Ikuti Blog ini

JOM HEBOH - KELANTAN ASINGKAN PENONTON TIDAK MENJADI MASALAH


Kalau Kelantan Boleh, mengapa Negeri lain tidak mengikut cara ini

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini.

“Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu.

“Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung. -Hrkh

Harakahdaily

Dr. Hatta Ramli: "Selamatkan Malaysia" Save Malaysia Campaign




Krisis istana: TG Nik Aziz minta rakyat Kelantan bertenang

MACHANG, 28 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta rakyat bertenang ekoran berlaku krisis membabitkan istana Kelantan sekarang.

Katanya, rakyat hendaklah bertenang dan berdoa kepada Allah Taala meminta supaya krisis yang berlaku sekarang tidak berpanjangan.

“Saya bimbang berulang kembali peristiwa lama iaitu pelantikan raja seperti di Ketereh suatu ketika dahulu, itu memalukan,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan kilang GMP Nutraseutikal di Labok, hari ini.

Kilang itu milik Kilang Biotech Corporation Sdn Bhd anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Abdul Fattah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar.

Selain itu, anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman serta Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhamad juga hadir.

Khamis lalu, krisis membabitkan istana Kelantan memuncak apabila Tengku Muhammad Faris Petra cuba dilucut jawatannya sebagai Pemangku Raja.

Kenyataan itu dibuat bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan.

Ekoran itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) mengumumkan Pemangku Raja memecat Yang Dipertua MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dan diganti dengan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.

Peristiwa pelantikan raja di Ketereh berlaku pada 29 April 1993 apabila Tengku Ibrahim Petra disambut besar-besaran pemimpin Umno ketika pulang ke Kelantan.

Menteri Besar turut berdoa mudah-mudahan Pemangku Raja berada di dalam keadaan sihat walafiat dan Tuanku Sultan sihat kembali.

“Keduanya kita kena ingat memerintah negeri ini bukan satu tradisi tetapi terlibat sama dengan agama iaitu ada dosa dan pahala.

“Hendak memerintah negeri dengan sebarangan tidak boleh,” ujarnya.

Beliau juga berkata, krisis itu tidak sukar diselesaikan apabila semua pihak kembali kepada perlembagaan negeri memandangkan tuanku masih lagi gering sekarang.

“Saya telah melawat bersama anggota-anggota Exco dan melihat tuanku berada di atas kerusi roda, kena ada orang di kiri dan kanan baginda sebagai orang tengah.

“Jadi keadaan tuanku ini perlu memakan masa lagi, perlu kepada penjagaan doktor dan tuanku perlu serah kepada anakandanya, Tengku Muhammad Faris untuk mentadbir negeri.

“Insya Allah rakyat Kelantan akan berdoa semoga tuanku sihat walafiat dan anakanda Tengku Mahkota dapat memandu Kelantan secara fizikal dan rohani,” katanya.

Ditanya krisis itu berlaku kerana ada pihak enggan mematuhi undang-undang, beliau tidak mahu ganggu perkara tersebut.

“Saya bukan ahli undang-undang. Yang menjaga perlembagaan ada orangnya iaitu peguam,” ujarnya.

Mengenai cadangan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) supaya diadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) katanya, itu masalah teknikal.

Menurutnya, kalau boleh beliau tidak mahu isu berkenaan dihebohkan, dan apabila ada persidangan Dun tentunya ia menjadi heboh.

Kata beliau, istana merupakan institusi kesayangan orang Melayu, khasnya orang Kelantan.

“Dan apabila timbul sesuatu isu membabitkan istana, kita kena selesai dengan cara bil hikmah. Dan kalau tidak boleh, kita buat kena kembali kepada perlembagaan,” katanya.-Hrkh.

Chua Soi Lek Bakal Ganti Ong Tee Keat Sebagai Menteri Kabinet.

Kemenangan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA yang baru akan menyaksikan juga pertukaran menteri-menteri kabinet kerajaan Barisan Nasional terutama yang datang dari parti komponen MCA di dalam BN.

Chua Soi Lek sepastinya akan mengetuai senarai dengan mengenepikan Ong Tee Kiat yang selama ini dilihat begitu terpalit dengan pelbagai macam skandal dan tidak disenangi oleh ahli-ahli MCA khususnya.

Dr Chua memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Panas.Panas.Panas Tajol Rosli Lempang Zambry

loveperak.blogspot.com
Posted by MisbahulMunir

YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali

DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.

Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.

Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.

Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya coba mengunyah iktibar di sebaliknya.

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)

Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?
Posted by A. Samad said.

As Syahid Sheikh Ahmad Yasin:Jasadmu Hancur tetapi Perjuanganmu Tetap Utuh!

Nama sebenar beliau adalah Ahmad Ismail Yasin. Lahir pada tahun 1938 di Desa Al-Jaurah, utara Ghazzah. Beliau yang sangat meminati olahraga, telah mendapat kecelakaan yang menyebabkan ia diserang kelumpuhan total. Namun, itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi.

Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang Fatah atau penjara Israel. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.

Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.

Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.

Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.

Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.

Email : mohd.raziff.mohamad.zulkifli@prudential.com.my
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Gambar Tok Guru Nik Aziz Di Majlis Ramah Mesra Bersama Ngo OKU Kelantan

http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs490.ash1/26787_106285959402699_100000638861731_109273_7300840_n.jpg

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs490.snc3/26787_106285966069365_100000638861731_109275_6423938_n.jpg

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs510.snc3/26787_106285969402698_100000638861731_109276_5070641_n.jpg

http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs490.ash1/26787_106285972736031_100000638861731_109277_1636921_n.jpg


http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs510.snc3/26787_106285979402697_100000638861731_109278_7907162_n.jpg

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs490.snc3/26787_106285982736030_100000638861731_109279_4716954_n.jpg

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs490.ash1/26787_106285986069363_100000638861731_109280_7462491_n.jpg

http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs510.snc3/26787_106285992736029_100000638861731_109282_4366879_n.jpg

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs490.snc3/26787_106285996069362_100000638861731_109283_1674483_n.jpg

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs510.snc3/26787_106285999402695_100000638861731_109284_7252719_n.jpg

http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs510.snc3/26787_106286002736028_100000638861731_109285_2637585_n.jpg

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs510.snc3/26787_106286009402694_100000638861731_109287_7237693_n.jpg

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs490.ash1/26787_106286012736027_100000638861731_109288_7485343_n.jpg

http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs490.ash1/26787_106286022736026_100000638861731_109291_204131_n.jpg

http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs490.ash1/26787_106286026069359_100000638861731_109292_2018913_n.jpg

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs490.snc3/26787_106286036069358_100000638861731_109293_1309265_n.jpg

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs490.snc3/26787_106286046069357_100000638861731_109294_7163244_n.jpg

Indeks Rasuah Merudum - Malaysia diTertawakan

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/madsabuceramah.jpgKUALA TERENGGANU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu mendakwa Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana indeks rasuah merudum.

Katanya, indeks rasuah negara jatuh dan berada ditangga ke-56 di bawah pemerintahan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Najib Tun Razak sekarang setaraf dengan negara-negara di Afrika.

“Punca utama Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana rasuah, indeks rasuah kita (negara) 4.5:10 di tempat ke-56 yang setaraf dengan negara-negara Afrika,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Pakatan Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Kuala Ibai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, indeks rasuah tiga bekas Perdana Menteri lalu sebelum Tun Dr Mahathir jauh lebih baik dan berada ditangga ke-20 hingga ke-25 sahaja.

Katanya, di zaman Tun Dr Mahathir indeks rasuah terus naik dan berada ditangga ke-40 apabila dasar penswastaan diperkenalkan di negara ini.

“Apabila naik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM yang kelima selepas Tun Dr Mahathir gejala rasuah masih gagal dibenteras.

“Zaman ‘Pak Lah’ (Tun Abdullah) indeks rasuah terus naik ke tangga 47 meski pun ada usaha memerangi rasuah cuba dilaksanakan dengan menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.

Bahkan, katanya selepas Dato’ Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Perdana Menteri indeks rasuah negara terus naik ke tangga 56 dunia.

Menurutnya, bahaya rasuah akan menentukan maju mundur sesebuah negara sehingga mewujudkan pembangunan yang tidak berkualiti.

“Rakyat dapat melihat pembangunan yang tidak berkualiti hasil dari gejala rasuah dan ketirisan hingga boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah bangunan.

“Negara pula mengalami kerugian dari sudut ekonomi akibat dan tidak cukup wang dengan kos yang sentiasa meningkat,” jelasnya.

Katanya, akibat gejala rasuah tersebut akan berlaku ketirisan serta kebocoran dalam mengurus wang negara dan wang rakyat secara membazir.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.


Last Updated - BO

Musa Hitam Mahu Royalti Atau Wang Ehsan Diurus Kerajaan Negeri

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata, pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas, katanya seperti mana dipetik dari Malaysia Insider.

Seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih 'arif' dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.

Dalam temu bual dengan Astro Awani, Musa berkata, pembayaran wang itu biar apapun istilahnya, mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.

“Sama ada wang ihsan atau royalti, itu tidak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.

Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.

Perkara itu ditekankan beliau pada ceramah perdana di Kota Baru, akhir Januari lalu.

Tengku Razaleigh akan muncul pada majlis dialog yang diadakan di negeri jiran Terengganu, yang juga hanya pernah dibayar wang ihsan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1999.

Beliau dijadual untuk menyentuh isu itu sekali lagi yang sebelum ini mencetuskan polemik dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno-BN.

Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno.

“Jelas kepada saudara, bila dengar saya cakap ni, saya punya pendapat ‘not mainstream’.

“Ada orang kata boleh jadi lagi dekat dengan Tengku Razaleigh. Jangan salah faham pulak... Musa dah balik dengan Tengku Razaleigh, tak ada, kita dah tua, ‘don’t worrylah’,” katanya.

Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.

“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya.

Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak.

Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat.

Namun kerajaan pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.

Sebaliknya kerajaan pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.

Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.

Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu. -SK

Siapa menderita jika Tok Guru bahagia??

Sayu hati apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata yang dia bahagia sekiranya tidak dilantik sebagai Mursyidul Am Pas. Alasan yang diberi kerana kesihatannya dan dia berasa kurang mampu untuk menghadiri majils dan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas di luar Kelantan.

Ya.... Tuan Guru bahagia tetapi kita?? Apakah kita akan gembira sekiranya beliau tiada dalam Majlis Syura Ulama Pas terutamanya sebagai Mursyidul Amnya. Jika ini berlaku maka malanglah bagi Pas.

Kita dapat lihat... Pas di bawah pimpinan Allaharyam Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz, begitu progresif sekali. Dari sebuah parti yang dianggap parti orang kampung, Pas muncul sebagai parti yang disokong dan didokong oleh rakyat pelbagai kaum baik di bandar mau pun di luar bandar.... dari golongan agama dan begitu juga professional.... Sokongan kepadanya begitu menyeluruh sekali. Begitulah dinamiknya Pas di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Dengan strategi kerjasamanya dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, Pas dilihat sebagai parti Islam yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya menegakkan keadilan untuk semua rakyat, selari dengan ajaran Islam itu sendiri. Pas dilihat begitu hebat sekali.

Alhamdulillah... kesannya amat membanggakan sekali. Pas mampu menang di kawasan-kawasan yang dulunya sukar untuk ditembusi oleh mereka. Calon-calon yang ditonjolkan oleh Pas amat berintegriti dan dihormati oleh kaum bukan-Melayu.

Dan.... ikon yang mengubah perpektif dan persepsi rakyat terutama kaum bukan-Melayu terhadap Pas ialah Tok Guru Nik Aziz. Mereka mempunyai rasa hormat yang amat tinggi kepadanya. Tok Guru Nik Aziz dan Kelantan adalah contoh atau model kepimpinan ulama yang mereka respek dan yang mereka boleh percayai.

Namun..... sejak belakangan ini, Pas mula dicurigai semula, lantaran wujudnya puak UG dan tindak tanduk mereka. Ya.... wujudnya golongan UG merugikan Pas dan akan terus merugikan Pas. Tambahan pulak, dengan senario yang berlaku sekarang..... seolah-olah proses pembersihan dalam Pas sedang berlaku. Proses menyahkeluarkan golongan anti-UG dalam Pas sedang berlaku.

Ya Allah.... ngerinya aku!! Proses yang terbalik telah berlaku. Sepatutnya.... proses pembersihan adalah di kalangan golongan pro-UG, ini tidak. Nauzubillah..... apa sudah jadi.... dan apa akan terjadi pada Pas nanti??

Persoalannya sekarang.... mampukah ulama seperti Haron Din atau Tuan Ibrahim atau whoever ler, menyaingi aura dan kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz?? No way.... mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan sokongan bukan-Melayu bagi memenangkan Pas. Sorry to say ler, buat masa ini, tindak tanduk mereka tidak menjurus ke arah itu. Sebaliknya, menimbulkan kecurigaan dan kesangsian di hati mereka. Mengapa??

Pas kini dilihat telah dikuasai oleh golongan UG sudah menjadi parti perkauman. Mereka telah memprojekkan Pas sebagai parti Melayu-Islam.... parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan agama Islam tetapi bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam yang syumul. Tok Guru dilihat sebagai ikon ulama yang melambangkan keadilan dalam Islam. Islam yang adil untuk semua, baik yang beragama Islam, mau pun yang bukan-Islam. Pas yang ada sekarang sudah ada bau perkauman gara-gara golongan UG.

Tetapi tidak Tok Guru. Beliau ialah ikon Islam for All dan Pas for All dalam parti Pas. Begitulah sinonimnya Tok Guru dengan Pas di mata para penyokong dan pendokong Pas terutama mereka yang bukan-Islam. Tok Gurulah attraction mereka kepada Pas.

Berat hati mengatakan bahawa ketiadaan Tok Guru sebagai Mursyidul Am Pas serta mereka yang menolak UG dalam kepimpinan tertinggi Pas, Pas akan menerima kesan negatif dari segi sokongan bukan-Islam. Penguasaan golongan UG dalam Pas akan merugikan Pas kerana kemungkinan Pas akan berpeluk dan berkahwin dengan UMNO itu, tetap ada. Itu tidak mustahil lagi... Malang sekali, itu 'political suicide' namanya.

Jadi, apakah akar umbi Pas serta para penyokongnya akan membiarkan ini berlaku pada parti yang kita sayangi. Merenyeh-renyeh atau berkahwin dengan UMNO adalah petanda kehancuran Pas!! Nauzubillah.... bala jangan dicari!!

Apa-apa pun... syukur alhamdulillah apabila Tok Guru Nik Aziz berkata yang beliau sudi menjadi Musyidul Am Pas sekiranya beliau dilantik semula. Ini merupakan affirmative answer yang boleh buat kita gembira. Inilah pengorbanan seorang pemimpin kepada parti yang dicintainya.

So... kita tunggulah sehingga esok dan tengok sama ada proses pembersihan yang disebut-sebut itu akan melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Hopefully..... tidakler!!

http://motherof3mohd.blogspot.com/

50,000 kena tipu

pix_gal0

Pelabur rugi lebih RM100 juta sertai pelaburan sejak dua tahun lalu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

Katanya, satu daripada lima syarikat berkenaan, Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta.

Baru-baru ini, SSM menyerbu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd kerana dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam skim ‘Projek Pembangunan Usahawan’. Difahamkan, pelabur skim itu tidak menerima pulangan seperti dijanjikan pengurusan syarikat berkenaan.

Mohammad Redzuan berkata, modus operandi lima syarikat berkenaan ialah menawarkan saham serendah RM1,000 seunit dan menjanjikan pulangan sehingga 10 kali ganda daripada nilai pelaburan, selain insentif lain seperti kupon makanan, pakej pelancongan dan kad diskaun.
Ada syarikat menawarkan pakej pembayaran pelaburan secara ansuran bulanan untuk menarik lebih ramai menyertai skim mereka, malah sesetengah syarikat menggunakan kaedah perniagaan pelbagai peringkat (MLM) dengan pelbagai strategi pemasaran, termasuk menggunakan selebriti dan VIP.

Serentak itu, SSM kini memburu syarikat yang menganjurkan skim pelaburan sedemikian atau menyalahgunakan skim berkepentingan, terutama dalam sektor pertanian dan inovasi baru.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, SSM menerima 90 aduan membabitkan skim pelaburan berkepentingan dan daripada jumlah itu, 60 adalah syarikat yang tidak tahu mereka melanggar peraturan skim berkepentingan serta diberi notis sebelum mematuhi mengikut peraturan ditetapkan SSM.

“Bagaimanapun, kebanyakan daripada 60 syarikat itu mengambil keputusan menutup operasi dan tidak meneruskan skim berkepentingan, sebaliknya meneruskan perniagaan seperti biasa mengikut Akta Syarikat 1965.

“Selain itu, 10 syarikat dikenal pasti degil dan meneruskan skim berkepentingan. Notis sudah dikeluarkan dan ada yang meminta diberi tempoh untuk mematuhi syarat ditetapkan.

“Bagi yang masih ingkar, kita sudah mengumpulkan bukti dan saksi untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menerima aduan kes itu, tetapi sukar bertindak kerana kekurangan bukti sebelum menyalurkan maklumat kepada SSM bagi membolehkan tindakan diambil.

Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal.

“Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini,” katanya.

Beliau mendedahkan kebanyakan syarikat yang menganjurkan skim berkepentingan berdaftar dengan SSM, namun statusnya sebagai syarikat sendirian berhad tidak melayakkannya menganjurkan skim itu.

Justeru, katanya, pengguna perlu menyemak dengan SSM jika ditawarkan mana-mana pelaburan skim berkepentingan untuk mengetahui status syarikat yang menganjurkan skim pelaburan itu.

“SSM memandang berat kes ini kerana mahu melindungi kepentingan pelabur, terutama berpendapatan rendah atau mereka yang melabur menggunakan wang pencen, gratuiti, wang simpanan dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

PRESIDEN PAS 1951- KINI

PRESIDEN KE TUJUH

PRESIDEN KE TUJUH
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - kini

PRESIDEN KE ENAM

PRESIDEN KE ENAM
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002

YANG DI PERTUA AGUNG KE LIMA

YANG DI PERTUA AGUNG KE LIMA
Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989

YANG DI PERTUA AGUNG KE EMPAT

YANG DI PERTUA AGUNG KE EMPAT
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda 1969 - 1982

YANG DI PERTUA AGUNG KE TIGA

YANG DI PERTUA AGUNG KE TIGA
Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969

YANG DI PERTUA AGUNG KEDUA

YANG DI PERTUA AGUNG KEDUA
Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956

YANG DI PERTUA AGUNG PERTAMA

YANG DI PERTUA AGUNG PERTAMA
Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953

PRK Hulu Selangor - Ini Yang Amat Menakutkan Umno







Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .