Ikuti Blog ini

Felda; Dah Kalah Salahkan Peguam???

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/feldakalah.gif- Peneroka Bukan Umno Mesti Buat Perubahan!
Ingat bila dah bersara dalam memegang jawatan parti UMNO, al-fadhil ustaz Dr Yusof Noor tidak lagi bercakap politik. Tetapi dek kerana lama duduk dalam UMNO sehingga ke sisa-sisa usia masih terbawak-bawak perangai UMNO. Dan memang UMNO pun. Walaupun mendapat anugerah "tokoh Ma'al Hijrah" bersama seorang lagi yusof iaitu Dr Yusof al-Qardawi tetapi keduanya bak langit dan bumi.

Sepatutnya sebagai pengerusi Felda lulusan pengajian tasauf Cairo Universiti, mengakulah bahawa Felda telah menipu peneroka di Kemahang. Dan bukan hanya di Kelantan, bahkan diseluruh Negara. Tanyalah peneroka yang celik mata dan hatinya dan bukan tali barut UMNO, nescaya mereka akan mengetahui dan mengakui bagaimana Felda menipu ketika membeli hasil sawit mereka dan hal ini telah diputuskan oleh mahkamah.

Selaku pengerusi FELDA beliau sepatutnya membuat kenyataan meminta maaf secara terbuka kepada semua peneroka bahawa FELDA telah mengambil kesempatan keatas peneroka. Bahkan sepatutnya beliau merasa malu dan memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Nak harap Yusof Noor letak jawatan? Huh jangan diharap! Sayangkan pendapatan 2juta setahun tu?

Takkan nak lepas macam tu saje. Tetapi kalau di Jepun memang Pengerusi Felda dah melakukan tindakan 'Harakiri'. Bunuh diri guna pedang dihadapan Ibu pejabat FELDA sebagai tanda meminta maaf dan bersalah serta memikul tanggung-jawab. Itu di Jepun dan disini Malaysia.

Pemimpin UMNO bagaikan pelepah pisang. Dia takkan letak jwatan sehingga buruk dibatang pisang macam tu je. Letak jawatan tidak sekali. Taklah macam pelepah kelapa, bila dah kering dia akan gugur sendiri. Kalau kat Malaysia jangan diharap le. Kecuali dengan kuasa rakyat dijatuhkan UMNO-BN dalam pilihanraya nanti dan barulah boleh dibuang sikap tamak kuasa ke atas institusi seperti Felda ini.Mereka ada media dan akan dikibas supaya membara tentang segala macam kebaikan untuk menyembunyikan keburukan dan penyelewengan ke bawah karpet.

Ini bukan kali pertama yang melibatkan al-fadhil, sudah timbul isu penyelewengan zakat ketika memegang di wilayah persekutuan yang membawa beliau meletakkan jawatan. Sebagai pengerusi Felda, beliau secara terang-terangan dikawasan Felda khususnya di Terengganu membahagikan rasuah wang tunai ketika tempoh pilihanraya untuk kemenangan UMNO-BN. Lihatlah kenyataan terbaru beliau:-

Peguam Gagal Hadir Ke Mahkamah Punca Felda Tewas

BANDAR SERI JEMPOL: Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Baharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan. - BERNAMA


Akhirnya Felda mengkambing hitamkan peguam. Hakikatnya penyelewengan memang berlaku akibat daripada kerakusan FELDA. Jangan berdalih disebalik teknikal. Apa akan jadi terhadap Felda yang kini ia disaman lagi . Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Bagaimana kalau semua peneroka menuntut hak mereka. Tapi peneroka UMNO telah halal dan redha hasil FELDA diperas oleh UMNO. Mereka redha. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Peneroka yang lain serta anak-anak mereka perlu melakukan perubahan dan tahu akan hak mereka supaya tiada yang mengambil kesempatan keatas mereka meskipun dari kalangan sebangsa mereka sendiri. -BO

Jika dia betul DERHAKA cepat ''ISA''kan Nurul Izzah?

KETIGA-TIGANYA MUNAFIK DAN HIPOKRIT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menuduh Nurul Izzah sebagai penderhaka berikutan AP Lembah Pantai itu menerangkan kontroversi yang berlegar sekitar kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia kepada majalah Indonesia.

Di awal pendedahan isu kapal selam ini,, parleman sudahpun dimaklumkan bahawa memang kapal tersebut tak boleh menyelam, kerana masalah teknikal . Jadi semua orang yang bercakap mengenainya adalah merupakan ungkapan ulangan. Perkara yang sudah terdedah bukanlah rahsia lagi. Begitu juga tatacara pembelian kapal ini. Ia menjadi tanda tanya dan amat meragukan seluruh rakyat, kerana disyaki telah memperkayakan kroni.

Menteri Agama Jamil Khir Baharom pula menganggap Izzah telah melakukan satu dosa. Huru hara akan berlaku jika keburukan Kerajaan Umno-BN dihebahkan, katanya. Padahal satu dunia dah tahu kelemahan dan keburukan kerajaan UMNO BN! . Wahai Jamil Khir, saya cabar saudara, sila tunjukkan bukti bagaimana dikatakan Nurul Izzah telah melakukan dosa? Tunjukkan hadis atau nasnya ! Apa bentuk huru-hara yang mungkin atau telah disebabkan olehnya ?. Dan cuba renung serta fikirkan kembali,, berapa banyak huru-hara sudah berlaku sebelum ini? Dan siapa puncanya? Kalau saya kata orang UMNO sering menjadi puncanya macamana?

Ayuh Nurul ! pedulikan celaan dan ugutan penyangak-penyangak UMNO itu !. Mereka sebenar jauh lebih teruk. Anda bukan penderhaka!.. Anda adalah srikandi, ..Anda adalah pembela dan pejuang rakyat. Itu beza antara pemimpin Pakaran Rakyat dengan pemimpin UMNO. Pemimpin PR berani dan berkata benar, ikhlas dan berterus terang. Berjuang hanya untuk membela rakyat.

Pemimpin UMNO? Ramai yang pengecut, tapi suka tunjuk lagak, berjuang untuk diri sendiri dan kroni. Prinsip perjuangan ? Hebat !... Taat setia membabi buta. Hidup mesti mengampu!.

Zahid kata Nurul Izzah penderhaka ! ya ke tidak ? Yang pasti,,,ia sangat jauh jauh dari kepastian.
Berapa banyak pula penderhakaan yang telah dilakukan oleh Zahid? Berapa banyak pula penderhakaan yang telah dilakukan oleh Pemimpin UMNO? sejak 50 tahun memerintah ?
Kalau nak tulis sepuluh mukasurat pun belum tentu cukup. Dah terlalu banyak dan kerap kali
perkara itu disiar dan diperkatakan.

Yang bulat tembam sorang ni ..Zahid Md.Arif ,cucu Ghafar Baba ,,Bekas Naib ketua Angkatan Muda Keadilan. Lagi hebat ! Dalam ucapannya satu ketika dulu beliau pernah mengutuk Nik Aziz dengan mengata Nik Aziz sebagai “Ulamak Pukimak!” Dalam isu terbaru melibatkan Izzah ini beliau dengan bangga berkata …. Tangkap Izzah! dan kenakan ISA!.. Huh! Mudah benar dia ni bercakap !. Belum apa-apa dah nak gunakan senjata keramat haram itu. Memang senjata terakhir UMNO itu pasti digunakan juga satu masa nanti, percaya lah. Itu sebab UMNO beria-ia pertahankan ISA supaya kekal.

Penulis Tamu - rahim othman

PERUTUSAN DARI MAKKAH AL MUKARRAMAH SEMPENA PROGRAM MEMPERINGATI BADAR AL KUBRA PAS PUCHONG


Bismillah walhamdulillah wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa ‘ala alihi wa man waalah..wa ba’

Assalamu alaikum wbh,,

Semalam tanggal 17 Ramadhan, kita selalu diingatkan dengan peristiwa besar dalam sejarah kegemilangan Islam iaitu peperangan Badar al Kubra. Pagi Jumaat tersebut, di sebuah lembah bernama Badar menjadi saksi kepada pertempuran hebat antara yang mahu tunduk kepada Allah dan yang mahu terus tegar dengan peninggalan nenek moyang yang berbekaskan kufur dan jahiliah. Itulah hari yang Allah namakan Yaumul Furqan [hari yang membezakan antara yang haq dan batil].

Perang yang hanya melibatkan kira-kira 313 orang bala tentera di pihak Islam yang serba kurang kelengkapan peperangan berbanding bala tentera kuffar yang berjumlah kira-kira 1000 orang yang lengkap bersenjata. Pada peringkat awal, Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda keluar dari Madinah bukan dengan tujuan untuk berperang. Mereka hanya mahu memintas rombongan Abu Sufyan yang dalam perjalanan pulan dari Syam. Tindakan itu bagi melumpuhkan bekalan musuh yang berpusat di Makkah. Tetapi, Allah Ta’ala menghendaki yang lebih daripada itu.

Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda bertembung dengan bala tentera musuh yang lebih ramai dan lengkap bersenjata daripada mereka. Malah bala tentera Islam diuji oleh Allah, apabila antara yang terlibat di barisan musuh adalah di kalangan kaum keluarga mereka sendiri.

Ringkasnya, Allah mengurniakan kemenangan pada Islam dengan terbunuhnya 70 tentera musyrikin, dan 70 lagi menjadi tawanan orang Islam. Selebihnya bertempiaran lari kembali ke Makkah.

