Ikuti Blog ini

PAS & TAHALUF SIYASI : BUKAN SEMATA-MATA HENDAK TUMBANGKAN UMNO

TELUK INTAN - Penglibatan PAS bertahaluf siyasi dengan parti-parti lain bukan semata-mata untuk menolak kezaliman UMNO malah ia lebih jauh daripada itu. Demikian telah dinyatakan oleh ahli jawatankuasa Lujnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Abdul Kadir Al Joofree semasa membentang kertas kerja dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentang kertas kerja bertajuk "Tahaluf Siyasi : Garis Panduan Dari Prespektif Islam" dari Majlis Syura Ulama PAS.
Bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.

Ruang dalam markaz penuh sesak hingga melimpah keluar.
Menurut Ustaz Syed Abdul Kadir, tahaluf siyasi bukan satu matlamat bagi PAS tetapi ia adalah satu jalan atau strategi. Oleh itu, perjuangan PAS bukan sekadar bertahaluf siyasi dan menumbangkan UMNO/BN malah ia lebih daripada itu iaitu mencapai keredhaan Allah SWT.
Menurut pegawai Majlis Syura Ulama itu lagi,  ahli-ahli PAS sepatutnya mengambil peluang tahaluf siyasi ini dengan melebarluaskan lagi medan dakwah mereka di samping mengukuhkan kedudukan politik.
Berdasarkan kepada penelitian kepada dalil-dalil serta realiti kedudukan politik di Malaysia, enam perkara penting perlu dijadikan garis sempadan Tahaluf Siyasi. Enam perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.

2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.

3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada Pakatan Tahaluf.

4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.

5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.

6. Majlis Syura ‘Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.
Sesi pertanyaan sedang berjalan.

Para hadirin mengambil peluang bersalaman dengan Ustaz Syed.
Akhirnya, beliau menekan PAS akan memastikan bahawa dasar-dasar parti dan Islam tidak akan tergadai apabila bertahaluf siyasi.
Kehadiran para ahli PAS dan penyokong adalah di luar jangkaan di mana kehadiran orang ramai telah memenuhi ruang dalam dewan markaz.
intanhijau.blogspot.com

Parpukari jadi beruk bila, proposal RM18 juta projek video ditolak

Parpukari kelam-kabut dan dah jadi beruk kena belacan bila dapat tahu proposalnya, projek video Tahun Melawat Perak ditolak oleh Tourism Perak.

Apa lagi dia mula menyerang Pengurus Besar Tourism Perak Ahmad Fathil. Dan seperti biasa dengan tangisannya Parpu menuduh Fathil merupakan halangan bagi Zurah10 dan Hamidah nak buat duit dari peruntukan RM18juta untuk program ini.


Seboklah si Zurah10 ni beriya-iya nak membuang Fathil dari tourism Perak. Kononnya Fathil tidak menerima arahan dari Midah, tapi lebih cenderong kepada menurut arahan Dato Setiausaha Kerajaan Negeri.

Di luar pulak Zurah10 dan Parpu sedang sebok menyebar fitnah kononnya Dr Zambri tak suka kepada Fathil ini dan sedang mengarahkan pegawai-pegawainya membuang Fathil.

Inilah strategi adu-domba Parpukari dan Zurah10 dalam menyamun peruntukkan TMP. Apa tidaknya baru 2 bulan 2012 tapi peruntukan RM18 juta itu separuh sudah digunakan. Kesannya kosong!

Pergilah ke Perak tidak ada terasa tahun ini merupakan tahun Melawat Perak.

Yang ada setakat billboard yang jelek dan langsung tidak menarik perhatian. Dengar-dengar cerita dari teman-teman di Perak Kontrak Billboard ini milik satu syarikat yg Zurah10 merupakan rakan kongsi tidur.

Yang ada program-program picisan yang kosnya berjuta-juta. Program exco-exco lain diberi kos serpihan kerana Zurah10 dan Parpu tak dapat komisen.

Tidak heranlah Zurah10 boleh beli alphard dan mercedez manakala Parpu pula dengan Camry barunya. Sebelum ini si buntal ni hanya mampu berkereta Iswara buruk yang dah nak kena tarik dua tiga kali.

Malang sungguh rakyat Perak, dipermainkan oleh Exco Kanan dan adiknya yang tamak haloba serta seorang blogger oportunist seperti Parpukari Stout.

Jika BN tewas di Perak inilah tiga orang punca rakyat jemu dan jelik dengan ketamak-halobaan mereka. 

sumber

Kenapa Kekalahan BN Pasti Berlaku...



Sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku.
Sesudah 54 tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.


Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara dari terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama 50 tahun.

LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDP lah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke 2 dahulu.  Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.  Sehinggakan keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini.

Jepun dibawah pimpinan LDP sedar yang negara itu tidak mempunyai kekuatan ‘export’ untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara ‘geographic’ nya merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya mempunyai satu pertiga kawasan negaranya yang boleh didiami oleh manusia dan negara itu tidak mempunyai hasil bumi yang besar seperti dinegara kita ini.

Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri ‘precision’ itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah kerana kos yang dibelanjakan terhadap ‘capital goods’ dalam sesuatu pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari ‘R&D’ nya yang berjaya itu.

Di sebaliknya di negara kita sampai kehari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri.  Malaysia belum lagi mempunyai barangan industri kita sendiri untuk di ‘export’ atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa.  Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri ‘footloose’ yang boleh di pindah dan di anjak kemana-mana oleh pengilang-pengilang antarabangsa yang ada disini.

Malahan banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita telah memindahkan operasinya dinegara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam.

Kesilapan
Begitulah besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat.  LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya ‘for granted’ kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan.

Rakyatnya mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama.  LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang berlaku di negara kita.  Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun.

Itulah sebabnya jika UMNO Baru mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penginiayaan kepada negara sendiri.  UMNO Baru mahukan rakyat mengenang jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan.  Bagi UMNO Baru ‘aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa’ itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat.

UMNO Baru telah mengungkit sampai ke perkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin UMNO Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan terhadap mereka (UMNO) Baru.

Kita perlu mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun.  Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara.  Mereka tidak termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah ranahkan oleh pemimpin- pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa UMNO Baru kepada rakyat Malaysia.

Kita juga elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara demokrasi terbesar di Asia itu.

Semuanya mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba.

Begitu juga Parti Golkar dari Indonesia.  Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya.

Apa yang berlaku disekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan.

Pelbagai acara di himpunan Occupy Balok-Gebeng


KUANTAN: Ibu negeri Pahang ini sekali lagi akan dibanjiri puluhan ribu rakyat yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dengan program santai ‘Occupy Balok-Gebeng’ pada 23 dan 24 Jun ini.

Program anjuran NGO Himpunan Hijau itu akan berlangsung selama 24 jam bermula pukul 12 tengahari 23 Jun dan akan berakhir pada jam yang sama keesokan harinya dengan kemuncaknya peserta berkumpul di hadapan Lynas, Gebeng.

Menurut Pengerusi Mobilisasi program berkenaan, Nasrun Amir Abdullah, pelbagai acara akan diadakan selama dua hari itu dengan pelancarannya akan diadakan di Pelangi Beach Resort pantai Balok.

Katanya, selain daripada itu program akan diisi dengan pameran, mini konsert melepaskan layang-layang yang tertulis mesej selamatkan bumi dan ceramah.

“Di tapak pelancaran pada sebelah malam akan diadakan ceramah melibatkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.

“Pada waktu yang sama juga di Kampung Padang jalan Sungai Lembing, satu ceramah lagi akan dijayakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Omar.

“Pada esoknya pula bermula pukul 9 pagi peserta akan bertolak ke Gebeng di mana terletaknya kilang Lynas. Perarakan akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu,” jelasnya.

Menurut Nasrun, jarak di antara Balok ke Gebeng ialah 11 kilometer jadi orang ramai boleh menyertai konvoi dengan berkereta, motosikal atau berjalan kaki," kata Wong.

Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan  demi menunjukkan bantahan dengan operasi kilang Lynas seperti dua perhimpunan yang diadakan sebelum ini.

“Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang.

“Jika boleh kami mahu program ini disertai tidak kurang daripada perhimpunan terdahulu iaitu tidak kurang daripada 20,000 orang,” katanya.

Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang ketiga selepas perhimpunan pada 26 Februari lalu di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan 9 Oktober tahun lalu di pantai Taman Gelora, Kuantan.

Baru-baru ini jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) yang diketuai Datuk Seri Khaled Nordin mengesyorkan

Lynas Corp diberi Lesen Operasi Sementara (TOL) kerana menurut kajian mereka kilang yang dianggap kontroversi itu selamat.

Bagaimanapun penduduk tetap tidak berpuas hati dan membantah keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas kerana menganggap PSC hanya membenarkan  tindakan menghalalkan lynas oleh pihak kerajaan sebelum ini. -Hrkh

Rupa-Rupanya Sebab Ini Rafizi Ramli Letak Jawatan


Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman." Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu.
Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.

"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.

"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13.

Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.

"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.

Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.

"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam.

Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.

"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."

"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.

"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.

"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.

Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13.

Difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. ~sinarharian

Hasil Bancian Facebook

Hasil Analisa Ibrahim, Zulkefli Paling Dibenci 


Bekas ahli Umno, bekas ahli Berjasa, bekas ahli parti Semangat 46 kemudian bekas ahli Umno Inchek Ibrahim Ali menjadi politikus yang paling dibenci di kalangan rakan Facebook (Fb) saya. Dalam bancian yang dilakukan dua hari lepas seramai kira-kira 116 rakan memberi komen dan 55 menyatakan suka terhadap soalan yang saya kemukakan; siapakah dia politikus yang anda benci.

Dari jumlah itu seramai 37 orang dengan tegas dan berani menyatakan mereka benci atau tidak suka dengan political animal Inchek Ibrahim. Ada yang menyebut nama Ibrahim Ali berkali-kali ini menunjukkan kebencian mereka ke tahap melampau dan tidak boleh dimaaf.

Yang paling dibenci.
Politikus kedua yang dibenci oleh rakan Fb saya ialah ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin atau nama timang-timbangannya Zulkefli 9/10. Sama seperti Inchek Ibrahim kebencian kepada wakil rakyat ini juga di tahap berapi-rapi apabila ada yang mengulas serta menyenaraikan segala macam dosa-dosa ahli politik tersebut. Ada yang menyebut pembohongan dilakukan wakil rakyat ini tidak terbatas sampai di dalam masjid Haram di Makkah dan di masjid Nabawi di Madinah.

Seramai 23 orang rakan Fb saya yang dengan terang dan berani menyebut nama yang mereka benci ialah Zulkefli Nordin.

Manakala diranting ketiga dibenci ialah bekas presiden Umno yang juga bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Seramai 16 orang menulis dan menyebut mereka tidak suka kepada Mahathir Mohamad.

Lain-lain yang disenaraikan sebagai orang politik yang dibenci ialah Hassan Ali nama timang-timangannya Hassan Akidah. Seramai 11 orang menyebut mereka benci dengan Hassan Akidah.

Sementara dua tokoh nombor satu negara Najib Razak dan Anwar Ibrahim juga turut disenaraikan sebagai orang dibenci. Mereka masing-masing dicemuh dan dibenci oleh lima rakan Fb saya.

Nama-nama lain yang disenaraikan sebagai dibenci ialah Khairy Jamaluddin, Ahmad Maslan, Kapal Singh, Udin anak Yassin, Nazri Aziz, Rais Yatim dan Nala Karuppan.

Ezam Mohd Noor atau senator boy juga turut sama disebut sebagai orang dibenci bersama Noh Omar dan MB Terengganu negeri al-runtuhi Ahmad Said.

Tiada seorang pun pemimpin Pas yang disebut sebagai dibenci kecuali bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa. Seorang rakan Fb mencatat mereka membenci Nasharudin yang dikembarkan dengan Mahathir. 

Seperti mana dijanjikan saya juga mempunyai dua orang politician yang paling saya benci berdasarkan kepada kebinatangan sifat dan sikap politik mereka. Mereka ialah Inchek Ibrahim Ali dan Zulkefli 9/10. Nampaknya pilihan peribadi hampir 70 peratus menyamani apa yang ada di hati rakan-rakan Fb. Kepada semua yang mengambil bahagian sama ada menyenaraikan atau like diucapkan berbanyak terima kasih. 
 

Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah letak jawatan sebagai pengarah (MAS)


KUALA LUMPUR - Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah meletakkan jawatan sebagai pengarah Malaysia Airlines (MAS).

Syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan berkata Wan Azmi mengumumkan bahawa ia tidak mahu dipilih semula sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif syarikat itu di Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 di sini, hari ini.

Susulan keputusan beliau itu, resolusi yang mahu mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi pelantikan semula beliau ditarik balik, kata MAS.

Pengerusi syarikat, Tan Sri Md Nor Md Yusof mengucapkan terima kasih kepada Wan Azmi di atas sumbangan beliau kepada syarikat penerbangan nasional itu sebagai ahli lembaga sejak 9 Ogos tahun lepas.

Perbandingan Minyak Petrol


Dari kiri: BHP, Petronas, Shell, Caltex, Esso, Mobil

Assalamualaikum .. salam mesra
Rupanya memang ada perbandingan antara minyak-minyak petrol yang digunakan di Malaysiaku ini yer.

[PENTING] Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun Kereta..



Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit. Gambar hiasan.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012 -carigold
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .