Ikuti Blog ini

Kempen UMNO di Bagan Pinang

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/ZulkefliOmar.jpgTELUK KEMANG – Walaupun secara rasminya tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang belum bermula, namun UMNO dan Barisan Nasional telah mula menjaja ’cakap-cakap politik’ untuk mempertahankan DUN tersebut.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar berkata, antaranya UMNO berkempen mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRK Bagan Pinang, Barisan Nasional masih memerintah di Negeri Sembilan.

”UMNO pun dah mula kempen, dia kata kalau menang Pakatan (Rakyat) di kawasan ini (Bagan Pinang), BN masih lagi bekuasa di Negeri Sembilan,

”jadi, dia kata, tak ada makna beri (undi) kepada Pakatan dan PAS dalam pilihanraya kecil ini,”katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Sambutan Eidul Fitri di Kampung Bagan Pinang, semalam (27 September).

Sebaliknya, kata Zulkefli, PRK Bagan Pinang adalah amat penting kerana ia merupakan kubu kuat UMNO, sekiranya Pakatan Rakyat menang ia akan merubah lanskap politik negara.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, katanya, akan mencabut ’tali hayat’ kekuasaan BN di Parlimen yang bergantung kepada sokongan politik di Sabah dan Sarawak.

”Angin perubahan di Semenanjung (Malaysia) begitu kuat, dan kita percaya sekiranya kita mencapai kemenangan demi kemenangan, rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak akan mengikut kita (Pakatan Rakyat),”jelasnya

Menurutnya, parti-parti politik di Malaysia Timur akan mengikut parti mana yang mendapat kemenangan terbanyak di Semenanjung.


Pakatan akan perjuang gaji minima RM900 untuk pekerja estet

Image

(Gambar:
Penduduk Ladang Atherton dan petugas Pakatan berjanji akan menyokong Pakatan dalam pilihan raya ini)


TELOK KEMANG, 28 Sept: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka.Pakatan akan perju

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberika duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.

�Duit raya yang Najib (Perdana Menteri) umum itu gula-gula politik untuk ambil hati pengundi estet di sini. Sedangkan rakyat mahu polisi (gaji),� tegas Kamarul selepas bertemu rakyat Ladang Atherton, disini.

Tambahnya lagi, isu gaji minima tersebut telah lama dibangkitkan penduduk setempat, bersama-sama badan bukan kerajaan JERIT, tetapi kerajaan dan anak syarikatnya (GLC) iaitu Sime Darby tidak pernah ambil peduli.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar mempersoal tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menurunkan para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meredakan isu gaji minima itu.

�Mengapa hari ini (waktu pilihanraya kecil), baru pegawai-pegawai mereka turun nak selesaikannya, sedangkan rakyat mempersoal gaji yang tidak adil ini sejak sebelum 1999 lagi,� katanya.

Beliau turut meminta kerajaan jujur menyelesaikan isu-isu kebajikan tersebut, bukannya asyik bermain wayang dengan slogan 1Malaysia sahaja.

Adun Port Dickson Bandar, M. Ravi (PKR) menegaskan bahawa gaji pekerja estet di Negeri Sembilan rata-ratanya di bawah paras kemiskinan.

Dari tinjauan yang dibuat, rata-rata pekerja estet bergaji RM400, sedangkan kita (PR) tuntut dari Sime Darby (serta) kerajaan Umno dan BN gaji maksimum RM900 sebulan,� jelas M. Ravi.

Image(Gambar:Zulkefly, Pesuruhjaya PAS NS)

Katanya lagi, sistem bayaran upah mengikut hari mengakibatkan buruh-buruh estet pernah mendapat gaji RM80 sebulan, apabila musim hujan berlaku.

Adun Rahang M. K. Arumugam (DAP) yang menyertai aktiviti turun bertemu rakyat tersebut pula berkata, isu gaji minima ini perlu disampaikan secara dari rumah ke rumah kerana buruh terbabit hanya didedahkan dengan media arus perdana sahaja.

�Kita perlu tahu, buruh-buruh kerja perih (dan) tidak ada masa untuk akses internet dan sebagainya. Mereka hanya lihat berita berat sebelah dalam tv1, tv2, tv3 sahaja,� katanya.

Adun Lukut Ean Yong Tinsin (DAP) yang ditemui kemudian mahu isu gaji minima ini menjadi isu teras PR, walaupun ianya membabitkan minoriti rakyat India.

�Saya puas hati, bila Pakatan serius nak perjuangkan isu ini. Ya�ini isu minoriti penduduk estet, tapi semua (pemimpin) kita boleh turun bersama,� katanya.

Image(Gambar:Petugas PAS Selangor berumpa dengan pengundi)

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Kontijen PAS Selangor Cikgu Jaafar Samsudin bersama lebih seribu jentera dan ahli Kelab Penyokong PAS sedia diturunkan bergilir-gilir; demi menjelaskan isu tersebut.

Dalam sidang Parlimen lepas, PR mendesak kerajaan mesyaratkan gaji minima buruh sebanyak RM800 sebulan, tetapi Menteri berwajib menegaskan ianya suatu yang mustahil.

Tetapi, Kabinet baru-baru ini mengumumkan gaji minima untuk warga asing sebanyak RM800 sebulan.

Taarif pendapatan isi rumah di bawah paras keminkinan era 1970an adalah RM450. Taarif pendapatan isu rumah di bawah paras kemiskinan sekarang adalah RM900.

Hanya kerajaan PR Selangor mendefinisikan pendapatan di bawah RM1500 sebagai rakyat yang layak menerima bantuan kerajaan negeri.

Perjuangan isu gaji minima RM900 yang diperjuangkan oleh rakyat di sini dipercayai akan mencalarkan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak � Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tak Ada Pilihanraya Tak Ada Menteri ?

http://www.buletinonline.net/images/stories/banner/PRKBaganPinang3%20023.jpgBAGAN PINANG – ADUN Lukut, Negeri Sembilan, Ean Yong Tin Sin berkata jentera Pakatan Rakyat sudah mula begerak tanpa menunggu hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, partinya akan menyokong sepenuhnya siapa sahaja calon Pakatan Rakyat yang akan dinamakan oleh PAS.

”Kita sudah bersama-sama berjalan dan melawat kepada banyak kampung termasuk ladang dan kampung baru di seluruh Bagan Pinang,

”inilah sudah menunjukkan semangat yang bgitu tinggi (dikalangan Pakatan),”katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Eidul Fitri yang dianjurkan oleh PAS Negeri Sembilan di kampung Bagan Pinang, semalam.

Menurutnya Rakyat di Bagan Pinang dan Teluk Kemang kini boleh melihat menteri-menteri kerana adanya pilihanraya kecil. sehingga kini sudah tiga orang Menteri Tionghua.

Sebaliknya, sebelum ini, tidak berlaku pilihanraya kecil, susah rakyat untuk melihar muka menteri.

”Kalau tak ada pilihanraya kecil, penduduk-penduduk Bagan Pinang susah lah nak jemput menteri-menteri,”ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua rakyat yang susah agar meminta peruntuan dan bantuan sebanyak-banyaknya dari menteri-menteri yang datang, tetapi mengundi PakatanRakyat dalam pilihanraya yang akan diadakan pada 11 September akan datang


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .