Kadar surcaj 30 peratus ke atas tambang bas ekspres dan bas henti-henti yang sepatutnya berakhir 15 Oktober ini, akan diteruskan kata Menteri Pembangunan Usaha dan Koperasi, Datuk Noh Omar. Beliau menegaskan bahawa kerajaan setuju meneruskannya sehingga semakan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan awam dimuktamatkan kelak. Nampaknya rakyat dan pengguna bakal ditipu lagi. Memang sudah dijangka bahawa surcaj 30% yang dikenakan ke atas tambang bas itu adalah petanda kenaikan harga sebenarnya. Mereka sahaja berselindung disebalik perayaan hari Raia Aidil Fitri bagi mengaburi mata rakyat. Inilah padahnya bila amanh yang diberikan dipergunakan sewenangnya oleh mereka. Dulu ketika harga minyak naik, maka mereka kata akan mengawal kenaikan harga barangan lain. Namun semuanya "indah khabar dari rupa". Apa yang dicanang hanyalah omongan kosong semata-mata. Akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban disaat kemelut ekonomi yang semakin kritikal mutakhir ini.
Noh Omar harus memikirkan nasib rakyat !! Bukan beberapa kerat pengusaha bas di negara ini. Dulu pelaksanaan surcaj ini dilakukan adalah bagi membantu pengusaha bas ekspres mengurangkan kos operasi selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan maklum balas serta keluhan daripada mereka. Ia berikutan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebelum itu. Maka kita tidak dapat nafikan yang kos operasi mereka juga meningkat gara-gara kenaikan tersebut. Maka kita tidak kisah sangat surcaj 30% yang dikenakan itu.
Namun kini, Noh Omar harus sedar. Harga minyak global sudah jatuh ke paras dibawah US$90 setong sekarang ini. Maka kerajaan Malaysia juga sudah menurunkan kembali harga minyak sebanyak dua kali bermula dengan penurunan 25 sen kemudia 10 sen baru-baru ini. Lantaran itu apakah logiknya untuk kementerian Noh Omar mengkaji untuk menaikkan kadar harga tambang bas lagi. Harga minyak sudah turun, maka harga tambang bas juga mesti turun. Surcaj 30% mesti dihapuskan !!
[Diharap maklumat ini dapat disebarkan kepada semua. Sedarlah kita bahawa pemimpin UMNO hanya memikirkan nasib beberapa kerat kroni mereka yang ingin mengaut keuntungan segera daripada surcaj dan kenaikan tambang ini nanti.Walhal umum sudah mengetahui bahawa harga minyak sudah diturunkan. Maka, tiada alasan tiada kompromi. Rintihan rakyat perlu perlu diutamakan daripada mengenyangkan perut mereka.].