Ikuti Blog ini

Kedah : 4 ADUN berdiri teguh bersama PAKATAN, tidak akan lompat


YAB DS Ust Azizan Abd Razak - Betoi Ka DUN Kedah Bubar..?

from TVceramah on Vimeo.

harap maaf gambar kurang jelas

20,000 ahli KPP kini anggota PAS






Seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS hari ini 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.


Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat.

"Tapi untuk mengundi dalam pemilihan parti belum lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, dewan yang dibentuk itu akan menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.

Jelasnya, usaha itu penting bagi menangkis tohmahan yang dilemparkan BN.

Katanya lagi, tohmahan yang digembar-gemburkan melalui media kawalan BN terhadap parti itulah yang menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang bukan Islam terhadap PAS.

"Kalau dulu mereka jalankan aktiviti atas nama kelab penyokong sahaja tapi sekarang mereka akan dapat jalankan aktiviti (dengan) lebih terarah dan tersusun.

"(Fokus) mereka, terangkan dasar PAS dan pecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam.

Pelancaran dewan tersebut pagi ini disempurnakan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

BN (Panas Punggung) Tidak Senang Duduk

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/haruntaibbaru.jpgKUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata kemenangan pembangkang di kerusi Parlimen Sibu, Sarawak dalam pilihan raya kecil, Ahad lalu sebagai tanda permulaan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, kemenangan mengejutkan itu dianggap sebagai perubahan mendadak rakyat terhadap politik negara dan ia merupakan isyarat penolakan terhadap BN.

Beliau juga tidak menolak pemimpin BN berkemungkinan ‘tidak senang duduk’ dengan kemenangan di Sibu selepas berbangga dengan kemenangan sementara di Hulu Selangor.

“Sekarang ini, angin sudah mula bertiup ke Timur Malaysia untuk menyatakan mereka tidak suka kepada BN.

“Gelombang itu sebelum ini berlaku di Semenanjung, tetapi orang Sarawak sudah mula memberi ke-yakinan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa kemenangan pembangkang di Sibu boleh dijadikan penanda aras terhadap kebangkitan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat dilihat sudah bersedia menolak BN, sekali gus memberi tempat kepada PR dalam menguasai politik negara.

“Dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini, tidak ramai yang turun, tidak cukup tenaga tetapi di Sibu sama-sama turun. Insya-Allah PR dapat sokongan daripada rakyat,” katanya.

Dalam pilihan raya tersebut, calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek mendapat 18,845 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak. -BO

PAS sedang menyatupadukan semua kaum - DS TG Abdul Hadi






KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

Kesian kat Jamil Khair Baharom

Aku kadang-kadang jadi kesian jugak kat para tokoh agama di Malaysia ni yang masuk Umno. Walaupun dah berapa tahun dah Dr. Mahathir masa dia jadi PM istiharkan Malaysia sebagai ngara Islam tapi sampai hari ni ciri negara Islam tak berapa nak nampak.

Dah la selama ni banyak benda yang tak berapa Islamik yang kerajaan buat dan terus buat, la ni ditambah lagi beban untuk para Mufti tanggung bila kerajaan Najib halalkan lagi satu judi.

Aku suka nak panjangkan surat peribadi terbuka yang Ust Tuan Ibrahim tulis untuk sahabat lama dia Ust Jamil Khair Baharom yang dah jadi Menteri yang jaga hal ehwal agama.
Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,

Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama;
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
Tapi nak kesian sangat pun tak berapa nak boleh jugak pasai puak-puak ni sendiri yang sengaja cari masalah. Bukan depa taktau yang Umno tu macam kata Anwar Ibrahim dulu "macam tong taik".

Kalau depa berniat nak bersihkan taik tu dari dalam, takkan depa tak belajar dengan sejarah peribadi Anwar Ibrahim, bukan setakat tak berjaya bersihkan taik tu tapi dia ditendang keluar dalam keadaan penuh terpalit dengan taik. Nasib baik Allahyarham Ust Fadhil Noor sanggup bersihkan 'taik' tu dari tubuh dia.

Kalau tengok tokok-tokoh lain pun yang masuk Umno nampak langsung tak berjaya bersihkan Umno bahkan depa cuma diperguna untuk bagi nampak Umno bersih pasai nak lawan pengaruh Pas yang semakin meningkat.

Tengok apa jadi dengan Dr.Ismail Ibrahim, Ust Amran Kasimin, Ust Firdaus Ismail, Brig Jen (B) Abdul Hamid Zainal Abidin dan ramai lagi. Setakat ni yang nampak masih bertahan pun cuma Dr. Mashitah Ibrahim,tu pun mngkin pasai nak cukupkan koata wanita dalam kabinet.

Aku kesian katMejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom ni pasai aku yakin kalau dia tak tentang 'jdi halal' ni aku yakin nasib dia pun takkan lebih baik dari depa-depa yang sebelum dari dia dan mungkin jugak nasib dia akan jadi lebih teruk lagi.

BUBAR DUN Kedah : Tak Ada Siapa Yang nak Lompatnya

BUBAR DUN Kedah : Kesemua Mereka Muncul diatas Pentas





Sebagaimana yang telah dirancangkan bagi mematahkan semua spekulasi tentang ADUN-ADUN dari PKR dan DAP yang akan melompat Parti sekaligus mengulang Tragedi Rampasan Kuasa di Perak, hari ini tepat jam 9.00 malam bertempat di Kompleks PAS Kedah, KM13 Jalan Alor Setar -Sungai Petani kesemua mereka telah hadir dan berdiri diatas pentas menjawab semua spekulasi tersebut.

Gambar-gambar yang dirakamkan dibawah adalah gambar sebenar bukan gambar yang telah diedit menggunakan kaedah super impose (macam Blog Gerakan Anti PKR buat tu laa…) dan setiap gambar ADUN-ADUN yang dikatakan akan meninggalkan Parti mereka itu disiarkan sebanyak 2 keping dalam posisi yang berbeza bagi membuktikan kesahihan gambar..


ADUN Sidam YB. Tan Show Kang (PKR)




ADUN Bukit Selambau YB. S. Manikumar A/L Subramaniam (PKR)




ADUN Kulim YB. Lim Soo Nee (PKR)




ADUN Kota Darulaman YB. Lee Guan Aik (DAP)




ADUN Sidam YB. Tan Show Kang dan ADUN Kulim YB. Lim Soo Nee


ADUN Kota Darulaman YB. Lee Guan Aik, ADUN Bukit Selambau
YB. S. Manikumar dan YAB. Dato' Seri Haji Azizan Bin Abdul Razak MB Kedah

Kuizm mula ambil pelajar Julai ini

RAWANG : Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (Kuizm) yang ditubuhkan oleh PAS akan memulakan pengambilan pelajarnya Julai ini.

Untuk permulaan, kolej universiti itu akan menawarkan lima kursus peringkat diploma iaitu ilmu wahyu, syariah, muamalat, pembankan Islam, usuludin, dakwah dan ICT.

Demikian beritahu Pengerusi Lembaganya, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam majlis makan malam kutipan dana untuk Kuizm di Perangsang Templer Golf Resort, di sini, malam tadi.

Kira-kira 400 orang tetamu menyertai majlis yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu.

Kuizm akan beroperasi di tapak Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Menurut Abdul Hadi, penubuhan Kuizm sangat penting kerana Islam sendiri sangat pentingkan ilmu apabila ayat Al Quran pertama adalah tentang ilmu.

Tamadun barat sedang alami kehancuran kerana kegagalan pembangunan insan mereka.

“Oleh itu Islam perlu meminpin semula dunia. Atas dasar itu pentingnya penubuhan Kuizm ini untuk menyediakan umat Islam dengan ilmu bagi memimpin,” kata Abdul Hadi. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .