Ikuti Blog ini

Terengganu Runtuh lagi.....1 maut, 4 cedera

Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, petang tadi pada kira-kira pukul 5 petang satu lagi keruntuhan berlaku. Kejadian kali ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

MStar melaporkan seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.

Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).

Sumber gambar : Zulkefli





Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz

KENYATAAN RASMI YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Sidang Media setelah Zambry dan Ganesan tidak hadir.

DS. Nizar didampingi oleh Dato Ngeh dan ADUN PR lain sedang memberi kenyataan media setelah menunggu sekitar sejam. Namun Zambry dan Ganesan tidak juga muncul.
DS. Nizar dan ADUN yang lain bergambar sambil melambaikan tangan kepada rakan media setelah sejam menunggu Zambry dan Ganesan.
DS. Nizar bersama ADUN PR lain yang juga merupakan pimpinan PR Perak sedang menunggu Zambry dan Ganesan seawalnya pada jam 9.00 pagi tadi setelah mereka menghantar surat kepada Gsanesan dan Zambry untuk berbincang supaya menjamin kelicinan perjalan sidang DUN Perak yang akan bermula esok.

-Cina Islam..

Tengku Razaleigh - "Kita tidak mahu 'Malayan Union' kembali"




Ucapan di Majlis Penerangan Royalti Minyak PERAKAN Johor (Persatuan Anak Kelantan) di Parit Raja, Johor.
- Perjanjian Petronas dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Implikasinya,
- Federalisma, Hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut Perjanjian-perjanjian terdahulu ketika Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia di tahun 1948 dan 1963

Sambung Reman S/U Sulit Sultan?

Berita hairan ni memang menghairankan. Biar betul!
Bila pulak Wan Hasihm dilantik Jadi SU Sultan?

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, semalam melanjutkan tempoh reman sehingga hari ini kepada Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang sedang disiasat polis kerana melakukan penyamaran.

Majistret Nor Haslinda Che Seman melanjutkan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, selepas menerima permohonan polis berikutan tempoh reman Wan Hashim berakhir semalam.


Ketika prosiding lanjutan reman itu berlangsung jam 10.30 pagi semalam, Wan Hashim diwakili peguam
bela, Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay serta ahli keluarganya termasuk isteri dan anak turut kelihatan di mahkamah. Bercakap selepas prosiding itu, Gobind berkata, polis memohon lanjutan reman tiga hari lagi tetapi pihaknya memohon disingkatkan kerana Wan Hashim demam.

“Esok (hari ini), sama ada reman beliau dilanjut atau dibebaskan, terpulang kepada mahkamah tetapi kami meminta polis segera siasat kes ini kerana beliau memerlukan rawatan akibat darah tinggi, sakit tulang belakang selain demam.

“Setakat ini difahamkan, anak guam saya berdepan siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Wan Hashim yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ditahan jam 8.40 malam Khamis lalu, di rumahnya, Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini.


Difahamkan, beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung ‘perisytiharan Istana Kelantan’ yang dibuatnya pada 18 Mac lalu di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Antara lain, perisytiharan itu membabitkan larangan sambutan perayaan Hari Keputeraan Sultan Kelantan serta majlis pengurniaan kebesaran. Beliau ditahan susulan laporan polis yang difailkan pegawai kanan kerajaan negeri.

Polis juga menjalankan siasatan terhadap Wan Hashim berhubung ‘Perisytiharan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan’ berhubung pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra selaku Pemangku Raja yang dibuatnya menerusi sidang media di Istana Mahkota pada Khamis lalu.


-sumber

MCA Sudah Tidak Relevan, Walaupun Berjaya Membuat Pemilihan Baru

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/IMG_0332.JPGKUALA TERENGGANU – Parti komponen Barisan Nasional (BN) Malaysia Chinese Association (MCA) sudah terlambat dan sudah tidak relevan dikalangan masyarakat Cina walaupun berjaya membuat pemilihan baru.
Pengerusi DAP Terengganu, Encuk Ng Chai Hing berkata, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan hanya 22% sahaja orang Cina di Malaysia yang menganggap bahawa MCA relevan, berbanding 28% yang berkata "tidak" dan "agak tidak relevan", sementara 45% memilih jawapan "agak" (somewhat) relevan.

(Gambar - Program Lim Guan Eng anjuran Pakatan rakyat Terengganu di kampung Tiong Kuala Terengganu baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat Cina)

”Walaupun berjaya (buat pemilihan) dan melantik Presiden baru, tapi sudah terlambat kerana orang Cina sudah menolak MCA,

”orang Cina Malaysia sekarang sudah sedar, mereka tidak boleh bergantung kepada MCA dan mereka sedar kepimpinan MCA hanya mengejar pangkat dan kekayaan,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Sehubungan itu, beliau yakin Pakatan Rakyat akan dapat memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, DAP Terengganu akan menghantar petugasnya membantu jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan kerusi tersebut kembali ke tangan Pakatan Rakyat.

”DAP Terengganu akan menghantar petugas-petugas parti untuk digerakkan ke Hulu Selangor untuk mmbantu calon Pakatan Rakyat,

”sebelum ini pun kita (DAP) banyak membantu rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya (kecil) dinegeri-negeri lain untuk menang,”ujarnya.

Beliau berkata, pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor adalah sangat penting bahgi pakatan Rakyat kerana ia menjadi pengukur kekuatan Pakatan Rakyat ketika ini

Katanya, sejak beberapa bulan yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah mengasak dan menekan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menang dalam perhitungan di parlimen Hulu Selangor pada pusingan ini.-BO.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .