Ikuti Blog ini

PM penakut umum awal tarikh pilihan raya


KOTA BHARU, 31 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) ‘penakut’ lantaran tidak berani mengisytiharkan lebih awal tarikh pilihan raya.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa sehingga kini tidak ada seorang pun daripada mantan PM itu yang memberitahu tarikh pilihan raya di Malaysia lebih awal.

Katanya, bukan Najib sahaja, bahkan semua PM Malaysia penakut untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya lebih awal walau pun sampai ‘bab pilihan raya’.

“Maknanya, semua PM BN penakut belaka, sebab itu tidak berani memberitahu awal,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kecemerlangan Maahad Muhammadi (MM) dan Pelancaran Buku Khas Biodata 100 Tokoh Guru MM di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini, petang semalam. (Gambar atas)

Majlis tersebut diadakan sempena Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi.

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan serta tokoh guru dan mantan guru yang sejarahnya dimuatkan dalam buku khas itu.

Mandat BN menerajui Kerajaan Pusat berakhir pada April 2013.


Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 yang lalu, Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Najib mendakwa beliau perlu meneliti beberapa faktor sebelum mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam waktu terdekat.

Selepas Pilihanraya Umum kedua belas (PRU-12) pada Mac 2008, terdapat spekulasi bahawa Najib mungkin membubarkan Parlimen tahun ini walaupun tempohnya hanya berakhir 2013.

Apakah benar kajian mendakwa bahawa keadaan menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India menyebabkan beliau lambat mengumumkan tarikh PRU13? -Hrkh

Serangan Ke Atas Guan Eng, UMNO NS Perlu Bertanggungjawab


Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG.

Parti Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang dipukul beramai ramai oleh penyerang.

Bersama kenyataan media ini di sertakan sebahagian bukti bergambar yang mengaitkan ahli dan pemimpin Umno (Seremban) N.Sembilan terlibat dalam kejadian tersebut. Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.

Pada hari yang sama (berdasarkan maklumat yang ada) sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang. Selepas program tersebutlah mereka ramai - ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan 'gaduh gempar di tempat awam'. Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.

Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman.

Telah dibuat beberapa laporan polis namun amat mengecewakan tidak ada tindakan serius diambil selepas itu. PKR Rembau juga akan membuat satu lagi laporan dengan menyerahkan bukti bergambar kepada pihak polis.

PKR Rembau mencabar Umno (Seremban) Negeri Sembilan untuk mengambil tanggungjawab penuh memohon maaf secara terbuka seterusnya menamakan semua ahli dan pemimpin mereka yang terlibat termasuk yang dibawah umur. Umno juga harus mengambil tindakn disiplin terhadap mereka jika Umno tidak merestui tindakan tersebut jika tidak jelas Umno sendiri terlibat dan merestui jenayah ini.

Rakyat diseru menilai insiden ini sewajarnya dan menjadikan ini satu lagi alasan kukuh untuk menolak Umno khususnya di N.Sembilan. Jelas Umno menjadi pelindung kepada gangsterisme dan mendidik anak anak muda termasuk bawah umur untuk menjadi penjenayah keganasan.

Sekian.

che'Gubard
Parti Keadilan Rakyat Rembau

* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac, 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau), Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau)

~edyesdotcom





Antara yang memakai baju dan topi Pemuda Umno NS bergambar ketika
berkumpul sebelum melakukan jenayah serangan terhadap ketua Menteri PP.



Jelas terakam penjenayah yang menyerang dengan 'senjata' wartawan dalam kejadian tersebut



bersiap sedia untuk menyerang






Kenderaan dari NS



Antara pemimpin yang hadir ketika Umno berkumpul sebelum serangan





wajah penjenayah jelas terakam tetapi apa tindakan polis dan umno ?




Serangan fizikal sehingga serbu ke kereta ketika Ketua Menteri baru sampai



Penyerang majoriti terdiri dari pemuda berkemeja dan bertopi tertulis "Pemuda Umno Seremban"



Wartawan diserang beramai - ramai dan dipukul dihadapan awam tetapi polis hanya berdiam



Antara remaja (disyaki) bawah umur turut terlibat

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .