Ikuti Blog ini

Pakatan Rakyat Sarawak Umum Calon Sebentar Tadi

12 Jamadil Awal 1431H.

SIBU: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng (gambar), diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, sebentar tadi.

APCO hantar perisik sejak 2002?

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24823_404243172188_345034017188_5068754_3752258_n.jpg



BIASANYA Dr. Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.

Tetapi saya tidak sedar ada komennya dalam pengambilan syarikat Yahudi APCO Worldwide sebagai juru rinding Malaysia untuk diterima baik Amerika seperti yang dibongkar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal April ini.

Perdana Menteri Najib memanglah diam saja atas apa jua dakwaan orang dalam hal-hal yang dituju kepadanya seperti isu APCO ini. Tetapi Dr. Mahathir pantang ada isu yang menyentuh negara, dia akan bangkit. Tetapi dalam isu APCO bertapak di Malaysia ini, dia membisu.

Mengapa?

Tentu dia ada peranan utama dalam menggalakkan agen Israil datang ke sini. APCO sudah mendapat kontrak menasihatkan Malaysia bagaimana hendak disukai oleh Amerika sebaik Najib berkuasa tahun 2008.

Hujung tahun 90an dan awal tahun 2000 Najib sedar tentang imej Dr. Mahathir dipandang buruk oleh Amerika berhubung penindasannya terhadap Anwar. Dunia termasuk Amerika merasakan apa yang dilakukan terhadap Anwar oleh Dr. Mahathir dan kerajaannya adalah menzaliminya.

Hatta Presiden Clinton tidak hadir dalam sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur sedang Presiden Amerika tidak pernah tiada dalam setiap puncak Apec. Bahkan Naib Presiden Algore yang menggantikan Presiden Clinton dalam sidang Apec itu telah melaungkan R E F O R M A S I di hujung ucapannya di sidang itu.

Macam-macam usaha Dr. Mahathir untuk menjustifikasikan tindakannya tidak dipedulikan baik oleh pentadbiran Clinton mahu pun pentadbiran Bush yang menggantikannya. Memang Mahathir bernafsu untuk menemui Bush apabila dia masuk ke Rumah Putih. Bush tidak melayan hasratnya.

Ada pandangan mengatakan Dr. Mahathir sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan peluang menjengok Bush di Rumah Putih.

Maka dipercayai masa inilah jarum perisik Israil masuk menawarkan nasihatnya bagaimana Malaysia boleh mendapat layanan dari Amerika. PDRM ada program besar mengenai sistem mengkumputerkan perkhidmatannya. Ia diswastakan kepada Sapura tetapi Asiasoft berjaya menjadi subkontraknya tahun 2002. Syarikat kepentingan Israil itu dapat menyusup ke tengan nadi polis kita.

Mahathir masih Perdana Menteri. Pada masanya agen Israil masuk dalam nasi keselamatan negara. Dia mesti bertanggungjawab atas angkara itu.

Najib sedar tentang payahnya Mahathir untuk mendekati Amerika kerana pada penindasan terhadap Anwar tidak adil tentang hak asasi manusia. Dan Najib pula banyak masalah. Dia cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan membenarkan komisyen stengah bilion atas pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia. Hal-hal ini Amerika getik.

Bagaimana supaya Amerika tidak getik. Dia perlukan juru runding supaya dapat memenangi hati Amerika. APCO, kompeni kepentingan Israil berpengkalan di Amerika menawarkan khidmat rundingan bagi memenangi hati Amerika. Kontraknya 77 juta.

Isu APCO hanya terbongkar tiga minggu lalu. Ia tambahan kepada agen Yahudi Asiasoft di hujung pentadbiran Dr. Mahathir dan sepanjang pentadbiran Abdullah Badawi. Sedang Najib menyambung angkara peninggalan era Dr. Mahathir dulu.

Negara-negara di dunia tidak perlu berbelanja besar dan tidak memerlukan juru runding asing untuk mendekati Amerika. Amerika sendiri akan datang mencari semua negara dan kerajaan di dunia bagi menawarkan pengaruhnya.

Yang tidak berbaik dengan Amerika Cuba, Libya, Korea Utara, Venezula, Iraq di bawah Saddam dulu, Iran dan lain-lain bukanlah kerana Amerika tidak cuba mendapatkan hubungan baik dengannya tetapi negara-negara itu tidak suka kepada dasar kolonialisma Amerika.

Macam-macam pentadbiran Truman, pentadbiran Eisenhower dan Kennedy buat untuk memenangi hati Sukarno tetapi Sukarno tidak mahu menjadi pak turut kepada Amerika. Sukarno tidak mengupah sesiapa untuk mendekati Amerika tetapi Amerika pula yang menggunakan siapa saja untuk memikat Sukarno.

Sukarno sekadar berbaik dengan Soviet Union dan rajin ke Beijing menemui Mao Zedung, maka Amerika datang menawarkan bermacam-macam supaya Sukarno lebih rapat dengannya.

Tidaklah sukar Dr. Mahathir dn Najib untuk bertemu Presiden Amerika. Mahathir sukar berjumpa Bush. Bukankah Mahathir pernah menempelak Yahudi. Tiba-tiba Bush yang sukar ditemuinya dulu datang bercakap dengan Dr. Mahathir dalam sidang ketua-ketua kerajaan di Bangkok.

Tidak perlu Najib bayar 77 juta kepada APCO untuk jumpa Presiden Barrak Obama. Berbaik dengan Sudan, Hamas dan Iran, maka Obama pun berusaha mendekati Najib.

Bukan kerana lobi APCO Najib dijemput oleh Obama ke Washington. Presiden Arroya Macapagal tidak menggunakan APCO dan tidak berbelanja besar dijemput juga ke Washington oleh Obama. Amerika mahu supaya jangan berbaik dengan Iran dan Hamas. Najib dijemput ke Washington dalam sidang puncak mengenai neuklear ialah supaya Najib setuju mengepong Iran yang hendak dikenakan tindakan oleh Amerika.

Kita rasa Mahathir pintar dan Najib juga pintar. Mahathir kecam Yahudi di PBB dan Mahathir anjurkan tribunal Kuala Lumpur untuk menghukum kekejaman Israil di Palestin. Tetapi ternyata Yahudi lebih pintar. Ditawarkan khidmat rundingan Asiasof dan APCO kononnya membantu Malaysia supaya disukai Amerika.

Dia bukan sekadar dapat masuk ke tengah pentadbiran dan kuasa di Kuala Lumpur dan ia dibayar pula 77 juta pada hal yang memerlukan sokongan dunia supaya mengikut saja kemahuannya ialah Amerika sendiri. Tentunya APCO dapat habuan juga dari Amerika.

Tugas APCO sekarang bukan lagi melobi Amerika supaya menerima Malaysia dan Najib, kerana lobi untuk itu tidak diperlukan, tetapi ialah menasihatkan Najib bagaimana menghalang Anwar dan Pakatan Rakyat dari menumbangkan Najib. Sebahagian kecil dari 77 juta itu boleh digunakan bagi membeli penyokong Anwar.

Itulah sebabnya Mahathir dan UMNO diam tentang kehadiran APCO zionis itu.

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.-Hrkh

PRK HULU SELANGOR- PERSPEKTIF PERJUANGAN TG NIK AZIZ



"Sebagaimana kita maklum, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu telah berpihak kepada Barisan Nasional. Sementara Pakatan Rakyat pula berjaya mempertahan undi yang diperolehi pada 2008 lalu. Sekadar ingatan, pada pilihan raya 2008 Pakatan Rakyat mendapat 23,177 undi dan pilihan raya kecil ini mendapat 23,272 undi. Bermakna jumlah undi Pakatan Rakyat tidak berkurang malah bertambah 95 undi.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor – Satu Perspektif Perjuangan

Berdasarkan pilihan raya kecil ini, kenapa keputusannya jadi begitu? Sudah tentu di pihak Pakatan Rakyat ada kelemahannya menyebabkan tidak mencapai undi majoriti. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional pasti ada kekuatannya menyebabkan mereka menang dan mencapai undi majoriti.

Atas dua nilai itu, segala kelemahan yang ada di sebelah Pakatan Rakyat, maka kita hendaklah sedia memperbaiki dan mengambilnya sebagai pengalaman. Paling penting untuk digunakan bagi mempersiapkan pasukan lawan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Begitu juga, segala kekuatan yang ada di pihak Barisan Nasional hendaklah dijadikan asas kajian dan disesuaikan dengan keupayaan Pakatan Rakyat. Malah harus jadikan ikutan demi memantapkan jentera pilihan raya untuk berdepan dengan Barisan Nasional nanti.

Pengalaman Pengkalan Pasir

Ukuran pilihan raya kecil Hulu Selangor mungkin sesuai dibandingkan dengan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada Disember 2005. Keputusannya sama, iaitu PAS telah kalah sebanyak 134 undi. Namun yang penting ialah pengajaran diperolehi daripada kekalahan itu telah mendorong kepada gerak kerja mempersiapkan jentera, terutama pendaftaran pemilih dan program cakna rakyat.

Hasilnya pada pilihan raya umum 2008, PAS kembali meraih kemenangan besar mencecah majoriti lebih 2,348 undi. Wajarlah pihak Pakatan Rakyat di Selangor membina kembali imej kalah itu kepada matlamat kemenangan.
Terlodeh kekotoran Umno

Kempen kotor Barisan Nasional memburuk-burukkan Zaid adalah gambaran strategi kempen bebal pihak Barisan Nasional yang akhirnya memabukkan pemimpin Umno/Barisan Nasional sendiri denga isu minum arak. Sebagaimana didedahkan oleh rakan-rakan kita dari KeADILan yang pernah ’tidur sebantal’ dengan pemimpin itu, hanya Tun Abdullah Ahamad Badawi (Pak Lah) sahaja yang dikatakan tidak terlibat dengan gaya hidup yang memabukkan itu. Pak Lah yang diketahui tidak minum arak itu pun turut dilodehkan sendiri oleh Umno. Sedangkan minum arak itu adalah ummul kabir (ibu bagi segala dosa besar).

Semuanya, sekaligus mendedahkan sebahagian besar perangai pemimpin mereka, dan ini mencerminkan pegangan longgar Islam pemimpin Umno yang boleh dipanggil Islam Umno. Atas pendedahan ini, sukacita dinyatakan sikap PAS yang tidak bersetuju untuk berbaik dengan Umno amatlah tepat.

Perjuangan Islam sesuai bersama Pakatan Rakyat

Sesungguhnya, pendekatan kempen Pakatan Rakyat telah memberi ruang kepada PAS mendedahkan Islam. Ini kerana rakan-rakan parti Pakatan Rakyat adalah parti yang memperjuangkan bangsa dan tidak berasaskan Islam. Malah, parti-parti rakan Pakatan Rakyat dilihat sama dengan perjuangan parti-parti politik di negara-negara Eropah yang jelas tidak memperjuangkan Islam.

Hakikat parti yang tidak memperjuangkan Islam ialah parti tidak akan membawa perjuangan ke arah mentakwakan Allah. Sedangkan perjuangan Islam adalah bermatlamat membawa anggotanya bertakwa dari segi akidah, ekonomi, muamalat, munakahat, perundangan dan bertakwa dalam serba-serbi kehidupan.

Oleh sebab itu, bila manusia tidak didedahkan dengan Islam melalui aktiviti parti atau program kerajaan, bagaimana kita nak bawa manusia itu mengenali diri dan mengenal tuhan? Jauh sama sekali bagi manusia untuk memahami asas-asas martabat diri di dunia mahupun di akhirat. Kepada rakan Pakatan Rakyat, terimalah pendekatan Islam yang dibawa PAS ini sebagai isi perjuangan yang boleh melengkapkan keharmonian masyarakat berteraskan agama.

Tazkirah kiamat

Sebenarnya rangkaian perjuangan politik Islam hendaklah dikaitkan dengan dunia dan akhirat. Merujuk firman Allah SWT (al-Waqiah 56:3) bermaksud, “Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).” Justeru itu, setiap orang harus ingat bahawa Allah berkuasa penuh di akhirat nanti. Maka Allah akan merendahkan pangkat dan kedudukan orang-orang yang didapati ingkar terhadap perintah-Nya. Sebaliknya Allah akan meninggikan pula orang yang taat kepada Allah di akhirat kelak.

Sehubungannya, tanggungjawab parti yang memperjuangkan Islam hendaklah memupuk kefahaman kepada masyarakat agar menerima kebenaran Islam dan menerimanya sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh di dunia sehinggalah ke akhirat.
Begitu pula, firman Allah SAWT (al-Hasyri 59:19) bermaksud, “dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).” Natijah perjuangan yang berlandaskan nafsu tanpa dikukuhkan dengan akal akidah Islam pasti tidak menjadi amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak. Malah, Allah SWT mengecapkan para pejuang nafsu itu sebagai puak fasik dan penentang Allah yang tegar.

Sehubungan itu, peringatan penting untuk para pejuang parti politik sekalian, hendaklah kita memastikan perjuangan yang didukung itu boleh mengingati kita kepada Allah sepanjang masa. Janganlah jadi seperti sesetengah pejuang parti yang langsung tidak ingin menyentuh aspek agama dalam program mereka. Maka janganlah tiru perjuangan orang-orang yang lupa diri dan melupakan Allah. Ingatlah, kita akan menerima bala daripada Allah apabila kita lupa diri, tak ingat dosa-pahala dan tidak langsung mengingati Allah.

Sebenarnya, sifat lupa diri dan melupakan Allah termasuk dalam sifat orang-orang yang fasik. Janganlah semata-mata kita berjuang dan berpolitik menyebabkan kita tergolong ke lembah kefasikan. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada karenah perjuangan yang fasik.
Wassalam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Keluarga juvana mati ditembak polis tuntut penjelasan

SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati terbunuh petang tadi menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.
"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga.

"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."

Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.

"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,

Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.

Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.

Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.

Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.

Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.

Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.

Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.

"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.

Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh. -Hrkh

Sudah Tiba Masanya Saya Sokong Pakatan Rakyat - Tamrin Ghafar

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. -sk-GB

Janji-janji politik BN di Hulu Selangor.... Boleh ke ditunaikan ???

KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan tipis BN di Hulu Selangor pada 25 April lalu, kini adalah masa bagi parti itu menunaikan semua janji yang ditaburkan sepanjang kempen tersebut.

Puluhan janji politik yang ditaburkan dengan setiap penceramah BN seolah-olah sebagai menteri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu yang dilihat paling kotor apabila jelas melanggar Akta Pilihan Raya 1957.

Berikut ialah janji-janji tersebut yang dituntut untuk ditunaikan termasuklah janji pemberian RM49,000 terhadap peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya.

Pertama berkaitan janji politik oleh BN untuk membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah jika menang dalam PRK itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya bersedia memberikan tanah untuk pembinaan itu dengan syarat segala peraturan dan prosedur dipatuhi oleh yang memohon.

Turut dijanjikan oleh BN ialah kononnya untuk menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.

BN juga telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk tujuan itu, namun mari sama-sama kita lihat samada ia muala berjalan ataupun sekadar gula-gula sempena PRK itu.

Selain itu, peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor turut menjadi gula-gula BN pada PRK itu.

Begitu juga dengan Bank Overdraf berjumlah RM49,000 yang sepatutnya diterima oleh Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya bermula semalam.

Sejumlah 363 keluarga peneroka itu yang ditindas oleh Kerajaan Umno-BN sejak 16 tahun lalu hanya menerima RM50,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Najib Razak walaupun hutang Umno bersama Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd mencecah hampir RM800,000 untuk setiap keluarga yang terlibat

BN turut berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu di kawasan berkenaan.

Lain-lain janji BN ialah RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir, Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam PArlimen Hulu Selangor.

Turut dijanjikan juga ialah RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda, janji BN untuk membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta, RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa, dan tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.

Najib, sehari sebelum pengundiaan turut menuntut Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar untuk memastikan semua janji itu ditunaikan sebelum PRU.

Pengundi di Hulu Selangor sehingga kini terus memerhati sejauhmana janji-janji (Pakatan Rakyat melabelkannya sebagai Rasuah dan strategi membeli undi oleh BN) itu ditunaikan terutamnya menjelang Pilihan Raya Umum yang kian hampir.

Penolakan Cina, BN sukar di Sibu


KUALA LUMPUR, 27 April: Barisan Nasional (BN) kini sangat bimbang menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sibu ekoran penolakan besar pengundi Cina terhadap mereka seperti ditunjukkan dalam PRK Hulu Selangor pada 25 April lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, BN akan menghadapi laluan sukar apabila majoriti masyarakat Sibu adalah dari kaum itu.

"Jika sentimen di Semenanjung sama dengan Sarawak, BN akan sukar di Sibu," katanya yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS Pusat dalam sidang medianya di sini.

Pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu, lebih 70 peratus pengundi Cina memberikan undi kepada PKR.

Zaid telah berjaya meningkatkan enam kali ganda undinya di DUN Kuala Kubu, iaitu kawasan pengundi Cina, berbanding PRU 2008 lalu.

Di Sibu, lebih 60 peratus pengundinya adalah Cina. Dengan sentimen penolakan ini, ianya merisaukan pemimpin BN.

Pengerusi Perkasa, sayap ekstrem Umno, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan pengundi Cina sebagai 'tidak sedar diri' apabila menolak BN.

Beliau mahu masyarakat Cina dihukum dengan menyekat sebarang peruntukan pembangunan ke kawasan mereka.

"Cuma yang saya tidak pasti di Sibu, calon Cina BN akan lawan calon Cina Pakatan Rakyat. Jadi saya rasa ia satu pertembungan sengit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat dijangka akan mengumumkan calonnya daripada DAP bagi PRK itu pada satu majlis makan malam, hari ini.

Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia 9 April lalu akibat barah.

Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. - Hrkh

P94 Hulu Selangor :Video yang tidak akan keluar dalam RTM dan sekutu







Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .