Ikuti Blog ini

APA KHABAR KOTA SIPUTEH,KUALA NERANG,KOTA SAMARAHAN DAN LENGGENG?



Esok,4 November 2010 akan menyaksikan dua proses pembuangan undi serentak di dua kawasan yang menjadi tumpuan,N45 Galas di Kelantan dan P185 Batu Sapi di Sabah.Teka-teki saat akhir masih menghantui para pengundi mahupun pemerhati setia pilihanraya kecil ini untuk melihat kempen siapakah yang lebih berjaya di Galas dan Batu Sapi.Di atas kertas,Pas dan PBS masing-masing turun sebagai pemegang "status quo" di kedua-dua buah kerusi berkenaan dan masih menjadi pilihan untuk kekal di kerusi tersebut.Di Galas,Pas mungkin berpeluang menang,dengan majoriti kurang sedikit daripada apa yang diperolehi Allayarham Chek Hashim,di mana jika dulu gemulah menang dengan majoriti 646,ramalan menjangkakan Pas menang dengan majoriti kurang 300 undi.Pun begitu,ramalan cuma sekadar ramalan.Malah UMNO sendiri meramalkan mereka mampu merampas kembali Dun Galas,begitu juga dengan Pas.Semuanya bersandarkan keyakinan,namun kuasa penentuan terletak di tangan Allah yang diturunkan kepada para pemangkah kertas undi esok.

Di Batu Sapi pula,Barisan Nasional melalui calon daripada PBS berkemungkinan akan mempertahankan kerusi mereka,namun dengan penyusutan undi yang sangat ketara.Jika dahulu mereka menang dengan majoriti 3708, kali ini penganalisis berpendapat majoriti yang diperoleh mungkin kurang dari seribu atau berada dalam lingkungan tersebut. Persoalannya sekarang,parti manakah yang bakal menduduki tempat kedua,adakah SAPP ataupun PKR?Terdapat kajian dan tinjauan yang mendakwa PKR lebih dominan,namun ada juga yang mengatakan SAPP yang bakal meraih undi yang lebih banyak.Tetapi apa yang pasti, semua pihak boleh menembak dan meneka. Namun, keputusan akhir adalah terserah kepada pengundi.Tidak mustahil di Batu Sapi ini akan terjadi parti yang bakal kehilangan wang deposit apabila undi oposisi terpecah-pecah.

Apapun selamat mengundi Galas dan Batu Sapi!

FOKUS KITA KE KAWASAN LAIN

Pasca pilihanraya Mac 2008 menyaksikan begitu banyak pilihanraya kecil yang berlaku termasuklah akibat dari kematian wakil,perletakan jawatan dan memberikan laluan,kesemuanya telah membentuk landskap politik negara yang baru.Pun begitu,rakyat Malaysia sebenarnya masih ternanti-nanti beberapa penyebab yang bakal menyaksikan sekurang-kurangnya tiga atau empat lagi pilihanraya kecil selepas ini.Namun,kesemuanya bergantung kepada mahkamah samada untuk memutuskan kerusi tersebut kosong ataupun tidak.

Tiada PRK di Batu,Jelapang,Behrang dan Changkat Jering


Krisis rampasan kuasa di Perak tahun lalu telah menyaksikan tiga orang Adun Pakatan Rakyat,Jamaluddin Mohd Radzi,Osman Jailu dan Hee Yit Fong mengisyhtiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas di DUN Perak.Walaubagaimanapun,krisis timbul setelah Speaker Dun Perak, V.Sivakumar mendakwa mereka telah meletakkan jawatan, menyebabkan pertikaian kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dalam DUN Perak. Setelah melalui tiga perundangan mahkamah, Mahkamah Persekutuan akhirnya memutuskan bahawa ketiga-tiga mereka kekal di kerusi masing-masing,lalu menyaksikan tiada pilihanraya kecil dan pilihanraya semula di negeri Perak.

Di Parlimen Batu pula, ahli parlimennya Tian Chua telah didenda lebih RM2000 menyebabkan beliau berisiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen menurut perlembagaan negara.Walaubagaimanapun,semakan semula telah mengurangkan denda tersebut bagi mengelakkan berlaku pilihanraya kecil di Parlimen Batu.

Secara umumnya,Pakatan Rakyat dilihat obses terhadap pilihanraya kecil di Malaysia manakala Barisan Nasional pula dilihat takut dan bertindak memilih untuk mengelakkan pilihanraya kecil dilaksanakan.


Apa Keputusan Dun Kota Seputeh?

Tahun lalu, Speaker DUN Kedah, Dr.Abdul Isa Ismail telah mengumumkan bahawa kedudukan Adun Kota Siputeh (UMNO) telah terlucut setelah gagal hadir ke dua kali berturut-turut dalam Persidangan DUN Kedah selama dua kali berturut-turut tanpa alasan dan makluman. Mahkamah Tinggi yang bersidang mengkui kebenaran tersebut tetapi walaubagaimanapun,Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan SPR untuk menangguhkan pilihanraya kecil tersebut.Persoalannya sekarang,apakah status semasa kes tersebut di mahkamah?Adakah keputusan kes tersebut sengaja dilewat-lewatkan supaya pilihanraya kecil tidak lagi diadakan?

Di Kuala Nerang pula,desas-desus mengatakan bahawa Adunnya,Syed Sobri Syed Hashim hilang kelayakan sebagai seorang ADUN timbul setelah beliau didapati muflis dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Walaubagaimanapun,Syed Sobri akhirnya berjaya membayar hutang beliau sebanyak RM150 ribu dan telah mencuba untuk mendapatkan perintah mengenetepikan pengisyhtiharan muflis tersebut.

Manakala di Parlimen Kota Samarahan pula,anak lelaki KM Sarawak yang juga ahli Parlimen kawasan tersebut,Sulaiman Abdul Rahman Taib didakwa telah menghilangkan diri dan gagal muncul di khalayak ramai semenjak Ramadhan yang lalu.Di manakah beliau sekarang?Sulaiman dikatakan sudah tidak berminat lagi menjadi MP di kawasan tersebut,malah tindakan beliau meletakkan jawatan Timbalan Menteri juga satu ketika dahulu turut menimbulkan khabar-khabar angin.Ketidakhadiran beliau dalam sidang parlimen kali ini juga dilihat sebagai membenarkan lagi dakwaan beliau hilang.

Di Lenggeng pula,ADUN kawasan tersebut,Mustafa Salim hari ini diarahkan membela diri terhadap tiga kes salahlaku rasuah di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.Malah,pihak pendakwaan turut mendakwa mereka telah berjaya membuktikan prima facie terhadap Mustafa.Berkemungkinan,Mustafa akan gagal dalam perbicaraan ini dan seterusnya hilang kelayakan sebagai ADUN.Pun begitu,dalam suasana mahkamah Malaysia pada hari ini,Mustafa dilihat akan terselamat daripada hilang kelayakan sekurang-kurangnya untuk tempoh sehingga PRU ke 13 nanti.

Apapun,sebenarnya rakyat berdoa dan merayu kepada insan-insan ini supaya meletakkan jawatan atau dengan rela mengaku bersalah di mahkamah.Hal ini kerana,keuntungan politik bukanlah hanya diraih oleh Pakatan Rakyat semata,lebih daripada itu memberikan sinar pembangunan buat penduduk di kawasan anda.Fikir-fikirkanlah. sumber

25,000 Dipindahkan Di Kedah. MB Kedah Lawat Pusat Penempatan Banjir

Lebih 25,000 orang dipindah akibat banjir di Kedah

ALOR SETAR: Lebih 25,000 penduduk daripada 6,415 keluarga di empat daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lalu.

Daripada jumlah itu, 15,613 penduduk daripada 4,178 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, 3,105 mangsa daripada 801 keluarga (Padang Terap), 5,331 penduduk daripada 1,202 keluarga (Kota Setar) dan 1,039 penduduk daripada 234 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sebanyak 94 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 45 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, lima di Pokok Sena serta sembilan di Kota Setar.

Sementara itu, beliau berkata, 803 orang mangsa banjir daripada 183 keluarga di Padang Terap dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 1 tengah hari ini.

Antara kampung yang dilanda banjir di Kubang Pasu ialah, Kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang. Bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 9.58 meter (paras bahaya 9.14m).

Tinjauan di daerah Kota Setar mendapati air semakin naik sehingga 0.7 meter walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut:

KOTA SETAR
1. Jalan Pantai Johor – Gunung Keriang
2. Jalan Kuala Sungai – Sungai Baru
3. Jalan Alor Setar – Kepala Batas
4. Jalan Kepala Batas – Bukit Pinang
5. Jalan Hutan Kampung – Kepala Batas
6. Lebuhraya Darulaman (beberapa bahagian)

POKOK SENA
1. Jalan Lengkuas – Derang
2. Jalan Derang – Batu 11 Pokok Sena

KUBANG PASU
1. Jalan Tanah Merah – Wang Tepus
2. Jalan Kepala Batas – Kemunting
3. Jalan Jitra – Sungai Korok
4. Jalan Tunjang – Teluk Malek
5. Jalan Teluk Malek – Kampung Naga
6. Jalan Jitra – Bukit Wang
7. Jalan Napoh – Wang Tepus
8. Jalan Changlun – Kodiang
9. Km 10.2 hingga Km28 Lebuhraya Utara Selatan

PADANG TERAP
1. Jalan Kampung Kubu – Simpang Nai Teh
2. Simpang Nai Teh – Kampung Tengah
3. Jalan Kuala Nerang – Kampung Tanjung
4. Jalan Kampung Tanjung – Puncak Janing
5. Jalan Kuala Nerang – Durian Burung
6. Jalan Batu 19 Kuala Nerang – Kampung Rambuntan
7. Jalan Masjid Kuala Nerang – Kampung Rambutan
8. Jalan K. Nerang – Barokhas
9. Jalan Kampung Tanjung – Tok Pelu -- BERNAMA

Foto ehsan wartakedah:








TG Nik Aziz minta ahli Umno fikir dua kali sebelum undi

GUA MUSANG, 3 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ahli Umno di Galas agar berfikir dua kali sebelum melangkah ke pusat mengundi agar dapat memangkah PAS untuk kali ini.

Permintaan ini dibuat beliau ketika memberikan amanat kepada petugas PAS dalam satu majlis di majlis penyampaian amanat penting oleh beliau di Maahad Muhammadi Gua Musang, Kampung Lembaga.

Beliau memberitahu, ramai ahli Umno kini sudah bertukar arah termasuk bekas wakil rakyat Umno.

“Alhamdulillah sehingga kini saya dapat maklumat ramai orang umno-BN ni dah bertukar arah untuk berpihak kepada PAS dan baru-baru ni saya pergi ke rumah bekas wakil rakyat, diapun dah minat dengan kita.

"Insyaallah petang ni saya juga akan ke rumah bekas Puteri Umno yang sudah menyatakan untuk berpihak kepada kita juga. Ini adalah satu petanda baik untuk mempertahankan Galas,"ujar beliau.

Sementara itu, jentera PAS dan Pakatan diingatkan agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai ujian yang mendatang terutamanya serangan akhir pihak lawan.

Pengarah Operasi jentera pilihan raya PAS, Abdul Fatah Harun berkata jentera yang terdiri dari pemuda, muslimat dan ulama akan bergerak terus dalam mengawal kawasan unit peti undi masing-masing.

(Gambar: para petugas dan pengundi Galas yang memenuhi dewan mendengar ucapan TG Nik Aziz)

"Bermula petang ini, saya berharap semua jentera parti bergerak sebanyak mungkin dan kalau ada yang rasa letih tu, tidur aja di tangga rumah yang dikawal tu,"ujar beliau.

Menurut beliau lagi, Umn/BN kini semakin cemas dengan gerak kerja parti PAS yang sudah dapat menembusi semua pelusuk kampung dan begitu juga sambutan dari kaum Tionghua dan India.

"Saya juga berharap petugas parti dapat beramah mesra secara baik dengan semua orang terutamanya dengan masyarakat lain. Kalau dulu orang Cina dan India takut tengok orang PAS yang berkopiah ni, tapi sekarang ni mereka amat suka untuk bersama kita,"katanya lagi. -Hrkh

Eletrik Terputus Di Parlimen, Petanda "Kegelapan" Dalam Sistem Demokrasi Negara

Elektrik Terputus Sidang Dewan Rakyat Ditangguh

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan sementara waktu selepas bekalan elektrik bangunan Parlimen terputus sebanyak dua kali pukul 12 tengahari tadi.

Kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar ketika ditemui media menjelaskan pihaknya juga sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Kejadian itu menyebabkan kesemua Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat bergelap dua kali selang beberapa saat.

Sehubungan itu, Dewan Rakyat berhenti bersidang sehingga punca masalah bekalan elektrik ke bangunan utama Parlimen itu diatasi.

Seperti ia petanda ada sesuatu "kegelapan" bakal berlaku di dalam sistem demokrasi negara. -GB

Petugas : Contohi semangat juang Tok Guru - Dr Zul

GUA MUSANG - Petugas PAS khususnya generasi muda harus mencontohi semangat juang yang ditunjukkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ianya disampaikan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed ketika mengulas respon yang diberikan Tok Guru mengenai tahap komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai menteri besar serta faktor usia.

"Semangat seumpama beliau harus dicontohi seluruh petugas PAS khususnya generasi muda.

"Dalam kesibukan menunaikan tugas sebagai Menteri Besar di samping usia yang telah meningkat, beliau masih sanggup untuk turut bersama-sama dengan jentera pilihan raya membantu bagi memenangkan PAS dalam pilihan raya kali ini," ujarnya kepada laman web media rasmi pilihan raya kecil Dun Galas.

Terdahulu Tok Guru diminta memberikan ulasan terhadap komitmen yang disumbangkan sepanjang kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

"Tok Guru kelihatan sihat dan kuat sehingga mampu pergi ke Tanah Tinggi Lojing untuk sama-sama berkempen?"

Lalu Tok Guru menjawab,"Yelah, nak lawan Umno." katanya.

Dalam perkembangan yang berbeza, pengundi Galas diseru agar memilih PAS demi mengekalkan kesinambungan pentadbiran Islam di kawasan setempat.

Beliau memberikan perumpamaan mengenai hal tersebut sebagai suatu persiapan yang perlu dibuat di dunia ini bagi menghadapi kehidupan di akhirat kelak.

"Jika kita hendak pergi menunaikan ibadat haji, perlu menghadiri kursus terlebih dahulu untuk menyesuaikan diri dengan situasi sebenar di Makkah.

"Jadi di dunia ini kita perlu berusaha agar selamat di dunia dan akhirat," ujarnya.

Oleh yang demikian ujarnya lagi, kita perlukan persiapan yang cukup di dunia ini supaya tidak timbul masalah di akhirat kelak.

"Sebab itu kena undi PAS untuk menyesuaikan diri untuk kehidupan di dunia dan akhirat," tegasnya lagi.

Kit Siang Kemuka Saman Terhadap Berita Harian, KM Melaka

KUALA LUMPUR 3 NOV - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini mengarahkan mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas.

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan KESEDAR seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," tegas beliau dalam sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini.

Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, beliau berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan semata-mata.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan tersebut adalah tindakan Umno yang terdesak untuk menang dalam PRK yang akan berlangsung esok.


(Mohd Fazli Othman)peguamnya

300 beratur di panas terik untuk dapatkan RM100

Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.

Barisan itu bergerak agak perlahan dan ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada lagi wang untuk diagihkan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.

Namun masih ada orang ramai yang berkeliaran sekitar pejabat MCA itu mengharapkan keputusan itu ditukar semula. -M'kini

‘Sogokan’ jadi isu hari akhir kempen

GUA MUSANG, 3 Nov: Menjelang pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, esok perjalanan kempen bagi meraih undi semakin sengit.

Pemimpin, penyokong dan perayu undi bagi kedua-dua parti bertanding, PAS dan BN menjadi perhatian sama ada tindakan mereka boleh melanggar Akta Pilihan Raya 1954.

Sekiranya wujud pemberi sogokan, penerima barangan sogokan serta ada penerimanya, maka tangkapan awam dilakukan berdasarkan peruntukan akta tersebut.

Dalam perkembangan terbaru di Galas, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, walau pun masih belum ada laporan rasmi mengenai kes sogokan yang boleh melanggar akta pilihan raya.

Namun, katanya dalam kawasan Sungai Terah adalah kawasan undi popular milik PAS, akan menjadi sasaran utama Umno BN.

Katanya, menjadi amalan tradisi Umno BN melakukan penipuan dan penyamaran ketika terdesak pada kempen pilihan raya.

“Apa yang akan berlaku di sini, tawarannya ialah wang RM1,000 dan sebuah televisyen. Selain dari itu, mereka akan mengambil kad pengenalan pengundi.

“Dengan kad pengenalan itu membolehkan mereka menghantar ‘orang dia’ untuk pergi mengundi bagi pihak pemilik kad pengenalan itu, dan dipastikan supaya mengundi BN,” dakwanya yang mengakui itu antara benda-benda yang bukan senang untuk dibuktikan.

Namun, ujarnya itulah amalan yang dibuat sebelum ini.

“Dan inilah amalan yang akan dibuat pada PRK Galas,” dakwanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Mengulas kenyataan terbaru dikeluarkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan, PAS mempertahankan pemberian ‘duit tambang’ kepada pengundi luar bagi Dun Galas, dan bukan sogokan.

“Ini kerana langkah itu dilihat boleh membantu SPR dalam usahanya meningkatkan peratusan keluar mengundi pada PRK esok,” katanya.

Datuk Wan Ahmad mendakwa pemberian wang tambang pengangkutan itu boleh disifatkan sebagai pemb erian sogokan bagi tujuan membeli undi.

“Perbuatan tersebut menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” dakwanya.

Bagaimana pun pada Majlis Jamuan Makan Malam anjuran Puteri Umno di Batu Sapi, Sabah baru-baru ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa sukar dibuktikan sama ada bayaran RM20 yang ‘ditaburkan’ pada majlis itu bertujuan membeli undi.

“Ini kerana dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan,” katanya.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Batu Papan, Dun Galas dekat sini baru-baru ini pula didakwa menyampaikan sumbangan RM300 kepada warga emas.

Majlis itu turut dihadiri Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abd Ghani.

Utusan Malaysia pada 28 Oktober 2010 (halanan 3) menyiarkan Timbalan Presiden Umno itu ketika mengunjungi Alias Junoh yang mengidap penyakit batu karang meninjau keadaan rumah warga emas itu di Kampung Batu Papan.

Beliau pada masa itu didakwa menghulurkan wang sebanyak RM300 kepada Alias dan dua rakannya pada kunjungannya. -Hrkh

PRK Galas : Memalukan !!! Program Mereka Gagal,Umno Cuba Ganggu Program Pas


Ceramah Umno yang hanya dihadiri 12 orang cuba mengganggu program Pas

Satu program kerajaan negeri yang telah diurusetiakan oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan iaitu "Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda" pada malam semalam telah dicemari gangguan oleh pihak UMNO.

Mereka secara tiba-tiba memasang lagu-lagu patriotik termasuk lagu UMNO serta mengadakan ceramah di dalam sebuah rumah kedai yang betul-betul berhadapan dengan khemah program kerajaan negeri.

Ketika para penduduk mula membanjiri kawasan program kerajaan negeri, pihak UMNO sengaja memasang lagu-lagu mereka dengan kuat. Walau bagaimanapun, lagu-lagu tersebut diberhentikan sebaik sahaja pihak penganjur program mula memasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebaik selesai ucapan daripada Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS Pusat, sekali lagi mereka memasang lagu-lagu patriotik dengan kuat.








Pihak urusetia tetap meneruskan tayangan filem "Ketika Cinta Bertasbih 2" dan cuba untuk menguatkan sistem audio.

Tiba-tiba, pihak UMNO memulakan ceramah kempen di premis berkenaan yang hanya ditonton oleh 10 orang penyokong UMNO. Mereka meninggikan suara dan berceramah dalam nada bertempik bagi melawan tayangan yang sedang berlangsung.

Kelihatan sebuah van dan kelengkapan audio yang besar dan gah seolah-olah mahu mengadakan program yang besar dan hebat, sebaliknya hanya dihadiri oleh penyokong yang terlalu sedikit bilangannya.

Kedengaran dalam ucapan salah seorang penceramah mereka berkata bahawa pihak mereka mendapat maklumat program kerajaan negeri hanyalah BBQ sahaja dan bukannya melibatkan tayangan filem sedangkan sepanduk-sepanduk yang digantung oleh pihak urusetia jelas tertera perkataan "Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda"

"Biasa la musim pilihan raya ni bertembung program, masing-masing mahu berkempen," kata pihak UMNO.

Kelihatan juga 2 orang penyokong UMNO yang mengangkat 2 pembesar suara ke atas bumbung van dengan tujuan menghalang audio tayangan filem yang sedang berlangsung.



Para penonton tetap tidak berganjak dan meneruskan tontonan filem. Sesekali kelihatan para penonton bangun dan berpaling ke arah premis berkenaan dengan riak muka yang geram dan tidak puas hati kerana mengganggu perhatian mereka terhadap filem yang sedang ditonton.

"Akak tak tahu pun tentang ceramah UMNO akan diadakan di sini malam ni, yang akak tahu ada tayangan filem dan BBQ. Nampak sangat ceramah ini tidak dirancang awal sebaliknya sengaja diadakan bagi mengganggu program kerajaan negeri," kata salah seorang penduduk yang turut serta menonton filem yang ditayangkan apabila ditanya oleh pihak kami yang berada di sana mengenai ceramah yang diadakan oleh pihak UMNO.

Seorang lagi penduduk kampung ketika diminta memberi komen terhadap apa yang sedang berlaku mengatakan bahawa UMNO seolah-olah mahu menumpang program PAS yang nyata mendapat sambutan yang jauh lebih baik. Mereka seolah-olah berceramah kosong yang hanya banyak mengutuk dan memperlekehkan PAS.



Mereka memainkan isu yang mana segala pembangunan dibuat oleh UMNO. Hal ini jelas menunjukkan mereka tidak faham bahawa pembangunan itu adalah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah bukannya parti.

Salah seorang penceramah mereka melaungkan "4 Oktober ni undi???" lantang dijawab oleh penyokong-penyokong PAS yang sedang menonton tayangan filem, "undi Bulan".

Tidak lama kemudian, Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke tempat program dan meminta pihak Umno beredar kerana ceramah tersebut tidak mempunyai permit.

Mereka mengakhiri ceramah yang tidak mendapat sambutan itu dengan 3 kali laungan "Hidup UMNO" dan 1 kali laungan "Mampus PAS". Dalam masa yang sama di luar bangunan kedai tersebut, kedengaran laungan takbir oleh ratusan penyokong PAS yang sedang menonton tayangan filem.

Tayangan filem islamik yang hebat daripada Indonesia itu diteruskan sehingga habis dalam keadaan yang kembali aman dan tenteram. - n45galas.pas.org

Provokasi menjelang hari pengundian

Gambar Asal



oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

Terkini 3 Nov 2010 - Angkara siapa ??? Hasil tinjauan awal Team IT Pemuda Dun Sura yang baru sahaja menjejakkan kaki di PRK Dun Galas pada jam 1 pagi 3 November 2010.

Tidak pasti samada perkara ini sudah lama atau baru sahaja berlaku.Yang penting kita sama-sama berkongsi cerita-cerita asam garam di Pilihanraya Kecil Dun Galas ini.Secara logiknya tentulah didalangi pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan pemasangan kain rentang ini.

Tanpa menuduh mana-mana pihak, perbuatan tidak bertamaddun ini amatlah dikesali disaat pihak lawan melaungkan kononnya kempen secara persahabatan.

Undi Dr. Zul bermakna undi Tok Guru

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Hatta Ramli menegaskan bahawa undi yang akan diberikan kepada calon PAS amat penting kerana ia berkait rapat dengan kepercayaan kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Satu undi yang diberikan kepada calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamad merupakan satu undi juga diberikan kepada Tok Guru Nik Aziz", tegasnya.

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kelantan selama ini membolehkan kerajaan Kelantan yang ditadbir dibawah kepimpinan Tok Guru dan PAS boleh bertahan sehingga 20 tahun walaupun banyak rintangan dan cabaran yang dihadapi terutamanya dari Barisan Nasional (BN) di peringat pusat.

Calon yang dikemukakan oleh PAS untuk bertanding di DUN Galas untuk pilihan raya kecil kali ini merupakan calon yang tepat dan mempunyai kreadibiliti yg baik.

Menurut beliau yang juga Bendahari PAS Pusat, beberapa manifesto calon yang dikemukakan telah disetujui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Antaranya manifesto atau tawaran yang dikemukakan oleh Dr. Zul yang diterima oleh Tok Guru adalah Menubuh Urusetia Hal Ehwal Orang Asli.

Ini menunjukkan bahawa walaupun calon PAS belum memenangi pilihan raya di DUN Galas, beliau telah pun mengemukakan cadangan dan idea yang bernas yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat Galas sekaligus rakyat negeri Kelantan dan ia dtelah dipersetujui oleh Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Dr. Zul nyata seorang yang profesional dan dapat menggunakan ilmu perubatannya untuk memberi manafaat kepada masyarakat setempat" terutama kata beliau.

Beliau yang sudah mengenali Dr. Zul sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, yakin bahawa calon PAS itu dapat melaksanakan tugas dan janji beliau sekiranya memenangi pilihan raya kecil ini.

Apakah SPR Hendak Menipu, Ubah Pengiraan Ke Pusat Penjumlahan?

PAS beri SPR amaran, kira undi Orang Asli di pusat mengundi

GUA MUSANG, 2 Nov – PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli – yang mempunyai 924 pengundi – tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

Ia akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu esok iaitu sehari sebelum pengundian diadakan.

Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, bantahan itu akan dibuat esok melalui peguam.

“Sekarang peguam kita sedang buat persiapan terakhir untuk buat bantahan kepada SPR.

“Bantahan ini kerana kita melarang SPR bawa pulang kertas undi dari empat kawasan Orang Asli itu.

“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya PAS DUN Galas di sini petang tadi.

Menurut Abdul Fatah, SPR tidak memaklumkan perkara itu kepada pihaknya terlebih dahulu.

“SPR tidak beritahu empat peti undi itu akan dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi sebelum dikira.

“Sebelum ini (2008) undi ini dikira di sana terlebih dahulu, kali ini ia berbeza di mana ia akan dikumpulkan di pusat pengumpulan (kertas undi) pula.

“Kita ambil keputusan ini kerana bimbang semasa ia dibawa dengan helikopter, apa sahaja yang boleh berlaku.

“Lagipun pemerhati kita tidak berada bersama, jadi peluang penipuan itu masih ada,” katanya.

Tambah Abdul Fatah, sekiranya SPR menolak bantahan itu pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

“Kita akan buktikan kesungguhan kita dalam perkara ini dan sekiranya SPR menolak kita akan membawanya ke mahkamah,” katanya.

Kata beliau, pihaknya beranggapan sekiranya kertas undi itu tidak dikira di tempat mengundi, tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

“Undi-undi dari empat kawasan itu mesti dikira di pusat pengundian masing-masing,” katanya.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .