Ikuti Blog ini

Sarjan TUDM, pengarah syarikat didakwa curi enjin jet F5-E


KUALA LUMPUR: Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM.

N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan keduadua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.

(OK lah...kita dakwa mereka yang mencuri enjin jet tu. Tetapi bagaimana dengan mereka yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan itu sendiri. Tidak adakah mana-mana mekanisme bagi melihat bagaimana kelalaian dan kealpaan sehingga menyebabkan boleh kehilangan barangan yang amat besar dan berharga itu. Akhirnya, MARI KITA LIHAT SIAPA YANG TAK KENAAA....!)




Polis Paris siasat Najib?

NAJIB TUN RAZAK

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.
"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.

Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.

Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .

Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.

Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya. - freemalaysiatoday

Umno raih simpati rakyat isu 'Allah'

KOTA BHARU, 6 Jan: Mengapa pemimpin Umno menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik.

Persoalan tersebut dilontar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah melihat Umno tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut.

“Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik.

"Mereka sanjung perkataan Allah swt tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald ‘The Catholic Weekly’.

Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno sebenarnya ada agenda di sebalik isu tersebut bagi meraihkan sokongan daripada rakyat.
”Kalau mereka mengatakan agama lain, politik lain, maka siapa yang menjaga politik semasa Nabi saw masih hidup dahulu,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa hairan pemimpin negara menyanjung tokoh ulama luar negara, Dr Yusuff Al-Qardhawi sehingga memberi tokoh Maal Hijrah, sedangkan pengikut ulama tersebut di negara ini dikenakan tekanan.

Kata beliau Dr Yusuff Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Al-Daulah begitu marah kepada alim ulama atau tok guru yang tidak berpolitik dalam kehidupan mereka.

"Ini juga pernah berlaku pada zaman Imam Ibn Al-Qayyim di mana beliau mengadu pemerintah pada masa itu membuat peraturan sendiri tanpa merujuk kepada Islam.

“Keadaan itu berlaku kerana alim ulama dan tok guru tidak berperanan dalam politik dan bersifat jumud.
"Raja, sultan atau amir pada masa itu menggubal undang-undang sendiri sehingga menyebabkan berlaku banyak kerosakan,” katanya.

Baru-baru ini Dr Yusoff al Qardhawi dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 pada sambutan yang diadakan pada 1 Muharam lalu.[Harakah]

Projek Kerajaan Barisan Nasional

Tahniah kepada kerajaan umno/BN kerana prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat.




SETIU: Ibarat rumah siap tetapi pahat masih berbunyi, itulah yang terjadi kepada Dewan Bedah Hospital Dearah Setiu apabila ia masih tidak dapat digunakan walaupun hospital yang berharga RM65.8 juta itu sudah siap sejak enam tahun lepas.

Antara masalah yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan termasuk kebocoran bumbung dan masalah hama yang mengakibatkan udara di dalam dewan bedah tercemar sekaligus tidak dapat digunakan untuk pembedahan.

Sebelum ini dewan bedah Hospital Daerah Kemaman dan Besut dilaporkan mengalami keadaan tersebut dan mengambil antara empat hingga enam tahun untuk menjalani proses pembaikian semula sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya.

Keadaan itu memaksa pesakit yang ingin menjalani pembedahan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu lebih 50 kilometer dari sini dan Hospital Daerah Besut yang terletak hampir 60 kilometer.

Sebelum ini difahamkan beberapa kerja pembaikan dilakukan dengan melibatkan kos hampir lebih setengah juta, namun masalah yang sama tetap berulang.

Buat hospital RM65.8 juta untuk bela hama!!! Rakyat kena tunggu, umno akan arahkan tubuh badan siasatan. Siasat kemudian senyap. Tubuh badan atau suruhanjaya siasatan untuk perabis duit rakyat. Hasilnya tarak... dapat hama jugak...

Bagi pemimpin umno ini hal kecil. Mereka kalau sakit mana hendak masuk hospital macam ini, mereka dirawat di hospital swasta. Bil hospital puluh ribu bukan dia orang yang bayar, gomen bayar. Duit gomen tu duit kita, duit rakyat.



Hadian UBN Untuk Rakyat..!

100 billion untuk F1
100 Juta untuk Rosmah dan Permata


Kenaikan 20 Sen untuk Rakyat

Kenaikan harga Minyak

Kemiskinan Tegar untuk diteruskan

"Rakyat DiULUkan Pencapaian DiuTAMAKan"

Peratus kemiskinan terkini Negara menunjukan ia masil lagi di aras tertinggi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3.8 peratus(tidak rasmi) yang membawa jumlah 61,000 keluarga dan isi rumah.Ini jelas menunjukan bahawa rakyat yang ada dinegara kita ini masih lagi didominasi oleh kelompok rakyat yang miskin tegar.Mereka ini hidup diparas kemiskinan yang melampau yang mana ia dilihat sebagai salah satu bukti pengabaian kerajaan dan pimpinan Negara terhadap rakyat.

Jumlah wang yang dibelanjakan kepada pembangunan sukan yang dirasakan tidak sepatutnya didaHULUkan namun diberi KeUTAMAAN hanya kerana ia melibatkan KRONI dan kepentingan mereka sendiri.Akibat dari jumlah besar yang dibelanjakan kepada tujuan yang tidak sepatutnya maka terjadilah kenaikan harga gula yang dilihat sebagai satu lagi projek Kerajaan untuk membebankan Rakyat.Persoalanya apakah Kerajaan tidak tahu yang Rakyatnya sudah cukup terbeban dengan kenaikan harga minya baru-baru ini..?

Hasil tinjauan menunjukan ada beberapa kedai-kedai makan yang mula menaikan harga makanan dan minuman ekoran dari kenaikan harga gula tersebut.Tidak sepatutnya kemarahan itu dilontarkan sepenuhnya kepada peniaga akan tetapi yang sepatutnya dipersalahkan ialah Kerajaan yang mana selepas menggadaikan sejumlah wang demi keseronokan mereka sehinggakan mereka sanggup melihat Rakyat terbeban dan dibebankan.

Peniaga kecil yang diklasifikasikan sebagai rakyat diberi amaran oleh Kerajaan UBN yang ada untuk tidak menaikan harga makanan dan minuman dan apa jua sempena dengan kenaikan harga gula.Nampak bagai tiada apa namun Rakyat dinafikan HAK mereka untuk mendapat sedikit kesenangan akan tetapi bagi mereka,kroni dan syarikat besar yang ada dibiarkan begitu sahaja untuk mengaut keuntungan dan kemewahan berganda.Akhirnya Rakyat yang menjadi Tuan Tanah dijadikan pencacai dan mereka yang kononnya mendahulukan Rakyat,berkhidmat untuk rakyat akhirnya yang dapat merasa empuk kerusi pemerintah dan juga mereka megah berkata "Kami Mendahulukan Rakyat".

Namun ingat Rakyat tidak akan berdiam diri,keluhan rakyat akan terus berbunyi gendang perubahan akan terus dipalu agar rakyat diangkat kembali sebagai Tuan dan mereka yang zalim dan menindas akan kembali kepada asal..Satu nama yang tiada erti..!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .