Ikuti Blog ini

Bantuan RM1.1 juta ke Gaza

SHAH ALAM, 9 Mei: Sebanyak RM1.1 juta sumbangan rakyat Malaysia kepada warga Palestin berjaya dikumpul oleh Konvoi Lifeline4Gaza (LL4G) yang bakal diserahkan kepada mangsa kekejaman Zionis Antarabangsa itu pertengahan Mei ini.

Jumlah tersebut diumumkan di dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang diadakan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi dengan kehadiran luar biasa memenuhi ruang dewan dengan acara memberangsangkan.

Majlis malam tadi bermula dengan solat hajat, ucapan-ucapan dari wakil-wakil NGO termasuk Timbalan Presiden Muslim Care, Zulkifli Mohd Nani dan selingan nasyid persembahan dari Muadz, Raihan dan Shoutul Harokah dari seberang.

Turut berucap adalah Wakil Pimpinan Palestin di Gaza, Syeikh Ziyad Al-Qishawi yang juga Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin dan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Mr Hussain Oruc.

Mereka berdua menyampaikan salam perjuangan dan terima kasih tidak terhingga dari rakyat Palestin kerana sanggup memberikan sumbangan dan doa di atas mala petaka yang dikenakan ke atas mereka selama ini.

Untuk rekod, krisis kemanusiaan selama ini di Palestin membangkit rasa kebersamaan kepada rakyat dan NGO prihatin negara ini yang menggerakkan konvoi Lifeline4Gaza – Break The Siege ataupun Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian.

Mereka disertai oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG).

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.

Kempen ini diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:

Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"

Nombor akaun: 5644 9020 8528

Bank : Maybank Berhad

-Hrkh

Selamatkan Negara kita – DS Anwar Ibrahim

Ketua Agama Islam...??? Layakkah...???

Jika seorang suami digelar sebagai Ketua Keluarga, si suami wajib menunjukkan tauladan dan memberi bimbingan kepada isteri dan amanahnya. Paling cekai pun wajib tahu untuk menjadi Imam Solat kepada isteri dan ahli keluarganya.

Kalau si suami tak boleh menjadi Imam Solat dan hanya tahu nak "Mamam si isteri sahaja"... lu pikir la... sendiri....

Bagaimana pula dengan puak2 perkasa yang kononnya mempertahankan Sultan Selangor kononnya, apakah diorang layak di gelar sebagai Ketua Keluarga...???? Wallahuaklam... sendiri tepuk dada.. sendiri jawap la...


Jika ini tauladan yang ditunjukkan, barulah layak digelarkan sebagai Ketua Agama Islam. Jangan sedap pada nama sahaja... tetapi kosong. Gua bukan nak mengutuk... hanya sekadar nak mengetuk minda kepada mereka2 yang bergelar "Insan" yang mahu berfikir... dan tidak taksub membutakhinzir kepada sesiapa sahaja yang bergelar Pemimpin. Inilah tuntutan Agama Islam dalam memilih Pemimpin.

Penghormatan bukannya boleh di beli dengan wang ringgit, bukannya kerana perasaan takut kepada Pemimpin, bukannya boleh di paksa tetapi Penghormatan akan datang dengan caranya yang tersendiri.

Secara terus terang gua nyatakan di sini, Gua tak berminat dengan Institusi Raja2 nih, apabila melihatkan gambar2 tersebut, hati gua menjadi lembut dan sayu. Syumulnya Islam...

Daulat Tuanku...
Semoga tabah menghadapi segala permasalahan kini.
Daulat Tuanku...

p/s: Lu orang agak2.... Najib Razak boleh ke... jadi seperti atau mencontohi Insan dalam gambar tu...????
Posted by RAKYAT MARHAEN

Lawak PRDM



DEY MACHA!!! INI PENYAMUN LAGI HATI BAIK DARI PRDM PULAK? KAH! KAH! KAH!
MEMANG RAMAI YANG GELAK DENGAQ BERITA KERETA KETUA POLIS PUN BOLEH HILANG BARU-BARU NI.LA NI LAGI SEKALI KITA KENA GELAK BILA PENYAMUN TU PULANG BALIK SEBAB TERSALAH CURI KERETA RASMI KETUA POLIS...KAH! KAH! KAH! GELAK KASI KUAT SIKIT SEBAB KERETA NI ADA GPS....2 HARI BARU JUMPA...KAH!!!KAH!!!KAH!!!



"Sorry PDRM Tersilap Sapu"

PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu." Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.

Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).

mstar

"Polis Barua UMNO" Sebabkan Suhaizan Dilokap

Gara-gara menggunakan perkataan “polis barua Umno”, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat ditahan dalam lokap sepanjang malam tadi.

Beliau dilepaskan tengah hari ini selepas ditahan lebih sembilan jam di Balai Polis Johor Baru Utara.

Segala-galanya tercetus selepas beliau mempertikaikan tindakan polis membuat sekatan jalan di Taman Dahlia, Kempas Johor Baru malam tadi ketika ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengapa perlu begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan raya di sini?

“Adakah kerana yang memberi ceramah itu pembangkang maka mereka (polis) membuat sekatan jalan raya?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut beliau, kehadiran sebegitu ramai anggota polis di kawasan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sesak selain mengganggu perjalanan ceramah.

“Sebelum ini kita pernah buat ceramah di kawasan ini tetapi tidak ada pula begitu ramai anggota polis yang mengawal, mengapa keadaan itu berlaku sekarang?” katanya.

Beliau berkata, sekatan jalan raya itu bermula pada pukul 7 petang dan ia melibatkan laluan-laluan utama di Taman Dahlia.

“Sepatutnya mereka (polis) kekang jenayah bukannya penceramah.

“Kalau dulu sekatan ini digunakan untuk menghalang komunis daripada masuk kampung untuk mendapatkan bekalan.

“Tapi itu semua sudah berlalu dan sudah tidak perlu lagi dibuat pada zaman sekarang kecuali untuk menangkap penjenayah,” katanya.

Suhaizan berkata, berang dengan kehadiran sebegitu ramai anggota polis beliau telah melabelkan mereka sebagai “barua” Umno dalam ucapannya.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan situasi tersebut dan dalam ucapan saya memanggil polis seperti barua Umno.

“Tindakan saya itu menyebabkan lapan anggota polis naik ke pentas lalu menangkap saya sebelum masukkan saya ke dalam lokap di Balai Polis Johor Baru Utara malam tadi,”
katanya yang telah dilepaskan kira-kira pukul 12 tengah hari ini dengan jaminan polis.

Tambahnya, ketika ditahan kira-kira sembilan jam beliau mendapat kerjasama yang baik dengan anggota polis. -GB

Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

BANGUNLAH NAK… Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja’afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar, anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan). Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi.

SEREMBAN : Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi semalam melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.

(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)

Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.

Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi di mana usus besarnya cedera.

“Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.

“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis. -Hrkh

PRK Sibu: Gambar-Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon dari Topeng Perak.






























Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .