Ikuti Blog ini

Tamparan buat UMNO - 279 ahlinya sertai PKR di Bagan Pinang

Pak Ngah Zainal, bekas ahli UMNO selama 15 tahun menyerahkan 279 borang keahlian PKR kepada YB Azmin dalam satu majlis ceramah di Bagan Pinang malam tadi


Sah. 279 bekas ahli UMNO telah menyertai PKR di DUN Bagan Pinang malam tadi.

Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO malam ini membawa bersama-sama nya 278 lagi ahli UMNO untuk menyertai PKR. Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada YB Azmin dengan di saksikan oleh TGNA, DSAI, Datuk Kamarul Bahrin, YB Titiwangsa Dr Lo Lo, Bendahari Agung PKR William Leong, Che Gu Bard, Shamsul Azhar dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Upacara penyerahan borang tersebut saksikan oleh kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri sekitar rumah Pak Ngah Zainal untuk mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi PR.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Prof Shahril dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO dan diikuti dengan Dr Lo Lo, Sdra William Leong, calon Pas Bagan Pinang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan DSAI dengan seterusnya menerima borang permohonan keahlian dari Pak Ngah Zainal.

Selepas menerima borang-borang keahlian baru dari Pak Ngah Zainal, DSAI meninggalkan majlis untuk ke satu lagi ceramah di Bt 9 Jln Pantai, iaitu di Bangunan DAP. Selepas DSAI, TGNA pula mengambil tempat dengan pesanan-pesanan nya yang cukup memberi erti buat yang mendengar.

Alhamdullillah, setakat jam 11.15 semasa saya meninggalkan majlis, segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa ada lagi gangguan dari samseng-samseng seperti apa yang berlaku malam tsebelumnya semasa ceramah di markaz Ulama'.

para pimpinan Pakatan Rakyat
antara hadirin yang begitu ramai

Dr Lo Lo

calon Pakatan Rakyat - Sdra Zulkifli

Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul

DSAI sedang berucap
Pak Ngah Zainal selepas menyerahkan borang

Pak Ngah memberi sepatah dua kata

TGNA dengan nasihat yang cukup bermakna buat pengundi Bagan Pinang

Munajat Perdana sempena PRK-N31 Bagan Pinang




Ayuh bagi mereka yang dekat, hadirkan diri anda bersama ribuan umat Islam yang lain bermunajat semoga Allah memberikan kemenangan kepada calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

Kepada meraka yang berada dijauhan, dimohon agar dilakukan solat hajat dan munajat secara persendiri pada malam tersebut..

Setelah berusaha, berdoa, maka bertawakkallah..menang kalah adalah lumrah, yang pasti ia membawa rahmah dan hikmah...semoga Allah memberi kemenangan kepada calon PAS, insyallah...



Perintah Syaitan di Bagan Pinang!!





Sejak siang tadi saya habiskan masa dengan meronda di sekitar kawasan Bagan Pinang. Mencari dan mengutip cerita dan berita berkaitan perkembangan kempen prk di kawasan tersebut. Poster dan banner kedua-dua parti yang bertanding semakin banyak dinaikkan, yang jatuh dan dijatuhkan juga sama banyak.

Dalam puluhan cerita yang saya dengar, cerita ini ingin saya kongsikan dengan kalian. Sejak hari penamaan calon saya berada Bagan Pinang. Meninjau dan memerhatikan gelagat manusia. Mendengar dan terdengar berbagai cerita; lucu, lucah, gembira, sedih, serius, semuanya ada. Melihat dan merakamkan berbagai insiden; ada yang benar, banyak juga lakonan.

Ibu kepada semua lakonan di Bagan Pinang setakat ini tentunya dijuarai oleh insan bernama Azeez yang hampir mati kerana patah tulang tengkok dibelasah oleh penyokong PAS. Kesian si Azeez, badannya gemok macam babi hutan tapi tewas diterajang. Kesihan saya kerana dia gagal membawa watak sebenar sehingga temberangnya terbongkar. Maka kesian saya kepadanya bertukar menjadi cacian. Haram jadah kau Azeez, kau menipu.


Manakala ibu kepada segala perintah yang berjaya dilaksanakan oleh petugas pilihan raya di Bagan Pinang ialah 'Perintah Syaitan'.

Ya, itu Perintah Syaitan. Mereka didatangkan khas dari Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain di Negri Sembilan, Melaka dan Perak. Mereka dihidangkan dalam pesta ARAK. Mereka diwajibkan berada dalam keadaan separuh mabuk. Malangnya ada yang terus 100 peratus mabuk. Mereka dibekalkan dengan parang, kayu hoki dan batang besi. Malah ada yang bernasib baik mendapat bekalan kayu golf dan cota.

Setelah berpuluh botol arak kosong berselerakkan, arahan dan perintah panglima mesti dituruti. Jam 2.45 pagi semua telah bersedia. Ada yang berkereta, ramai yang menunggang motorsikal. Perintahnya: "Kamu semua ikut kumpulan yang telah ditetapkan dan gerak sekarang"

Maka beberapa gerombolan berkereta dan bermotor capcai pun menuju ke distinasi yang telah ditetapkan. Di mana? Markaz dan UPU PAS Bagan Pinang.

Sekurang-kurangnya 4 UPU telah diceroboh dan petugas PAS dipukul dan dibelasah. Di Markaz Induk bernasib baik kerana beberapa samseng upahan yang dikerah ke sana memang sudah benar-benar mabuk. Mereka lalok dan ada yang muntah di kawasan letak kereta.

Pelik bin Ajaib, tetapi tidak menghairankan kerana ia telah terbiasa pada setiap pilihan raya. Tiada seekor polis pun yang meronda di kawasan di mana samseng-samseng ini me'yamseng' dan mensamseng.

Soalan Cepu Mas.

1- Siapakah yang menaja samseng-samseng ini datang ke Bagan Pinang?
2- Siapakah yang menaja arak untuk memabukkan haram jadah ini?
3- Kenapa Polis lewat bertindak bila kejadian malang ini berlaku di kawasan PAS?
4- Siapakah musuh PAS di Bagan Pinang?
5- Kenapa media arus perdana tidak menjadikan kes ini sebagai 'headline'?


Sesiapa yang dapat menjawab semua soalan di atas, maka mereka akan tahu gerombolan syaitan mana yang menganas di Markaz PAS.

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin


Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

TELOK KEMANG : Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Image(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .