Ikuti Blog ini

Hoiii! Kami Penat Cari Tebang Buluh Nak Bagi Hangpa Jadi MP


http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs388.snc3/23708_1393219831783_1270773921_1175226_4627580_n.jpg

Ini keluhan penyokong-penyokong yang kecewa dengan sikap MP Pakatan Rakyat yang keluar parti jadi bebas.

Sapa lagi nak keluaq,nak lompat celaka sungguh,dajjal sungguh itu keluhan pengundi-pengundi di Parlimen Bagan Serai,Parlimen Nibong Tebal dan Parlimen Bayan Baru.Bagan Serai tu majoriti pengundi Melayu kawasan Utara Perak.

Yang mengundi pangkah calon MP Bagan Serai yang melompat tu bukan main penat lagi buat kerja,letih tak terkata ,tak tidoq malam woi nak bagi hang pa diangkat jadi Ahli Parlimen.Yang cari buluh nak pacak bendera,tampal poster ,kempen setengah mampoih tup-tup angin tak dak,ribut tak dak tengok-tengok dah lompat jadi bebas tak dak parti.Memang celaka sungguh ,muka tempek kulit babi ka apa ka.Katanya MP Bagan Serai tu melompat kerana isu 'Kalimah Allah'.Oooo bila keluaq parti pandai sabit-sabit nama Allah pulak.Suluh muka depan cermin tu woiii.

Dah tiga MP Keadilan melompat ni,berapa lagi nak melompat kita pun tak tau.Dalam dok nafi-nafi 3 dah lompat.Yang lompat pula status ahli parlimen.Agenda apa hang pa main ni.Berapa nilai hang pa semua pada Umno?Berapa berapa berapaaa?Nasib baik la hang pa MP-MP ni duduk kat Malaysia kalau hang pa dok kat negeri lain paling kurang teloq ayam kemuruk dah singgah kat muka dah.Tu kira paling kurang tu kalu lebih lagi ingat dah makan nasi pakai wayar dah,silap-silap singgah batu 2.Tapi rakyat Malaysia ni baguih-baguih belaka tak macam negeri lain!

Mana-mana tempat yang MP tu melompat pru akan datang bagi kesan buruk kepada pengundi yang pilih pakatan rakyat.Ada yang dah meluat dengan politik kotor akan menyepi diri, mereka pikir dua kali nak undi parti yang sama kalu parti yang melompat dipilih lagi.

Rileks Jap: Tengok Keletah YB Kita


Agak-agak korang lah mana lagi YB Pas yang fe'el selambanya bersamaan atau dapat menandingi keselambaan YB Sura sorang nih. Aku tabik spring lah kat Ustaz Hassan. Aku amat kagumi dia. Orang ramai baik Melayu atau Cina mengkagumi Ustaz Hassan. Dalam duk sibuk memenuhi jadual padat hariannya, masih sempat round-round kawasan dengan 'kuda besi' pulak tu. Hushhh... malu gua sama Ustaz Hassan...


Setiausaha Politik Kelam Kabut Tarik Balik Laporan Polis

KUALA TERENGGANU – Walaupun berita mengenai Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid, (gambar kanan) mencekik dan menunjukkan pistol benar-benar berlaku, namun sukar untuk media perdana melaporkannya.

Ia adalah kerana tidak ada sebarang catatan yang dikesan dalam ‘sistem laporan polis’ kerana laporan yang dibuat oleh Mad Nizam telah ditarik balik.

Namun, persoalannya mengapa Mad Nizam menarik balik laporan tersebut?


Sekiranya kita melihat kembali gelagat Mad Nizam ketika menerima rombongan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), tidak munasabah Mad Nizam boleh menarik semula laporan polis yang dibuatnya

Pada masa yang sama, beliau menunjukkan pistol tersebut dalam keadaan mempertahankan diri, kerana beliau telah diserang oleh seseorang yang bersenjata (golok).

Malah dilaporkan, ‘siswa yang marah dan geram’ dengan perbuatan Mad Nizam mengeluarkan kata-kata kesat dan ‘mencekik’ lehernya itu, sudah pun menghayun ‘golok’ tersebut kearah Mad Nizam.

”Rupa-rupanya, lesen atau permit menggunakan senjata api Mad Nizam ‘mampus’, sudah luput tarikh, bahkan ia sudah ‘mati’ sejak Mad Nizam tidak lagi menjadi wakil rakyat pada tahun 2008,”kata satu sumber kepada Buletinonline

Justeru, sebab itulah Mad Nizam kelam kabut menarik balik laporan polis dan kemudian berjaya memujuk keluarga siswa tersebut, yang turut menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Sekiranya laporan tersebut diteruskan, sudah pasti cita-cita Mad Nizam untuk kembali bertanding dalam pilihanraya dan menjadi wakil rakyat akan tersejejas.

”Mad Nizam sedang ‘menyesuaikan’ diri dan bercita-cita untuk bertanding di DUN Chukai,”kata sumber tersebut lagi.

Mahkamah Rayuan Ketepi Perintah Arah Khalid Bayar BIMB

Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim melunaskan pinjaman berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad berhubung pembelian saham Guthrie, sembilan tahun lalu.

Pembayaran itu berhubung pinjaman yang dibuat beliau untuk membeli saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Zainun Ali.

Hakim lain ialah hakim Jeffrey Tan Kok Hwa dan Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

"Mahkamah berpendapat di bawah prinsip perbankan Islam, pandangan perlu diambil dari juri Islam berhubung kesahihan urusniaga itu," katanya.

"Justeru, perkara berkenaan perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.

"Sehubungan dengan itu, Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang bertarikh 21 Ogos, 2009."

Mahkamah Tinggi semalam, menetapkan perbicaraan empat hari, bermula 15 Mac ini untuk mendengar saman difailkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap BIMB, yang mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham miliknya dalam Kumpulan Guthrie Berhad.

Pada penghakiman 21 Ogos lalu, Abdul Khalid juga diperintahkan bagi membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam itu berhubung pinjaman yang diambilnya bagi membeli saham Guthrie.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata dia amat berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Katanya, peguamnya telah memaklumkan bahawa peluangnya memenangi kes berkenaan adalah tinggi.




AWAS... Menjelang PRU 13, Semua Blog Pakatan Akan "Lesap"


ASEAN Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.

Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.

Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang, perumahan dan kereta percuma. “Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web.

Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri. “Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.

Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.

Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.

Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu- isu berkaitan agama dan kaum.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman.

Himpunan aman bantah GST di Parlimen 15 Mac





Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Bawa Isu Royalti Ke Mahkamah, Menteri-menteri UMNO Berputar-belit

Bawa Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah Tidak Wajar - Hishammuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari Selasa menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

"Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat sini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pambangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

"Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu lompat parti yang melanda pemimpin dan anggota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menasihatkan agar setiap ahli Umno dan BN supaya tidak terlalu gembira menerima berita itu.

Beliau berkata apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa untuk memerintah sesebuah negeri bukan perkara yang mudah kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

"Apa yang berlaku dalam PKR jangan melalaikan kita...jangan mengizinkan kita leka dalam agenda yang telah kita umumkan pada rakyat.

"Perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk membuat tranformasi dalam parti, ianya tidak bergantung kepada kedudukan parti lawan," kata Hishammuddin ketika mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno, Ahad lepas.

Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu. -- BERNAMA


Nazri cabar Kelantan bawa isu royalti ke mahkamah

KUALA LUMPUR, Dis 8 — Kerajaan PAS Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah... daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.

“Daripada berdoa yang bukan-bukan...minta diturunkan bala ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dilihat lebih berunsurkan retorik berhubung isu tuntutan royati minyak selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada Nov 4 lalu Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan yang bermula tahun depan.

Ditanya apakah kerajaan yakin akan memenangi kes tersebut sekiranya dibawa ke mahkamah, Nazri yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, kerajaan yakin keputusan untuk tidak memberikan royalti adalah menepati kehendak undang-undang tempatan mahupun antarabangsa dan untuk itu beliau yakin kemenangan akan memihak kepada kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan pemimpin negeri Kelantan dan pembangkang bahawa hak royalti minyak Kelantan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar kerana Perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak sahaja.

“Sabah dan Sarawak sebelum ini mendapat 100 peratus daripada hasil minyak yang dikeluarkan dari dalam perairan mereka.

Itu sebelum mereka masuk Malaysia (penubuhan Malaysia).

Tetapi selepas menyertai Malaysia, dua negeri itu terpaksa korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.

“Kita kena hargai pengorbanan Sabah dan Sarawak. Sebab tu kepada dia, kita (kerajaan) kata royalti. Kita perlu hargai pengorbanan yang dibuat ini dengan menjamin hak royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan. Tapi bagi negeri-negeri di Semenanjung, tidak ada minyak ditemui sebelum kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Jadi hormatlah pengorbanan mereka,” katanya.

Berdasarkan faktor tersebut Nazri berkata, beliau cukup yakin yang mahkamah tidak akan sama sekali memihak kepada kerajaan

Kelantan walaupun kes ini dibawa ke mahkamah antarabangsa. Menurutnya lagi, setiap negara berdaulat hanya diberi 12 batu nautika sebagai perairan wilayah. Justeru itu, katanya, apa hak kerajaan negeri untuk menuntut lebih daripada 12 batu nautika.

Berhubung kenyataannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengenai Biro Tata Negara (BTN) yang menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak, malah ada yang mahukan beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, Mohamed Nazri berkata, beliau tetap berdiri teguh dengan apa yang dikatakannya dan tidak perlu meminta maaf.

“Saya berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Saya menteri bagi semua rakyat Malaysia. Rakyat yang mengundi saya sebagai anggota Parlimen adalah daripada pelbagai kaum. Saya tidak boleh bersetuju kalau satu kursus yang peruntukannya begitu tinggi hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja.”

Mohamed Nazri dalam kenyataannya semalam berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa kursus BTN tidak perlu dirombak.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

“Jadi kalau kursus hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja, saya tidak bersetuju dan berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Patriotisme adalah untuk semua. Negara Malaysia ini adalah untuk semua Malaysia,” kata Mohamed Nazri.-MI

Bila Kerajaan Kelantan menyahut cabaran Nazri Abdul Aziz bahawa rakyat Kelantan akan membawa isu royalti ke mahkamah, tiba-tiba Menteri KDN menyelar keputusan rakyat Kelantan itu.

Malah Hishamuddin siap bagi ugutan kepada ADUN-ADUN BN yang menyokong usul dari Kelantan berkenaan.

Rakyat semakin membuka mata menteri-menteri era Najib sebagai PM ini jenis cacamarba. 1UMNO tak dapat diwujudkan dikalangan menterinya sendiri, inikan pula nak wujudkan 1Malaysia.

Lompat Parti : Proses Pembersihan Dalam Pakatan-Mahfuz


Naib Presiden Pas YB Dato' Mahfuz Omar menyifatkan fenomena lompat parti yang berlaku mutakhir ini, terutama yang membabitkan beberapa pemimpin PKR adalah satu proses pembersihan golongan yang tidak jujur dalam perjuangan.Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan pimpinan Pas Kaw. Besut sempena kunjungannya ke Besut.

Menurutnya lagi,Pas juga pernah melalui proses yang sama sehinggakan pernah Presiden dan Naib Presiden Pas melompat menyertai UMNO suatu ketika dahulu.Beliau menyeru para ahli dan penyokong Pas agar tidak memperlekehkan PKR atas apa yang berlaku sebaliknya terus memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT bagi menghadapi PRU yang akan datang.

SENARAI YANG DI KATAKAN KHIANAT

Senarai Pengkhianat PKR

Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.

“Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran “Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran,” katanya.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.

“Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

“Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan,” katanya.

“Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini,” kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.

Senarai Pengkhianat PKR

1. Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)

2. Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar

3. Naib Presiden, Marina Yusof

4. Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak

5. Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

6. Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)

7. Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha

8. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

9. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor

10. Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip

11. Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)

12. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan

Wakil Rakyat Pengkhianat


1. Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim

2. MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng

3. Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,

4. ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,

5. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,

6. ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,

7. ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,

8. ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong

Lain-lain yang bermasalah

1. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,

2. Ahli MPT PKR, Christina Liew (Merajuk dan jawatan)

3. Datuk Zaid Ibrahim (Renggang dengan individu tertentu)

4. Bekas MPT, Zainur Zakaria (Tumpu bidang guaman)

5. Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam (Tiada Ketahanan uji)

6. MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (Tidak memahami perjuangan KEADILAN)

7. MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)

8. MP Indera Mahkota, Azan Ismail (berani menegur parti)

Tafsiran akhbar Cina tentang keluar parti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBzMvhgYShHzEbY5gArGq2BS9W3KKzBZ4m7h7yUm-n3s6YU7WRmAak8V2ic3nrd6Tx3zg2LsJU0U3yZlrb9tdMGRdxThcjlJxWSg1WkxJTymMH_90hyhMTbdLrr9drlcjXiPs5k8NuTkJs/s320/20100302_newspaper_05.JPG


Lim Hong Siang

Krisis "keluar parti" yang melanda PKR baru-baru ini mendapat liputan yang luas di dada akhbar. Berbanding media cetak bahasa Melayu yang menonjolkan masalah kepimpinan PKR secara khususnya, media cetak bahasa Cina sebaliknya, lebih menyasarkan kepada individu yang keluar parti.

Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina.

Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam. Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang dipersoalkan. Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami sebagai strategi Barisan Nasional untuk menyerang musuh politiknya.

"Musuh dalam selimut" musuh

Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).

Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...".

Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.

Malah, penulis ini melontarkan kemungkinan Fairus menembak balik Pakatan Rakyat, setelah keluar dari PKR. Misalnya, Fairus boleh berkempen untuk menyerang DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.

Seandainya ramalan di atas menjadi kenyataan, penulis menjangkakan bahawa MCA dan Gerakan mungkin berdepan dengan dilema. Ini kerana pemimpin MCA dan Gerakan menjadikan Fairus Khairuddin sebagai sasaran kritikan, semasa beliau berada dalam PR. Tetapi bagaimana MCA dan Gerakan berdepan dengan Fairus yang seketika dahulu disifatkan sebagai tidak berkebolehan, lemah, tidak berkhidmat dan sebagainya, setelah Fairus diterima oleh komponen parti terbesar BN?

"Sesungguhnya tiada kawan dan musuh yang selama-lamanya dalam politik. Tetapi apabila musuh kepada musuh anda menjadi kawan, dan dipeluk rapat... Awas! Anda bukan sekadar kehilangan prinsip politik," penulis mengingatkan.

Strategi UMNO-BN

Bertitik tolak daripada "strategi politik", penolong editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya mula menghitung bilangan ahli parlimen "keluar parti" yang diperlukan oleh BN untuk menguasai semula majoriti 2/3, sebagai syarat untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pengundian yang bakal dijalankan tahun ini.

"Untuk mengembalikan penguasaan majoriti 2/3, yang memerlukan sokongan 148 orang ahli dewan rakyat, mungkin sukar untuk dijayakan, melihat kepada keadaan sekarang. Tetapi tidak mustahil untuk dilakukan kerana terdapat banyak pijat-pijat dan katak di gelanggang politik tempatan. Jika gagal mengembalikan majoriti 2/3 sekalipun, fenomena lompat parti bakal menjadi krisis keyakinan PR setelah digemparkan media arus perdana," tulis Lim Sue Goan.

Cheah See Kian, penganalisa politik ketika ditemuramah China Press, tidak terperanjat apabila UMNO memilih Pulau Pinang sebagai tumpuan serangannya. "Ini kerana menyerang Lim Guan Eng bermakna menyerang Anwar. Lim diserang atas tuduhan meminggirkan orang Melayu, dan ini tiada bezanya dengan serangan terhadap Koh Tsu Koon, (bekas KM) dua tahun yang lalu. Tanpa bukti, tetapi motif politik," katanya.

Untuk Cheah See Kian, Tan Tee Beng tidak mampu melakukan sesuatu dengan "keluar parti", selebih-lebihnya menimbulkan "riak". Malah, beliau menganggap rakyat akan lebih bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, berikutan kejadian ini.

Cheah See Kian juga menganggap bahawa tindakan UMNO akan lebih menyukarkan MCA dan Gerakan. Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan UMNO selepas PRU ke-12, agar UMNO tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya. Tetapi, UMNO kini semakin berkuasa!

Cheah berkata, inilah punca kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa dalam BN.

PKR menjadi sasaran

Walau bagaimanapun, PKR gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Bermula dari (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, (bekas) EXCO Kedah Mohd.Radzi Salleh, disusuli ADUN Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Dalam analisa Lum Chih Feng di Oriental Daily, beliau menganggap fenomena ini mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. Perkara ini telah diakui oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sebelum ini. Lum berpendapat, PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya yang terpilih kerana "tsunami politik".

Lum Chih Feng menganggap PKR kini tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Justeru itu, Lum menjangkakan bahawa Anwar akan mengambil langkah baru. Seandainya tidak, Anwar akan terkurung dalam situasi untuk "mengawal", dan ia semestinya tidak memihak kepada Anwar.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 2 Mac 2010, berkisar pada isu "keluar parti" oleh pemimpin PKR.

Ong Tee Kiat Terima Hadiah Jam "Hatikva Israel" Bernilai Setengah Juta RM

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

"Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan saya jam sebenarnya menurut penjelasannya kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya. -malaysiakini


Pertama, masakan orang boleh bagi hadiah tanpa apa-apa apatah lagi nilainya begitu mahal.. harganya setengah juta RM.

Kedua, jika diberikan di atas nama parti, tentulah ia hakmilik parti dan bukan disimpan oleh Presiden parti. Jarang sekali kita dengar sebuah jam tangan diberikan untuk parti kecuali ia hanya alasan Presiden MCA berkenaan.

Ketiga, jenama jam itu begitu jelas tertera perkataan "Hatikva Israel". "Hativa" setahu saya ialah nama lagu kebangsaan Israel. Apa hubungkaitnya dengan permberian jam oleh pembuat jam tangan Hong Kong itu dengan MCA dan juga dengan jenama jam berkenaan? Umat Islam agak skeptikal dan sensitif dengan pemberian hadiah itu, mungkin Ong Tee Kiat tidak menyedarinya atau sememangnya pemimpin BN tidak lansung memperdulikan sensitiviti itu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .