Ikuti Blog ini

Langkah Tepat: Karpal & Gobind Boikot Prosiding Suruhanjaya Diraja

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat punca kematian pembantu politik Teoh Beng Hock menerima tamparan dengan krediblitinya dipersoal apabila keluarga mangsa menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor itu.

Sebelum ini, suruhanjaya diraja itu menolak permohonan keluarga Teoh untuk menundakkan inkuiri sehingga semakan kehakiman yang difailkan oleh mereka ke atas penghakiman terbuka oleh Mahkamah Kotoner berhubung kematian Beng Hock didengar.

Setelah menimbang permohonan keluarga itu, suruhanjaya berkenaan yang diketuai oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata siasatan akan diteruskan.

Berikutan itu, peguam keluarga Teoh, - Karpal Singh dan Gobind Singh Deo mengumumkan mereka akan berundur diri daripada terbabit dengan perbicaraan.

"Kami tidak mahu ambil bahagian kerana tidak yakin dengannya,” kata Karpal.

Beliau, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Teohkemudiannya dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak.

Selain ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh, suruhanjaya itu juga ditugaskan bagi menilai sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur ketika menyoalsiasat Teoh sebagai saksi, berhubung kes dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan Selangor.

Teoh yang merupakan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas disoalsiasat semalaman di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut.

Suruhanjaya ini dijangka menyelesaikan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April. -mk

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Suruhanjaya yang dikatakan bebas itu sebenarnya tidak bebas.

Ia dilantik oleh kerajaan berdasarkan kepada "telunjuk" Peguam Negara.

Dan kita sudah tahu sikap Peguam Negara yang sebenar di dalam kes Teoh Beng Hock ini iaitu sentiasa cuba melindungi Polis dan SPRM.

Tengok nii..Kenyataan "Dendam" Kesumat Menteri Umno..

Susulan operasi meruntuhkan rumah pelacuran di Lorong Limau Manis. Kota Bharu sejak dua dekad lalu oleh 27 anggota penguatkuasa pelbagai jabatan kelmarin yang di arahkan oleh kerajaan negeri, megundang pelbagai tanggapan dan kenyataan oleh pelbagai pihak, ada kenyataan yang berbau politik "Dendam" kesumat yang menjijikkan dan ada pula kenyataan yang mencerminkan kematangan individu tersebut....


"Lain kali jangan suka mendabik dada kononnya
negeri serambi
Mekah bersih dari segala-galanya,
wal hal segala macam maksiat
ada.Jangan cakap
tak serupa bikin"

Datuk Seri Mustapa Mohamed
(Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan)



"Semua ini menunjukkan kekuasaan Allah, Berkat Doa golongan
Ulamak di negeri itu,tidak kira di mana sekali pun,segala perbuatan
maksiat akan diketahui juga akhirnya"

Datuk Mohd Daud Che Ngah
(Pendakwa Bebas)

"Aktiviti pelacuran terjadi kerana kurang pegangan agama
yang kukuh menyebabkan maruah diri tergadai serta
menjatuhkan imej islam itu sendiri"

Datuk Noh Gadut
(Penasihat Majlis Agama Islam Johor)

Penyokong Bola Kelate Berselawat Maulidur Rasul Di Stadium Sebelum Menyaksikan Perlawanan The Red Warrior



Penyokong-penyokong Gelombang Gelembong Merah The Red Warriors bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena sambutan Maulidur Rasul di Stadium Sultan Mohamad Ke 4 sebelum menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Kuala Lumpur.

Inilah berkat dari pemerintahan islam di kelate..so ada hati lagi UMNO/BARISAN NASIONAL YAHUDI APCO laknatullah nak tawan kelate..sory bro..

PAS Adil, Tidak Kira Bangsa dan Agama

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0158a.JPGSuragate, DUNGUN - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun berkata PAS adalah sebuah parti politik yang adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Puan Serena Lim Abdullah berharap, PAS dapat memberi ruang dan memperuntukkan satu kerusi untuk ditandingi oleh kepimpinan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Beliau yang juga aktivis muslimat PAS adalah seorang Cina Muslim berketurunan Hokkien. berkata demikian dalam majlis makan malam meraikan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Sura di sini Sabtu lalu.

"Terima kasih kerana sudi hadir rumah terbuka PAS, saya tak pandai cakap Mandarin, cuma pandai Hokkien sahaja, saya orang Hokkien, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun Arnab adalah (tahun) yang murah rezeki,

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0161a.JPG"PAS adalah (parti politik) yang adil, tidak mengira bangsa atau agama, sekarang PAS ada (menubuhkan) Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP untuk orang bukan Islam), saya harap semua dapat masuk (sertai),

"dan (saya) harap PAS dapat memberikan satu kerusi kepada DHPP),"Kata Serena yang berucap dalam dailek Hokkien kepada lebih 200 orang kaum Cina yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau menyeru semua orang Cina menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang kerana menurutnya kehidupan rakyat akan menjadi bertambah susah sekira Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

"Kalau kita (terus) bagi (membiarkan) BN jaga (memerintah negara), (maknanya) lagi nak mati lo (nak membunuh diri sendiri kerana) harga barang naik setiap hari, kalau sekarang ambil (kita bawa) RM100 pergi ke pasar nak beli barang, cuma boleh dapat sedikit sahaja (berbanding dahulu),"ujarnya. -BO


Kempen Anti-Zina dan Gejala Sosial: Tahniah Selangor!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan negeri Selangor yang terus komited dalam usaha memerangi zina dan gejala sosial di negeri tersebut.

DPPWP dimaklumkan kempen anti zina dan memerangi gejala sosial mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dari golongan anak-anak muda. Bagi DPPWP, usaha kerajaan Selangor wajar dipuji bagi menjauhkan budaya songsang dan tidak bermoral ini menular ke dalam masyarakat khususnya di negeri Selangor.

Meskipun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor tidak sampai 3 tahun, pelbagai usaha ke arah ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ telah dijalankan. Ini membuktikan tanggapan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh parti politik pelbagai kelompok dan golongan tidak menghalang usaha dakwah dan pelaksanaan Islam dijalankan.

Selain itu, baru-baru ini kerajaan Selangor telah mengharamkan umat Islam bekerja di premis-premis arak yang memberikan kesan positif terhadap umat Islam di Selangor. Ini memberikan ruang buat pekerja Islam agar tidak terjerumus dalam perkara yang haram seperti arak.

Kempen anti zina dan gejala sosial yang dijalankan diharapkan mampu membendung gejala negatif daripada berleluasa di kalangan masyarakat. Sebelum ini Selangor terkenal sebagai antara negeri penyumbang gejala sosial dan masalah kelahiran anak luar nikah yang tertinggi di Malaysia. Dengan jumlah pusat hiburan, kelab-kelab malam, penganjuran konsert di merata-rata tempat, pergaulan bebas, sukar bagi rakyat dan kerajaan Selangor membendung penularan gejala negatif.

Adalah diharapkan kerajaan Selangor terus komited dalam memerangi zina dan gejala sosial di negeri tersebut. DPPWP juga mengharapkan kerajaan pusat mencontohi tindakan kerajaan Selangor dengan melaksanakan kempen yang sama di seluruh negara secara agresif dan bersepadu.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib KetuaDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

16 Februari 2011 / 13 Rabiul Awwal 1432 (Rabu)

Kiriman: Fadhil B. Osman

Ekoran bukti baru, Anwar mahu tuduhan liwat digugur

Anwar
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Sehubungan itu kata beliau, di bawah kanun prosedur jenayah, hanya Peguam Negara yang boleh menarik balik tuduhan terhadapnya.

“Saya meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan negara dimalukan lagi.

“Dalam soal pendakwaan, kita ada versi yang berbeza mengenai isu-isu asas dalam perbicaraan ini,” kata Karpal kepada pemberita.

Anwar pula berkata bukti baru itu menunjukkan pendakwaan ke atasnya adalah sesuatu yang “remeh-temeh dan tidak berasas.”

“Ini satu pendakwaan... mengapa Peguam Negara mahu meneruskan dan berkeras dengan tuduhan yang bermotifkan politik?” kata Anwar.

9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.

NONE"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”

"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' liwat,” kata doktor itu ketika ditanya.

9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam (kiri). Giliran DPP Datuk Nordin Hassan menjalankan soal balasnya pula.

Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.

Anggota Polis Turut Dicekup Berkhalwat Dalam Kereta

Georgetown - Dua anggota keselamatan antara yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) apabila dipercayai berkelakuan sumbang di tempat awam dalam operasi cegah maksiat awal pagi semalam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya menahan tiga pasangan kekasih termasuk dua anggota keselamatan itu dalam operasi di beberapa lokasi sekitar bandar itu.

“Dalam operasi semalam, kita menahan tiga pasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di tempat awam yang mana kedua-dua anggota keselamatan itu kita tahan semasa berada dalam kereta di tempat gelap dalam keadaan mencurigakan pada jam kira-kira 1 pagi.

“Mereka di tahan ketika berada di tempat duduk penumpang dan pemandu di kawasan tempat letak kereta di Jalan persiaran Bayan Indah, Pantai Jerjak dengan pakaian terbuka dipercayai sedang melakukan perbuatan kurang sopan dan enggan bekerjasama. Kita percaya mereka ini sepasang kekasih yang mana lelaki itu berusia 40-an manakala teman wanitanya berusia 20-an,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi JHEAIPP yang diadakan awal pagi semalam, sebanyak 20 pasangan kekasih diperiksa sempena Hari Kekasih yang mana operasi bermula dari jam 11 malam sehingga 3 pagi melibatkan sepasukan lima pegawai penguat kuasa JHEAIPP.

“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 40-an dan operasi dibuat di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan panas yang kerap kali dikunjungi untuk mereka bermadu kasih antaranya Padang Kota Lama, Lebuh Sungai Pinang, Pantai Seagate, Persisiran Pantai Queensbay, Pantai Jerejak dan Batu Maung.

“Dari pemeriksaan yang dijalankan, tiga pasangan kekasih dikenakan tindakan saman kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan di tempat awam, lapan diberi amaran dan nasihat manakala baki yang lain didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan dan dilepaskan,” katanya.

Khairul berkata, setiap pasangan yang ditahan dikehendaki hadir di pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan diri dan siasatan lanjut yang mana ia disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. -SH

Isu bomoh: ADUN PAS dipanggil beri keterangan

ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim telah dipanggil memberi keterangan kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 25 Februari berhubung isu bomoh.

BNONEeliau yang juga ketua penerangan PAS Perak telah menerima surat rasmi dari setiausaha DUN Perak bertarikh 7 Februari lalu supaya memberi keterangan itu pada jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang negeri di Bangunan SUK di Ipoh.

"Saya dikehendaki memberi keterangan berhubung isu bomoh yang saya bangkitkan dalam sidang DUN pada 2 disember 2010," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut perintah tetap di bawah fasal 36(3)(b) kerana sewaktu berbahas di dewan, (saya) telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang membawa masuk bomoh ke dalam DUN Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi speaker V Sivakumar dirampas.

azlan"Dalam sidang tersebut saya menyebut terdapat seorang ADUN yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan.

"Apabila saya enggan mendedahkan nama ADUN berkenaan, lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan," tambahnya.

Drs Khalil berkata, beliau akan mengadakan sidang media khusus mengenai surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi terhadapnya.

"Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa DUN perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri perak telah dijampi oleh bomoh tersebut," tambahnya.- m'kini

Merlimau: Umno BN mula peralat Jabatan Pelajaran

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Umno BN seperti mahu mengulangi episod memalukan seperti di pilihan raya kecil (PRK) Tenang apabila sekali lagi memperalatkan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

Menurut laman http://pencacai-semalaysia.blogspot.com, jika di PRK Tenang, Pengarah JPN Johor secara terang-terang dan terbuka berkempen dengan menggunakan nama rasmi program JPN dengan meminta guru-guru dalam PRK Tenang supaya mengundi dan menyokong calon Umno/BN.

Di PRK Merlimau, episod menjadikan guru sebagai kuda tunggangan iaitu alat kempen Umno/BN seperti di PRK Tenang berulang. Atas nama program Jabatan guru-guru di Merlimau telah dikerah dan dipaksa untuk hadir dalam program kononnya majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau.

Menurut guru yang hadir dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada langsung agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan. Sebaliknya 'backdrop' majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri'.

Ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong Umno/BN. Lebih menghairankan mereka surat jemputan ke program dibuat pada sebelah malam. Menurut seorang guru yang hadir yang enggan dikenali memberitahu, mana ada orang rasmi bangunan sekolah pada sebelah malam.

Apa yang berlaku menunjukkan Umno/BN benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi N.27 Merlimau yang dimenangi sebelum ini. Apa yang dilakukan oleh JPN ternyata bercanggah dengan etika dan tanggungjawab seorang penjawat awam.

Kita tunggu dan lihat apakah reaksi sekiranya terdapat guru dan juga kakitangan kerajaan memihak dan bertugas bersama jentera PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .