Bukan sahaja setakat bertemu, malah Wardina memuji pentadbiran TG di dalam Utusan Malaysia dan meminta negeri-negei lain mengikut jejak langkah Kelantan menganjurkan majlis hiburan berbentuk Islam. Kenyataannya itu membuat ramai yang tersinggung hingga ada blogger penjilat BN menggelar Wardina sebagai Anasir Pas. Bangang punya blogger!!!
Ikuti Blog ini
Kerana Bertemu TG Nik Aziz, Wardina Bakal Disisihkan TV3? ,Sabtu, Februari 20, 2010 at 20.2.10,
Bukan sahaja setakat bertemu, malah Wardina memuji pentadbiran TG di dalam Utusan Malaysia dan meminta negeri-negei lain mengikut jejak langkah Kelantan menganjurkan majlis hiburan berbentuk Islam. Kenyataannya itu membuat ramai yang tersinggung hingga ada blogger penjilat BN menggelar Wardina sebagai Anasir Pas. Bangang punya blogger!!!
4 ORANG PENGKHIANAT RAKYAT KELANTAN , at 20.2.10,
Oleh : Zaid Ibrahim
Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.
Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.
Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.
Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.
Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.
Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?
Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.
Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.
Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.
Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum..
Artikel asal: Tok Pa
SUKA DUKA SEORANG MENTERI BESAR , at 20.2.10,
RAJA Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menunjukkan bakat mengait jala ketika berangkat pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Pangkor, Pulau Pangkor, semalam. Turut hadir Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim , Menteri Besar Mahkamah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Pada majlis tersebut Raja Dr Nazrin Shah turut menyampaikan sumbangan kepada murid sekolah, warga tua dan orang kurang upaya.
MAT SABU GEMPUR MENTERI PERTAHANAN DI BAGAN DATOH , at 20.2.10,
Meriah malam tadi majlis bersama Mat Sabu tak terkira sekali. Kehadiran di luar jangka. Biasanya ceramah Mat Sabu dihadiri ramai pengunjung luar selain pengunjung tempatan. Uniknya malam tadi, kehadiran Mat Sabu di Rungkup dihadiri ramai penduduk tempatan. Orang ramai datang berjalan kaki, bermotosikal dan yang jauh sedikit berkereta.
Jarang-jarang sekali penduduk tempatan hadir begitu ramai dalam program ceramah seumpama itu. Ini menunjukkan orang ramai ingin tahu maklumat sebenar isu-isu semasa dari sumber lain yang lebih tepat dan benar. Selama ini, media arus perdana sering memutar belitkan isu-isu yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Malam tadi kedua-dua penceramah iaitu Mat Sabu dan YB Chang Le Kang berjaya merungkai persoalan tersebut. Penjelasan dan pendedahan mereka dengan bahasa yang begitu mudah cukup mencuit dan memegunkan orang ramai. Jarang-jarang sekali mereka mendengar seorang Cina yang begitu faseh berbahasa Melayu malahan kemamampuan mengulas isu-isu yang berkaitan dengan Islam juga cukup menarik. Beberapa ungkapan dalam bahasa Arab, ayat Al Quran serta istilah-istilah yang biasa disebut oleh orang Islam cukup lancar disebut oleh YB Le Kang dengan menyakinkan.Ceramah Mat Sabu yang sememangnya penuh dengan humor dan celoteh yang mencuit hati tidak menganjakkan orang ramai sehinggalah Mat Sabu menamatkan ceramah tersebut. 2 jam lebih program ceramah rupanya masih tidak memuaskan orang ramai yang hadir. Mereka ingin tahu banyak lagi isu yang tidak sempat dikupas dan diulas.
Sebelum majlis ceramah dimulakan, orang ramai dijamu dengan jamuan meehun sop yang enak dan lazat. Bagi menjayakan program jamuan, orang ramai menderma pula setiap kupon dengan sumbangan RM 5.00. Semua yang hadir dengan rela hati dan ikhlas masing-masing menyumbang RM 5.Sebelah petangnya, Mat Sabu sempat bersantai sambil minum teh dengan ahli-ahli PAS dan pimpinan baru PAS Cawangan Pekan Bagan Datoh yang diadakan disebuah gerai berhampiran jeti Pekan Bagan Datoh.
Kehadiran Mat Sabu memberi satu semangat dan suntikan motivasi kepada pendokong-pendokong PAS di Pekan Bagan Datoh. Selama ini, Bagan Datoh menjadi kubu kuat UMNO, tetapi dengan kehadiran Mat Sabu, ia berjaya menyuntik semangat PAS Cawangan untuk berdepan dengan UMNO sekarang sehinggalah pilihanraya akan datang.
Misbahul Munir Masduki
Patahiyah Catat Sejarah Wanita Pertama Ketuai Majlis Perbandaran - Lim Guan Eng , at 20.2.10,
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan Yang Dipertua majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.
“Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai Yang Dipertua MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan,” katanya kepada pemberita di sini.
Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.
Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.
Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985. — Bernama
Kes liwat Anwar tidak jejas peranan penasihat ekonomi Selangor , at 20.2.10,
HULU KLANG, Feb 20 — Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pihak peranannya sebagai penasihat ekonomi Selangor terjejas ekoran perbicaraan kes liwat beliau dengan melancarkan program pemulihan rumah terbengkalai di negeri itu di sini pagi ini.
“Ada baiknya perbicaraan ditangguhkan, jadi saya boleh berada di sini,” kata beliau yang berhadapan dengan kes liwat kali kedua.
Perbicaraan ditangguhkan sehingga hujung bulan depan.
Justeru, Penasihat PKR ini meneruskan urusannya seperti dengan menyerahkan kunci kepada pemilih rumah pangsapuri Taman Ukay Bistari di sini, projek yang sedang dibaik pulih dan sedang di pelbagai peringkat siap selepas lewat empat tahun.
Program pemulihan projek-projek perumahan merupakan antara enam fokus diumumkan oleh kerajaan negeri tahun lalu untuk merangsang ekonomi negeri tahun lalu.
Anwar yang dilantik sebagai penasihat berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah “mewarisi” sebanyak 141 projek terbengkalai daripada kerajaan negeri Barisan Nasional tetapi akan memulihkan demi kepentingan pembeli.
“Kerajaan terdahulu membuat pakatan dengan pemaju-pemaju berbanding (kepentingan) pembeli dan kini rumah-rumah ini tidak dibina,” katanya.
Beliau membidas kurangnya kemahuan politik pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan undang-undang tidak adil yang memihak para pemaju berbanding pembeli rumah.
“Apa yang diperlukan ialah kemahuan politik dan perubahan dalam undang-undang,” katanya.
Tambah beliau sekurang-kurangnya RM5 bilion diperlukan untuk memulihkan kesemua projek yang terbengkalai.
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak akan lari daripada tanggungjawab membantu pembeli terbabit.
Utusan Malaysia putar belit Lagi Kenyataan Presiden PAS , at 20.2.10,
Tidak cukup dengan memutar belit Kenyataan Presiden PAS dua hari yang lalu. Hari ini sekali lagi Utusan Malaysia meneruskan kerja jahat yang sama.
Dengan tajuk Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas merasmikan Perhimpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai, jelas untuk terus melagakan pimpinan PAS itu dengan kompenan Pakatan Rakyat yang lain.
Keratan Akhbar Online.trgkini.blogspot.com/
Liwat : Polis, UMNO Dan Mahkamah Sudah Lintang Pukang , at 20.2.10,
Polis dikerahkan kesegenap ceramah Pakatan Rakyat untuk sedaya upaya mengagalkan penerangan yang disampaikan.
Mahkamah UMNO-BN pula gagal berlaku adil dan terkial-kial apabila diserang bertali-arus. Terpaksa bertangguh akibat salah membuat pertimbangan dan keputusan.
Hakikatnya Polis, mahkamah, Utusan Malaysia dan TV3 berhempas pulas menghabiskan wang rakyat dan keringat untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.
Tiada dapat dinafikan ahli, penyokong dan pemimpin akar umbi UMNO dan BN makin terkedu masalah yang dicipta oleh Presiden UMNO.
Majoritinya yang mengatakan 'jerat makan tuan'.
Para hakim pula tiada cukup tanah nak menyorok bila diserang oleh barisan peguam professional yang mewakili Anwar Ibrahim.
Adakah anda percaya Anwar Ibrahim meliwat ? Mohd Saiful, Ghani Patail dan Musa Hassan dan ahli UMNO ada jawapannya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Blogger UMNO Kecewa Khairy Rampas Demo Mereka , at 20.2.10,
Demontrasi tersebut tidak didokong oleh MCA dan Gerakan. Ini kemungkinan kerana MCA dan Gerakan lebih memahami peranan negara - negara lain dalam dunia globalisasi ini. Bukan sahaja 2 komponen ini rakyat juga seharusnya sedar dalam satu masa KJ protes kononya campur tangan asing dalam mendesak pelaksanaan keadilan, namun KJ membisu apabila sistem pertahanan Malaysia dicampuri oleh Amerika. KJ membisu apabila pesawat perang Amerika membuat latihan perang bebas dalam negara yang jelas mencemar kedaulatan. KJ membisu apabila PM melantik APCO (syarikat perunding imej Zionis) yang merupakan syarikat perunding imej PM Israel. Najib dan Umno terpaksa juga sanggup melantik syarikat perunding Zionis ini demi mematahkan imej dan penghormatan dunia terhadap Anwar. APCO yang dibayar jutaan (menurut sumber RM20 juta) wang rakyat juga berperanan kononya mampu membersihkan imej Najib yang terpalit perbagai skandal dan rasuah khususnya kes Altantuya.
Umno tidak pernah hilang dengan sentimen perkauman sempit, dibawah ialah petikan blog pro Umno yang telah mengambil kesempatan ketidak hadiran gerakan dan mca dengan membakar sentimen perkauman.
Keduanya banyak blog pro Umno mengakatakan demo tersebut ialah anjuran 'bloggers' pro Umno tetapi telah dirampas oleh KJ. Ramai 'bloggers' pro Umno telah mengatakan kekecewaan mereka apabila KJ hadir dan 'merampas' program yang mereka rancang.
Ketiga, inilah demontsrasi atau program bertujuan menarik perhatian media dunia yang paling banyak bahan 'pameran' salah eja. Menurut sumber dalaman mengatakan kain pemidang yang dibawa ke depan kedutaan tersebut memang banyak, malah hampir semua sengaja disalah eja untuk sabotaj imej KJ.
Kesian dengan KJ rupanya demo depan Kedutaan Australia itu lebih menyerlahkan dan memparahkan serangan dalaman Umno yang kamu berdepan.
Moga KJ tabah berdepan dengan serangan 'geng Mahathir' dalam Umno, namun cheGuBard percaya dan yakin KJ mampu berdepan kerana 'geng Mahathir' yang nak benam KJ termasuk bloggers hanya hangat - hangat tahi ayam. - chegubard
Himpunan Syok Sendiri UMNO Kelantan Gagal , at 20.2.10,
Datuk Nik Aziz - 20 Tahun Kelantan, tak pernah pun berarak. Lim Guan Eng baru saja. Mana Kelantan tiru dia (Pulau Pinang),” ujarnya. , at 20.2.10,
KOTA BARU — Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendakwa kerajaan negeri itu seolah-olah terpengaruh dengan langkah Pulau Pinang dengan tidak mahu mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan berganjak dengan pendirian kerajaan negeri dalam soal itu walaupun terus menerima kritikan atau kecaman.
Malah beliau juga mempersoalkan sebab Umno hanya mahu menimbulkan perkara tersebut selepas 20 tahun beliau memimpin kerajaan negeri Kelantan.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian berkata pendirian kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan mereka sudah terpengaruh dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.
“Pemuda Umno melihat sejak akhir-akhir ini wujud senario baru dalam kepimpinan kerajaan PAS Kelantan. Maksudnya, dalam segenap tindak tanduknya seolah-olah mengikut telunjuk dan jejak langkah Lim Guan Eng.
“Termasuklah membenarkan kalimah Allah dan bacaan ayat suci al-Quran dipergunakan oleh orang bukan Islam,” katanya sewaktu dihubungi.
Beliau menambah prinsip kerajaan Kelantan itu boleh memberi kesan buruk kepada umat Islam dalam usaha penerapan kefahaman peri pentingnya seluruh ummah mengamalkan sunah Rasul.
Sehubungan itu Anuar mempersoalkan keutamaan antara sambutan Maulidur Rasul dan sambutan bulan sembahyang, bulan hudud atau hari peristiwa Memali yang dilaksanakan secara eksklusif pada setiap tahun.
“Sekiranya hari-hari itu boleh disambut dengan menggunakan belanja serta peruntukan yang besar, kenapa tidak lakukan perkara yang sama kepada sambutan Maulidur Rasul sebagai acara simbolik bagi mendekatkan maknawi rakyat kepada Rasul?
“Bukankah hikmat sambutan hari Maulidur Rasul boleh mendekatkan jiwa umat Islam terhadap junjungan besar nabi Muhamad SAW?
“Mungkin tidak silap kalau ada tanggapan mengatakan PAS memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana terikut rentak dan kemahuan DAP di samping ingin meraih sokongan bukan Melayu sahaja," ujarnya.
Sambutan Maulidur Rasul menjadi isu, malah sekali gus menjadi bahan perang pemimpin politik setelah Lim selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilapor akan membatalkan upacara perarakan pada sambutan berkenaan.
Sehubungan itu Nik Aziz membidas segelintir masyarakat termasuk Umno yang sibuk mempertikaikan isu sambutan Maulidur Rasul yang disifatkannya sebagai isu remeh.
“Kenapa nak sibuk sangat dengan isu remeh ini. Lebih 20 tahun saya pegang Kelantan, tidak pernah berarak pun.
“Kita kena ingat, maulid ini disambut hanya selepas 300 tahun baginda wafat.
“Ini lah masalah kita orang Melayu kalau terima Islam bukan dengan cara belajar dan mentelaah, tetapi terima dengan tradisi. Yang belajar pun kadang-kadang belajar lain buat lain,” katanya.
Sambil mengaku pendekatan kerajaan negeri yang hanya mengambil kesempatan sempena bulan Maulidur Rasul dengan mengadakan ceramah dan kuliah-kuliah Islam khusus mengenai topik berkaitan adalah memang berbeza dengan negeri-negeri lain.
Kata beliau, hakikat afdalnya sambutan atau mengingati Maulidur Rasul bukan sekali setahun bahkan sebaliknya, setiap hari dan sepanjang masa.
“Kita sambut maulid ini kerana hendak mengingati hari kelahiran Nabi. Hakikat ingat ke Nabi ini tak boleh sekali setahun begitu, sepanjang masa kita mesti ingat. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulud Nabi.
“Sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala,” jelasnya.
Mengulas lanjut dakwaan kononnya isu tersebut sengaja dipolitikkan ekoran konflik sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Nik Aziz menafi meniru kerajaan DAP di Pulau Pinang sebaliknya mendakwa “kerajaan Pulau Pinang yang meniru Kelantan."
“Saya dah katakan, 20 tahun saya pegang Kelantan, tak pernah pun berarak. Lim Guan Eng baru saja. Mana Kelantan tiru dia (Pulau Pinang),” ujarnya.
.themalaysianinsiderMelayu ‘hidup dalam hipokrit’-Tok Guru Nik Aziz , at 20.2.10,
Menurut TG Nik Aziz, fenomena itu antara lain berpunca kerana wujudnya fahaman “agama suku politik suku.”
“Ambil kebangsaan, tolak Islam... ini satu kecelakaan besar menimpa orang Melayu. Orang-orang begini selalunya hidup dalam hipokrit.
“Bila orang bercakap pasal Islam mereka juga kemain lagi turut mempertahankan dasarnya juga membela Islam.
“Tapi dalam masa yang sama mereka jugalah yang menentang gerakan atau perjuangan Islam, Apa ini...?” kata beliau ketika menyampaikan kuliah mingguannya pagi ini.
Tegasnya, demikian padahnya ekoran penerimaan Islam tidak melalui tuntutan sebaliknya berasaskan tradisi atau keturunan datuk nenek dahulu kala yang dikatakan beragama Islam.
Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai termasuk ahli PAS dan Umno hakikat kehidupan manusia akan dibangkitkan kembali sesudah mati.
Oleh itu setiap perkara yang dilakukan di atas muka dunia wajib berasaskan kepada al-Quran dan sunah.
“Tak kira PAS, Umno semua akan mati. Selepas mati akan dihidupkan semula. Dan hidup sesudah mati ini kita tidak akan dihantar ke kampung kita sekarang ini dah, tetapi akan berhadapan dengan hisab di mahkamah Allah Taala.
“Di situ kita akan menerima segala balasan azab atau sebaliknya daripada apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia, tidak kira samaada dia rakyat biasa lebih-lebih lagi pemimpin.
“Kalau di dunia kita dah tolak Islam, apa realitinya untuk kita berhadapan dengan penghakiman Allah kelak (hari akhirat)? Jawabnya tak ada. Maka di situ laknat serta azab sebagai balasannya,” kata beliau.
Menegur, Bukan Menggugat Atau Campurtangan , at 20.2.10,
SETIU - Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayob berpendapat tindakan Ahli Parlimen Australia dan Ahli Senat Amerika menghantar surat kepada kerajaan Malaysia merupakan satu teguran dan tidak akan menggugat pentadbiran negara.
“Perkembangan mutakhir tentang beberapa orang ahli senat dan juga beberapa orang ahli parlimen dari Australia yang melahirkan sikap mereka itu,
”saya lihat daripada sudut integriti perundangan dan kehakiman dalam negara kita,”katanya ketika ditemui selepas Ceramah Penjelasan Isu Semasa di kampung Anak Ikan Jabi, dekat sini, semalam.
Menurutnya, apapun yang mereka katakan, beliau cukup yakin ia tidak mampu untuk menggugat ataupun dikatakan campur tangan dalam perbicaraan (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) itu.
Tetapi, katanya apa yang lebih penting teguran tentang kewibawaan dan integriti sistem perundangan negara harus dipandang serius.
”Tapi, apa yang lebih penting, wibawa dan integriti sistem perundangan kita, sehinggakan (ahli) senat dan juga beberapa orang ahli parlimen daripada Australia itu yang melahirkan sikap mereka,
”(teguran) yang (diutarakan) seharusnya di pandang satu perkara yang serius oleh kerajaan Malaysia,”sarannya, dan menambah, ia berkait dengan imej negara di mata dunia.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ianya cukup penting dan cukup terkesan dalam konteks ekonomi, pelaburan jangka masa pendek dan panjang, kemasukan FDI (Foreign Direct Investment) dan seumpamanya.
Katanya, isu bagaimana keyakinan pelabur terhadap sistem perundangan dalam negara kita bukanlah kali pertama kerana menurutnya sikap begini pernah diutarakan oleh mereka sebelum ini
Dua Anggota Imigresen Jatuh Bumbung Kejar Pendatang , at 20.2.10,
Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa, berkata ia berlaku kira-kira 1 pagi ini ketika mereka membuat operasi di Kampung Pasir Pantai, di sini.
Katanya, kedua-dua lelaki itu bertindak demikian setelah dua jam duduk di atas bumbung rumah tersebut apabila gagal melarikan diri setelah dikepung.
Mohd Azmi berkata, setelah usaha memujuk kedua-dua lelaki itu gagal, dua anggota Imigresen cuba untuk naik ke bumbung tetapi pendatang asing itu cuba melarikan diri dengan meniti titi kayu itu.
"Dua orang pegawai Imigresen cedera setelah jatuh dari bumbung. Bagaimanapun, mereka hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi.
Kedua-dua lelaki itu akhirnya dapat ditangkap bersama tujuh lagi pendatang wanita dari Indonesia yang semuanya berumur dalam lingkungan 30an.
Mohd Azmi berkata, selain Kampung Pasir Pantai, Imigresen turut membuat operasi di sekitar Bukit Kemuning, Shah Alam kira-kira jam 3.30 pagi dan menahan 10 warga Indonesia, termasuk lima wanita yang tiada dokumen perjalanan yang sah.
Mereka kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 6(3)Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imegresen 1956/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah. - Bernama
Kembalikan Suami Saya, dia tidak bersalah!! , at 20.2.10,
Dengan berlinangan air mata, Bashirah Abdul Salam - seorang rakyat Nigeria - merayu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam supaya membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan bawah ISA.
Bashirah, 27, (foto - berpurdah) berkata suaminya itu, Luqman Abdul Salam, tidak bersalah dan oleh itu, pelajar warga Nigeria itu tidak wajar ditahan.
"Tolonglah, bebaskan suami saya supaya dia dapat meneruskan pengajian dan menjaga kami sekeluarga," katanya yang hadir bersama Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang menghantar memorandum bantahan kepada Suhakam pagi ini.
Luqman adalah antara 12 orang yang ditahan pada 21 Januari lalu selepas serbuan dilakukan ke atas sekumpulan 50 orang yang sedang mengikuti satu kuliah agama di sebuah apartmen di Gombak, Selangor. Tiga puluh lapan daripadanya sudah dibebaskan.
"Saya harap pihak berkuasa dapat mengembalikannya semula. (Luqman) perlu diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya dan mempertahankan diri (di mahkamah)," kata Bashirah yang memangku anak perempuannya.
Sementara itu, Abdul Ghani Luqman (kanan) - adik ipar Hassan Barudi dari Syria - berkata dia sendiri tidak pasti mengapa saudaranya itu ditahan di bawah ISA sedangkan mereka hanya menghadiri satu kuliah agama.
"Kami sedang berkumpul selepas solat Isya di ruang tamu apartmen ketika diserbu sepasukan polis," kata Abdul Ghani. Hassan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Petaling Jaya.
"Saya juga ditahan tapi dibebaskan semula pada pukul 3 pagi. Sehingga sekarang kami tidak diberitahu apakah sebab kami ditahan.
"Kami hanya mengikuti kuliah berdasarkan kitab Imam Al-Bukhary, tiada langsung kaitan dengan pengganas," katanya lagi.
Tambahnya, kuliah di premis yang dinamakan Darul Ilmu itu disampaikan oleh Sheikh Aiman Al Dakkak, seorang pelajar peringkat ijazah kedoktoran di sebuah universiti tempatan, yang turut ditahan di bawah ISA.
"Setakat ini belum ada mana-mana pihak berkuasa yang menghubungi kami. Semasa kami ditahan, itulah kali terakhir saya bertemu dengan Hassan. Saya mahu tahu apa yang berlaku kepada dia sekarang," kata Abdul Ghani lagi.