Ikuti Blog ini

Pulih imej polis, Pakatan saran Musa berundur

KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu.

Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Keptan Komander Supretanden Ali bin Ahmad.

Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak juga dibuat.

Nurul Izzah ketika bercakap kepada pemberita berkata tindakan mendesak Musa itu bukan bermakna mahu bermusuhan dengan polis tetapi demi membantu mereka memulihkan imej serta profesionalisme PDRM

Bagi Nik Nazmi pula, selain perletakan jawatan oleh Musa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu mempertimbangkan semula cadangan sebelum ini bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).

IPCMC jelasnya dilihat mampu menjadi agen semak dan imbang kepada penyalahgunaan kuasa polis dan memberi keadilan kepada mangsa.

Li Lip Eng pula ketika mengulas kenyataan Musa yang memberi kata dua untuk menarik semula anggota dari mengawal keselamatan jalan raya, beliau berkata kenyataan Musa berbaur ugutan dan wajar untuk Musa meletakkan jawatan.

"Dia sepatutnya terbuka dan bertanggungjawab (apabila) rakyat memprotes kenyataannya, (malah) harus bersedia berundur," katanya.

Isnin lalu, seorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati kena tembak oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan polis kira-kira jam 2 pagi.-Hrkh

Dato' Mahfuz: CPO Selangor usah celupar, kami cuma bantu rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita25/mahfuz.jpgNaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak mengeluarkan kenyataan celupar meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis.


“Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kenyataan Khalid yang meminta ahli politik jangan campur tangan dalam kes menembak mati Allahyarham Aminulrasyid Amzah di Shah Alam Isnin lalu amat dikesali.




“Kenyataan beliau seolah olah ahli politik cuba mencampuri dan mengganggu urusan polis,” kata beliau lagi.


Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.


Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.


“Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.


“Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis,” katanya.


Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.


Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.


Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.-BO

Gempar: Kemenangan "Penuh Misteri" Calon BN, Kamalanathan Di Hulu Selangor Dengan Majoriti 1,725 Undi Diilhamkan Oleh Pihak SPR Sendiri !!


Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, nampaknya semakin panas dan menimbulkan kontroversi. Terkini, beratus orang pengundi berdaftar di Hulu Selangor dijangka akan membuat laporan polis di IPD Kuala Kubu Bharu esok (1 Mei). berikutan kekecewaan mereka dengan perjalanan pilihanraya kecil itu baru-baru ini. Antara perkara utama yang akan didedahkan ialah perihal sogokan wang supaya mengundi calon BN, nama dikeluarkan dan dipindahkan dari senarai undi, ada pihak lain yang telah mengundi untuk mereka dan banyak lagi.

Belum cukup dengan itu, calon PKR yang tewas iaitu Datuk Zaid Ibrahim juga telah mengeluarkan kenyataan akan memfailkan petisyen agar keputusan pilihanraya kecil itu dibatalkan dan diistisytiharkan tidak sah. Anehnya, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusoff (foto) dengan selamba mengherdik tindakan tersebut dengan mengatakan jika SPR tidak telus kenapa Pakatan Rakyat menang dalam tujuh pilihanraya kecil yang terdahulu, sedangkan BN hanya menang tiga kerusi sahaja setakat ini. Kenyataan Aziz SPR ini agak mengelirukan dan seolah-olah mengiyakan lagi yang beliau telah mencaturkan kemenangan BN di Hulu Selangor baru-baru ini. Tindakan beliau jelas melambangkan betapa dangkalnya mentaliti pengerusi SPR yang sepatutnya berkecuali dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Aziz seolah-olah menjadi jurucakap UMNO BN dalam usaha untuk mengesahkan sesuatu yang telah diketahui penuh dengan penyelewengan itu.

Baginya SPR bersikap telus dan adil kerana Pakatan Rakyat menang tujuh pilihanraya kecil. Sedangkan, dalam kemenangan itu juga ia dipenuhi dengan berbagai tipu helah dan penipuan yang sudah diatur oleh SPR, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan UMNO BN itu sendiri. Sungguh malang kita mempunyai seorang pemimpin seperti ini yang ditugaskan mengendalikan pilihanaraya di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sejak sekian lamanya.

SPR Ilhamkan Kemenangan Majoriti 1,725 BN


Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).

Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725. Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.

[Segala teori ini hanyalah "mistik" semata-mata. Namun, ia mungkin juga ada kebenarannya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Samalah seperti "Teori RAHMAN" yang seringkali diwar-warkan suatu ketika dulu. Teori yang menyatakan nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dan R=Tunku Abd Rahman, A=Abdul Razak, H= Hussein Onn, M=Mahathir, A= Abdullah Badawi dan N=Najib menjadi RAHMAN. Namun ada juga yang terlupa bahawa nama Tunku Abd Rahman itu hujungnya ialah AL-HAJ, maknanya "A" yang berikutnya ialah Anwar Ibrahim. Nantikan semua ini berlaku biarpun ia sekadar teori semata-mata. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO].-Pahang Daily

Pemuda UMNO Ugut Bunuh TGNA..!


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh TG Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.


Sumber

Mahathir Akui BN Menang Kerana Tiupan Api Perkauman PERKASA

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya berjaya meningkatkan sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

“Mungkin, sumbangan PERKASA, kerana kebanyakan orang Melayu mengundi untuk BN. Kita tak tahu, Dulu ramai orang Melayu tidak sokong BN. Jika BN tidak menyokong PERKASA, kita tidak akan mendapat undi Melayu.

“Dan jika kita tidak mendapat undi orang Cina, undi itu akan pergi ke Pakatan (Rakyat) lah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk '"Malaysia As A Maritime Nation - Are We There? di Institut Maritime di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa isu-isu perkauman tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Seorang bercakap sesuatu, maka orang lain akan membalas. Jika anda cakap orang itu bersikap perkauman, maka mereka akan kata anda seorang bersikap perkauman," katanya.

Awal minggu ini, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan analisis mengenai sokongan kaum Cina yang berkurangan kepada gabungan itu pada pilihan raya kecil tersebut.

Ditanya sama ada krisis dalaman MCA yang berlarutan sebelum ini merupakan salah satu faktor, Dr Mahathir berkata: "Semua parti komponen BN - MCA, Gerakan, MIC dan Umno, juga mempunyai masalah masing-masing." -mk

Pertama, semua orang kenal PERKASA, sebuah badan NGO yang tebal sifat perkauman Melayunya yang dikatakan mesra-BN.

Di dalam perhimpunan mesyuarat agong yang pertama, TDM yang telah merasmikannya.

TDM memang dahaga platform untuk bersuara setelah hampir 8 tahun dia diketepikan sewaktu era Tun Abdullah sebagai PM.

Kini dia bernafas sedikit di era Najib.

Hairannya TDM memang kenal sangat dengan perwatakan Ibrahim Ali, tetapi sengaja memberikan sokongannya kepada PERKASA kerana itu satu cara untuk dia menghentam UMNO yang telah menyisihkannya sekian lama.

UMNO tak lantik TDM apa-apa jawatan dalam parti. Kerajaan pun tak berinya apa-apa jawatan selain dari jawatan Timbalan Menteri kepada anaknya Mukhriz.

Dan kini TDM mengakui bahawa PERKASA lebih vokal menyuarakan hal-hal kemelayuan daripada UMNO. Sekaligus memperakui bahawa kemenangan BN di Hulu Selangor adalah permainan isu perkauman kemelayuan yang membolehkan BN mendapat sokongan dari orang Melayu semula.

And Mahathir, let me quote your own words: Menang tak dapat semua, kalah tak hilang semua.

BN menang di Hulu Selangor, tapi slogan 1 Malaysianya hancur lebur apabila sokongan masyarakat Cina merudum dengan api perkauman yang dimainkan oleh PERKASA semata-mata untuk menarik sokongan kaum Melayu. Justeru BN akan hanya didokongi UMNO secara sendirian selepas ini.

PR kalah, namun tapaknya semakin kukuh didokongi oleh masyarakat berbilang bangsa untuk menjulang parti itu sebagai pengganti BN sebagai pemerintah di negara Malaysia tercinta selepas ini.

What say you TDM? -GB

Berehatlah Kamu Sebaik-baiknya..nanti sembuh kita lawan BN semula..

Ahmad Lutfi perlu berehat
oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR : Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman hari ini dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) pada 26 April lalu.

Pihak keluarganya ketika ditemui memberitahu, keadaan Lutfi semakin baik dan pihak doktor menasihatkan beliau banyak berehat dan kurang menerima tetamu.

"Ayah dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan, doa dan bantuan daripada semua pihak bagi menjayakan operasi pintasan jantung lalu," kata salah seorang anaknya.

Isnin lalu, Ahmad Lutfi telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Sebelum ini, Lutfi sudah tiga kali menjalani rawatan jantung termasuk membuat prosedur angioplasty bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Mufti Harussani Tolong Jawab

CAKAP KETUANAN MELAYU - KENAPA ADA JUDI





ARB LABOR DALAM MAGNUM; HARUSSANI DIMINTA BERI PANDANGAN

harakahdaily


Para mufti khasnya Mufti Perak, Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Tidak Ada Pembangunan Di Teluk Kalong

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/TelukKalong%20002.jpg- Kecuali ‘Istana Biru’ di Hujung Kampung

KEMAMAN – Walaupun sudah 15 tahun, seorang anak tempatan Kampung Teluk Kalong menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku kepada pekan Teluk Kalong disini, dakwa seorang penduduk.

Bahkan, menurutnya, Teluk Kalong menjadi semakin sepi, semenjak jalan ‘Kijal bypass’ dibuka sebagai laluan umum, kenderaan menuju ke Kuala Terengganu.

Tidak ada pembangunan ekonomi yang dirancang merancakkan pekan Teluk Kalong yang dahulunya dikenali ramai, kerana kem Pupuk Semangat negeri Terengganu terletak disitu.

”Semua pegawai, pelajar pusat pengajian tinggi dan pelajar sekolah, kenal Teluk Kalong kerana ada kem Pupuk Semangat, mereka dihantar untuk dilatih disini,”ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Selain itu, pantai Teluk Kalong tidak kurang indahnya, namun tidak ada apa-apa program yang signifikan mempromosikan pantai tersebut, bagi menjadi sumber ekonomi penduduk tempatan.

”Adalah kemudahan asas yang dibina di pantai (Teluk Kalong), ada ruang niaga yang dibina oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK),

”tapi oleh kerana tiada galakan, hanya tinggal satu sahaja ruang niaga tersebut yang beroperasi,”jelasnya.

Pemandangan di pekan Teluk Kalong amat menyedihkan dan ‘dicacatkan’ dengan rumah-rumah usang yang terbiar.

Pembangunan kawan Perindustrian Teluk Kalong yang melibatkan kilang-kilang besar dan pelaburan antarabangsa juga tidak memberikan impak yang besar kepada pekan tersebut.

Penubuhan dan pembesaran Pusat Latihan Lanjutan Teknikal Terengganu (Terengganu Advance Technical Institute - TATI) menjadi sebuah kolej universiti tidak dirasai ‘nikmat’nya oleh penduduk tempatan.

Yang terbaru, pembangunan Pusat Latihan Antarabangsa (International Training Centre) berharga RM50 juta, yang kononya dibina mengikut konsep Harvard Business School hanya menjadi ‘gajah putih’ dan terpaksa diserahkan kepada TATI.

”Setakat ini, tak ada apa yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan, TATI dan ITC agak ke dalam dan tidak menjadi tumpuan mata memandang,

”yang ada mungkin ‘istana biru’ dilereng bukit, terletak dihujung kampung, yang pasti ‘memukau’ sesiapa saja yang lalu di jalan ini,”tambahnya sinis.

Utusan Malaysia Sampah Busuk Masyarakat!

RM4 juta vs. RM77 juta !

Ali Zaidan - Aku sebenarnya sedang berada di Hulu Terengganu atas urusan kerja. Senak jugak dekat sini, internet slow. Nasib baik Maxis Broadband boleh tahan speednya. Tengahhari tadi, sempat turun sekejap, beli surat khabar. Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini berkenaan dedahan Kickdefella tentang peruntukan RM 4 juta yang dibagi untuk menyerang pentadbiran Pak Lah dengan matlamat mempertahankan kerajaan PAS Kelantan.

Aku termenung sekejap. Bukan terkejut dengan dedahan Kickdefella, tapi sebab tak ada isu sangat Utusan Malaysia ni sampaikan sampah sarap blog pun di kutip jadi headline.

Tapi kalau fikir balik, suratkhabar macam ni jugak yang buat pendedahan muka depan tentang sesetengah blogger Umno yg nak publish gambar Zaid minum arak, turn out, gambar itu superimpose.

Alahai bodohnya. Siapalah yang Pengarang Utusan yang kecik sangat otaknya tu. Utusan dah jadi lagi teruk dari URTV atau Mangga. Gosip 24 jam!

Ikut hati aku malas jawab, sebab bodoh sangat. Lagipula, persoalan yang pernah aku timbulkan tentang pendedahan dia dulu tak ada pula disentuhnya. Dia lagi berminat dengan Tulang Besi. Ya la, yang boleh pancung kau beranila Kick!

Tapi bila ada kawan2 yang mesej minta penjelasan, aku gagahkan diri menaip dengan netbook kecil dibantu Maxis Broadband. Terima kasih Ananda Krishnan!

1. Pendedahan itu langsung tidak disertakan dengan apa-apa bukti sokongan. Jadi apa hal kita nak percaya pula? Satu dokumen rasmi pun yang menunjukkan penyelewangan berlaku tidak langsung didedahkan. Jadi, apa sebab untuk anda percaya?

Takat mengembek, kambing pun boleh buat!

2. Kita semua tahu operasi gerak saraf yang dimaksudkan oleh Kickdefella ialah Global Media Channel (GMC). GMC ditubuhkan sebagai tindak balas kepada serangan Cybertrooper UMNO menyerang pemimpin dan kerajaan negeri. Soalan, apa masalahnya? Penubuhan Unit Media mempertahankan kredibiliti mana-mana kerajaan ialah satu perkara biasa. Imej ialah hal penting bagi kerajaan.

RM4 juta untuk operasi 3 tahun ialah jumlah yang logik. Kira-kira RM100k sebulan. Perbelanjaan operasi, pengurusan dan gaji.

Lainlah 77 juta setahun. Baru tak logik!

3. Kalau benar peruntukan RM4 juta itu datang dari sumber penyelewengan, maka ia ialah sumber haram dan Kickdefella telah hidup dan membesar dan membuncit dengan harta haram dalam tempoh 3 tahun. Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, neraka lebih utama baginya. Hadis ni bang, bukan aku saja-saja cakap.

Ha, kan dah terludah kat muka sendiri.

4. Aku paling benci ayat ini:

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan

Engkau urus, engkau sendiri tak tahu mana datang duit tu? Apa punya leader kau ni. Kau buat pendedahan, tapi orang lain kena buktikan. Mana undang2 kau belajar? Sendiri tuduh sendiri kasi buktila macha!

Tok Guru jangan jawablah. Buat jatuh prestij Tok Guru saja. Tuduhan tak ada bukti ni, orang macam saya sudah la jawab. (sumber)

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .