Ikuti Blog ini

Tuduhan terhadap TPM:PAS cabar kerajaan saman media asing

Image

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.


Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.


"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.


Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).


Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.


PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.


Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi.


Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.


"Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,"katanya.


Tindakan gantung 7 Adun BN ikut peraturan - Speaker Perak


Image

PASIR MAS - Kalau sebelum ini ada pihak meragui kuasa yang ada seseorang Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), namun krisis yang berlaku di Perak sekarang telah menjelaskan keadaan sebenar.


Speaker Perak, V Sivakumar berkata, tindakannya menggantung tujuh Adun Barisan Nasional (BN) termasuk Dato' Dr Zambry Abdul Kadir adalah selaras dengan peruntukan undang-undang.


"Saya telah bertindak berlandaskan kuasa yang ada pada seseorang Speaker dan bukannya melakukan bermotifkan politik," katanya pada ceramah perdana di Mini Stadium Pasir Mas malam tadi.


Orang ramai membanjiri padang bagi mendengar krisis yang berlaku di Perak sekarang.


Sivakumar satu-satunya pemimpin Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kedudukan sehingga sekarang.


Image

Begitu juga katanya persidangan tergempar yang diadakan di bawah pokok dilakukan selepas mereka dihalang memasuki Dewan Undangan Negeri.


"Saya lakukan menggunakan kuasa yang ada pada Speaker. Sedangkan sebelum ini orang ramai tak tahu kuasa Speaker dalam menangani isu berkaitan wakil rakyat," katanya.


V Sivakumar juga berkata, kini Perak berada dalam kecelaruan politik kerana rakyat tidak diberi hak bagi memilih pemimpin menggunakan saluran demokrasi.


Menurutnya juga rakyat di Perak tidak menuntut jawatan Menteri Besar diberikan semula kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya meminta dibubar Dun bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.


"Umno dan BN sebenarnya takut untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Pakatan kerana mereka tidak yakin akan kesepakatan sesama sendiri dalam dewan," ujar beliau.


Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Amran Haron berkata, kemelut politik di Perak secara terang telah dikotori 'kumpulan lanun' yang tidak sabar mendapat kuasa.


Menurutnya juga ketabahan dan kecekalan Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menggambarkan kewibawaannya untuk terus memimpin Perak.


Image"Sebaliknya pihak lawan menggambarkan Nizar sebagai penderhaka apabila enggan meletak jawatan. Sedangkan apa yang dilakukan bagi mempertahankan demokrasi di Perak.


"Kalau Umno merasakan mereka betul, sepatutnya diletak Mohd Zambry menentang Mohd Nizar di Bukit Gantang bagi membolehkan rakyat Perak membuat pilihan," katanya.


Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Muhammad berkata, kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri telah menjatuhkan maruah Umno dan BN sehingga mereka menggunakan cara kotor merampas semula kerajaan di Perak.


Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, semua calon yang bertanding menggunakan lambang PAS pada pilihan raya umum ke-12 mengadakan bai'ah untuk terus kekal memperjuangkan Islam.


"Saya ingin menanyakan anggota parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan lambang bulan menyedari atau tidak bai'ah tersebut," katanya.


Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman mencabar anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali mengadakan ceramah di stadium tersebut bagi melihat seramai mana penyokong yang masih setia bersamanya.


Pada majlis tersebut Sivakumar dihadiahkan cenderamata iaitu sebilah golok sebagai lambang penghargaan terhadap pengorbanannya mempertahankan kerajaan Pakatan di Perak.


Semalam beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.


RM15 Juta Lagi Akan Hangus Untuk Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/penugasanpolisprkbg1.jpg

Bukit Gantang
– Sejumlah RM 15 juta dijangka akan ‘hangus’ dibelanjakan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/penugasanpolisprkbg2.jpgTimbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata pecahan perbelanjaan itu meliputi kos perjalanan dan sara hidup berjumlah RM2.7 juta, perhubungan dan utiliti (RM50,000), sewaan khemah (RM6 juta), pembekalan makanan kering dan minuman (RM65,000), pembekalan bahan api dan alat ganti (RM698,000), pembekalan bahan mentah dan lain-lain (RM310,000), penyelenggaraan dan pembaikan kecil (RM830,000) dan pembekalan makanan bermasak dan penginapan (RM4.5 juta).

Chor berkata penugasan tersebut melibatkan pegawai polis daripada semua jabatan dan cawangan dalam PDRM seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am.

"Di antara bentuk penugasan yang dilaksanakan ialah penugasan di bawah keperluan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kawalan keselamatan orang ramai, kawalan lalu lintas dan rondaan berkala," katanya persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Amran Ab.Ghani (PKR-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat ada 18 Februari lalu.

Perkara yang sama akan berlaku dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/penugasanpolisprkbg3.jpgIa adalah kerana, kerja-kerja mendirikan khemah (kanopi) untuk penugasan polis secara besar-besaran sedang dilakukan serta merta di tanah lapang jalan ke Kuala Terong disini.

Rakyat akan melihat pembaziran hasil kerajaan dan keuntungan diraih oleh pihak-pihak tertentu sekali lagi di Bukit Gantang.

Pada pilihanraya kecil yang lalu, PAS menegaskan penugasan polis secara besar-besaran tidak perlu dalam pilihanraya itu kerana tidak ada apa-apa ketegangan luar biasa yang berlaku dan pilihanraya berlangsung dengan suasana aman dan tenteram

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong dalam kenyataannya semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu berkata tidak perlu penugasan polis yang begitu besar kecuali kerajaan mempunyai ‘tujuan lain’.



Pulangkan HARAKAH dan SUARA KEADILAN pada rakyat!!!


"Pakatan Rakyat melihat penggantungan dua lidah resmi ini sebagai satu pencabulan hak asasi yang amat serius pada rakyat Malaysia yang dahagakan ketelusan dan kebenaran dalam penyampaian maklumat. Pulangkan lah hak mereka....Jika benar ada dua akhbar itu memutar belit fakta, bawa sajalah ke mahkamah, biar hakim yang membuat keputusan samada nak gantung atau tidak" demikian disepakati bersama oleh ketiga-tiga wakil saf Pakatan rakyat iaitu YB Tian Chua dari PKR (Suara Keadilan) YB Mahfuz Omar dari PAS (HARAKAH) dan solidariti dari YB Teo Nie Ching dari DAP yang mewakili Roket.Satu memo bersama telah dihantar ke SUHAKAM semalam sebagai salah satu cara untuk bertanya, kenapa lidah rasmi dua parti terbesar di malaysia itu di gantung selama 3 bulan dan bertepatan pula dengan tarikh pilihanraya di tiga tempat di Malaysia bulan depan.

Memo itu telah diterima oleh Puan Hashimah, setiausaha SUHAKAM yang mendakwa kesemua 32 orang pesuruhjayanya "telah keluar" untuk melakukan pelbagai urusan lain dan tiada seorang pun yang dapat hadir untuk menerima memo tersebut.SUHAKAM yang sepatutnya menjadi "guardian of human rights" di Malaysia, sepatutnya memandang isu penggantungan ini sesuatu yang lebih serius.
"Suara Keadilan akan tetap keluar macam biasa.." demikian tegas saudara Zunar yang mengetuai lidah resmi PKR itu. "Selama ini pun kita dalam keadaan yang sentiasa ditekan oleh kerajaan UMNO/BN." ujarnya lagi.Namun, beliau tidak dapat lari dari rasa bimbang nasib yang bakal menyelubungi rakyat Malaysia yang mana penggantungan ini adalah "the beginning of the new premiers dictatorship" terhadap hak dan kebebasan rakyat.

HARAKAH dan Suara Keadilan adalah dua akhbar kegemaran rakyat yang berani menyiarkan dan mengupas isu pencabulan hak asasi yang amat sensitif seperti penahanan tanpa bicara ISA dan pelbagai penyalahgunaan kuasa yang lain.


"Tiada istilah cuti... kami bekerja macam biasa" demikianlah yang di tegaskan oleh adik-adik wartawan di HARAKAH. Bagi Anis, Nyza, Intan dan Sardon, penggantungan ini pasti akan merugikan pihak berkuasa kerana sudah tentu rakyat akan menjadi lebih meluat dengan usaha jahat kerajaan yang mahu menyekat rakyat dari mendapat sumber berita yang lebih jujur dan terbuka.Ketua mereka, En Lutfi tidak hadir di SUHAKAM semalam kerana berada di Kedah untuk memastikan persiapan media milik PAS menjelang PRK Bukit Selambau berjalan dengan baik.


Hishamuddin Cium Keris Lalu Bertempik Tapi Longlai

Pemuda UMNO semakin kalut.

Sewaktu majlis perasmian Pemuda, ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang masih meneruskan tradisi mengarak dan mencium keris tiba-tiba menggunakan platform Perhimpunan untuk menempelak projek peralihan kerajaan persekutuan "16 September" yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya "petualang yang cuba mengajar anak ketam berjalan betul".

"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia," katanya.

"Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak," katanya lagi.

Oh.. Hishamuddin, perencanaan Ilahi tiada siapa yang tahu. Anda mungkin telah merasakan anda dan UMNO telah menang di dalam isu rampasan kuasa di Perak.

Sama seperti seorang pencuri yang bersyukur kerana telah dapat melaksana misinya untuk mencuri... betulkah sikap anda itu?

Isu peralihan kuasa belum sampai masanya untuk anda sambut dengan sorak sorai kerana ianya bukan sahaja kini berada di dalam gelanggang mahkamah, namun ia akan berad di gelanggang rakyat pada 7 haribulan nanti dimana PRK Bukit Gantang adalah referendum terhadap rampasan kuasa itu.

Esok lusa keris yang anda cium itu mana tahu akan terhunus di dada sendiri!



Kemenangan Khairy disambut dengan sorakan "Khairy rasuah"

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya kali ini ada kaitan dengan amalan politik wang.

Khairy menafikan dakwaan tersebut kerana beliau masih berkelayakan bertanding bagi jawatan tersebut tanpa sebarang halangan.

"Tidak, tidak ada... saya layak bertanding," katanya ringkas ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda lewat malam tadi.

Minggu lalu Lembaga Disiplin mendapati Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan politik wang.

Dalam persaingan tiga penjuru merebut, Khairy memperoleh 304 undi meninggalkan dua lagi calon iaitu ahli Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Khairy dalam ucapan penangguhannya setelah diumumkan sebagai Ketua Pemuda berkata, dengan semangat setiakawan yang menjadi tema kempennya, beliau berjanji tidak akan meminggirkan mana-mana pihak dalam barisan kepimpinannya.

"Tak bermakna yang tak bersama saya (bukan penyokong) akan dipinggirkan, semangat setiakawan akan sentiasa diterapkan," katanya.

Beliau mahu semua ahli Pemuda merapatkan semula barisan dan bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar.

"Kita akan berhadapan dengan tugas berat iaitu berhadapan dengan pilihan raya (kecil) nanti," katanya.

Keputusan yang menyebelahi Khairy nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.

Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan.

Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.

Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'.

Sekumpulan anggota polis juga berkawal di sekitar kawasan ruang legar kaunter pendaftaran perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengawal sebarang kemungkinan.

tuah1



Mari tengok gambar penyokong mukhriz dan khairy nak bertumbuk!

Panglima Bukit Gantang Membawa Rakyat Perak Keluar UMNO Beramai-ramai

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/bukitgantang.jpg
Kuala Terengganu - Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menurut sejarah yang tercatat pernah membawa rakyat Perak keluar UMNO beramai-ramai dan menyokong parti lain.


Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957, dlahirkan pada 1905 di Perak.

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudia dibiayai bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple .

Antara rakan-rakan sepengajian beliau adalah bersama dengan Tunku Abdul Rahman, Raja Muda Raja Haji Bot dari Selangor, Nik Ahmad Kamil dari Kelantan, Abdul Hamid Mustafa dan Syed Syeikh Barakbah dari Kedah.

Beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

Haji Abdul Wahab ternyata cerdas kerana sentiasa lulus dalam peperiksaan undang-undang.

Sebagai ganjaran, Haji Abdul Wahab diberi beberapa pas (kebenaran) untuk membawa beberapa rakan pelajar ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan penuh di mahkamah England.

Ketika Sultan Ibrahim dari Johor melawat pelajar-pelajar Melayu di England, Haji Abdul Wahab gagal memberi ucapan dalam bahasa Melayu.

Tindakan beliau berucap dalam bahasa Inggeris dikatakan tidak disenangi oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada 1928 Haji Abdul Wahab telah menjadi Presiden Persatuan Anak-Anak Melayu Great Britain.

Kemudian, setelah pulang ke tanahair, Haji Abd Wahab telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Perak.

Pada ketika itu, parti-parti politik ditubuhkan kebanyakkannya bercorak kenegerian dan seseorang individu tidak dihadkan untuk menyertai mana-mana parti atau kadang-kadang menjadi ahli kepada dua parti.

Haji Abdul Wahab adalah pengasas kepada Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party).

Kemudian pada Mac 1953 Dato' Panglima Bukit Gantang juga menyertai UMNO dan dilantik sebagai Pengerusi UMNO Perak.

Walaupun beliau masih Pengerusi UMNO, beliau telah mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasan UMNO.

Apabila terdapat krisis politik antara Dato’ Onn Jaafar dengan UMNO, Haji Abdul Wahab menyokong Parti Kemerdekaan (Indepndence of Malaya Party/ IMP).

Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.

Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman memberi amaran kepada cawangan-cawangan UMNO di Perak bahawa mereka akan dipecat jika terus-terusan mengakui Dato' Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi UMNO Perak.

Akhirnya sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato' Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti Kemerdekaan Malaya



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .