Ikuti Blog ini
Bakar Quran: DAP kutuk, PAS kata Allah laknat ,Ahad, September 12, 2010 at 12.9.10,
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dauk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama para pemimpin Islam dan bukan Islam negara membantah keras cadangan paderi yang pernah dibuang oleh gereja Jerman kerana sikap Islamophobianya.
Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.
Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.
“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa," katanya.
DAP, dalam satu kenyataan akhbar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengutuk sekuat-kuatnya rancangan tersebut dan berpendapat bahawa rancangan tersebut akan menyemarakan lagi kebencian dan keganasan di kalangan orang yang berbeza kepercayaan agama, bukan sahaja di Amerika, malah di negara-negara lain.
“DAP menentang apa jua bentuk permusuhan, jenayah, perkauman dan tindakan melampau agama sama ada ia dilakukan di tanah air sendiri mahupun antarabangsa.
“Kami memilih untuk berdialog, rundingan dan debat daripada keganasan dan pelampau,” kata Lim dalam kenyataannya sambil menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mengutuk yang dilabelkannya sebagai ‘gila dan merbahaya’ untuk mencemarkan naskhah kitab suci al-Quran.
Cadangan membakar al-Quran ini dipercayai tercetus apabila masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu, malah cadangan mereka disokong Presiden Barack Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sendiri.
Namun, para pemimpin Republican termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin telah menentang habis-habisan idea tersebut dan para pengkritik mengatakan kehadiran bangunan Islam berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat.
Meskipun menerima tekanan hebat daripada White House, Presiden AS Obama Barack dan Setiausaha Negara AS Senator Hillary Clinton untuk membatalkan hasrat membakar al-Quran, Pastor Terry Jones, 58 dilaporkan masih berdegil untuk meneruskan niatnya yang didakwa bertujuan untuk memberi pengajaran kepada puak pelampau Islam bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan karenah mereka.
“Beliau tersalah anggap pokok itu ialah hutan. Rancangan beliau tidak logik dan ia bukan sahaja akan mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, malah turut menjauhkan umat Islam yang sederhana selain turut merosakkan imej agama Kristian yang mengajar pengikutnya tentang keamanan dan sikap menghormati semua kepercayaan,” tegas Guan Eng sebagai reaksi kepada ‘kedegilan’ Tery Jones.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang terus menyifatkan bahawa ilham untuk membakar al-Quran, kitab suci yang menjadi rujukan berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, adalah melampau dan tidak dapat diterima dan Amerika seharusnya mencegah cadangan untuk membakar kitab suci berkenaan daripada berlaku agar tidak membangkitkan sentimen di kalangan umat Islam terutama ketika mereka sedang menyambut Aidilfitri.
“Cara yang lebih sempurna bagi memperingati serangan September 11 ialah ‘adalah untuk menawarkan perpaduan dengan mereka yang terkena kesan serangan dan berdoa untuk mereka" dengan memastikan bahawa itu tidak akan pernah diulang lagi’” cadang Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sambil menyatakan keyakinannya terhadap masyarakat Kristian dan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan di negara ini akan mengenang mereka yang terkorban di tragedi September 11.
“Kita juga harus mengukuhkan keazaman untuk membanteras pengganas dan aktiviti keganasan yang dilakukan atas nama keagamaan.
“Semoga bulan-bulan suci iaitu Ramadan dan Syawal akan membawa bersama keamanan, kegembiraan serta rasa mencintai di kalangan kita semua,” katanya.
Dalam satu perkembangan lain, Pemangku Counselor Politik Kedutaan AS, Jeremy Nathan di Malaysia telah mengirimkan satu email kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai tanda terima kasih kerana telah sudi menerima panggilan beliau untuk mengulas pendirian AS mengenai rancangan membakar buku al-Quran.
Menurut Jeremy, Nasharudin dan Dr Dzulkefly Ahmad telah memintanya untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada kerajaan AS mengenai pendirian mereka terhadap rancangan tersebut.
“Pada saat ini, kami masih tidak mempunyai kenyataan rasmi, kerana masih dalam proses penyediaan. Namun, pejabat kami telah mengumpulkan koleksi kenyataan dari para pemimpin kerajaan AS mengenai hal ini. Diharap ia memadai buat waktu ini,” jawab beliau dalam emel tersebut.
Dalam emel tersebut, beliau telah memaparkan kenyataan-kenyataan antaranya daripada Peguam Negara AS, Eric Holder dan Setiausaha Negara AS Hillary Clinton.
“Kita duduk bersama pada waktu makan setelah berita hari ini membawa laporan bahawa seorang pastor yang memimpin gereja di Gainesville, Florida, merancang untuk membakar kitab suci Al Qu’ran pada September 11. Saya begitu bersemangat dengan kutukan yang jelas, kutukan tidak berbelah dari pemimpin berbagai agama dari Kristian Evangelical, dari Rabbi Yahudi, serta dari pemimpin sekular terhadap tindakan terkutuk yang memalukan ini. Komitmen kami kepada toleransi beragama bermula dengan pernubuhan negara ini,” Hillary dipetik sebagai mengutuk tindakan melampau tersebut di satu jamuan iftar di Washington DC. -Hrkh
Jika UMNO Jujur, Tahan Ibrahim Ali Bawah ISA , at 12.9.10,
Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara
Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.
Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.
Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.
”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,"kata Anwar
Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.
”Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara”, kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.
Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.
Seorang pengkomen di blog GB menyatakan PERKASA lebih kurang macam Makkal Sakhti. Ditubuhkan oleh UMNO kononnya untuk perkukuhkan BN. Apa yang terjadi ialah kedua-duanya bakal menjadi peruntuh bukan pengukuh.
Yang kedua, ialah peranan Najib yang umum mengathui, sepertimana di dalam tindakan-tindakan yang banyak seperti pembelian wakil rakyat PR menjadi ahli UMNO dan Bebas, Najib ibarat baling batu sembunyi tangan. Begitu halnya penubuhan Makkal Sakhti dan Perkasa. Sekali lagi lontaran batu Najib kali ini melantun balik ke arah mukanya.
Ketiga, jika benar Najib dan UMNO membantah gagasan Perkasa, apa lagi ditunggu, ISAkan saja Ibrahim Ali. ISA ditentang hebat oleh PR, tetapi UMNO mempertahankannya konon di atas dasar keselamatan negara. Ternyata Ibrahim Ali dan Perkasanya berserta pencacai seperti Utusan telah banyak dan sentiasa memainkan api perkauman di negara ini. Mengapa ISA tidak digunakan? Apakah ISA hanya digunakan terhadap pembangkang? -GB
Umno Sudah Lama 'Membakar al-Quran'?? , at 12.9.10,
Oleh Ustaz Satiful Bahari Mamat
Hasrat Paderi Terry Jones untuk membakar al-quran ditarik balik apabila timbulnya desakan seluruh dunia termasuk kecaman dari negara-negara muslim untuk membatalkannya. Obama dan juga panglima pasukan AS di Afghanistan, Jenderal David Petraeus menyebut tindakan tersebut membahayakan nyawa tentera US di Amerika dan rakyat Amerika diseluruh dunia. Hillary Clinton juga menyebut rancangan itu "memalukan". Bahkan ia dikutuk juga oleh Vatican sendiri.
Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010. Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam.
Gereja Gainesville menjadi berita kontreversi tahun lalu setelah mengatakan, "Islam adalah setan”. Kini paderi yang sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu. Gereja yang dianggotai 50 orang ahli itu turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa ‘Islam is of the evil’.
Negara yang dikatakan tidak boleh mengambil tindakan kerana Negara tersebut sebagai Negara demokrasi dan mengutamakan kebebasan beragama dan hak bersuara itu boleh menggundang perbalahan agama apabila adanya pihak yang tidak tahu menghormati kitab suci agama lain. Muhammad Musri, imam yang memimpin komuniti muslim setempat, Islamic Society for Central Florida, hadir ketika Jones menyampaikan pernyataan dan kemudian memasuki gereja untuk berbincang dengan paderi tersebut dan kemudiannya membuat kenyataan menarik balik hasrat gereja beliau untuk membakar al-Quran esok hari.
Sementara itu warga Afghan pernah berdemontrasi atas penghinaan tentara penjajah di Afghanistan yang membakar Al Qur’an. Sekitar 300 demonstrator mengadakan demo pembelaan terhadap Al Qur’an yang dihinakan para pasukan penjajah di Afghanistan. Namun aksi pada 26 Oktober 2009 tersebut dibubarkan polis setelah mula timbul kekerasan. Ia berlaku setelah diberitakan bahwa sejumlah tentera Amerika membakar mushaf Al Quran selama operasi menentang pejuang Taliban di wilayah Wardak, Selatan Kabul, awal bulan ini.
Bayangkanlah kalau pembakaran al-Quran benar-benar terjadi ia akan menggamit tentangan umat Islam diseluruh dunia. Dalam masa yang sama tindakan bodoh paderi tersebut sebenarnya akan mendetik hati penduduk dunia untuk mengenali al-Quran dengan lebih jelas.
Sementara itu Muslim di Kanada mengambil tindakan dengan membahagi-bahagikan Alquran secara percuma untuk menyebarkan pesan kedamaian Islam kepada masyarakat di Kanada dan Amerika Syarikat. ”Kita membuat langkah proaktif dan kami berharap ini akan memiliki respon positif. Banyak orang memusuhi Islam karena ketidaktahuan mereka tentang agama ini.
Jika mereka mendapatkan kesempatan untuk membaca Alquran, yang merupakan keajaiban dari Allah SWT, pasti ini akan mengubah pikiran mereka,” kata Kapoor yang merupakan anggota dari Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA) melakukan itu untuk menjawab ‘Gerakan Hari Membakar Alquran’ yang dicetuskan geraja di Gainesville, Florida itu.
Ingatlah Al-Quran itu milik Allah Swt. Dia pasti menjaganya. Ianya merupakan kitab suci dan mukjizat Rasulullah Saw. Firman Allah:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Kami yang menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang memeliharakannya” Surah al-Hajr: 9
Betapa banyak perancangan musuh yang dendam dengan al-Quran yang mereka gagal untuk berhujjah dengannya mengambil sikap memusuhi anugerah Allah yang hebat yang dikurniakan buat manusia iaitu Kitab petunjuk dan pedoman buat Insan. Apapun kita tetap yakin dengan apa yang difirmankan :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ . هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (Surah as-Saff: 8-9
Tindakan mereka ini akan terus melonjakkan kemasukan Islam di bumi Amerika & Eropah khususnya. Semakin banyak mereka menekan Islam & al-Quran semakin ramai orang mendekatinya, I’Allah.
Yang kita hairankan bagaimana rakyat Malaysia yang merasakan marah dan membantah usaha orang kafir untuk membakar al-Quran tetapi pemerintah peninggalan penjajah, UMNO-BN yang tidak melaksanakan ajaran-ajaran al-Quran mereka boleh bersekongkol dengannya.
Apa makna al-Quran kepada UMNO. Ia dianggap sebagai kitab suci, kitab azimat semata. Kitab yang dimusabaqahkan dan sebagai hantaran mas kahwin. Hukum-hakam, undang-undang, larangan riba, pendidikan rabbani, larangan sosial dan sebagainya tidak diendah dan dipedulikan.
Hakikatnya UMNO-BN sendiri sudah 'membakar' al-Quran semenjak tahun 1946 apabila tertubuhnya UMNO itu menjadi tali-barut penjajah dan terus menegakkan undang-undang dan peraturan penjajah sehingga kini. Bangkitlah rakyat Malaysia. Kita hidupkan kembali roh al-Quran yang telah dibakar jiwanya oleh pengkhianat UMNO-BN.
Baca dari Sumber