Ikuti Blog ini

Tiada Lagi Ruang Bersuara Dalam UMNO - Ku Li

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga presiden terawal dahulu.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.

"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," tambahnya lagi.

Turut serta pada sidang media itu dua timbalannya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, ruang tersebut ditutup kerana Umno sekarang ini hanya bergantung kepada satu idea sahaja.

Katanya, sama juga dalam perhimpunan agung Umno, di mana sesiapa ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk perkara yang hendak dibangkitkan, perlu diluluskan terlebih dahulu.

Sambil menyokong pendapat itu Abdul Kadir pula berkata, zaman dahulu sampai ketika Tun Hussin Onn pun, semua orang bebas untuk bercakap namun sekarang tidak lagi.

"Nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.

"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.

Amanah dilancarkan Julai lalu dan sudah dilulus Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu.

Tambah Tengku Razaleigh juga, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil. -Hrkh



111 ahli Umno sertai PAS sempena Idul Adha

KEPALA BATAS, 8 Nov: Seramai 111 orang penyokong setia dan ahli Umno di sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga menyertai PAS sempena Idul Adha tahun ini.

Kemasukan mereka ke dalam PAS juga sekaligus memberikan tamparan hangat kepada Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang sering mencetuskan kontroversi berhubung kemasukan ahli PAS ke dalam Umno di pejabatnya beberapa bulan lalu.

Sedangkan yang menyertai Umno bukannya ahli PAS tetapi mereka ditipu apabila diajak ke satu majlis dan bergambar dengan pemimpin Umno kononnya kecewa dengan PAS kerana tidak membantu ahli.

Borang kemasukan mereka ke dalam PAS yang diketuai oleh bekas Pengerusi Tetap Umno Kota Aur, Mohd Radzi Wahab diserahkan kepada Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein.

Mohd Radzi ketika berucap pada majlis itu kelmarin memberitahu kemarahannya memuncak apabila kepimpinan Umno sanggup memperlekehkan hukum hudud.

Bukan itu sahaja, katanya malahan pemimpin Umno melakukan penipuan, penyelewengan dan memfitnah saudara seIslam demi memuaskan nafsu politik sempit.

"Sejak 24 tahun saya ditipu dan diperdayakan, maka hari ini setelah timbulnya kesedaran hasil nasihat rakan taulan saya menyertai perjuangan yang sebenar. Janji saya biar saya mengakhiri hayat dalam PAS dan bertekad akan membantu meningkatkan syariat Islam bersama PAS," tambahnya.

Rosidi merangkap Penyelaras Dun Penaga ketika ditemui selepas majlis tersebut memberitahu Umno khususnya di Kepala Batas yang ditunjangi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam keadaan goyah setelah Abdullah kemungkinan besar tidak bertanding lagi untuk kerusi itu dalam PRU 13 nanti. -Hrkh

Gambar : Ibadat Qurban Tuan Guru Presiden Pas













Alhamdulillah Tuan Guru Presiden telah menyempurnakan ibadat Qurban sebanyak 8 ekor lembu/kerbau untuk diri beliau sendiri...

Keajaiban Ilahi: Jutaan Burung Perling Buat Pertunjukan Akrobatik Di Udara


Gretna, Scotland - Sekawan burung perling membuat pelbagai bentuk semasa ia terbang pada waktu senja di sini kelmarin.

Burung-burung itu menunjukkan beberapa pergerakan akrobatik yang amat cantik semasa ia terbang bersama-sama bagi mengelirukan burung helang.

Jutaan burung melakukan pertunjukan tersebut di waktu senja sebelum mendapatkan tempat hinggapnya di sebelah malam dan menurut penduduk tempatan ia dapat dilihat setiap tahun yang mana ia menunjukkan tentang bermulanya musim sejuk.

Kumpulan burung ini terbang bersama-sama untuk tujuan keselamatan, dan boleh mencapai kelajuan 20 batu sejam.

Burung-burung ini terbang dengan jumlah yang besar dari Russia dan Scandinavia sebelum bermulanya musim sejuk.

Para saintis hingga kini belum menemui kepastian bagaimana mereka melakukan terbangan sedemikian. Malah algorithma kompleks belum dapat menerangkan aksi akroboatik burung-burung perling ini, sehingga mereka berjaya terbang di dlam satu alunan yang tidak menyebabkan beburung itu berlanggar sesama sendiri.

Namun jumlah burung perling ini dikatakan telah berkurangan dengan begitu besar mutakhir ini, berkemungkinan kekurangan sarang sebagai tempat untuk mereka tinggal. -GB


Firmanullah s.w.t.:




Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di langit? Tiada yang menahan mereka dari jatuh melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. Surah An-Nahl:79



Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bertasbih kepada-Nya sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Semuanya mengetahui cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.. Surah An-Nur:41
 



Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .