Ikuti Blog ini

Meriah bersama pemimpin di Sungai Rokam

Kehadiran Pemimpin yang dikasihi rakyat - Ir Nizar dan Dr Lee Boon Chye di Sungai Rokam Ipoh

Ipoh : Sambutan Hari Raya yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam, anjuran bersama JKKK Kg Sungai Rokam, Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh dan Parlimen Gopeng telah berjaya menarik kehadiran lebih dua ribu masyarakat tempatan berbilang kaum untuk berkumpul dan bermesra bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tersebut.

Kelihatan Nizar dan isteri juga Lee Boon Chye sewaktu majlis tersebut

Majlis yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye , turut di hadiri sama oleh beberapa pimpinan yang lain.

Kelihatan dalam majlis tersebut diantaranya ialah, YB Bukit Gantang, Roslan Shahrom, YB Encik Chan Ming Kai , YB Encik Chang Lih Kang , juga Setiausaha Bandaraya Ipoh Dato Rahim Mat Ariff , Kaunseler Dr Khairuddin Dato Abd Malik dan Kaunseller Encik Radhi Zainon.


Majlis kelihatan meriah dan mesra kerana golungan masyarakat tempatan biasa yang hadir dapat bersama pemimpin yang mereka kasihi. Para pemimpin telah bersalaman dan bertanyakan khabar mereka.

Nizar sedang menyampaikan sumbangan kepada golungan
yang kurang bernasib baik

Selain ucapan dari dua pemimpin Pakatan Rakyat , Ir Nizar dan Dr Lee Boon Chye, sumbangan kepada mangsa banjir dan bantuan kepada golungan miskin juga telah disampaikan oleh Ir Nizar.

Seramai 24 orang telah menerima bantuan kewangan sumbangan daripada Baitul Mal dan juga Kerajaan Negeri. Mereka juga menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang ditaja oleh Dr Lee Boon Chye dan Chan Ming Kai.

Setelah Habis RM 350 juta, PMINT minta RM30 Juta lagi Untuk Taman Tamadun Islam

http://buletinonline.net/images/berita12/tti.jpg

Kuala Terengganu – Setelah habis RM 349.5 juta dibelanjakan bagi membina Taman Tamadun Islam (TTI), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan memohon peruntukan kira-kira RM30 juta lagi, dikatakan untuk mengindah dan memperlengkapkan TTI.

Bernama memetik Pengurus Besarnya Datuk Zakaria Awang berkata, PMINT yang bertanggungjawab mengendalikan pembinaan taman tersebut, memerlukan RM6 juta daripada peruntukan itu bagi mewujudkan kiosk-kiosk untuk menjual barang-barang keluaran dari Timur Tengah.

"Mulai tahun depan, kita akan sediakan barang-barang dari Timur Tengah yang diinginkan pengunjung untuk dijadikan hadiah atau cenderahati," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PMINT di TTI.




Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2008 - Kaum Tionghua akan Turut Hadir.


http://buletinonline.net/images/berita13/piahpas.jpgKemaman - Persiapan Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Tahun 2008 yang akan diadakan pada 1 November depan sedang giat dijalankan. Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai yang menjadi tuan rumah Ijtima’ kali ini sedang membuat persiapan akhir dalam kerja-kerja menghadapi kehadiran lebih 5,000 orang peserta.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, merangkap Ketua Persiapan Hj Hanafiah Mat (gambar) menyatakan demikian ketika ditemui baru-baru ini.

”Persiapan berjalan lancar dan sedang dikemaskini, mesyuarat terakhir akan dipanggil secepat mungkin,

“Ceramah Perdana akan diadakan di Kg. Mak Chili dan tempat perbahasan masih menunggu keputusan Majlis Perbandaran Kemaman,
”sekiranya dibenarkan kita akan gunakan Dewan Bandaran Dato’ Seri Amar DiRaja, jika tidak kita akan langsungkan di Taman Islam Kemaman,”kata beliau.

Menurutnya yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai, tenaga petugas dan peserta sudah diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi menjayakan program tahunan itu pada kali ini.

Istimewanya pada kali ini, kata beliau, penyokong dan peminat PAS dari kalangan kaum Tionghua dan bukan Islam akan turut hadir sama.

“Saya sudah berhubung dengan Kelab Penyokong PAS dan mereka sangat positif akan hadir bersama-sama meraikan pimpinan PAS,

“mereka mahu lihat sendiri kesungguhan pemimpin PAS menjalankan usaha untuk memerintah negeri ini semula pada pilihanraya umum yang ke 13 akan datang,”ujar beliau

”Saya akan cadangkan kepada mereka supaya membuat satu ‘kejutan’ menunjukkan kehadiran mereka dalam ijtima’ kali ini,

“saya akan meminta restu dari pimpinan, sekiranya dibenarkan mereka akan membuat persembahan ‘budaya’ bagi menyambut ketibaan Presiden,”tambah beliau yang mengatakan kehadiran mereka selaras dengan tema ‘PAS Untuk Semua’ yang menjadi tema Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini.



Rumah Terbuka Anwar dan Azizah, Meriah


Rumah Terbuka Sempena Eidul Fitr Anwar dan Azizah, Meriah

SEPERTI tahun-tahun lepas majlis rumah terbuka Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail meriah dan mendapat sambutan hangat. Kali ini beliau mengadakan majlis di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Pemilihan tempat itu untuk memudahkan orang ramai mengunjunginya memandangkan jalan ke rumahnya di Bukit Segambut sempit dan sering kali berlaku kesesakan.

Ternyata pilihan di Kelab Sultan Sulaiman tepat dan memudahkan rakyat. Majlis itu yang terbuka kepada jemput khas jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah hari sebelum ia dibuka kepada orang ramai dari jam 2:00 hingga jam 4:40 petang.

Para jemputan sejak awal lagi datang terutama para pemimpin parti gabungan Pakatan Rakyat.
Pemimpin Pas yang awal dikatakan tiba ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Pas juga mengadakan majlis terbukanya di Stadium Melawati Shah Alam.

Jam 11:00 pagi sewaktu saya tiba hampir semua pemimpin utama DAP dan kenalan rapat Anwar hadir kecuali Karpal Singh yang tidak kelihatan. Lim Kit Siang tiba bersama anaknya Lim Guan Eng.

Selain tetamu dari golongan politik para duta atau wakil asing juga turut sama hadir meraikan majlis berkenaan yang berlangsung dalam suasana ceria dan semangat tinggi.

Berselisihan dengan saya ialah Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beliau sempat memberi satu pose istimewa di atas tangga Kelab Sultan Sulaiman berlatar belakangkan banner hari raya Keadilan yang didamping Yahya Shari bekas Setiausaha Politik, Khalid Ibrahim.

Sebelum pintu pagar dibuka bagi jemputan umum, orang ramai sudah berduyung-duyung dan menanti penuh sabar di luar pagar. Dua buah khemah besar di bangunkan di tengah padang untuk orang ramai yang memuatkan lebih 15,000 pengunjung.

Sewaktu saya meninggalkan Kelab Sultan Sulaiman kira-kira jam 1:30 petang orang ramai berpusu-pusu masuk. Seperti majlis-majlis terbuka sebelum ini mereka yang hadir terdiri dari berbagai kaum, kecil besar, tua dan muda. Dianggarkan lebih 40,000 tetamu hadir menjelang petang.

Turut sama menghadiri dan berhari raya dengan Anwar dan isteri ialah para wartawan, yang mana sudah pasti selain untuk beraya ingin mengetahui apakah rancangan bakal PM yang disebut-sbut itu pada persidangan Parlimen yang akan bersambung esok!

LAYAKKAH NAJIB TUN RAZAK KE SERI PERDANA?


SAH pada 8 Oktober lalu, Abdullah Ahmad Badawi [Abdullah], Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri [PM] Malaysia ke-5 telah mengambil keputusan tidak akan mempertahankan jawatan presiden yang beliau menang tanpa bertanding pada tahun 2005. Beliau turut mengumumkan yang beliau juga akan melepaskan jawatan PM dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya apabila Najib Tun Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/90860]

Sekiranya pelan kedua ini berjaya [pelan pertama peralihan kuasa pada Jun 2010 gagal] dan Najib ditabalkan sebagai PM ke-6, maka tunggu dan lihatlah sendiri bencana dan mala petaka amat dasyat akan melanda negara ini. Survival agama, bangsa dan negara akan musnah ditangan Najib dan isterinya Rosmah Mansor serta kuncu-kuncunya. Bak kata orang tua-tua : Keluar daripada mulut harimau masuk ke dalam mulut buaya. Najib adalah pelengkap kepada kemusnahan agama,bangsa dan negara. Percayalah.

Kita telah melalui pemerintahan di bawah 5 orang PM. PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mempunyai personaliti yang baik dan dihormati oleh kawan dan lawan, walau pun sedikit sebanyak Tunku ada kelemahannya, majoriti rakyat dapat menerima pemerintahannya sehingga tercetusnya peristewa 13 Mei 1969. Diikuti oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr.Mahathir Mohamad. Mereka masing-masing membawa imej yang bersih tidak dikotori dengan berbagai tuduhan dan dakwaan yang mencemarkan nama baik agama, bangsa dan negara.

Mereka melangkah masuk dan duduk di kerusi PM tanpa ada sebarang isu kontroversi yang melibatkan moral dan akhlak apatah lagi untuk menuduh mereka mengamalkan rasuah jauh sekali. Mereka diterima oleh rakyat tanpa ada perasaan was-was, mereka yakin dan menaruh harapan yang tinggi agar nasib mereka akan lebih terbela. Malah, PM ke-5, Abdullah juga mempunyai personaliti dan imej yang baik daripada baka keturunan ulama sehinggakan ada setengah golongan memberi jolokan ‘Mr Clean’ kepadanya. Imej Abdullah menjadi buruk ketika ia mempunyai kuasa dan menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan keluarga dan kroni-kroninya.

Hal seumpama itu tidak wujud di dalam diri Najib. Persepsi rakyat terhadap Najib ialah beliau pembawa imej ‘kotor’ dalam sistem pentadbiran negara berlawanan dengan imej yang dibawa oleh Abdullah dan PM-PM yang lepas. Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 dan beliau muda 14 tahun daripada Abdullah, merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik sejak 7 Januari 2004 dan beliau ialah Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Najib adalah anak lelaki sulung kepada bekas PM ke-2, Tun Razak.

Personaliti dan imej yang dibawanya itu sukar untuk diperbaiki kerana beliau menghadapi banyak dakwaan sama ada palsu atau benar yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang sudah melekat kukuh di minda rakyat. Rakyat mahukan imej seorang PM yang bersih dan kelihatan bersih menandingi imej yang dibawa oleh Abdullah. Najib tidak memenuhi kriteria tersebut. Di muka Najib terdapat banyak tombok-tombok jerawat yang besar yang berkerutu seperti katak puru, tetapi mukanya kelihatan lincin dan cantik kerana dilindungi oleh alat make-up yang mahal-mahal. Tanpa alat make-up tersebut, kita akan dapat melihat wajah sebenar Najib. Huduh dan berkerutu.

Akhlak dan moral Najib bukanlah baik sangat. Ia bukan menjadi satu rahsia umum lagi. Semua rakyat tahu bahawa Najib perosak kehidupan rumahtangga orang. Najib merampas Rosmah daripada tangan orang yang bergelar suami. Skandal ini menyebabkan rumahtangga Najib dengan kerabat Di Raja Kelantan musnah. Rosmah sendiri sanggup memusnahkan mahligai yang dibina bersama suami pertamanya kerana tergila-gilakan Najib. Rosmah berazam mahu menjadi ‘wanita pertama’ Malaysia kerana beliau amat yakin bahawa Najib akan menjadi PM pada suatu hari nanti.

Perangai yang dibawa Rosmah ini sangat merbahaya jika diaplikasikan ke atas sistem pentadbiran negara lebih merbahaya daripada apa yang dilakukan oleh Abdullah sekarang ini. Rosmah suka berbelanja besar setiap kali ke luar negara dengan menggunakan wang rakyat. Rosmah sesuai diberi jolokan sebagai ‘Imelda Marcos jr’. Peribadi Rosmah bukan orang yang kuat beragama. Beliau pernah berpelukan dan berciuman dengan pemain hoki negara dan pelakon Bolleywood di hadapan Najib. Rosmah adalah ‘Queen controll’. Beliau mengawal segala tingkah laku Najib. Najib tunduk dan patuh kepada segala arahan yang Rosmah keluarkan. Takut kepada bini bukan cerita bohong atau fitnah, tanyalah orang-orang yang rapat dengan Najib, semua mereka tahu hal Najib takutkan bini ini.

Najib juga pernah dituduh ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi bernama Ziana Zain di Port Dickson, Negeri sembilan, tetapi kes tersebut diselesai melalui pintu belakang kerana ia melibatkan pembesar UMNO. Walaupun berita ini tidak dapat disahkan kebenarannya, tetapi di minda rakyat tetap menilai tahap akhlak dan moral yang dibawanya amat tidak sesuai sebagai bakal PM.

Najib juga dikaitkan dengan pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Adib Adam sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta. Najib juga dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak Baginda [Perimekar Sdn. Bhd dimiliki oleh Ombak Laut] sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis. Pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis itu oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.6 bilion dengan komisyen berjumlah RM520 juta.

Persepsi rakyat terhadap Najib ialah pemimpin yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan jika terus diberi berkuasa [walau pun dalam bentuk tuduhan tanpa bukti] akan memusnahkan negara dan sanggup menjual agama dan bangsa demi kepentingan peribadi.

Kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Sharibuu akan tetap menghantui sepanjang tempoh pemerintahnya [jika diizinkan oleh Allah] sebagai PM ke-6 nanti. Walaupun secara konsisten dan sanggup bersumpah junjung al-Quran dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh lalu, beliau menafikan penglibatan beliau dan isterinya dalam kes pembunuhan tersebut, namun majoriti rakyat tidak mempercayainya.

Persepsi rakyat kuat mengatakan beliau terlibat. Ini berlaku kerana beberapa faktor. Pertama, Abdul Razak Baginda yang diketahui umum sebagai ketua kumpulan pemikir adalah penasihat politik kepada Najib dihadapkan dengan pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya Sharibuu. Andaian ramai bahawa Najib dan Razak pastinya merupakan kenalan rapat dan mesra. Kedua, pembabitan dua anggota Unit Tindakan Khas [UTK] yang bertugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dituduh membunuh Altantuya Sharibuu. Persepsi rakyat Najib pasti tahu perkara ini, kalau tidak masakan mereka bertiga ini berani bertindak sedemikian rupa. Lebih kejam daripada harimau lapar kerana terpaksa melaksanakan arahan daripada siapa [?]. Ketiga, penggunaan bahan letupan C4 yang memerlukan kelulusan peringkat tertinggi dan keempat pertukaran hakim serta merta dari Hakim K.N Segara kepada hakim yang kurang pengalaman iaitu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Md Yasin. Tenguk dari sudut perbicaraannya sahaja sudah cukup memualkan dan memudahkan rakyat membuat kesimpulannya. Kes ini samalah apa yang yang dilakukan oleh sistem kehakiman kita terhadap kes Memali dan Kerpan sehingga kini kedua-dua kes itu tidak dapat diselesaikan, tersadai di mahkamah.

Ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan melalui akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamruddin [kini ditahan di bawah ISA] pada 20 Jun dan oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada 3 Julai lalu. Sungguh pun, P Balasubramaniam menarik balik akuan berkanunnya itu pada keesukan hari tidak sampai 24 jam, kemudian terus lenyap hilang entah ke mana menimbulkan pelbagai spekulasi , maka ini memperkuatkan persepsi rakyat bahawa Najib terlibat dalam komplot pembunuhan itu yang dilakukan oleh dua orang pegawai polis tadi dan Abdul Razak Baginda bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Berlatarbelakang itulah, laluan Najib ke Seri Perdana mesti disekat dengan apa cara sekali pun demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Kita masih ada tempoh 6 bulan untuk tujuan tesebut. Dalam tempoh tersebut, nasib Najib untuk menjadi PM ke-6 masih samar-samar lagi.


Datuk Melaka mula hilang nilai



Melaka hari ini merayakan ulangtahun kelahiran Yang Dipertuanya, Tuan Khalil yang ke 70.

Dan sebagaimana hari keputeraan Raja-raja Melayu (bagi negeri-negeri yang beraja) atau Yang Dipertua Negeri (bagi yang tidak beraja) bintang-bintang dan pingat kebesaran akan dianugerahkan kepada calon-calon yang telah berjasa atau berkhidmat serta menyumbang kepada kemajuan atau pembangunan negeri-negeri berkenaan. Pendek kata tokoh-tokoh perniagaan dan korporat, ahli-ahli politik, pegawai dan kakitangan kerajaan serta pasukan beruniform khasnya tentera dan polislah yang biasa menerima anugerah-anugerah ini.

Di Melaka saya perhatikan kali ini ada dua isu yang pasti mencetuskan kontroversi, ketidakpuasana hati malah cemuhan rakyat.

Pertama adalah keputusan kerajaan negeri menganugerahkan bintang kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon dan bintang Bollywood Shah Rukh Khan yang membawa gelaran Datuk. Dan kedua keputusan menganugerahkan 77 bintang yan membawa gelaran Datuk.

Kita boleh menerima kiranya kerajaan negeri mahu menghargai sumbangan mereka yang terlibat dalam dunia seni. Antara artis yang telah menerima gelaran-gelaran ini termasuklah Siti Nurhaliza, M. Daud Kilau, Jamil Sulong dan malah ada yang bergelar Tan Sri seperti Allahyarham P. Ramli dan SM Salim. Mereka ini artis-artis tempatan, oleh itu wajarlah kiranya mereka mahu dipertimbangkan, tetapi bintang Bollywood? Apa jasa Shah Rukh kepada Melaka?

Kita bukan sahaja boleh pertikaikan malah keputusan ini saya percaya kini menjadi bahan senda –gurau dan gelak-ketawa, suatu yang mengaibkan kerajaan negeri dan mungkin juga menjunamkan harapan Ketua Menterinya untuk menang dalam pemilihan Umno nanti.

Isu kedua adalah ramainya bilangan yang diberi gelaran Datuk. Dalam keadaan Raja-raja Melayu sendiri sudah mula mengawal penganugerahan gelaran berprestij ini (Selangor mengawal manakala Johor baru-baru ini langsung tidak mengeluarkan anugerah ini) tiba-tiba Melaka yang tidak bersultan melahirkan 77 Datuk dalam sekelip mata! Datuk ini adalah anugerah tertinggi negeri dan sewajarnya dihadkan bilangannya agar ia kekal bermakna dan hanya dikurnia kepada mereka-mereka yang benar-benar layak.

Ramainya bilangan Datuk hari ini sehingga ada satu lawak yang menyebut kiranya dilambungkan sebiji batu ke udara, ia nanti jatuh pasti terkena kepala seorang yang bergelar “Datuk”.

Berpada-padalah kerajaan Melaka dalam hal ini.


Harga Minyak Turun: Awas Noh Omar, Tiada Lagi Alasan Kadar Surcaj 30% Mahu Diteruskan !!

Kadar surcaj 30 peratus ke atas tambang bas ekspres dan bas henti-henti yang sepatutnya berakhir 15 Oktober ini, akan diteruskan kata Menteri Pembangunan Usaha dan Koperasi, Datuk Noh Omar. Beliau menegaskan bahawa kerajaan setuju meneruskannya sehingga semakan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan awam dimuktamatkan kelak. Nampaknya rakyat dan pengguna bakal ditipu lagi. Memang sudah dijangka bahawa surcaj 30% yang dikenakan ke atas tambang bas itu adalah petanda kenaikan harga sebenarnya. Mereka sahaja berselindung disebalik perayaan hari Raia Aidil Fitri bagi mengaburi mata rakyat. Inilah padahnya bila amanh yang diberikan dipergunakan sewenangnya oleh mereka. Dulu ketika harga minyak naik, maka mereka kata akan mengawal kenaikan harga barangan lain. Namun semuanya "indah khabar dari rupa". Apa yang dicanang hanyalah omongan kosong semata-mata. Akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban disaat kemelut ekonomi yang semakin kritikal mutakhir ini.

Noh Omar harus memikirkan nasib rakyat !! Bukan beberapa kerat pengusaha bas di negara ini. Dulu pelaksanaan surcaj ini dilakukan adalah bagi membantu pengusaha bas ekspres mengurangkan kos operasi selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan maklum balas serta keluhan daripada mereka. Ia berikutan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebelum itu. Maka kita tidak dapat nafikan yang kos operasi mereka juga meningkat gara-gara kenaikan tersebut. Maka kita tidak kisah sangat surcaj 30% yang dikenakan itu.

Namun kini, Noh Omar harus sedar. Harga minyak global sudah jatuh ke paras dibawah US$90 setong sekarang ini. Maka kerajaan Malaysia juga sudah menurunkan kembali harga minyak sebanyak dua kali bermula dengan penurunan 25 sen kemudia 10 sen baru-baru ini. Lantaran itu apakah logiknya untuk kementerian Noh Omar mengkaji untuk menaikkan kadar harga tambang bas lagi. Harga minyak sudah turun, maka harga tambang bas juga mesti turun. Surcaj 30% mesti dihapuskan !!

[Diharap maklumat ini dapat disebarkan kepada semua. Sedarlah kita bahawa pemimpin UMNO hanya memikirkan nasib beberapa kerat kroni mereka yang ingin mengaut keuntungan segera daripada surcaj dan kenaikan tambang ini nanti.Walhal umum sudah mengetahui bahawa harga minyak sudah diturunkan. Maka, tiada alasan tiada kompromi. Rintihan rakyat perlu perlu diutamakan daripada mengenyangkan perut mereka.].


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .