Ikuti Blog ini
MB Pahang Di Arah Bayar Saman RM63 Juta ,Isnin, April 20, 2009 at 20.4.09,
Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
[Kes ini sepatutnya sudah diselesaikan sejak sekian lama, namun sikap berlengah Kerajaan Negeri Pahang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kerugian. Isu ini juga telah dinyatakan oleh Ketua Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman dalam ceramahnya bersama Anwar Sabtu lalu.
Malah, beliau juga telah memanggil Saudara Syed Ali, dari Syarikat Seruan Gemilang Sdn. Bhd untuk diperkenalkan kepada orang ramai pada malam itu. Ternyata isu ini harus diselesaikan dengan segera di meja rundingan. Jika tidak jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa sebenarnya. Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh bersikap acuh tidak acuh dalam hal ini. Ia haru diberi perhatian serius].
PERHATIAN : Tolong jangan isi minyak dengan tekanan PAM YG LAJU.. , at 20.4.09,
PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak
KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.
"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.
Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.
Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.
Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.
"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.
"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.
"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.
Perkukuhkan Pakatan Rakyat – Presiden PAS , at 20.4.09,
Menurutnya, PAS tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangan parti tanpa sedikit pun menggadai prinsip tidak seperti mana Umno yang bergabung dalam BN tetapi langsung tidak menguntungkan bangsa Melayu, Islam dan masyarakat terbanyak.
UMNO Terengganu Hadapi Krisis. 18 Wakil Rakyat BN Tolak MB , at 20.4.09,
Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.
Ahmad Said sekarang dalam keadaan begitu tertekan dengan perkembangan terbaru yang berlaku. Beliau boleh menguji dan mengembalikan kredibiliti dan pengaruhnya di DUN Terangganu dengan mendapatkan 'mandat' baru daripada wakil rakyat Umno@BN dengan meminta wakil rakyat Umno@BN yang masih setia bersama beliau membuat usul menyokong kepimpinannya.
Namun begitu dalam keadaan sekarang, saya yakin Ahmad Said tidak akan berani membuat demikian, pilihan yang ada sekarang ialah membuat pertimbangan yang paling serius dengan memohon perkenan pemangku sultan untuk membubarkan dun Terangganu. Tetapi dalam keadaan sekarang saya yakin Perdana Menteri Dato Seri Najib tidak akan merestui tindakan tersebut memandangkan Umno khususnya sedang berdepan krisis keyakinan dan sokongan daripada rakyat.
Namun begitu, pembubaran Dun adalah opsyen terbaik yang ada kepada Ahmad Said untuk menyelamatkan maruah beliau berbanding sekiranya 18 Adun yang 'menderhaka' bertindak terlebih dahulu untuk memohon mengadap Pemangku sultan untuk mendapat perkenan pelantikan Menteri Besar Terangganu yang baru berdasarkan sokongan yang ada sekarang.
Tetapi persoalan yang lain adakah SPR akan 'merestui' jika Dun Terangganu dibubarkan? Dalam kes di Penanti, SPR masih berteka-teki dengan status kekosongan kerusi di dun berkenaan. Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata bahawa badan itu akan mengkaji status kerusi dun atau parlimen yang dikosongkan dengan sengaja akibat masalah peribadi dan krisis dalaman parti. Adakah Umno@BN terkecuali dalam situasi ini?
Apa yang berlaku bakal merentap keegoan dan kebongkakan tindakan Umno@BN di Perak yang merampas kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya. Apa yang berlaku di Terangganu ibarat api dalam sekam yang sudah merebak yang tidak dapat dipadamkan yang bakal mempercepatkan lagi kejatuhan era Umno@BN dalam persada politik negara.
Berita Pelik! Kekosongan disengajakan? SPR syor kaji undang-undang.. , at 20.4.09,
Kekosongan disengajakan? SPR syor kaji undang-undang pilihan raya kecil
PETALING JAYA: Sudah mula wujud trend kekosongan disengajakan untuk diadakan pilihan raya kecil? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat undang-undang pilihan raya perlu dipinda bagi mengelakkan kekosongan kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen sengaja dicetuskan bagi memenuhi kepentingan politik parti atau pun individu tertentu.
Sambil melihat sudah wujud trend beberapa kekosongan sejak Ogos lalu sengaja diadakan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.
Daripada lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dua pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau diadakan disebabkan penyandangnya mengosongkan kerusi tersebut.
Kedua-duanya telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang menurunkan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).
SPR bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan pilihan raya kecil keenam iaitu membabitkan DUN Penanti.
Kekosongan Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti berpunca daripada keputusan penyandangnya meletakkan jawatan.
Tiga kerusi lain kosong disebabkan kematian penyandang.
Justeru jelas Wan Ahmad, sudah tiba masanya peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula bagi mengatasi budaya sengaja mengosongkan kerusi yang disandang disebabkan oleh faktor calon sendiri, masalah dalam parti ataupun semata-mata untuk menguji populariti seseorang dapat dielakkan.
“Kalau kekosongan itu disengajakan untuk tujuan-tujuan tertentu, antara lain kerana masalah peribadi, rakyat tidak harus dibebankan dengan perbelanjaan (kos) bagi mengendalikan pilihan raya… saya setuju kalau peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi mStar Online.
“Malah saya sangat setuju, sudah sampai masanya kerajaan melihat pada ‘loop-holes’ ini agar kecacatan ini tidak digunakan untuk tujuan kepentingan diri dan kepentingan tertentu,” katanya.
Beliau yang juga bekas Setiausaha SPR memberitahu, situasi politik sudah berubah dan tidak harus dibiarkan ada pihak yang menyalahgunakan kekurangan lunas perundangan ini untuk sengaja menyebabkan kekosongan.
Kini menurut beliau, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja sesuatu kekosongan wujud tidak kira apa puncanya.
“Saya berpendapat bahawa perlu ada dasar baru dalam hal ini… kerajaan perlu menentukan dasarnya (mengenai klasifikasi dan skop sesuatu kekosongan itu).
“Sebaik sahaja adanya dasar sedemikian, Jabatan Peguam Negara boleh menggubal undang-undang yang sesuai, dan jika ada undang-undang sesuai, kami di SPR akan menguatkuasakan undang-undang itu nanti,” katanya.
Beliau juga menambah, pilihan raya kecil juga menyebabkan amalan berlebihan berpolitik selain secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kestabilan dan perpaduan negara terjejas.
Pindaan yang dibuat dua dekad lalu hanya melarang wakil rakyat yang melepaskan kedudukan mereka sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen daripada bertanding untuk satu tempoh selama lima tahun.
Selain itu, juga terdapat peruntukan di mana pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.
http://www.mstar.com.my
Rasa-rasanya kita dah dapat agak apa yang SPR nak buat… Apapun kita sebagai pelakon terpaksalah mengikut skrip yang dibagi oleh tuan pengarah… jangan pulak nak pandai-pandai…
Yang Main katak lompat kat perak dua tiga ekor tu, sampai semua rakyak perak jadi haru biru SPR tak nak kaji balik ke…???
Pra Muktamar : Nizar Terus Popular , at 20.4.09,
Empat dari lima PAS Kawasan yang mencalonkan pimpinan PAS, mencalonkan beliau sebagai naib presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan pada awal Jun nanti.
Terbaru adalah PAS Kawasan Selayang dalam mesyuarat agung mereka Sabtu lepas.
Dalam mesyuarat agung itu, beliau mendapat pencalonan tertinggi berbanding Nasharudin Mat Isa yang turut dicalon untuk jawatan itu bersama Datuk Husam Musa.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan sebagai presiden, Datuk Dr Haron Din menang pencalonan untuk timbalan presiden mengalah Husam dengan 20 undi dari kira-kira 250 perwakilan yang hadir.
Ketika membahaskan usul pula, usul AJK PAS kawasan agar presiden PAS memberikan penjelasan tentang kerajaan perpaduan ditolak oleh perwakilan selepas dibahaskan.
Di dalam perkembangan berkaitan, cyberboron melaporkan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas kali ke 45 yang berakhir semalam juga sebulat suara mencalonkan Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS. Hj. Mohd Sabu dan Ustaz Nasharudin Mat Isa turut dicalonkan untuk mengisi dua lagi kerusi Naib Presiden.
Senarai penuh pencalonan oleh PAS Kawasan Beruas:
Presiden : TG Hj. Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Dato' Husam Musa
Naib Presiden : 1. DS Mohammad Nizar 2. Hj. Mohd Sabu 3. Ustaz Nasharudin Mat Isa
AJK : 1. Ustaz Hj. Ahmad Awang 2. Hj. Asmuni Awi 3. Dr. Khairuddin Abd Malik
(baki pencalonan AJK diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menentukannya)
Mesyuarat semalam dirasmikan oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak iaitu Dr. Khairuddin Abdul Malik. 5 muka baru dipilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Kawasan Beruas sessi 2009-2011 iaitu Hj. Jamaluddin Ibrahim, Mejar(B) Hj. Abu Bakar Hj. Yusoff, Hj. Sulaiman Ramli, Norasiken Hashim dan Hjh. Rohaya Abd Latif. 11 yang lain adalah penyandang sessi lalu.
PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING ATAU TIDAK.. , at 20.4.09,
Najib Tun Razak yang baru seminggu menjawat jawatan PM telah mengemukakan secara lantang, BN berkemungkinan tidak akan bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti yang dianggapnya sebagai satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit. Sementelah lagi ia dikatakan sebagai agenda politik Pakatan Rakyat untuk menunjukkan populariti.
Dua alasan diatas sudah cukup untuk membuktikan BN sememangnya takut untuk berdepan pakatan Rakyat diwaktu populariti Pakatan Rakyat meninggi di kalangan rakyat.
Berkokoklah ayam-ayam jantan dan berketuklah ayam betina yang lain tanda memberi sokongan kepada kenyataan Najib itu termasuklah pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan, PPP dan beberapa individu dan professor-professor kangkungnya serta sekalian media massa arus perdana, membodek tak tentu hala untuk menjelaskan betapa pilihanraya kecil Penanti merupakan satu pembaziran.
Kemudian MIC melalui Presidennya Samy Vellu menentang arus, tidak bersetuju dengan kenyataan Najib. Dan yang paling terbaru ialah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu.
Ini menyebabkan Najib tersentak dan menjadi pening bangat, orang yang dianggapnya sebagai Penasihat Kabinet telah menyuarakan pandangan yang berbeza yang selepas ini memungkinkan Najib dan sekalian pengampunya itu terpaksa mengubah haluan supaya tidak ketulah jika tidak mengikut nasihat Tuan Penasihat.
Sama-sama kita tunggu dan lihat sehari dua ini, apa pula keputusan akhirnya... bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak bertanding....
Persembahan Dikir Barat untuk Majlis kesyukuran Bukit Gantang dapat sambutan , at 20.4.09,
Kumpulan ini telah diilhamkan oleh Tuan Guru sebagai menyediakan halwa telinga yang berlandaskan Islam agar dapat mendorong orang ramai mencintai Islam di samping berdakwah.
Justeru, kalau sebelum ini kumpulan dikir barat didokong oleh tukang karut namun kali ini nama tukang karut ditukarkan kepada tukang pantun. Yang penting mesej ingin ditunjukkan kepada masyarakat bahawa PAS tidak menghalang kita berhibur.
Sesungguhnya kehadiran orang ramai adalah melebihi seribu orang memenuhi setiap sudut tempat berlakunya persembahan ini. Perkara ini telah menunjukkan bahawa masyarakat di sini telah mulai sedar dan memahami apakah itu PAS sebenarnya. Jadi tidak hairan juga jika pada malam tersebut saya telah ternampak orang UMNO datang. Bila di tanyakan kepada mereka, mereka telah mengatakan bahawa mereka dah berhijrah kepada PAS. Alhamdulillah...
ANAK KOMANDO REJIMEN 1