Ikuti Blog ini

Salahuddin: Bertanding di Johor bukan bunuh diri


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menolak tanggapan umum bahawa hasratnya bertanding di negeri kelahirannya, Johor - kubu kuat Umno - adalah tindakan "membunuh dirinya" dalam karier politik yang diceburinya sejak 30 tahun lalu.

Ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan beliau tidak takut berdepan kekalahan kerana ia merupakan asam garam dan adat berjuang, sebaliknya beliau mahu menjadi "sebahagian pencipta sejarah perubahan" di negeri itu.

NONE"Jadi kalau saya tidak berani pada hari ini untuk melaksanakan tugas ini, apa nilai saya sebagai orang politik. Apa nilai saya sebagai pemimpin kanan dalam PAS. Kalau saya hanya mahu pentingkan keselesaan, kalau saya hanya mahu terus kekal di Parlimen, saya boleh kekal di Kubang Kerian, saya tidak ada masalah.

"(Pada) saya tak ada istilah bunuh diri. Saya pergi untuk memegang panji-panji perjuangan bersama dengan pasukan Pakatan Rakyat untuk membuat satu perubahan besar.

"Ini yang saya rasa besar hati. Saya rasa dihormati dan dihargai rakan-rakan di sana. Oleh itu saya beritizam untuk bekerja sekuat mungkin untuk kita sama-sama mencipta satu sejarah baru di Johor," katanya.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam, Salahuddin berkata jika beliau ingin berada dalam zon selesa, beliau bertanding di kawasan selamat yang dimenangi PAS khususnya di Pasir Mas dan Titiwangsa.

Kepulangan sebagai pelengkap
Menurutnya lagi, segala pengalaman yang ditimba sejak bergelumang dalam politik, termasuk menjadi ahli parlimen Kubang Kerian sejak 2004 sehingga kini, mahu dicurah kepada rakyat Johor sekalipun, mengakui "terpisah sedikit" dari politik negeri itu.

Menyifatkan kepulangannya sebagai pelengkap kepada kepimpinan PAS negeri, Salahuddin yakin tokoh lain seperti Pesuruhjaya Datuk Dr Mahfodz Mohamed, timbalannya Dzulkifli Ahmad dan Mazlan Aliman serta Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat turut membantu ke arah perubahan.

NONEBahkan, tambahnya, ramai tokoh politik tempatan dan antarabangsa dianggap pemimpin walaupun pernah tidak mempunyai jawatan atau memimpin negara dalam tempoh yang singkat, termasuklah Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela.

"Jadi saya mahu jadi pemimpin seperti itu yang bukan hanya kita hebat atau dilihat kita berperanan jika kita jawatan atau kedudukan... Itulah yang menjadi kita seorang pemimpin.

"Kalau kita takut bermain ombak, kita tidak boleh bina rumah di tepi pantai. Pemimpin harus berani menghadapi risiko, cabaran dan mesti berada di mana-mana tempat, dalam apa jua keadaan," katanya.-M'kini

Artis, sasterawan berhimpun 10 hari sebelum Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 10 April: 10 hari menjelang perhimpunan 28 April ini, penyokong Bersih menganjurkan perhimpunan menjelang Bersih 3.0.

Perhimpunan Rapat Rakyat Countdown 10 hari menjelang Bersih 3.0 ini akan diadakan pada 17 April ini di Padang Kelab Sultan Sultan, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ia akan bermula jam 8 malam dengan membariskan para penggerak perhimpunan dari pelbagai pihak.

Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk dan Bantah' akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini.

Perhimpunan ini dibuat ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memberikan jaminan yang boleh diterima untuk mempastikan pilihan raya umum akan datang berjalan dengan baik.

Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS pula mendedahkan kewujudan satu 'Task Force' yang disertai oleh pegawai khas perdana menteri, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 13 organisasi anak muda dan mahasiswa Malaysia.

Mengetuai perhimpunan ini adalah penggerak utama perhimpunan ini iaitu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Selain beliau, yang akan hadir dan turut berucap adalah, Tian Chua (PKR), Nurul Izzah (PKR), Antony Loke (DAP), Teressa Kok (DAP), Pak Samad Said (BERSIH), Maria Chin (BERSIH), Datuk Husam Musa (PAS), Hishamuddin Rais,  Aziz Bari (bekas Prof. UIA),  Dr. Nasir Hashim (PSM), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Turut serta adalah penyanyi lagu baru "Mentari Kuning Menyalalah" iaitu BLACK (Amin Iskandar), penyanyi Aisyah,    che'GuBard (SAMM), Adam Adli, Elizabeth Wong (PKR)dan ramai lagi pimpinan dan wakil - wakil organisasi massa. -Hrkh

Najib "Sapu" Gaji Menteri Wanita Untuk Rosmah Mansor?

Najib pangku Menteri Wanita laluan buat isteri?

KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.

Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu.

"Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz.

Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

Tindakan Najib yang memangku sendiri jawatan yang dikosongkan oleh Shahrizat itu dilihat oleh Mahfuz sebagai usaha membentuk pemikiran rakyat bahawa semua liabiliti kes lembu NFCorp bukan hanya ditanggung oleh Shahrizat seorang sahaja, tetapi hendaklah ditanggung sama oleh semua wanita Umno.

"Sekali lagi Najib memuaskan kehendak hobinya yang tidak berkesudahan iaitu menonjolkan dirinya sebagai penyelamat ketika beliau menunjukkan bahawa beliau tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan tersebut," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menolak alasan kononnya Najib tidak sempat hendak membuat pilihan berikutan pengunduran Shahrizat dari jawatan itu.

"Najib sudah tahu awal-awal lagi tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator.

"Alasan tidak sempat membuat pilihan tidak diterima sama sekali dan tidak boleh dipercayai," katanya.

Alasan sebenarnya, kata Mahfuz, bukan kerana tidak sempat membuat pilihan.

"Alasan yang dilihat umum ialah Najib tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan itu.

"Najib hanya percayakan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) sahaja.

"Tindakannya memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat akan membolehkan isterinya melebarkan lagi cengkaman pengaruhnya," kata beliau.

Selepas ini, kata Mahfuz, Rosmah tidak hanya menguasai secara tidak langsung pelbagai bahagian di Jabatan Perdana Menteri di samping menguasai secara tidak langsung Kementerian Kewangan, malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan dikuasainya secara tidak langsung.

Selain menjadi Perdana Menteri, Najib juga adalah Menteri Kewangan dan kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rosmah dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang paling berpengaruh dan paling berprofil tinggi dalam sejarah politik Malaysia.

Walau dikecam sebagai berlebihan termasuk dari kalangan tokoh-tokoh Umno sendiri, tidak ada sesiapa pun yang berani menghalang kehendak Rosmah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri walaupun beliau dilihat begitu lantang bersuara. -Hrkh

Najib kini menyapu bersih gaji dua menteri yang dipegangnya iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Wanita selain dari gaji persana Menteri sendiri.

Cuba kita lihat gaji-gaji ini:

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :

Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79


a) Dua jawatan menteri kabinet 2 x RM14, 907.20 = 29,814.40
b) Jawatan perdana Menteri = RM 22,826.66
Jumlah a + b = RM52,641.06

Tak termasuk Eelaun-elaun Menteri seperti Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung oleh rakyat.

Atau apakah gaji Menteri Wanita itu untuk Rosmah Mansor?

Kedua, perlantikan Najib terhadap dirinya sebagai Menteri Wanita menunjukkan tarikh pilihanraya "terlalu hampir" kerana beliau mungkin merasakan tidak perlu untuk membuat penyusunan semula atau perlantikan menteri kabinet dengan tempoh perkhidmatan yang hanya tinggal beberapa minggu lagi. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .