Ikuti Blog ini

Lebuh raya: Tunjuk jalan keluar buat Umno Kelantan



(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion.

“DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat.

Katanya, ia juga menjadi petanda bahawa PAS bersedia memimpin negara ini jika diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Apa yang lebih membanggakan lagi, ujar beliau kerajaan Kelantan berjaya menunjukkan contoh Negara Berkebajikan yang dicanangkan PAS selama ini dan juga dalam Buku Jingga seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu dengan pembinaan lebuhraya tanpa tol, sesuatu yang tidak pernah difikirkan munasabah oleh pemerintahan Umno BN.

Malah, katganya konsep wakaf dan sumbangan daripada orang ramai serta syarikat berteraskan kerajaan (GLC)  memberi gambaran bahawa projek ini adalah hasil titik peluh daripada kerajaan dan rakyat negeri itu yang bekerjasama membangunkan negeri tersebut.

DPPM juga, ujarnya merasa kecewa kerana kerajaan pusat gagal memberikan kemudahan lebuhraya kepada rakyat Kelantan seperti yang sepatutnya.

Menurutnya, berpuluh tahun rakyat Kelantan dinafikan hak daripada memiliki pelbagai kemudahan sehingga mereka terpaksa memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah mereka.

Malah, kata Riduan royalti minyak yang sepatutnya dimiliki oleh kerajaan Kelantan turut dinafikan dengan pelbagai alasan.

Katanya lagi, rakyat Kelantan ibarat warga negara asing yang menjadi kelas kedua dan tidak layak mendapat apa-apa kemudahan dalam negara ini.

“Ternyata Umno gagal membela nasib umat Melayu yang sebangsa dengan mereka hanya kerana dipisahkan oleh ideologi politik kepartian.

“Sifat pendendam, dengki, khianat dan benci terhadap parti lain yang sebangsa dengan mereka menunjukkan Umno tidak layak memerintah negara ini,” ujarnya.

Justeru, kata beliau rakyat Kelantan wajar menunjukkan jalan keluar buat Umno di negeri itu dan seluruh negara dalam PRU ke-13 nanti. -Hrkh

Patutlah, Ini Sebabnya Amy Search Masuk Umno


 

Hari ini lagenda rock tersohor, Amy Search menyerta Umno. Tahniah kepada Umno kerana mendapat satu lagi undi dan takziah kerana Umno pilihan Amy.

Amy berkata dia yakin perpaduan orang Melayu mampu dikekalkan kerana Umno.

“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54, atau Suhaimi Abd Rahman kepada pemberita.

Dengan menyertai Umno kerana agama tak begitu dipentingkan sangat oeh Amy.

“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja,” katanya.

Turut sama menyertai parti itu Mus (May) atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim.

Umno menjadi pilihan Amy. Patutlah, sebab Amy menyertai Umno kerana Amy masih lagi ingin menyanyi dan ingin rock lagi walaupun memasuki usia pencen. Dia sayang meninggalkan dunianya.

Masuk Umno tiada membawa apa-apa perubahan kepada artis seperti sebelum ini. Umno tak mampu mentarbiyahkan mereka. 

Lihat artis yang menyertai Pas, ketara perubahannya kerana Pas berjaya mentarbiyahkan mereka. 

Sekurang-kurangnya Bob Lokman boleh bercakap tentang agama. Sekurang-kurangnya Syarifah Aini sempurna sunnah pemakaiannya. Mereka mampu meninggalkan dunia ‘lagho’ mereka sebelum ini.

Jadi kepada Amy Search, selamat berjuang bersama Umno dan semoga ‘rock’ lagi…

Pssst :Mus (May) masuk Umno kerana ingin menjaga rambutnya!! Kalau masuk Pas tak tergamak pula dia ingin berambut begitu!!

Saya masih Ahli umno tetapi saya kempen untuk umno tumbang - Tamrin Ghafar Baba


Umno kini terima tamparan hebat apabila Dato' Tamrin anak kepada tokoh veteran umno terkenal Allahyarham Tun Ghafar Baba sekarang ini muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat.

Dalam pembukaan ucapannya di Parlimen Merbok bersama YB Amirudin Shari Adun Batu Cave, beliau berkata 'saya masih ahli umno...tetapi saya terlalu kecewa dengan umno kerana membiarkan rasuah dan penyelewengan bermaharajalela..sebab itu saya berdiri di sini untuk menerangkan kepada rakyat betapa umno kini telah jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. '

Beliau juga membidas SPR kerana sepatutnya SPR menjadi badan yang berkecuali bukannya bekerja untuk memenangkan umno bn. Bukti telah banyak Pakatan Rakyat dedahkan tetapi malangnya SPR pekak membisu.

Beliau juga memberi contoh bagaimana pengundi di rumahnya di Ampang hanya 5 orang tetapi di dalam daftar SPR terdapat 20 orang pengundi. Apabila buat aduan kepada SPR, SPR seolah-olah pekak badak.

Tamrin juga menyelar kerajaan umno kerana memberi pinjaman RM250 juta kepada suami Shahrizat sedangkan ada penternak lembu berbangsa India sejak turun temurun tetapi apabila mereka memohon pinjaman RM100 ribu dinafikan.

Menurutnya lagi kini wanita umno amat malu apabila mereka turun padang bertemu rakyat, mereka digelar wanita umno lembu. "Kepada pemimpin umno RM250 juta tetapi kepada rakyat hanya RM500 itu pun setelah terasa saingan hebat Pakatan Rakyat yang jauh lebih berjiwa rakyat.

Tamrin juga menyentuh soal PTPTN, sepatutnya kerajaan sudah berkemampuan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Rakyat disuruh berjimat sedangkan anak PM bertunang sahaja menelan belanja hampir RM500 ribu. Sambut harijadi RM80 ribu.

Sebab itu beliau menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada ahli umno, sudah tiba masanya pada PRU 13 akan datang, berilah mandat baru kepada Pakatan Rakyat, rakyat wajib tolak umno bn.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .