritikan bagi mereka yang melihat beliau sebagai tinggalan rejim lama. Minggu ini Shafiq terpaksa menangkis serangan pembabitannya dalam penjualan tanah diperuntukkan bagi kakitangan tentera kepada anak lelaki Mubarak.

Tidak hairanlah, ketika kempen pemilihan presiden tinggal sembilan hari, Ikahwanul Muslimin membuat perubahan drastik apabila lebih berani menyatakan keinginan menjadikan Islam dan undang-undang Syariah sebagai teras pentadbiran negara.

Ia juga semakin jauh daripada penampilan lebih sederhana yang pernah ditunjukkan sebelum kejatuhan Hosni Mubarak 15 bulan lalu. Ketika berkempen untuk pilihan raya Parlimen lewat tahun lalu, Ikhwanul Muslimin menegaskan pelaksanaan undang-undang Syariah bukan keutamaannya.

Pergerakan itu juga mahu meredakan kebimbangan ia mahu mengambil alih negara itu dengan berjanji bekerjasama dengan parti lebih liberal.

Pengkritik dan anggota Ikhwanul Muslimin berkata ketegasan itu menunjukkan wajah sebenar kumpulan berusia 82 tahun itu, yang ditubuhkan oleh ulama sejak berdekad lalu tidak memberi peluang kepada tokoh lebih sederhana dan mengambil alih kepemimpinannya.

Ulama konservatif, kata bekas anggota pergerakan itu, lebih bersikap konfrontasi dan berazam melaksanakan undang-undang Islam dan tidak mungkin mahu berkongsi kuasa dengan pihak lain.

Bekas anggota juga percaya kumpulan itu juga sebenarnya kecewa kerana kuasa politik sekian lama diimpikan semakin terlepas daripada genggaman. Ikhwanul Muslimin muncul daripada pilihan raya Parlimen sebagai parti terbesar dalam perundangan, kejayaan dianggap sebagai bukti ia berhak meneruskan agenda mereka. – AP/Reuters

UMNO dan PUNGGUNG bagai IRAMA dengan LAGU

Oleh kerana isu tonggeng ponggong hangat di pasaran, Gua kasi turun muat berita bergambar ini kikiki

Umno dan punggung memang tidak dapat dipisahkan..ibarat irama dan lagu........wakaka

 

http://batuvskayu.blogspot.com

Siasatan Perancis bongkar kaitan Najib dengan semua

KUALA LUMPUR: Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.

Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.

Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.

Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.

Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai.

Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.

Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.

Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.

Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene.

Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene.



(Aktivis Suaram dan peguam mereka [kanan sekali] di Perancis)

Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.

Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.

Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain.

Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan.

Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya.

Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis.

Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya.

Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi.

Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki.

Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.

Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.

Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.
----------------------------------
Berita ini diterjemah secara bebas daripada Vancouver Sun.

Pelajar Yaman Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..


Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya. Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

1. Pemimpin yang adil;

2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;

3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;

4. Lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;

5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;

6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;

7. Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit..

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan:

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. (IH)

ibnuhasyim

Scorpene: Zahid diingat jangan rasa selamat


KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak terlalu yakin dengan status sebagai pemerintah di kerajaan negeri dan merasa selamat daripada didakwa di mahkamah Perancis di atas isu skandal pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di sana.


Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Zahid menggambarkan beliau sedang dalam kebimbangan yang berpanjangan dengan kes yang sedang dihadapinya.

Dalam kenyataannya, Zahid menafikan mahkamah Perancis mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung dengan alasan bahawa rakyat Malaysia tidak tertakluk dengan undang-undang negara itu.

“Mungkin kerana kegusaran beliau serta kebimbangan yang keterlaluan sehingga beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini,” kata Riduan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seharusnya Zahid merasa tenang dan sanggup berhadapan dengan realiti kes itu dan menyatakan kesediaannya memberikan kerjasama dengan mahkamah Perancis bagi memastikan keadilan tertegak di muka bumi ini.

Katanya, keengganan beliau untuk tampil di mahkamah Perancis hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa beliau dan PM seperti terlibat dalam skandal yang besar dan memalukan negara.

Oleh itu, ujarnya DPPM menggesa supaya Ahmad Zahid supaya bersikap berani berhadapan demi kebenaran.

“Tidak ada apa yang perlu ditakutinya jika beliau dan Perdana Menteri berada dalam keadaan yang benar kerana mahkamah Perancis tidak membezakan antara rakyat biasa dan pemimpin negara dalam menentukan keadilan,” ujarnya. -Hrkh

Patutkah guru tunjukkan punggung kepada Mahyuddin?

24,053 guru dinaikan pangkat Jun ini: Guru patut tunjuk punggung kpd Mahyuddin!!
 
Malam tadi semua media UMNO/BN menyiarkan sambutan Hari Guru oleh Menteri pendidikan Muhyiddin Yassin Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar . Kononnya guru dapat "Durian Runtuh".

Muhyiddin mengumunkan apa yang sememangnya guru sudah dapat, bukannya bulan Jun 2012. Kononnya seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. Ini cerita bodoh, semua orang dah tahu!!


Mahyiddin sepatutnya sedar Pakatan Rakyat (Pakatan) bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan.

Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani.

“Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka. Pakatan Rakyat melihat kerjaya pendidik pekerjaan mulia dan mesti dipergiat untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam di samping membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 269 bermaksud ‘Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA).

Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akan fikirannya.

Pakatan juga bertekad memastikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga dikota dan laksana dengan formula pentadbiran telus dan mantap.

Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru pada pilihan raya umum akan datang. Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010.

MUHYIDDIN MAT YASIN JANGAN PERBODOHKAN GURU!!!

-Kredit
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .