WarkahDaily - Dalam kesibukan duk berkempen di Sarawak, dikhabarkan tiada seorang pun pemimpin Umno-BN pusat atau negeri datang menziarahi jenazah Allahyarham Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan di Dataran Perbandaran Sibu petang Ahad lalu. Betoi ke?
Harakahdaily - Kepulangan jenazah Allahyarham Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan di Dataran Perbandaran Sibu petang Ahad lalu disambut dengan kesedihan oleh anggota keluarganya.

Exco Kelantan, Datuk Husam turut menziarahi jenazah allahyarham. | foto Harakahdaily
Sahimi meninggal selepas kemalangan helikopter yang dipandunya sebaik sahaja selesai menghantar para pembantu Timbalan Perdana Menteri yang berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Jenazah allahyarham Sahimi, 38 yang juga bekas anggota polis tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 7.20 malam dengan pesawat khas jenis Nomed 20A milik Layang-Layang Air.
Pesawat yang diterbangkan khas dari Sibu itu mula berlepas dari lapangan terbang Sibu kira-kira jam 1.45 petang dan kemudiannya mendarat di Lapangan Terbang Senai, Johor Bharu untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Bharu.
Solat jenazah allahyarham Sahimi diimamkan Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hasan, di rumah saudara mangsa di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini selepas solat Isyak. Turut serta menyembahyangkan jenazah allahyarham adalah Husam sendiri.
Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Pohon Tanjung, Wakaf Mek Zainab. Turut menguruskan jenazah allahyarham adalah 15 anggota Unit Amal Kota Bharu yang diketuai Mohd Aliman Ismail.

Keadaan helikopter yang dipandu allahyarham Sahimi selepas terhempas. | foto Harakahdaily
Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus dikejarkan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.
Husam ketika ditemui berharap Allahyarham tergolong pada golongan orang yang syahid dalam menjalankan tugasnya.
“Saya juga berharap anggota keluarga tenang menerima takdir dan ketentuan Allah,”ujarnya.
Sempena kunjungan itu, Husam turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga dan akan mencadangkan pada kerajaan negeri untuk memberi sumbangan lain yang sewajarnya.
Abang allahyarham, Mohd Bizanuddin Ghazali, 45, menyifatkan allahyarham seorang adik yang baik, warak serta pendiam.
“Apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah lebih tahu tentang ketentuan itu, kami sekeluarga redha,”ujarnya.
Isteri allahyarham Suriani Mohammad, 38 yang begitu tenang ketika ditemui juga turut redha di atas apa yang berlaku.
“Dia seorang suami yang baik dan saya redha pemergiannya,”ujarnya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu serta empat cahayamata, Salman, 13 yang kini sedang belajar di salah sebuah sekolah tahfiz, Mohd Helmi, 9, Yasmin Salsabila, 7 dan Iskandar, 4.

Turut dibicarakan adalah penindasan berlarutan dalam isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), selain persoalan khazanah negeri yang kaya-raya tetapi tidak mampu menyelesaikan tuntutan mendesak mengenai kemudahan asas dan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat Sarawak. Elit penguasa sesuka hati membolot hasil buminya, manakala rakyat, khususnya Orang Asal terus merempat. Pembalakan memusnahkan kampung halaman mereka. Cukup menyedihkan.




Jaminan itu dinyatakan beliau dalam satu ceramah di sini malam tadi.
Sebelum ini, Wakil Calon PAS Tanjong Datu, Syed Abdul Rahman telah membuat laporan polis ekoran tindakan pihak-pihak tertentu memujuk calon PAS di itu, Hani Sahari menarik diri.
Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama. 





KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.


Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.
“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP. 























