Ahli Parlimen Paya Besar itu dipercayai telah memberi sumbangan "kerusi roda" terbabit kepada beliau dalam satu majlis yang diadakan oleh UMNO dan BN di kawasan terbabit baru-baru ini. Namun arahan itu telah ditarik balik apabila mereka mendapat maklumat bahawa penerima itu iaitu Encik Sulaiman Hitam adalah penyokong Pakatan Rakyat. Maka dengan kuasa yang ada YB terbabit mengarahkan puak-puak UMNO untuk "merampas" kembali kerusi roda tersebut. Ini amat mengecewakan dan memalukan bagi sebuah parti yang melaung-laungkan kononnya mereka "membela rakyat". Menurut anak mangsa, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, berkata "Bapa saya telah menderita akibat penyakitnya sekian lama, saya juga telah memohon banyak bantuan kepada kerajaan untuk kemudahan kerusi roda terbabit. Namun, saya amat terkejut apabila kerusi roda yang telah diberikan kepada ayah saya itu diambil balik, kerana mereka mengesyaki bapa saya penyokong pembangkang".
Ikuti Blog ini
Buruk Siku: Ahli Parlimen BN Paya Besar Rampas Semula Kerusi Roda Yang Telah Diperuntukkan Kepada Orang Kurang Upaya Di Felda Panching!! ,Khamis, Disember 25, 2008 at 25.12.08,
Ahli Parlimen Paya Besar itu dipercayai telah memberi sumbangan "kerusi roda" terbabit kepada beliau dalam satu majlis yang diadakan oleh UMNO dan BN di kawasan terbabit baru-baru ini. Namun arahan itu telah ditarik balik apabila mereka mendapat maklumat bahawa penerima itu iaitu Encik Sulaiman Hitam adalah penyokong Pakatan Rakyat. Maka dengan kuasa yang ada YB terbabit mengarahkan puak-puak UMNO untuk "merampas" kembali kerusi roda tersebut. Ini amat mengecewakan dan memalukan bagi sebuah parti yang melaung-laungkan kononnya mereka "membela rakyat". Menurut anak mangsa, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, berkata "Bapa saya telah menderita akibat penyakitnya sekian lama, saya juga telah memohon banyak bantuan kepada kerajaan untuk kemudahan kerusi roda terbabit. Namun, saya amat terkejut apabila kerusi roda yang telah diberikan kepada ayah saya itu diambil balik, kerana mereka mengesyaki bapa saya penyokong pembangkang".
Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas , at 25.12.08,
KUALA LUMPUR - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.
Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.
Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.
Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).
"Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong.
Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.
"Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan,"jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya.
Pengundi-pengundi Cina dilaporkan membentuk 11 peratus dalam daftar pemilihan untuk pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ia penting buat BN.
Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan,seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.
"Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka.Itu merupakan urusan mereka,"tegasnya.Isu Liwat Di P.Pauh,Kini Media Cipta Isu Hudud Di Terengganu , at 25.12.08,
cipta isu liwat di Permatang Pauh, kini hangatkan hudud di Kuala Terengganu
KOTA BHARU - Masihkah anda ingat, menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, isu dakwaan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda penting media harian.
Dan kali ini isu hudud pula diuar-uarkan dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Mungkinkah kegagalan media membantu Umno di Permatang Pauh turut berulang di Kuala Terengganu.
Inilah kelebihan yang ada pada media harian berbahasa Melayu di negara ini. Mereka sedia menggantikan tempat Umno bagi menyerang Pakatan Rakyat. Umpama lebih sudu dari kuah.
Media menjadi alat untuk menakutkan kira-kira 11 peratus pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu terhadap PAS kerana imej hudud yang dipalitkan.
Nawaitu kedua, bagi memecahkan Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan DAP dengan PAS.
Sedangkan pada Wacana Perdana yang diadakan di sini 20 Disember lalu amat jelas apabila pensyarah undang-undang UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari meletak tanggungjawab melaksanakan hudud di bawah kerajaan pusat.
“Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan selagi tiada pindaan yang dilakukan di peringkat parlimen,” katanya.
Lihat apa jadi dengan Enakmen Jenayah Syariah II (hudud) yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993, sehingga kini dapat dilaksanakan kerana halangan perlembagaan.
Rang Undang-Undang berkaitan hudud turut dibentang dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ditadbir di bawah PAS pada 1999, juga terhalang daripada dilaksanakan.
Oleh itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa pada wacana yang sama mencadangkan kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya membawa usul pada Perhimpunan Agung Umno bagi mendesak kerajaan pusat melaksanakan hudud.
Bagaimanapun menantu Perdana Menteri itu tidak menjawab sindiran tersebut sebaliknya memberitahu selesa dengan apa yang ada sekarang.
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebagai penganut ajaran Islam, isu hudud tidak sepatutnya berbangkit kerana ia menjadi tanggungjawab semua pihak.Tak Ada Sebab Nak Undi UMNO/BN Lagi - Nik Aziz , at 25.12.08,
“PAS boleh membawa pembangunan dan juga menjaga kepentingan orang Melayu. Tak perlu mengundi UMNO sekali lagi.,
“di Kelantan PAS telah membuktikan keupayaannya (memerintah),”katanya selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco Kelantan semalam.
Beliau juga berkata PAS juga telah menerima sokongan dari kalangan bukan Islam dan bukan Melayu melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS yang mendapat sambutan hebat dari kalangan kaum Cina dan
“Secara logiknya mereka sepatutnya menubuhkan Kelab Penyokong UMNO, tapi mereka pilih kami (PAS) walaupun kami parti yang kecil dan miskin,
“mereka sukarela menubuhkan Kelab Penyokong sebab mereka percaya kepada perjuangan kami (PAS),”tambah Nik Aziz
‘Pengundi hantu’ memang wujud, PAS Tolak Kenyataan Ahmad , at 25.12.08,
Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said ‘menyusup dibelakang’ istilah ‘hantu’ bagi menutup kesalahan Umno-Barisan Nasional (BN) mengimpot pengundi luar dari Terengganu.
Beliau berkata Ahmad sebenarnya
“Bukanlah ‘hantu’ (jin dan syaitan) yang macam MB (Menteri Besar) faham itu tetapi jika mahu berselindung disebalik perkataan itu boleh kerana apa yang dikatakan ‘hantu’ itu baik PAS, baik Umno. Kita (PAS) ada jentera dan jentera kita (PAS) buat semakan, buat penilaian dan banci dari rumah ke rumah.
“Istilah ‘hantu’ itu adalah orang yang dikatakan bahawa ‘orang’ (pengundi) itu bila dicari, disemak tidak ada di tempat yang dikatakan dia (pengundi) bermastautin.
“Tiba-tiba hari mengundi itu dia ada dan datang daripada mana kita tidak tahu dan inilah istilah yang dikatakan ‘pengundi hantu’. Bukanlah hantu, syaitan dan jin yang dikatakan itu,”katanya kepada Buletinonline ketika mengulas kenyataan Ahmad meminta pembangkang bersikap rasional kerana katanya ‘pengundi hantu’ tidak pernah wujud.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan negeri ini mudah bagi mengesan para pengundi kerana bukan seperti
Menurutnya, semakan dan kajian dibuat mendapati nama pengundi dalam daftar pemilih ada tetapi pada realiti sebenar tidak ada orang tersebut.
“Ini (pengundi) dalam daftar ada tetapi ‘on the ground’ realitinya tidak ada. Kita (PAS) cari alamat dia (pengundi) pun tidak ada melainkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan setiap pengundi itu dengan alamat penuh.
“
“Keduanya, rumah-rumah orang yang didaftarkan dengan pengundi-pengundi ‘mendatang’ sehingga dalam sebuah rumah itu ada 15 hingga 20 orang gunakan satu alamat,” tegasnya.
Justeru itu, kata Dato’ Wan Abdul Muttalib tidak timbul persoalan apabila PAS menang dikatakan tidak ada pengundi hantu dan bila kalah ada pengundi hantu.
Menurutnya, istilah ‘pengundi hantu’ itu tetap wujud selama-lamanya selagi tidak dibersihkan oleh pihak berwajib kerana menguntungkan parti pemerintah (BN).
“Baik kita (PAS) menang atau kalah ‘pengundi hantu’ ini selama-lamanya ada. Tetapi kita (PAS) menang juga maknanya, kita (PAS) berjaya mengatasi pengundi hantu yang datang itu kerana sokongan orang (rakyat) yang melebihi bilangan pengundi hantu yang datang itu.
“Suka saya dedahkan, pernah berlaku dalam kawasan di Kuala Terengganu ini dan kita (PAS) telah ‘check’ (semak) satu lot tapak tidak ada rumah pun tetapi ada nama pengundi yang ‘duduk’ (tinggal) atas lot tanah itu. Buka satu, bukan dua tetapi banyak dan inilah yang dikatakan istilah ‘pengundi hantu’,” ujarnya.
Beliau menegaskan, pengundi yang tidak dapat dikenali dan tidak dapat dikesan itu wujud selagi buku daftar pemilih tidak dibersihkan, dikemaskinikan dan diperbetulkan secara total oleh pihak SPR.
Katanya, rakyat telah mula melihat bagaimana terdapat ‘kawalan’ ke atas SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari satu masa ke satu masa yang lalu.
Menurutnya, jika perkara tersebut tidak menguntungkan parti pemerintah (BN) sudah tentu usaha menghapuskan ‘pengundi hantu’ itu telah lama diselesaikan.
Selain itu, katanya terdapat juga kes-kes orang yang telah meninggal dunia tetapi bila tiba hari pengundian didapati ada ‘orang’ lain yang membuang undi bagi pihak si mati tersebut.
Menurutnya, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2004 lalu PAS mendapati terlalu ramai ‘muka’ (pengundi) lain dan ‘muka’ yang tidak pernah dilihat sebelum itu datang mengundi.
. Klik Untuk Lihat dan Dengar ’Pengundi Hantu’
Ini bukan kes Buruk Siku,
tapi kes Busuk hati.
Kalau benarlah cerita ini,
InsyaAllah lepas ni kita
tengok pulak, sapa nak bagi
kerusi roda kat Dato Manan,
kita bukannya selalu sihat...
Ingat apa terjadi pada Khair Toyo, selepas menghadiahkan penyapu, akhirnya Tuhan yg Maha Kuasa, dia hilang jawatan sebagai MB, siapa kita nak sombong sesama manusia.