Ikuti Blog ini

Pengundi Cina kata rahsia tetapi ramai pilih PKR

Dalam tinjauan terbaru di kalangan pengundi Cina di Hulu Selangor enggan memberitahu adakah mereka akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan atau calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, kata beberapa pengundi di pekan Kuala Kubu Baru majoriti mereka sudah menetapkan pendirian dan telah ada calon yang akan diundi Ahad ini.

"Tetapi jika kamu tanya, mereka tidak akan memberitahu calon yang akan dipilih itu. Mereka terus kunci mulut sehinggalah hari mengundi.

"Ini saya nak beritahu awak. Ramai pengundi Cina yang dulu sokong BN akan berpaling kepada PKR.

"Majoritinya akan undi calon PKR kerana kelihatan lebih layak dan bijak. Dia menepati kehendak pengundi Cina," kata seorang peniaga di sini semalam.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata, ramai pengundi Cina lebih cenderung untuk mengundi Zaid walaupun dia bukan orang tempatan. "Saya tidak perlu undi Cina" – Palanivel

Menurutnya, orang Cina tidak suka kepada calon MIC itu kerana bekas ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk G Palanivel pernah memberitahu beliau tidak memerlukan undi orang Cina dalam kempen pilihanraya umum yang lalu.

"Walaupun Datuk tidak bertanding dan calonnya orang baru tetapi orang Cina tetap marah kepada MIC.

"Sampai sekarang kita ingat kata-kata Palanivel itu. Sekali kata tidak mahu, kami tidak undi parti itu lagi," katanya.

Seorang lagi pengundi Cina yang juga kakitangan kerajaan berkata, orang Cina merupakan masyarakat yang bebas dan merdeka.

Katanya, ini bermakna mereka tidak terikat dengan bantuan kerajaan sebagaimana kaum lain. -FMT-GB

Al Kisah Cium Tangan Dan Shahidan Kassim






haha..shahidan kassim kot yang suruh en kamal cium tangan..

cium untuk dapat projek kot?
haha

7,000 petugas PAS berkempen bantu Zaid


PAS telah menambah kekuatan jentera mereka kepada 7,000 orang untuk meningkatkan kempen membantu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang tinggal tiga hari lagi. Jumlah itu bertambah 5,000 orang berbanding dengan 2,000 petugas pada awal kempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Pengarah Operasi pilihan raya kecil PAS, Jamaludin Alias (foto) berkata, petugas itu kini ditempatkan di kesemua 47 unit peti undi di seluruh Hulu Selangor. Menurut Jamaludin berkata, pihaknya menggiatkan pendekatan 'hati ke hati' dalam kempen yang cuma berbaki tiga hari.

Katanya, kaedah kunjungan rumah ke rumah itu lebih berkesan kali ini, berbanding dalam sewaktu pilihan raya umum. Dalam kunjungan tersebut, tegasnya, jentera parti ditugaskan untuk menjelaskan kepentingan menghantar Zaid ke Dewan Rakyat. "Kita tidak nafikan tiga DUN di Hulu Selangor dikuasai BN, tapi suara rakyat perlu ada di parlimen," katanya.

Jamaludin berkata, sokongan masyarakat majoriti Melayu di situ dijangka meningkat sehingga 40 peratus berbanding 27 hingga 28 peratus di Hulu Bernam, melalui kaedah tersebut. Ditemui di markas induk PAS di Kampung Keliang, Hulu Selangor hari ini, Jamaludin bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa parti itu telah mengambil alih kempen daripada PKR.

Semangat setiakawan Menurutnya, PAS sekadar membantu jentera PKR dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Jamaludin berkata, jentera PAS hanya membantu PKR kali ini dalam semangat setiakawan parti tersebut dalam Pakatan Rakyat. "PKR mengetuai kempen sebab (calon parti) mereka yang bertanding. PKR mampu mengendalikan jentera mereka," katanya.

Sementara itu, beliau turut ditanya mengenai rungutan beberapa petugas PAS yang ditemui Malaysiakini sebelum itu. Petugas parti berkenaan, yang enggan dinamakan, mendakwa wujudnya perpecahan di kalangan jentera PKR ekoran tindakan bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat keluar parti dan menyertai Umno Isnin lalu. Jamaluddin enggan mengulas perkara itu, namun menjelaskan, bahawa bahan kempen pilihan raya tetap dibekalkan oleh PKR.

"Bahan kempen dari PKR termasuk risalah dan poster, dia (PKR) yang uruskan," katanya sambil menambah mereka hanya membantu menyediakan bahan kempen tambahan seperti akhbar Harakah.-M'kini

Perutusan Mursyidul Am Untuk Pengundi Hulu Selangor

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),



Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , “sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa.

Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati.

Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Harapan Baru Malaysia
*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

Anwar DIheret Ke JK Hak Dan Kebesan. MP Pakatan Keluar Dewan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan selepas usul mengenainya didebatkan oleh lapan ahli parlimen, termasuk ketua umum PKR itu.

Usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan selepas lima minit ucapan Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas). Ahli parlimen pembangkang yang membantah keputusan itu bertindak keluar dewan.

Sebelumnya MP Gombak Azmin Ali menyatakan usul itu, yang dibentangkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz, adalah silap kerana ia telah terlebih dahulu menghukum Anwar bersalah.

“Dewan telah pun menghukum Anwar untuk merujukkannya ke JK Hak dan Kebebasan, berdasarkan usul itu,” kataAzmin.

“Bagaimana JK itu bolhe bertindak bebas dan tidak berat sebelah apabila terma rujukan usul berkenaan tidak jelas?” tanya beliau.

Azmin menyatakan usul itu tidak adil dan beliau turut mempertikaikan mengapa dokumen yang dibekalkan oleh Anwar dalam penjelasannya kepada Parlimen sebelum ini tidak disiasat.

Azmin menuduh kerajaan Malaysia sebagai budak suruhan Apco - firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington yang diupah oleh kerajaan Malaysia dan juga Israel.

Katanya, Anwar dihukum oleh usul tergesa-gesa yang dibuat mengikut telunjuk tuan mereka Apco-Israel.

Azmin melahirkan kebimbangannya mengenai keselamatan negara dan katanya Umno cuba menutup pembabitan sebenar Apco berhubung apa yang dikemukakan oleh Anwar.

Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) sebelum itu telah menyatakan di dalam perbahasan mendakwa usul ke atasnya itu "cacat" kerana ia bermotifkan politik.

"Hukum saya. Pecat saya. Penjarakan saya. Saya tidak akan mengalah," katanya.

Nazri, ini masa kamu. Oklah. Ampulah Najib untuk pertahankan jawatan menterimu sementara terdaya olehmu. -GB.

Scorpene: Tubuh Suruhanjaya Khas, Najib diminta cuti


KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Khas ditubuhkan segera bagi menyiasat pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis.

Ianya berikutan pendedahn terbaru media antarabangsa Asia Senttinel yang mendakwa Pejabat Pendakwaan Paris sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu yang melibatkan syarikat Malaysia.

Dua orang pendakwa iaitu Hakim Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin dilaporkan sedang menjalankan penyiasatan kemungkinan terdapat elemen rasuah dalam kes pembelian tersebut.

(Gambar: Mahfuz dan Firdaus Jaafar melihat replika kapal selam Scorpene)

Siasatan itu dibuat setelah peguam yang dilantik Suaram memfailkan kes tersebut pada 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010 ke Pejabat Pendakwaan Paris.

Bercakap kepada pemberita pada pameran Defence Services Asia 2110 di PWTC siang tadi Mahfuz berkata, suruhanjaya itu penting bagi memulihkan kembali kredibiliti Malaysia di mata antarabangsa.

Selain itu, beliau turut menggesa Najib bercuti sepanjang siasatan dijalankan.

"Saya minta satu suruhanjaya penyiasatan khas ditubuhkan, dan saya minta perdana menteri mengambil cuti sepanjang penyiasatan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Malaysia membeli kapal tersebut daripada Syarikat Amaris iaitu anak syarikat kepada DCN France melalui syarikat Perimekar Sdn. Bhd pada tahun 2002, iaitu semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Perimekar dikatakan mendapat komisyen sebanyak Euro 114 juta kononnya untuk kerja-kerja koordinasi dan khidmat bantuan.

Jumlah tersebut adalah 11 peratus daripada harga belian kapal-kapal selam tersebut.

Menurut Mahfuz, Perimekar pada asalnya dipunyai oleh KS Ombak Laut Sdn. Bhd yang dipunyai oleh Abdul Razak Baginda yang dikenalpasti rakan karib kepada Najib.

PAS mempersoal tindakan kerajaan Malaysia membeli pesawat Aermacchi MB339C dari Itali dengan harga jauh lebih tinggi berbanding dibeli oleh negara Eritrea.

Beliau juga memberitahu, Malaysia membeli lapan pesawat itu tanpa enjin dengan harga Euro 88.8 juta iaitu kira-kira Euro 11 juta sebuah bersamaan RM45 juta.

Sedangkan negara Eritrea, katanya membeli pesawat sama hanya dengan harga US8.8 juta iaitu kira-kira RM20 juta sebuah yang baru dan lengkap dengan enjin.

"Eritrean Air Force membeli pesawat sama dengan harga USD8.8 juta dengan enjin, kita beli tanpa enjin dengan harga RM45 juta," katanya kepada pemberita sewaktu melawat pameran Defence Services Asia 2110 di PWTC siang tadi.

tambahnya, Malaysia sebelum ini menggunakan satu lagi pesawat iaitu Aermacchi MB339AM untuk kegunaan latihan bagi pemandu jet pejuang.

Pesawat tersebut menggunakan teknologi 50-an buatan United Kingdom dan telah diguna sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanapun ianya sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan tersebut, namun enjinya akan digunakan untuk pesawat Aermacchi MB339C yang dibeli tanpa enjin.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat dan satu suruhanjaya khas perlu ditubuhkan," katanya.-Hrkh

Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.

Anwar berkata tidak pernah dalam sejarah tanahair, Kuala Lumpur berlutut kepada Amerika Syarikat, mengkhianati negara Islam mahupun menaungi unsur-unsur penjajah tanah Palestin, namun ianya berubah dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Kamu boleh hukum saya, tetapi kamu tidak boleh lari dari fakta. Jawatankuasa Kira-Kira Awam sendiri pernah membangkitkan kembimbangan terhadap APCO," tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO. Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini mengesahkan perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.
"Jika benar APCO tidak mempunyai pengaruh, bagaimana mungkin dasar luar negara kita bertukar mendadak?" kata Anwar dan menambah, "saya tidak pernah menafikan hubungan saya dengan Amerika Syarikat, tetapi saya bertegas dalam isu Afghanistan."

"Dasar kita terhadap Iran menunjukkan betapa lemahnya kita. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah berganjak dalam soal Afghanistan dan Palestin," katanya.
RAKYAT MARHAEN

Gambar: Fariz Dan Geng AMK Dalam Penjara K.Kubu Baru



Fariz dan skuad AMK ditahan dilokap polis MahMaj Kuala Kubu. Mereka akan direman 4 hari kerana turunkan poster BN yang fitnah.

Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel

KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pro-Israel berdasarkan tindakan mereka menghentikan bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran.

Kamarudin berkata, tindakan Malaysia itu seolah-olah menyokong Israel yang telah lama memusuhi Iran.

"Ini membayangkan pentadbiran negara hari ini seolah-olah sudah duduk dalam blok negara-negara yang menyokong Israel kerana Israel sebenarnya memusuhi Iran, dan hanya Iran sahaja yang menjadi ancaman kepada Israel," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tindakan itu sekaligus membuktikan bahawa perjanjian kontrak Malaysia dengan APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran Malaysia turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran.

"Kita kecewa dengan tindakan ini kerana seolah-olah mahu membawa negara ini kepada menyokong negara yang kejam (Israel) yang diketahui akan kerakusan mereka membunuh rakyat Palestin," katanya.

Ujar Kamarudin, akibat rasa terancam dengan pembangunan tenaga nuklear Iran, Israel menggunakan Amerika Syarikat untuk mengumpulkan kekuatan mencari sokongan menekan Iran.

"Akhirnya hari ini dengan kerjasama yang kononnya erat bersama Amerika, dan hasil lobi yang dibuat APCO, Malaysia berada bersama-sama negara yang menyokong Israel.

"Ini satu yang memalukan kepada kita sedangkan kita sebagai sebuah negara Islam dan menyertai OIC," ujarnya.

Najib mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasolin ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatannya ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran, sebagai tidak tepat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasolin ke Iran untuk menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nuklearnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan Good Morning America (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasolin - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nuklear.

Bagaimanapun Iran menjelaskan, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi kegunaan awam di negara itu. -Hrkh

10,000 Petugas PAS Ke Hulu Selangor Pastikan Kemenangan Zaid



PAS kini giat memaksimakan persiapan hari-hari terakhir kempen pilihan raya, dengan menurunkan 10,000 jentera dari seluruh negara bagi memastikan kemenangan mutlak milik calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, fokus utama kini adalah memaksimakan jentera agar mengukuhkan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan menjelang 25 April.

"PAS pusat sudah bermesyuarat agar kita arahkan seluruh jentera semaksima mungkin bagi memastikan kekuatan Pakatan dan persediaan sebarang kemungkinan,"

"Jentera diturunkan secara berperingkat-peringkat dengan menempatkan diri di unit peti undi. Malah dalam tiga hari terakhir ini kita kumpul maklumat kempen agar tepat mengenai sasaran. Ini komitmen kita agar Pakatan menang," katanya yang ditemui media selepas berucap di Karnival Rakyat di Padang Majlis Daerah Hulu Selangor, Batang Kali malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa pemimpin PAS tidak turun membantu kempen ceramah.

Menurutnya, PAS sentiasa memberi komitmen membantu merencanakan jentera Pakatan sejak awal lagi.

"Dakwaan itu tidak benar kerana sejak dari awal kita telah menurunkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga pemimpin tertinggi yang lain.

“Mungkin kerana Hulu Selangor ini besar seluas Melaka jadi kita terpaksa bertebaran setiap malam untuk berkempen," katanya.

Malah beliau menjelaskan ekoran jadual yang cukup ketat menyebabkannya tidak cukup masa memenuhi jemputan yang ada.

“Saya sendiri baru pergi ke beberapa buah daerah mengundi sahaja kerana jemputan yang begitu ketat selain masa yang tidak mencukupi.Jadi tidak benar sebenarnya mengatakan kita tidak hadir kerana sejak dari hari pertama kita telah ada,” katanya.

Sementara itu, tokoh disegani ramai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka menyampaikan ceramah perdana malam esok.

Salahuddin turut menyifatkan serangan peribadi BN ke atas Zaid tidak akan menambat hati pengundi Hulu Selangor, sebaliknya manifesto calon tetap menjadi perhatian.

“Pengalaman saya selama 30 tahun dalam politik ini, isu-isu yang terlalu peribadi ini sudah lagi tidak mendapat perhatian rakyat.

“Dalam beberapa siri pilihan raya kecil seperti di Kuala Terengganu, Bagan Pinang, Permatang Pasir dan Bukit Selambau, saya lihat isu-isu yang terlalu peribadi sudah tidak lagi menyentuh pengundi.

“Kempen secara peribadi ini rakyat sudah boleh faham, apa yang penting untuk mereka lihat adalah janji ataupun manifesto dan juga mahu melihat apa yang mereka boleh dapat daripada kerajaan,” kata beliau. -FMT

TG Nik Aziz Turun Padang, Dijangka "Swing" Pengundi



Setelah didakwa 'agak lemah' di permulaan kempen, PAS kini kelihatan mula menggempur habis-habisan BN di Hulu Selangor dengan menurunkan tokoh besar mereka TG Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi berkempen untuk kemenangan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.


TG Nik Aziz - mursyidul am parti Islam itu - yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di tanah suci dijadual berada dua hari di kawasan parlimen tersebut mulai petang esok.

Esok, beliau akan memberikan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam.

Manakala pada Sabtu, menteri besar Kelantan itu akan memberikan kuliah Subuh di Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan pada malamnya sekali lagi berceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran tokoh popular itu dijangka memberikan kesan yang besar kepada perubahan mood pengundi di Hulu Selangor di hari-hari terakhir sebelum pengundian dijalankan pada Ahad.

Untung jika pilih Zaid - Husam

HULU SELANGOR, 22 April : Rakyat di Hulu Selangor beruntung jika calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menjadi ahli parlimen mereka, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar).

Husam sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi berkata, dengan adanya seorang wakil rakyat dari pakatan akan mendorong tiga lagi Adun BN di Hulu Selangor bersaing menunjukkan khidmat mereka.

"Sekiranya ketiga-tiga Adun dari BN dan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, kita akan melihat persaingan yang akhirnya menguntungkan rakyat.

"Kalau nakkan satu saluran supaya wakil rakyat kita boleh berhubung dengan pengundi di Hulu Selangor, kita memerlukan seorang wakil rakyat yang terbaik," katanya.

Tambahnya lagi, Zaid jauh lebih berpengalaman dari calon BN, Kamalanathan untuk membela rakyat Hulu Selangor.

Zaid, katanya mampu membawa isu-isu kritikal rakyat ke parlimen kerana pernah menjawat jawatan menteri kabinet sebelum ini.

Beliau memberi contoh isu ISA yang menyebabkan Zaid meletakkan jawatan menteri kerana mempertahan perinsipnya iaitu menentang ISA.

"Kamalanathan adalah wakil rakyat BN dan mustahil untuk seorang wakil rakyat BN untuk mempertikai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kepincangan pengurusan ekonomi negara, angkara Umno," katanya.

Zaid menurut Husam mempunyai kebolehupayaan dan profesionalisme selain tahap pendidikan dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang.

Berbanding dengan Kamalanathan, beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya tentang rekod pendidikan serta profesionalisme calon MIC tersebut

Sehubungan itu, beliau mengganggap Zaid jauh lebih berprinsip serta berkelayakan mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat kelak, berbanding Kamalanathan.

Menyentuh isu royalti Kelantan pula, Husam berkata kerajaan BN lebih mengutamakan syarikat asing yang ada kepentingan Zionis Israel dari rakyat sendiri.

Ianya merujuk kepada pelantikan firma perunding APCO Worldwide yang dilantik kerajaan dalam sektor telekomunikasi negara dengan bayaran RM76 juta.

"Mereka sanggup bayar kepada APCO Zionis Israel RM76 jta tetapi untuk 1.6 juta orang rakyat Kelantan, mereka bayar hanya RM20 juta sahaja," katanya.-Hrkh

P94 Hulu Selangor : Tim Ketua AMK pusat ditahan ketika turunkan baner provokasi

Timb Ketua Pemuda AMK Sdr Faris Musa bersama 5 petugas parti ditahan pihak polis jam 7.30 petang semalam ketika menurunkan kain rentang provokatif BN. Beliau kini berada di Balai Polis Bukit Sentosa.

Ini disebabkan SPR gagal untuk mengambil tindakan tettang aduan yang di buat oleh PR

P Kamalanathan tak pernah ado DEGREE . Penipu punyo MANGKUK

Previously on "P Kamalanathan masuk Islam"

Salam Hulu Selangor. Jiko korang siasat facebook calon MIC P Kamalanathan bagi Kawasan Parlimen P 094, Hulu Selangor, dio ni belajar kek Edith Cowan. Apo namo eh tu?

Click for enlarge. Lihat tanda garis merah tu. Sampai arini si Kamalanathan tak add fb den. YB Fuziah Salleh dio add pulak. Konon Pengarah Strategi Pru PKR nak mengurat dio. Pigi jalan la MANGKUK [link]

Resume P Kamalanathan

Kalau korang cek resume si mangkuk kat link ni, baru jelas dio belajar kek mano.

Click for enlarge. Garis merah menunjukkan si Kamalanathan ni belajar kek ostalia. Luar negeri tu bai

Universiti Australia

Jadi den terus masuk Universiti ostalia tu. Peh poie luar negeri den. Ha Ha Ha. Ini link Universiti ostalia tu [klik link]. Apo laie den terus cari samo ado dio ni ponah belajar kek situ atau tidak. Cari kek seksyen alumni Universiti tu [link].

Click for enlarge. Record not found? [link] Takkan takdo kot. Takpo cubo taip namo den. Mano tahu den ponah belajar kek sini ko. Marin den ponah mengurat budak ostalia maa

Click for enlarge. Ha Ha Ha. Namo Ali banyak tersenarai bai sebagai alumni Universiti ostalia tu. Namo Ali Baganutama je yang tak tersenerai. Hampeh punyo Universiti

Kesimpulan

Yang boleh den simpulkan, si mangkuk ni tak ponah belajar kek ostalia. Jadi si P Kamalanathan ni sudah tipu 1Malaysia. Penipu punyo MANGKUK! Hey, takkan para pengundi di Hulu Selangor nak mengundi seorang penipu. Kalau yang ni dio boleh tipu, apo jaminan dio tak MENIPU para pengundi di Hulu Selangor?

Ali Baganutama
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .