Ikuti Blog ini

Fulamak ..Rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis menarik seramai 700 ribu penonton..

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus malam ini di Astro Oasis.
Pihak Astro memaklumkan bahawa rating kemah keming UAI sebanyak 700ribu 
dan Ulang 600ribu penonton.Ia mengatasi rancangan Maharaja Lawak.Takbir..!!! 
 Semoga Ustaz Teruskan berdakwah walaupun dimana berada..

HKR: Pengurusan stadium diminta percepat kelulusan




(Mohamad Sabu bersama JK penganjur dalam sidang media hari ini)


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini meminta pihak pengurusan Stadium Merdeka mempercepatkan proses kelulusan menggunakan stadium itu bagi himpunan 12 Januari ini.

Pengerusinya Mohamad Sabu, berkata desakan itu dibuat memandangkan pihaknya mendapat maklumbalas positif dari pihak polis untuk berbincang berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Mohamad berkata, himpunan di Stadium Merdeka ini menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menawarkan kepada Bersih 3.0 agar himpunan dibuat di situ.

"Kita menghormati seruan Perdana Menteri untuk membuat Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka," katanya.

Menurut Mohamad, pihaknya telah menghantar surat permohonan kepada pengurusan Stadium Merdeka pada 26 Disember lalu malah dua kali membuat tindakan susulan, malangnya masih belum ada jawapan sehingga kini.

Sebaik ditanya apakah alternatif tempat lain sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka tidak membenarkan, Mohamad menegaskan pilihan kedua, ketiga dan seterusnya tetap di Stadium Merdeka.

Mohamad turut memberitahu polis Dang Wangi menerima surat pemakluman dan  bersedia membuat pertemuan dengan mereka untuk membincangkan soal keselamatan dan perjalanan himpunan.

"Kita hantar surat pada 2 Januari untuk maklumkan kita hendak adakah himpunan, jadi mereka sudah respons dan bersedia membuat perjumpaan,"katanya.

Tambahnya, jam dua petang tadi pihak jawatankuasa telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara meminta mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal keselamatan dalam perhimpunan.

Sekali lagi Mohamad menegaskan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu depan adalah himpunan paling aman dan berkonsep santai juga boleh membawa keluarga.

Mohamad yakin dan percaya himpunan ini bakal memberi keuntungan berganda kepada para peniaga di ibu kota.

"Peniaga di Kuala Lumpur akan lihat rekod peniagaan mereka akan mencatat keuntungan besar-besaran, hotel pun akan penuh," katanya.

Beliau turut memaklumkan Pihak jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat telah menyediakan 10,000 anggota keselamatan termasuk Unit Amal, Briged AMK dan  Pemuda Sosialis DAP (DAPsy).

Seramai 150 pegawai perubatan dan pembantu, serta pasukan peguam turut bersedia dalam himpunan itu nanti.

Turut bersama dalam sidang media ini, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin, Aktivis Hishamuddin Rais dan barisan mahasiswa serta beberapa wakil Ngo. -Hrkh

Bintang Bola Sepak Arsenal Yang Menghafal 19 Juzuk Al-Quran


LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri.

Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis.

Diantara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz.

Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad_ mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang ke Emirates Stadium Arsenal pada tahun 2006 itu hafal 19 juz Al-Quran.

Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab ia berasa selesa berada dalam komunitinya, seperti diterangkan Republika Online.

“In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur’an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim Collage pada tiap kali makan malam, siapa yang hafal 19 juz Al-Quran,” sentil Mufti Muhammad kepada Diaby.

Muslim Rohingya

Sifat sosial Abou Diaby yang sangat perhatian terhadap umat Islam yang lain juga ia tunjukkan, apabila dirinya terlibat dalam penggalangan dana untuk Muslim Rohingnya di London Muslim Center.

Dalam acara penggalangan dana itu, Abou Diaby melelong jersey (kostum) Arsenal miliknya untuk Muslim Rohingnya.

Di Arsenal sendiri ada beberapa pemain yang tercatat beragama Islam, antaranya Abou Diaby, Bacary Sagna, dan sebelumnya ada Samir Nasri dan Kolo Toure yang kini mempertahankan Manchester City.

Sementara itu, pemain Muslim Arsenal lain yang komited terhadap Islam adalah bek muda Armand Traore. Namun jebolan Akademi Arsenal kelahiran 8 Oktober 1989 itu kini berpindah kelab di Queens Park Rangers.

Pemain pasport Perancis keturunan Senegal ini telah lama memeluk Islam dan pada 2009 lalu ketika masih mempertahankan Arsenal ia mula “sedar” untuk menghilangkan seluruh tatu yang dilakarkan di tubuhnya.

“Saya rasa ini (tatu) menjadi kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan cuba meluruskan segalanya,” ungkap Traore.

“Agama saya telah memberi keuntungan kepada kehidupan dan kerjaya saya. Saya selalu menjadi muslim tapi tidak pernah mempraktikannya dan saya hanya berkata ‘saya seorang muslim’,” jelasnya. ~detikislam

Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran



Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut.

"Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung.

"Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi.

Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan, tetapi ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau tidak.

Abdul Rani yang juga Adun Meru mendakwa, BN tiada isu baru untuk dimainkan sehingga terdesak membangkitkan isu lama yang semakin dilupakan itu.

Ditanya sebab Pas menolak menggunakan media lain sebagai alternatif untuk beri penjelasan itu, Abdul Rani menegaskan, ia kerana dua stesen televisyen itu didakwa antara media memulakan isu itu.

"Kita tak guna media alternatif lain sebab media pro-BN yang cabar kita lebih baik kita guna media mereka kerana isu teritu dibangkitkan mereka" katanya.

Tuan Guru Nik Aziz lihat kereta disimbah cat


(TG Nik Aziz melihat kereta Nazri yang disimbah cat merah)


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa menyaksikan sendiri bagaimana kereta Presiden 'R", Nazri Deraman yang disimbah cat merah pagi ini.

Beliau ke rumah Nazri di Nilam Puri sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah di medan ilmu pagi tadi.

Kereta Nazri yang dipecahkan dan disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali semalam akan mengepalai perarakan 50 buah kereta menuntut royalti minyak ke Jeli pagi ini.

Menurut saksi, kereta Kancil berwarna putih yang menderum seawal jam 4 pagi semalam dilihat bergegas meninggalkan rumah  Nazri Deraman.

Adik Nazri, Fikri, 23 bersama seorang lagi rakan kebetulan masa itu berkawal di Kampung Nilam Puri ekoran kejadian pecah rumah kerap berlaku kebelakangan ini.

Kereta Nissan X-Trail juga pecah cermin belakang, manakala cat disambah sehingga ke papan hadapan kereta (dashboards).

Bahagian belakang (bonnet) dan kerusi penumpang juga berselerak dengan cat merah. Satu botol berisi cat (botol sos) juga ditemui di bawah kereta.

Sebuah lagi kereta milik isterinya, Waja juga disimbah cat merah di bahagian tepi. Cat merah juga disimbah ke dinding rumah sehingga terkena dua basikal anaknya.

Satu botol sos yang berisi cat merah ditemui pecah berhampiran kereta Waja. Cat juga berselerak di atas parkir. -Hrkh

[EKSKLUSIF] "Aku Tak Halalkan Duit Pampasan Itu" - Mangsa Buruh Paksa Jepun


"Saya tak halalkan duit pampasan tu "kata Pak Hashim Yaakob,mangsa buruh paksa Jepun beumur 112 tahun yang ditemui sekretariat "jejak".

SSekretariat "Jejak" buruh paksa landasan maut akan pergi ke kedutaan Jepun untuk mendapat maklumat dan penjelasan kenapa wang RM207 bilion tidak sampai ke tangan mangsa buruh paksa,landasan keretapi maut. Sedangkan negara sperti Indonesia dan Vietnam sudah membayarnya.

Menurut DS Nizar pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.



LAPORAN SEBELUM INI


RM207 bilion wang pampasan buruh paksa lesap?

Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu.

Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.
-HD

Patutlah ramai hadir!! Bukti surat wajibkan guru ke program Muhyiddin Yassin

Surat 

Jumlah yang hadir ke program perhimpunan Najib dan Muhyiddin Yassin agak hebat juga. Begitu ramai yang akan hadir.

Surat di atas membuktikan bagaimana program mereka akan mendapat jumlah kehadiran yang ramai. Surat yang mewajibkan Pengerusi Kelab Guru atau wakil dan YDP PIBG atau wakil menghadiri PROGRAM SEPETANG BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DI SMK BIDOR. Takkan YDP PIBG terpaksa mengikut telunjuk juga!!

Tajuk suratnya adalah jemputan tetapi perkataan ‘mengarahkan’ dan ‘wajib’ pula digunakan sebagaimana nombor 3.
3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta menjemput dan mengarahkan Pengerusi Kelab Guru atau wakil dan YDP PIBG atau wakil untuk hadir ke program tersebut. Kehadiran wakil sekolah yang terpilih adalah wajib.
Surat ini ditandatangani oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah bagi pihak Pegawai Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama.

Ini adalah salah satu daerah di Perak dan ditambah pula dengan daerah-daerah lain di Perak yang membuatkan arahan yang sama pasti kehadiran ke majlis Muhyiddin menjadi gempak!!!

Guru yang tak bersetuju akan pergi juga kerana arahan sambil sumpah seranah. Sumpah seranah kerana kehadiran Muhyiddin adalah kerana politik dan bukannya kerana Menteri Pelajaran!!! Sekolah digunakan untuk tujuan politik Muhyiddin Yassin.

Perbelanjaan untuk tujuan politik ini tentu diclaim atas Kementerian Pelajaran juga!!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .