Ikuti Blog ini

MCA hendak Timbalan PM. MIC hendak Menteri Kanan.

Tiga parti utama dalam BN: UMNO, MCA dan MIC sedang bertelagah dan berebut jawatan.

MCA sejak beberapa bulan lalu dengan sombong dan egonya telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepadanya sekiranya BN terus memerintah.

Sejak selepas Dato’ Seri Najib Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai PM dan membariskan kabinetnya, MIC pula melalui presidennya telah menagih portfolio kanan di peringkat kementerian.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, isu rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam Kabinet baru akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu Khamis ini.

Laporan media itu juga menyebut MIC telah memohon portfolio kanan dalam Kabinet iaitu Kementerian Kerja Raya.

“Saya berpendapat pada masa depan Perdana Menteri harus mempertimbangkan peruntukan portfolio kanan dalam Kabinet kepada MIC,” katanya.

Demi kerakusan untuk terus berkuasa, UMNO nampaknya sedang membahagi-bahagikan harta negara untuk kuncu-kuncunya dari MCA dan MIC.

Mana Kerismuddin? Mana Pukida? Mana pelajar UiTM? Mana VC UiTM? Mana pemuda UMNO?. Kenapa senyap je. Harta dan maruah Melayu sedang dicarik-carik sekarang ni. MCA nak jawatan TPM. MIC nak menteri kanan. Melayu UMNO tak kan nak senyap je. Tak nak biarkan je. Kata UMNO parti Melayu. Perjuangkan Ketuanan Melayu. Mana pendekar-pendekar UMNO?. Baculke?




Krisis Keyakinan Terhadap Ahmad Said Semakin Serius?





http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/idrisatauahmad1.jpgKuala Terengganu - Pendedahan media tentang adanya usaha untuk membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said kelmarin, dikatakan telah sampai ke Putrajaya.

Empat wakil rakyat BN hari ini dimaklumkan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Mereka dipercayai bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka, dalam usaha menyelesaikan ‘krisis keyakinan’ yang semakin serius.

Krisis bermula lebih setahun lalu apabila Ahmad yang juga ADUN Kijal di lantik menjadi Menteri Besar ‘merampas’ kedudukan yang sepatutnya menjadi milik Dato’ Seri Idris Jusoh selaku pengerusi BN negeri ketika itu.

Perlantikan secara luar kebiasaan Ahmad hampir-hampir mencetuskan krisis perlembagaan apabila UMNO menentang pemilihan Ahmad yang diperkenan oleh pihak istana.

Kumpulan yang menyokong Idris, diketuai bekas Exco kerajaan Dato’ Rosol Wahid merasa kecewa, membantah dan mengugut untuk membawa usul undi tidak percaya kedalam sidang Dewan Undangan Negeri. (Gambar - Rosol menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak istana Terengganu Mac tahun lalu)

Bagaimana pun, Rosol yang dihubungi media semalam menafikan beliau masih cenderung untuk membawa usul tersebut.

"Tak ada... tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar," katanya kepada mStar Online.

Namun begitu beliau tidak menjamin yang rakan-rakan seangkatannya, ADUN BN lain tidak membawa usul tersebut.

"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada," katanya.

Semalam dalam mengulas perkembangan terbaru negeri Terengganu itu, Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman menyarankan supaya Ahmad Said membubarkan DUN lebih awal bagi menghadapi krisis keyakinan yang sedang melanda pentadbirannya.

Tindakan pentadbiran Ahmad membuat pertukaran beramai-ramai penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri telah menghilangkan keyakinan mereka kepada Ahmad yang juga pengerusi perhubungan UMNO Terengganu.

Walaupun pelbagai pihak dalam UMNO Terengganu cuba menutup isu perpecahan dan wujudnya ‘dua bahtera dengan dua nakhoda’, kini, ia kelihatan semakin jelas.

Ahmad, walaupun ‘bermulut manis’ dengan pihak media, namun kerap menyindir segala projek yang dilaksanakan oleh Idris sebelum ini.

Yang tak layak, tak payahlah undi - TGNA

Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia - TGNA

Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia - TGNA


Hanya Yang Layak Boleh Tawar Diri Bertanding - Nik Aziz



MACHANG, 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.


Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan.


“Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya.


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini.


Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.


“Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah. Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa,” katanya.


Muktamar PAS dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.




Esok, 14 April 2009 .. Black 14 untuk siapa?

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak

Tarikh akhir notis : 29 April 2009

Tarikh mesti mula bersidang : 13 Mei 2009

Makluman

1. Y.A.A., Tan Sri Dato' Seri Alauddin b. Dato' Mohd Sherif, Presiden Mahkamah Rayuan akan membacakan keputusan sama ada penggantungan Dr. Zambry dan enam exconya oleh Speaker DUN Perak sah atau tidak sah pada 14 April 2009.

2. Sekiranya penggantungan ini tidak sah, bermakna notis sidang DUN boleh dikeluarkan dengan perkenan istana setelah dipohon oleh Zambry. BN mungkin melantik ADUN Bota sebagai speaker yang baru.

3. Sekiranya penggantungan ini sah, notis bersidang hanya boleh dikeluarkan oleh Y.B. Sivakumar, Speaker DUN Perak setelah memaklumkannya kepada istana.

4. Sekiranya penggantungan ini sah, Speaker DUN Perak dijangka tidak akan mengeluarkan notis untuk mengadakan Sidang DUN Perak. DUN Perak akan terbubar dengan sendirinya selepas tarikh 29 April 2009.

PRU kite yeop .. tapi ghase2nye mahkamah akan umumkan bahawa penggantungan itu tidak sah. Kite kene nunggu PRU 13 ler nampaknye.


ISLAM HADHARI YANG SESAT MESTI DIMANSUHKAN


Mufti sokong islam hadhari dikaji semula.

Saya memang dari mula-mula Islam Hadhari diperkenalkan memang tidak bersetuju dengan konsep dan pendekatannya. Mana ada Islam Hadhari atau Islam baru yang ada ialah ISLAM sebenar yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W.

Namun pentadbiran Perdana Menteri terdahulu terus berdegil mempertahankan Islam Hadhari walaupun dibantah keras oleh alim Ulama' yang tidak ada mengampu kerajaan. Manakala Ulama' yang mengampu kerajaan terus memuja dan memuji Islam Hadhari walaupun mereka tahu ianya bertentangan dengan Islam sebenar.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru Presiden PAS dalam memberikan penerangan mengapa Islam Hadhari adalah bertentangan dengan Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan beberapa sebab mengapa ianya jelas mengelirukan.

"Namanya yang bermaksud Islam Bertamadun menggambarkan seolah-olah ia adalah Islam yang baharu yang lebih bertamadun daripada Islam al-Quran yang asal. Ia tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal"

"Islam Hadhari mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah SWT melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.pula mempunyai lima rukun."

"Islam Hadhari sejak diperkenalkan oleh Tun Abdullah dahulu lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam-kabut," jelas Tuan Guru.

Antara kekeliruan yang jelas, kata Tuan Guru adalah seperti berikut :-

1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.

2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara 'live' dan melalui media massa meningkat lebih 100 peratus sejak Islam Hadhari dilancarkan.

3. Isu murtad. Bilangan orang Islam yang mengisytiharkan keluar daripada Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari setahun ke setahun. Setakat ini belum ada sebarang inisiatif daripada pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di Parlimen ditolak mentah-mentah.

4. Gejala maksiat di kalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan Umno-BN sendiri, khasnya daripada mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan di peringkat tertinggi dalam menghayati Islam Hadhari.

Beliau berkata, cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, pelaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih daripada menanam tebu di bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam serta ajaran al-Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran akidah Islam sebenar, katanya.

"Dengan demikian, saya dan rakyat Islam yang prihatin serta menyintai kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa kerajaan pimpinan Najib memansuhkan ajaran Islam Hadhari yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan akidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya," katanya.

Pandangan Tuan Guru ini amat jelas dan mampu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Jadi tidak ada sebab untuk kerajaan pimpinan Najib dan rakyat untuk terus menjadikan Islam Hadhari sebagai panduan dan pendekatan mereka dalam meneruskan amalan Islam hakiki di Malaysia ini.



Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dan lain lain Pembesar Melayu Pengarah Kilang Arak Carlsberg Brewery!

Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!

Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!

Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!

Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!

Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.


Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!

Na'uzubillahimin zalik!

Phewwwww!!!!

Ikuti laporan ini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Laporan Reuters : Klik sini











Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.



Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.

Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.

Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.

Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!

Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!

Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!

Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!

Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya.....

Carlsberg ..oh Carlsberg...berpengarah Melayu rupanya kamu...

Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun....

Sialnya berterusan dibumi bertuah ini.....

Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!

Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?

Apa sebabnya?

Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!

Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : " Mana mana lelaki yang allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga".
Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?

Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!

Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.

Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Dah tua dah bro...apake jadahnya nak gentar dengan manusia?

Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!

Kita dedahkan kerana Allah! Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?

Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?

Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?

Kasihan.....

Ketua Umno Bahagian Labuan Datuk Suhaili Didakwa Menipu

Datuk Suhaili Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kes penipuan mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan menipu dan membuat deklarasi palsu pada tahun 1996.

Ahli politik veteran itu yang ditahan di ibu negara pukul 8.30 malam tadi, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu sebentar tadi.

Bekas wakil rakyat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Suhaili yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Labuan dan Pengerusi Perbadanan Labuan dikatakan telah mula disiasat sejak lebih setahun lalu dan mempunyai dua kad pengenalan, yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta dan memperoleh pinjaman bank.



.





PAS gesa MB Terengganu bubar DUN

Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.

Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN - Syed Azman.


PAS gesa MB Terengganu bubar DUN



KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digesa supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk mengelakkan kebuntuan seperti yang berlaku di Perak.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula hari ini.


Jelas beliau Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri.


Syed Azman berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang disebarkan bahawa ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan DUN yang akan bermula hari ini.


Persidangan DUN Terengganu mulai esok sehingga Rabu ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.


Sabtu lalu Ahmad mengingatkan kepada mana-mana wakil rakyat BN yang cuba untuk membawa usul sedemikian bakal berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk akan dipecat.


Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu menyifatkan usul sedemikian boleh menjejaskan kepimpinan BN di peringkat negeri.


Syed Azman bagaimanapun beranggapan bahawa keadaan ini mencerminkan kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.


Tambah Syed Azman, oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN.


Difahamkan juga empat wakil rakyat BN semalam pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka.


Namun usaha untuk menghubungi keempat-empat mereka gagal.




KEPUTUSAN PENUH PRK BUKIT GANTANG, SILA BUAT ANALISIS SENDIRI!!!

http://delcapo.files.wordpress.com/2009/04/050409-bkt-gantang-dap-dinner_s.jpg?w=470&h=350

http://delcapo.files.wordpress.com/2009/04/050409-bkt-gantang-dap-dinner-8_s.jpg?w=472&h=316


Keputusan DUN Kuala Sepetang ; DUN Changkat Jering dan DUN Trong























Sila buat analisis sendiri dan buat post mortem sendiri mengapa :-

1) Orang Melayu termakan dengan tipu daya BN sehingga undi Orang Melayu berkurangan sedikit

2) Mengapa PAS menang besar di Peti Undi kaum Cina dan peti undi campuran



BONGKAR: Taktik Jahat UMNO Untuk Menang Pilihanraya Akan Datang

Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengimbas kembali pilihanraya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.

Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:

Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam daftar pemilih bagi pengundi pos dengan yang berada di pusat penyemakan.

Zahid berkata :“Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara.”

Kita ingin bertanya kepada Zahid semejak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?

Jelas menunjukkan bahawa tiada justifikasi lansung terhadap langkah Kementerian Pertahanan tersebut dan sewajarnya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menentang usaha tersebut di Dewan Rakyat bagi menghalang perencanaan jahat manusia-manusia gila kuasa dari UMNO-BN ini.





'Songkran' di PADANG PUSING - Masyarakat minoriti tidak pernah diabaikan

PENDANG – Agama Islam menganjur umatnya berbuat baik sesama makhluk di muka bumi ini tanpa mengira bangsa, agama, darjat dan keturunan.



Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum minoriti di Kedah, demikian ucapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul pada Majlis Perasmian Perayaan Songkran 2009 yang diadakan Watt Thamkhiriwong Buddhist Temple, Padang Pusing, di sini.



Majlis ini anjuran Royal Thai Consulate Pulau Pinang dengan kerjasama Jawatankuasa Watt Thamkhiriwong Buddhist Temple Padang Pusing.

“Kerajaan sekarang ambil berat seluruh warga negeri Kedah, tak kira dia Melayu, Cina, India atau Thai, selagi dia rakyat Kedah, kita layan sama, kita akan bertindak untuk kesejahteraan semua bersesuaian dengan hasrat kerajaan, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

“Agama Islam tak pernah ajar orang untuk berbuat jahat, malahan agama mengajak kita berbuat baik bukan sahaja pada manusia, tapi pada pokok, binatang dan seluruh makhluk di muka bumi ini,” jelas beliau.

Negeri Kedah mempunyai kepadatan penduduk 1.9 juta yang berbilang kaum, di mana masyarakat Siam sebanyak 1.4 peratus.

“Allah menjadikan pelbagai bangsa di dunia ini agar kita dapat mengenali antara satu sama lain,” jelas beliau yang turut mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan bagi menghadiri perayaan ini.

Mengikut kalender Siam, Perayaan Songkran atau dikenali Pesta Air disambut oleh masyarakat Siam sejak turun temurun lagi sebagai perayaan Tahun Baru.
Perayaan ini disambut dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebaikan serta memperingati jasa golongan tua.



Hari perayaan ini dimulakan dengan menziarah kubur serta bergotong royong membersihkannya, memberi persalinan baru kepada kedua ibu bapa, bermaaf-maafan, merenjis air ke tangan para Sami dan warga tua dengan tujuan memohon restu, melawat kuil serta melakukan aktiviti-aktiviti hiburan.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Consulate General of Thailand in Penang, H.E Mr Manopchai Vongphakdi, Ahli Parlimen Pendang, YB. Dr. Haji Mohd Hayati Haji Mohd Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S. Manikumar serta ketua-ketua Sami Watt Siam Kedah / Perlis.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .