10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti 398 undi. Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi. Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi. Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang. 10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi. Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi. 10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos. Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah. 10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah. Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut. 10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira. 9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos. 9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya. Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi. Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang. "Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini. |
Ikuti Blog ini
DAP berjaya rampas parlimen Sibu ,Ahad, Mei 16, 2010 at 16.5.10,
DAP disah SPR menang walaupun lambat. , at 16.5.10,
Demikian seperti yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK Sibu, Wong See Ming sebentar tadi.
Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan laungan kegembiraan dari apenyokong Pakatan Rakyat yang hadir.
Malam Ini Tanpa Keajaiban DAP Menang , at 16.5.10,
Berbagai angka yang keluar dari undi pos yang menjadi pertikaian. Akhirnya angka tidak rasmi menyebut undi pos yang keluar mengundi dan dikira sebanyak 2,401 undi. Dari jumlah ini BN meraih (diberikan undi pos ini) sebanyak 2,287 undi manakala undi untuk DAP sebanyak 87 undi dan calon bebas diberi 27 undi.
Sekiranya dicampur undi pos 87 undi ini bermakna undi DAP sebanyak 18,657 undi. Manakala undi BN pula akan meningkat mendadak menjadi 18,267 undi. Ini bermakna DAP akan menang dengan majoriti sekitar 390 undi.
Jumlah majoriti itu satu yang lumayan dan ia mampu mengubat kedukaan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat yang kalah kecil di Hulu Selangor dua minggu lepas.
Pengerusi SPR Cemas Ketika Diwawancara TV3 , at 16.5.10,
Ketika ditanya tentang jumlah peratusan keluar mengundi yang merosot, beliau mengatakan amat hairan dengan sikap pengundi di Sibu. Malah ada sesuatu yang aneh telah dikeluarkan oleh Aziz iaitu berkenaan peratusan pengundi itu. Sebelum ini dia mengumumkan peratusan adalah 59.86%, tetapi kemudian beliau mengatakan kemungkinan peratusan melebihi 60%. Malah, mengatakan pengumuman rasmi keputusan pilihanraya kecil kali ini akan dibuat selepas jam 10.00 malam dan bukannya 9.00 malam seperti yang dijanjikan.
1Malaysia tidak boleh selesai masalah manusia , at 16.5.10,
KOTA BHARU, 16 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya fahaman Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah SWT dan bukannya fahaman-fahaman lain termasuk ‘1Malaysia’.
Katanya, fahaman ‘1Malaysia’ tidak boleh dibawa ke akhirat serta tidak boleh menyelesaikan permasalahan manusia.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘mengetam’ padi di Taman Organik, sawah padi Tunjung, dekat sini pagi tadi.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi, serta kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Menurut Tuan Guru lagi, hanya aqidah Islam yang diiktiraf oleh Allah serta mampu menyelesaikan urusan hidup sama ada politik, ekonomi, bidang pertanian dan sebagainya.
“Kita seharusnya menggunakan kaedah Islam yang dibawa oleh Rasulullah dalam dalam semua urusan hidup termasuk mentadbir negara dan bukannya hanya 1Malaysia,”ujarnya lagi.
Pada masa yang sama beliau mengucapkan tahniah pada pengusaha tanaman padi cara organik di bendang padi Tunjung hingga ianya berjaya dikenali sebagai tempat pelancongan ilmiah.
“Saya dapat tahu kawasan tanaman ini telah dikunjungi ramai pihak termasuk pelajar universiti untuk membuat kajian, tahniah,”ujarnya.
Sambungnya, pihak perancang penanaman padi di sini telah menggunakan akal fikirannya untuk memajukan negeri ini dengan pertanian.
“Kita tidak seharusnya bergantung pada pihak luar khususnya barat yang hanya mencipta sesuatu perkara untuk memusnahkan alam bukan sahaja pemikiran manusia,”ujarnya lagi.
Tuan Guru memberitahu, biarpun mengetam padi hanya secara simbolik dilakukan olehnya, namun beliau begitu seronok kerana ianya telah mengembalikan zaman kegemilangan masyarakat kampung yang segar menuai hasil tanaman padi masing-masing. -Hrkh
Isu ADUN Kubang Rotan, BN tewas 1-3 , at 16.5.10,
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Sebagai pembangkang di Kedah, BN nampaknya tidak pernah belajar dari kesilapan iaitu ‘main hentam keromo’ dalam menangani isu. Tanpa kajian, mereka tangkap borong semua isu yang terlintas di depan mata dan cuba melonjak diri menjadi juara, walhal isu yang dikendong akhirnya menikam diri sendiri.
Tahun lalu Pemuda BN telah mengeksploit isu kononnya seorang Exco Kerajaan Negeri telah menghina Tuanku Sultan dengan perkataan “Bila raja hangpa nak mati?”. Mereka membuat laporan polis dan demonstasi di sana sini, tetapi akhirnya malu sendiri apabila sumber dakwaan yang dibuat hanyalah dari sehelai surat layang. Pihak polis tidak dapat mengiktiraf surat layang.
Pukulan lebih hebat terhadap BN ialah apabila Tuanku Sultan sendiri tidak mempercayai cerita karut itu, sebaliknya menganugerahkan pingat-pingat terhadap Exco kerajaan negeri, termasuk Exco yang didakwa terbabit itu.
Terbaru beberapa bulan lalu, Umno menjadi dalang terhadap demonstrasi mempertahankan tindakan penduduk Taman Wira Mergong enggan bayar hutang kepada Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Kedah. Tindakan sumbang mereka mendapat kemarahan dan kutukan dari majoriti rakyat negeri Kedah setelah pihak kerajaan mendedahkan bahawa punca Pusat tidak meluluskan permohonan untuk membina rumah kos rendah yang baru adalah kerana hutang tertunggak kira-kira RM23 juta akibat penghuni tersebut liat bayar hutang.
Untuk kali ketiga BN terperangkap lagi apabila bermain dengan isu kononnya ADUN Kubang Rotan ‘mempertikaikan bidang kuasa Sultan Kedah’ dalam soalan ADUN tersebut di Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Macam biasa BN membuat laporan polis (sebenarnya ‘laporan polis politik’), mengadakan perhimpunan haram di sana sini dan mempamerkan banner haram di merata tempat atas dakwaan kononnya ADUN PAS pertikai bidang kuasa Sultan.
Hari ini, tidak semacam 20 tahun lalu, rakyat akan telan bulat-bulat apa yang BN dakwa. Kini rakyat makin cerdik, lebih kritikal dan analatikal. Mereka bertanya balik “Apa YB Nasir dari Kubang Rotan soal dalam Dewan?”. Pihak yang membela YB Nasir mencetak semula soalan asal beliau dan mengedarkannya kepada ke seluruh rakyat jelata.
Rakaman kekecohan sidang DUN juga dirakam dengan banyak diedarkan ke seluruh negeri di samping diedarkan dengan pantas melalui media-media kedua di saluran maya. Apabila rakyat membaca atau mendengar soalan asal, mereka tahu rupanya tiada langsung frasa ‘mempertikaikan bidang kuasa Sultan’ seperti didakwa BN dan konco-konconya. Pihak yang cuba jadi juara iaitu BN dan NGO yang mereka jadikan lembu tunggangan seperti Perkasa dan sebuah persatuan yang mendakwa kerabat di raja, jadi termonyeh (malu sendiri) rakyat kembali menempelak kebodohan mereka memahami bahasa Melayu dengan baik.
Akibat tertekan, BN cuba bersandar kepada tindakan Speaker yang kononnya menarik balik soalan tersebut di sidang DUN tempohari. “Sudah tentu ada benda tak kena apabila Speaker minta soalan ditarik balik,” hujah mereka untuk menutup malu.
Apa yang berlaku dalam sidang DUN sebenarnya, Speaker bukan menarik balik soalan tersebut tetapi meminta Exco hanya menjawab soalan (c) dan (d). Berikut adalah soalan asalnya:
a) Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?
b) Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan pekara tidak boleh tersebut.
c) Apakah sikap Kerajaan Negeri terhadap beberapa tindakan pihak-pihak tertentu yang campur tangan dalam isu perlantikan imam dan pegawai masjid serta pengagihan zakat.
d) Nyatakan tindakan yang akan diambil kepada mana-mana pihak yang cuba mempengaruhi pentadbiran hal ehwal agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.
Speaker meminta hanya soalan (c) dan (d) dijawab setelah menerima hujah Suraya Yaakob (BN Sungai Tiang) yang berpendapat, kedua soalan tersebut (c dan d)sudah memadai untuk menjawab soalan (a) dan (b) yang dipertikaikan. Bukan kerana soalan tersebut menyalahi Peraturan Persidangan Dewan. Sebagai Speaker, amat penting bagi beliau mewujudkan keharmonian persidangan DUN. Pihak pembangkang kelihatan sudah tidak dapat dikawal, meracau macam orang hilang pertimbangan. Sudah tentu Speaker perlu mencari jalan alternatif untuk mengelak sidang DUN jadi sarkas politik badut-badut BN.
“Tidak timbul isu Speaker mengaku salah apabila soalan tersebut ditarik balik oleh YB beliau, Speaker tidak timbul ketegangan dan dewan dihormati dan berjalan dengan elok, jadi kita hormati tindakan Dato’ Speaker,” ujar Ketua Kelab Penyokong Kerajaan yang juga ADUN Bandar Baharu, Ustaz Yaakub Hussin.
Menurut beliau, mana-mana pihak yang berada dalam dewan semasa sidang berlangsung perlu bersikap ‘gentlemen’ menerima sebarang soalan yang diutarakan selagi ianya tidak melanggar peraturan dewan.
“Dewan ini dewan yang dihormati, YAB Menteri Besar atau mana-mana Exco yang beri jawapan tak akan cakap sembarangan, semuanya adalah berdasarkan fakta, bukan sahaja ahli dewan dapat maklumat, tetapi dapat memberi kesedaran kepada semua bahawa kuasa KDYMM Tuanku Sultan perlu dihormati,” ujar beliau.
Sebenarnya isu kononnya ADUN Kubang Rotan ‘pertikai bidang kuasa Sultan’ ini dicetuskan oleh BN. Mereka memula dan melancarkan serangan. Kini mereka pula yang menerima serangan balas. YB Nasir turun membuat road show ke seluruh negeri menjelaskan tiga perkara besar. Pertama, mendedahkan soalan asal yang langsung tidak mempertikaikan bidang kuasa Sultan dan BN sebenarnya pembohong. Kedua, mendedahkan BNlah yang menggangu kuasa Sultan dengan mempertikaikan tindakan yang diambil terhadap pegawai masjid serta tindakan Jakim memanggil imam mengadap mereka tanpa memohon restu Tuanku Sultan. Ketiga, mendedahkan sejarah pengkhianatan panjang Umno terhadap pihak istana. Semua apa yang dilakukan Umno diungkit satu persatu.
Nampaknya, dalam isu yang hangat dimainkan di Kedah ini BN hanya menjaringkan satu gol tetapi menerima tiga jaringan balas. BN kalah lagi.
LIVE:PILIHANRAYA SIBU HARI INI , at 16.5.10, in http://www.blogger.com/img/blank.gif
LIVE-LINTAS LANSUNG PILIHANRAYA KECIL SIBU SARAWAK
Terkini : PR dijangka menang tipis? , at 16.5.10,
Angin perubahan yang menjadi tema kempen calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Richard Wong Ho Leng jelas diterima penduduk Sibu yang dahagakan perubahan drastik setelah berada di bawah pemerintahan SUPP-Barisan Nasional selama hampir lima puluh tahun.
Malah gelombang perubahan ternyata amat memberangsangkan terutamanya daripada masyarakat Cina pada ceramah terakhir 'grand final' yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong di sini malam tadi.
"Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya dari Sibu mereka tidak pernah melihat seramai ini yang hadir pada ceramah politik dalam mana-mana kempen pilihan raya di Sibu," kata Ahli Dewan Negeri Padungan, Dominique Ng Kim Ho yang hadir pada ceramah perdana itu.
Tinjauan Suara Keadilan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat rata-rata melahirkan keyakinan terhadap kemenangan Richard Wong tetapi berhati-hati dalam memberi saiz kemenangan.
"Saya rasa kemenangan majoriti tipis itu boleh dicapai antara 500 hingga 1,000 undi. Ini berasaskan kepada sedikit sokongan rakyat Melayu-Melanau dan Iban di Sibu," komen Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Pandangan beliau dikongsi oleh Wan Zainal Abidin Wan Senusi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak yang menyatakan peluang Pakatan Rakyat memenangi PRK Sibu hari ini adalah sekitar 49 peratus manakala Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini pula mensasarkan peluang sama rata 50:50 antara Richard Wong dan calon BN, Robert Lau Hui Yew.
"Selepas hampir 50 tahun condong kepada BN saya merasakan ada sedikit kemahuan pengundi Melayu-Melanau serta Iban untuk beralih kepada Pakatan Rakyat sekitar 35 peratus. Kelebihan BN hanya kepada undi pos yang sudah 'mencuri' 5 peratus daripada undi kepada Pakatan Rakyat tetapi saya yakin sedikit perubahan dalam undi Melayu mampu membantu kita," kata Wan Zainal Abidin.
Ahmad Thamrin melihat respons positif kepada semua ceramah dan program Pakatan Rakyat sebagai satu faktor penting dalam penilaian prestasi gagasan itu dalam PRK Sibu.
"Ceramah Pakatan Rakyat lebih mendapat sambutan daripada BN yangb terpaksa 'merasuah' pengundi untuk hadir dengan hadiah, saguhati wang dan sebagainya," jelas beliau.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula lebih optimistik Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dengan majoriti selesa.
Katanya, ini berdasarkan kepada kepulangan jumlah pengundi muda yang besar ke Sibu untuk membuang undi hari ini.
"Berbanding dengan PRK Hulu Selangor, kali ini kita lihat minat yang serius yang ditunjukkan oleh pengundi muda untuk pulang bagi melakar masa depan politik Sibu. Ini satu petanda yang amat baik bagi Pakatan Rakyat," kata Shamsul Iskandar.
Beliau juga menyatakan keputusan terdesak Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan semakan semula kadar bagi premium untuk memperbaharui pajakan tanah yang berstatus perumahan, komersil dan pertanian dua hari sebelum pilihan raya kecil sebagai satu petanda BN dalam keadaan tertekan dan panik.
Sementara itu Dominique berkata kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak tiga kali sepanjang kempen PRK Sibu menunjukkan kegusaran BN yang ketara berhubung peluang mereka dalam pilihan raya kecil ini.
"Kita tidak menafikan setelah berjuta-juta ringgit dicurahkan oleh BN di Sibu sudah tentunya ada segmen pengundi yang termakan tetapi pengundi di kawasan bandar sudah matang dan mereka menolak amalan politik kotor seperti ini," kata beliau.
Yang lebih penting menurut ADUN Padungan itu ialah kelompok pengundi bukan Cina yanhg merangkumi kira-kira 40 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Sibu.
"Pemerhati politik meramalkan sekiranya Pakatan Rakyat boleh mengalihkan sokongan 40 peratus ini kepadanya, ia akan mencetuskan perubahan lanskap politik dan keputusan pilihan raya negeri nanti secara drastik.
"PRK Sibu kali ini adalah peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat untuk membuktikan peralihan segmen undi ini," ujar Dominique lagi.
Gambar-gambar Pelbagai Aksi Dan Gaya Tok Guru Nik Aziz Di JPM Autoshow Motorsport Terbesar Kelantan , at 16.5.10,
Ada kah lagi saki baki maruah...Wahai BN..?? , at 16.5.10,
Ada kah lagi saki baki maruah...
Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB KEDAH
Najib janjikan dana saat akhir pikat pengundi Sibu - SPRM tunggu apa lagi , at 16.5.10,
Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park.
Pengumuman itu dibuat ketika tinggal tiga jam sebelum kempen yang memperlihatkan saingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, berakhir.
“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.
“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.
Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.
“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.
Najib (gambar) dikatakan memutuskan untuk membuat kemunculan malam terakhir ini ekoran laporan mengatakan DAP, yang mewakili Pakatan Rakyat, memperlihatkan kemajuan dalam memperoleh sokongan walaupun BN disebut-sebut mempunyai berpeluang cerah untuk mengekalkan kerusi ini.
Pada pilihan raya umum 2008 DAP menerima lebih 60 peratus undi masyarakat Cina.
Masyarakat Cina merangkumi 67 peratus daripada 54,659 pengundi di Sibu.
“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.
Persinggahan ini melibatkan kawasan padat penduduk di Sibu dengan menawarkan 15,000 pengundi.
Najib juga mempertahankan janji-janjinya memberikan dana dan bantuan ketika pilihan raya kecil.
“Saya datang beberapa hari yang lalu dan saya merasakan macam sambutan Tahun Baru Cina sebab saya memberikan angpau,” katanya lagi.
“Tetapi ia bukan kerana pilihan raya kecil (semata-mata) tetapi kerana kami mendengar (rintihan) anda,” katanya.
Awal minggu Najib menyerahkan peruntukan kewangan RM15 juta kepada sekolah-sekolah Cina di sini.
Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu BN menjanjikan sejumlah wang yang banyak dan bantuan kewangan tetapi hanya memperoleh undi kurang 30 peratus daripada masyarakat Cina.
Najib mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Menteri pertama melawat Rejang Park di sini, kawasan yang sekian lama dianggap kubu kuat parti DAP.
Beliau memberitahu penduduk, yang hadir untuk mendengar ceramah menjelang
pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu esok, bahawa kerajaan di bawah kepimpinannya amat mempercayai konsep dalam Gagasan 1 Malaysia.
“Di bawah 1 Malaysia, kami mahu bekerjsama rapat dan sebab itu saya datang ke Rejang Park kerana saya adalah perdana menteri untuk semua masyarakat,” katanya.
Walaupun penduduk di situ menyokong pembangkang, Najib berkata beliau mahu mereka hanya mendengar satu kisahnya iaitu 1 Malaysia.
Lebih 10,000 Hadir Ceramah Akhir Pakatan Rakyat , at 16.5.10,
Ceramah yang diadakan berhampiran Hotel Paramount meraih sokongan lebih 10,000 rakyat yang dianggap oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ‘pertempuran abad ini’ (Battle of The Century.).
Hampir semua penceramah ‘top gun’ Pakatan Rakyat hadi dan berucap termasuk Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau terus berucap apabila hujan turun dengan dipayungi oleh seorang petugas DAP (Gambar)
Lim Kit Siang sebelum ini menyatakan harapan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menang adalah 40 peratus sahaja.
Namun, pada malam akhir, dengan melihat lautan manusia yang membanjiri kawasan veramah tersebut, Lim berkata “sekarang menjadi 50/50, kita ada harapan untuk terus berlawan,”sebagaimana dipetik dari Laman Twitter beliau.
Sementara itu, Buletinonline mendapat panggilan dari Timbalan Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat yang memberitahu bahawa, ia adalah satu sejarah himpunan terbesar rakyat Sibu yang pernah diadakan.
Kira-kira jam 10 malam, beliau berkata, kehadiran orang ramai sudah melebihi 10,000 orang.-BO
Mai Kita Tengok Umno Berpolitik Di Masjid , at 16.5.10,
Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.
Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jelebu. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?
Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat.
Kafir masuk masjidpun tahu nak tutup aurat..Tak berani tegur ke?
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.
Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.
Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai.
YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB? Tak haram ke tu?
Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.
Kredit pd ustsaifulbahri