Betapa hebatnya dan besarnya pertolongan Allah dalam peristiwa ini, sehingga Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran, “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu adalah orang yang lemah. Kerna itu bertaqwa kepada Allah, mudah-mudahan kamu bersyukur”.

Sejarah yang dicatit dengan tinta emas ini kerap kali kita ulangi setiap kali hadirnya Ramadhan. Saya tak akan menulis kisah hebat peperangan ini sebagaimana pengkisahan sejarah dalam kitab-kitab yang ditulis para ulama’. Tulisan ini sedikit pun tidak akan menambah apatah lagi mengurang kehebatan karya-karya sejarah Islam peninggalan para ulama’ kita. Hanya sekadar ingin mengajak semua menghayati beberapa noktah penting dalam peperangan ini.

Antaranya pada jumlah bala tentera Islam yang jelas sekali berbeza berbanding bala tentera musuh. Al Qur’an menjelaskan bahawa bersama-sama bala tentera Islam ialah para malaikat, sebagaimana bala tentera musuh yang disertai sama syaitan sebagai pemberi semangat. Dengan jumlah yang lebih kecil ini, Allah Ta’ala memberi kemenangan pada Islam. Sudah tentu jumlah yang kecil ini, ialah kecil yang berkualiti.

Lihat sahaja apabila Rasulullah meminta pandangan daripada mereka, lantas salah seorang berkata, “Wahai Rasulullah, teruskan dengan apa yang ditunjukkan Allah padamu, nescaya kami akan bersama engkau. Demi Allah, kami tidak akan mengatakan pada engkau sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Bani Israel kepada Musa a.s, “pergilah engkau bersama Tuhan engkau berperang, kami hanya mahu duduk di sini.” Akan tetapi kami akan berkata, “Pergilah engkau bersama Tuhan engkau berperang, sesungguhnya akan pasti akan menyertai bersama-sama berperang.”

Jawapan yang tegas ini tidak mungkin terpacul dari mulut seorang yang tidak yakin dengan janji kemenangan daripada Allah. Kalau dilihat ke kanan dan ke kiri, mana mungkin boleh menang dengan jumlah yang sedikit begini. Tetapi jumlah yang sedikit ini ialah mereka yang lebih cintakan akhirat daripada dunia, lebih cintakan mati daripada hidup, lebih cintakan Allah, Rasul dan Islam daripada segala-galanya.

Mungkin akan ada yang persoalkan, dalam sistem pilihanraya yang kita sertai kini kemenangan ditentukan dengan kelebihan undi. Seorang calon tetap dianggap menang sekiranya mendahului lawannya walaupun hanya dengan satu undi. Begitulah sebaliknya.

Memang benar kenyataan ini dan saya tak menafikan kebenarannya, tetapi ia sedikit pun tak patut menjejaskan keyakinan kita pada adanya bantuan-bantuan “ghaib” daripada Allah, sebagaimana Rasulullah dan para sahabat dibantu para malaikat dalam perang Badar ini. Saya masih ingat, dalam satu temuramah Tuan Guru Al Mursyidul ‘Am selepas kemenangan di Kelantan dalam satu siri pilihanraya umum, Tok Guru Nik Aziz ditanya tentang sebab kemenangan. Jawab Tok Guru bersahaja, “ada keserasian antara yang di bumi dengan yang di langit.”

Sudah tentu “bantuan-bantuan langit” ini tidak akan turun melainkan apabila kita benar-benar layak untuk menerimanya. Mari kita siapkan diri dengan ikhlas, sabar, pengorbanan, istiqamah, taat dan tawakkal bagi melayakkan kita menerima “bantuan-bantuan” ini. Sudah lama kita bergantung pada “bantuan-bantuan” manusia baik dari segi undi mahupun sokongan. Kita akan buat segala-gala yang mungkin bagi memastikan undi dan sokongan terus memihak kepada kita. Tetapi sejauh manakah dan sebanyak manakah pula munajat, rayuan dan harapan kita pada bantuan Allah Ta’ala agar memihak kepada kita..?

Mengambil kesempatan program Badar al Kubra yang bakal diadakan pada Ahad ini, dan saatnya kita menghampiri 10 hari terakhir Ramadhan, saya dengan rendah diri mengajak diri saya terlebih dulu dan semua ahli-ahli PAS Puchong khususnya untuk melipatgandakan lagi amal ibadah, qiyam, muhasabah dan munajat kita kepada Allah Rabbul Jalil. Tidak ada kekuatan hakiki melainkan kita cuba membina keutuhan hubungan kita dengan Allah s.w.t.

Ya Allah Ya Tuhan-ku, aku bermohon kepada-Mu akan segala kebaikan yang dipohon Nabi-Mu s.a.w, bagi diriku, kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat-sahabat seperjuanganku dan kaum muslimin umumnya.

Ya Allah Ya Tuhan-ku, aku berlindung dengan-Mu dari segala kejahatan yang diminta berlindung oleh Nabi-Mu s.a.w, bagi diriku, kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat-sahabat seperjuanganku dan kaum muslimin umumnya.

Ya Allah kepada engkaulah aku serahkan segala niat dan perancangan jahat daripada musuh-musuh yang mahu memperok-peranda jama’ah kami ini, sesungguhnya engkaulah sebaik-sebaik yang memberi pertolongan dan pembalasan.

Ya Allah, kepada-Mu kami berserah, kami beriman, kami bertaubat, dengan kerana-Mu kami berbalah, kepada-Mu kami berhukum, maka ampunilah dosa kami samada yang terang mahupun terlindung.

Ya Allah, aku berdoa sebagaimana Nabi-Mu s.a.w berdoa di hari Badar, Ya Allah kurniakanlah kepada kami apa yang telah engkau janjikan…

Ameen ya rabbal ‘alamin.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Salam dari Tanah Haram Makkah al Mukarramah,

Muhammad Sufyan bin Ismail

YDP PAS Puchong

18 Ramadhan 1431/ 8.00 pg [waktu Makkah]

Lebih 50 Tahun R/M'sia Berfikiran Perkauman -Dr Mujahid


KL : Penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP), dan kemudiaannya dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), bukan sekadar meraih sokongan politik semata-mata, kata Dr. Mujahid Yusof.

Menurut beliau yang juga pengerusi lembaga penasihat DHPP, penubuhan itu bagi membuktikan PAS benar-benar mengamalkan perinsip Islam iaitu menolak perkauman.

"Kita tubuhkan ini bukan untuk meraih sokongan politik, ianya sesuai dengan ideologi PAS itu sendiri sebagai sebuah parti Islam, bukan parti perkauman, melangkaui rasis.

"Kita juga mahu tunjukkan PAS bukan hanya retorik dan bercakap sahaja, tapi kita buat," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh sebuah tv web, Popteevee dalam rancangan "The Fairly Current Show". Menurutnya lagi, rakyat Malaysia sudah lebih 50 tahun ditanam dengan pemikiran perkauman.

Maka menurutnya, sudah sampai masanya untuk PAS mengambil tanggungjawab melakukan perubahan memecahkan kubu perkauman tersebut. "Pada tahun 2007, saya pergi ke setiap negeri setiap malam untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS," katanya menceritakan kembali sejarah awal penubuhan KPP.

Temubual penuh beliau dalam rancangan itu boleh dilihat melalui pautan http://popteevee.popfolio.my/default.aspx?c=1

Penyertaan bukan Melayu dalam PAS sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu dilihat banyak memberi perubahan kepada landskap politik parti itu dan juga landskap politik negara. Tsunami politik pada PRU-12 lalu juga dilihat disumbang faktor sokongan bukan Melayu kepada PAS.

Mei lalu, PAS terus memperkukuhkan kedudukannya apabila mengiktiraf kelab penyokong menjadi DHPP yang kini setaraf dengan Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat.
Sehingga kini mereka mempunyai lebih 20,000 penyokong bukan Melayu dan bukan Islam dalam parti itu. (AK)

Bangkit Perkauman Untuk Tutup Kehilangan RM52 Bilion

GEORGETOWN - Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.-Hrkh

LAGI GAMBAR UMNO GUNA MASJID UTK KEPENTINGAN PARTI!

Umno Bahagian Taiping melalui ketua bahagiannya, Dato Shalimin Ahmad Shafie boleh didakwa telah menyalahgunakan masjid demi keuntungan politik apabila terang-terangan membuat program anjuran parti di dalam sebuah masjid di Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping semalam (Khamis, 26 Ogos 2010)..

Ini sekali gus telah melanggar dan menghina titah tuanku sultan yang melarang sebarang aktiviti politik di dalam masjid...(siap banner berlambangkan Umno/BN diangkut ke dalam masjid)...

Hmm...agak2...Utusan Malaysia siar tak statement mcm atas ni?..mustahil..sejarah telah membuktikan...

Persoalan sekarang, kalaulah yang anjurkan program ini adalah dari PAS atau PR, kemudian ada plak banner/kain rentang memaparkan ketiga2 logo/bendera parti ini dan banner ini kemudiannya diletakkan di dalam masjid, rasa2nya apa komen penyokong gerombolan? apa tajuk berita Utusan Malaysia muka depan?...

Korang pun dah dapat agak jawapannya..bahawa hipokritnya parti yang bernama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini...sendiri buat undang2, sendiri langgar..fikir2kan..wallahua'lam..

Oleh: Pria Malaya
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .