Ikuti Blog ini

Mengapa rakyat perlu undi Dato Zaid


Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari bahawa UMNO pernah diharamkan (baca: mampoi) oleh Dr Mahathir pada tahun 1987, semata-mata hanya mahu menyingkirkan pemimpin kanan Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Pendfatar Pertubuhan telah meluluskan penubuhan UMNO Baru dan membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.Inilah budaya politik UMNO Baru yang amat gemar untuk tidak perlu ikut undang-undang.

Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.

Apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini?

Jadi kalau kita semua nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; rakyat mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Kes Dato Zaid dengan wartawan A Kadir Jasin mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh Zaid menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu dan menuduh Zaid jadi kaya-raya kerana itu.

Kita akan dapat lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenarnya abila Mahkamah bersidang nanti.

Rakyat perlu memberi mandat kepada Pakatan Rakyat kerana di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama.

Satu Suruhanjaya bebas akan dibentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti? Oleh itu , undilah Zaid / end

Bung Moktar, Zizie mengaku bersalah berkahwin tanpa kebenaran


Bung Moktar bersama isteri keduanya, pelakon Zizie dan peguam mereka, Amli Embong (kiri) sewaktu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Keramat hari ini. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR, 20 April — Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas.

Bung Moktar, 51, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Zizie, 31, di rumah No. 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, Zizie didakwa bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah manakala Bung Moktar dituduh bersubahat dengan pasangannya berkahwin tanpa kebenaran.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya melepaskan pasangan itu dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong yang mewakili pasangan itu mengemukakan rayuan bertulis.
Sementara itu di mahkamah yang sama, dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.

Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, dan dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Ahmad Shahazmi turut menghadapi pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy didakwa mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.

Kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim Mahyuddin turut menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong mengemukakan rayuan bertulis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof. — Bernama

SPR Tak Berintegriti, Bubarkan Saja!

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dibubarkan terus kerana suruhanjaya itu gagal menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

"Dalam menghadapi pilihan raya kecil parlimen di Hulu Selangor 25 April nanti, SPR telah memindahkan para pengundi sesuka hati tanpa mengikut prosidur dan kelulusan dari mana-mana pihak," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat berkata, "SPR tidak layak mengendalikan perjalanan sesuatu pilihan raya, sepatutnya SPR dibubarkan sahaja kerana ia tidak berguna kepada rakyat.

"SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan para pengundi dengan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pengundi," katanya pada satu sidang media di lobi parlimen hari ini.

Fuziah berkata, tindakan keterlaluan SPR dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan percubaan untuk membantu kemenangan Barisan Nasional.

"Apabila mereka (SPR) memindah para pengundi ke tempat yang jauh, pengundi yang tidak berkemampuan (dari segi kewangan) tidak akan turun mengundi," tegas beliau.

Kata Fuziah, "strategi khianat SPR ialah untuk menyusahkan para pengundi agar tidak ramai yang keluar mengundi."

Tambah beliau, pemindahan 233 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh adalah tidak wajar dan ini menunjukkan SPR sebagai dalang BN untuk meraih kemenangan.

Menurut beliau, beliau akan meminta sokongan dari luar negara untuk mendedahkan SPR sebagai sebuah badan kerajaan yang berat sebelah, tidak telus dalam melaksanankan tugas dan seterusnya memansuhkan SPR.

Sudah Ada Tanda-tanda Pemenang

Setelah 72 Jam Sudah Ada Tanda-tanda Pemenang

SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucu, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. hari mengundi ialah 25, Ahad ini.

Dari dua kali tinjuan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain.

Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman.

Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang senonim dengan MCA sebelum ini sudah tidak menyebut MCA lagi.

"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.

Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India.

Malam tadi saya hadir di dua ceramah PKR; satu di Taman Datuk Harun, Serendah dan satu lagi di Kelumpang. Gambaran dua tempat ini boleh saya simpulkan sokongan masyarakat Cina melebihi 70 peratus sementara sokongan India pula kira-kira 40 peratus. Kedudukan ini memberi gambaran bahawa BN agak tertekan dengan keadaan ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin semalam membuat psywar mengatakan sokongan Cina semakin meningkat.

Sudah pasti kalau momentum tiga hari ini dikekal, peluang PKR mengekalkan kerusi berkenaan agak cerah.
Selain daripada suasana itu, kelebihan untuk PKR juga disokong oleh suasana di dalam BN sendiri tidak begitu selesa. Kalangan golongan muda dalam Umno tidak begitu seronok dengan pencalonan Kamalanathan. Orang Melayu yang sedia bersalaman dengan Kamalanathan hanya orang Melayu berusia 55 tahun ke atas yang dituba pemikirannya oleh rejim lama Umno.

Satu maklumat dalaman diterima malam tadi, Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah aktif dalam berkempen. Puncanya kerana kontrak menyediakan poster dan peralatan kempen tidak diberikan sedikitpun kepada mereka. Semua pembekalan poster dan papan iklan dihandle sendiri oleh Umno Malaysia. Jumlah kontrak itu saja dikatakan melebihi RM5 juta.

Jadi mereka dikatakan hanya meraikan majlis saja atau ke bilik gerakan untuk menjamu selera, mengambil rokok dan baju T, tetapi tidak berkerja. Begitu juga dengan kalangan wanita muda. Malam tadi seramai 30 wanita telah menyatakan sokongan kepada PKR. Mereka ini bertindak kerana tidak setuju dengan pencalonan Kamalanathan.

Ada beberapa perkembangan lain lagi. Dan seperti mana saya dugakan awal-awal semalam bahawa calon bebas Melayu juga akan menarik diri dari bertanding. Ternyata apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan. Selepas calon bebas India, Chandran menarik diri, ia diikuti oleh calon Melayu, Johan Mohd Diah pula berbuat demikian. Saya yakin kedua calon bebas ini menyokong BN dan langkah mereka menyerahkan kertas pencalonan hanya sebagai taktik saja.
Kini Zaid akan berdepan dengan Kamalanathan secara satu lawan satu.

Perkembangan mengenai aliran sokongan itu menyebabkan BN kini memfokuskan kepada undi Melayu dan India saja. Sumber bilik Gerakan BN juga memberi tahu mereka sudah tidak ada harapan kepada undi Cina lagi. Justeru apa yang mereka perkuatkan untuk mendapat undi Melayu agar melebhi 60 peratus.
Hanya dengan cara itu saja BN boleh mengimpi untuk merampas kerusi berkenaan. Sekiranya mereka gagal mendapat 60 peratus undi Melayu, ini bermakna BN bakal menangis tidak berlagu. Secara umumnya peratus undi Melayu yang dikuasai BN pada masa ini kira-kira lebih 55 peratus. Sementara undi India sekitar 55 atau 60 peratus. Bagaimana pun ada tanda-tanda menunjukkan undi India ini akan menurun disebabkan kerana faktor calon dan kemarahan masyarakat India kepada Samy Vellu dan Palanevil semasa menjadi ahli parlimen dahulu. Kalangan cerdik pandai dalam MIC atau India pula sudah merasai bahawa parti MIC tidak lagi dihormati oleh rakan mereka, Umno.

Apa yang perlu diingati oleh PKR undi India ini tidak konsisten dan ia akan beralih apabila ada tawaran langsung terutama dari kalangan perempuan veteran. BN dijangka akan menggoda masyarakat India disaat akhir pengundian dengan pemberian hamper dan wang. Sekiranya BN tidak mengawal atau membalas pemberian ini menyebabkan undi India yang dimiliki PKR sebanyak kira-kira 35 hingga 40 peratus ketika ini akan merosot di bawah 35 peratus.
Kemerosotan undi India dan tidak dapat melonjakkan peratus undi Melayu sehingga mencecah 45 peratus ini menjadikan PKR akan kehilangan kerusi Parlimen berkenaan dan hanya menang semangat dan sorak saja dalam pilihan raya itu.

Di sebalik perkembangan itu masih banyak peristiwa dan kejadian-kejadian di sebalik tabir dalam pilihan raya berkenaan. Ia tidak sesuai di dedahkan kerana boleh mengaibkan individu tertentu. Sementara mengenai isu pula BN ternyata kekurangan isu berbanding dengan PKR. BN banyak menaburkan poster dan billboard dengan slogan merendah, memnpersoalkan kemampuan PKR berbanding dengan hujah-hujah dan idea yang mantap dan bernas. Terdapat juga poster yang mengecam peribadi pemimpin PKR.

Sebaliknya PKR pula sarat dengan hujah yang tidak mampu dibalas oleh BN. Dakwaan BN misalnya mengatakan PKR tidak mampu memerintah negeri dijawab dengan disertakan bukti dan fakta kukuh mengenali penerimaan rakyat kepada kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Begitu juga dengan fakta-fakta pencapaian kerajaan.

Sikap Umno memainkan isu peribadi mengenai Zaid minum arak ternyata telah memakan diri sendiri. Isu itu terpalit kepada diri Umno menjadikan Umno terpaksa mengzipkan mulutnya sendiri. Beberapa pemimpin BN telah menarik balik isu berkenaan. Khairy Jamaluddin sendiri menasihat penceramah Umno tidak memainkan isu peribadi. Khairy mungkin bimbang kalau isu turut diperkatakannya isu peribadi dirinya sendiri juga akan dibongkar seluas-luasnya.

Al hasilnya isu Zaid minum arak yang dijawab dengan pernuh berhikmah dan gentlemen oleh Zaid menyebabkan BN mati kutu. Seperti biasanya SPR tidak dapat menyucikan diri dari mengotorkan diri dengan memberi sokongan kepada BN. SPR telah melakukan pemindahan terhadap kira-kira 14,000 pengundi. Pengundi yang dulunya mengundi di Hulu Selangor telah dipindah ke serta tempat. Mungkin pemindahan ini dilakukan terhadap pengundi dikesal pasti pengundi Pakatan Rakyat.

Apakah pemindahan ini menguntungkan BN atau sebaliknya akan merugikan BN, 25 April nanti akan menjawab segala teka-teki ini. -MSO

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat


Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

Srikandi tekad turunkan billboard pagi esok

HULU SELANGOR, 20 April: Briged Srikandi PKR Malaysia memberi kata dua kepada pihak berkuasa supaya menurunkan billboard provokasi Umno di sekitar Parlimen Hulu Selangor.

Menurut ketuanya, Siti Aishah Sheikh Ismail, 25, sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak, pasukan Srikandi dengan bantuan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menurunkan semua billboard provokasi tersebut.

"Semalam lagi, saya sudah memberi kata dua, sehingga 10 pagi esok, kita (Srikandi) dan kawan-kawan Chegu Bard akan turunkan sendiri kesemua billboard," kata beliau pagi tadi selepas membuat laporan susulan di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah, Kuala Kubu Baru.

Menurut beliau, sepatutnya pihak berkuasa telahpun menurunkan kesemua 16 billboard tersebut pada hari ini kerana Srikandi telah membuat laporan kelmarin lagi.

Seketika kemudian, Cif Inspektor Jagjeet Singh bersama seorang pegawai penyiasat menyertai Siti Aishah untuk meninjau di kawasan-kawasan terbabit. (Gambar)

Turut menyertai Siti Aishah, empat pemimpin Srikandi yang lain, iaitu Nurul Hafizah Ghazali, Nurul Hashimah Ghazali dan Nurul Hidayah Ghazali.

Siti Aishah bersama pasukan CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin meminta polis campur tangan dalam kempen berunsur provokasi menggunakan billboard yang dilakukan oleh jentera Umno.

Selepas mendapati SPR mengambil tindakan sambil lewa, Siti Aishah dan Chegu Bard mengambil keputusan membuat laporan polis. -Hrkh

Semua PM Minum Arak Kecuali Pak Lah - Mustafa Ali


PAS dakwa majoriti mantan PM minum arak

BN digesa supaya menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata: "Tengoklah kalau agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi untuk "memukul" Zaid./ENDS



Tahun 1966: Siapa Rasmi Kilang Guinness Malaysia Bhd..?

Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Apa kata pencacai Cyberuk UMNO..? nak aku siarkan yang lain-lain lagi..? aku dah cakap... "Kami ada maklumat lengkap dan menyeluruh"... kalau dari tahun 1966 kami boleh dapat, apa lagi yang bulan lepas..?

Super Impose tak main beb..!

p/s - ada antara pengkomen yang menasihati saya supaya tidak mengaitkan nama mereka yang sudah tiada dalam hal ini. harap maaf, entri ini bukan untuk menonjolkan individu, sebaliknya cuba untuk menampilkan kepada umum - "Parti apa sebenarnya yang terlibat", sebab itu saya tidak bold pada nama Allahyarham sebaliknya saya bold pada Jawatan dan nama Parti - UMNO/APCO.

Harap maklum.

" Solat Mahgrib Bersama TOK GURU NIK AZIZ di dalam MasjidilHaram..."

Masuk kedalam MH bersama Tok Guru...alhamdulilah..
Tok Guru Nik Aziz adalah insan yang amat mulia, senantiasa di hormati di sini oleh ramai jemaah.....syukur punyai pemimpin yang bersikap rendah diri, penuh ketaqwaan dan berkeperibadian yang amat tinggi...
Beliau senantiasa mendapat 'perhatian' di sini...alhamdulilah...insan yang amat mulia selalu di pandang tinggi oleh orang di sekeliling.....ituhlah janji allah pada kita semua....
Sempat bergambar seketika sebelum kami masuk ke dalam MH...

"Apabila saya berkawan rapat dengan Tok Guru, kefahaman saya dalam agama jauh lebih baik.." - Zaid



"Apabila dah berkawan rapat dengan Tok Guru dan mendapat nasihat darinya, rasa faham dalam hal-hal berkaitan agama ini jauh lebih baik.... berbeza ketika saya berada dalam UMNO, yang mana ulama UMNO tidak memberikan pandangan betul dalam pelbagai hal agama..... menyebabkan orang seperti saya yang kurang arif agama tidak mendapat pandangan yang sewajarnya..." - Zaid Ibrahim

SUMBER

Isu Arak, Hishamuddin Dan Khairy Jadi Cacing Kepanasan

Sekurang-kurangnya dua orang pemimpin UMNO yang tak selesa dengan isu arak yang dimainkan oleh ahli-ahli UMNO untuk menyerang peribadi lawan, iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Menurut Malaysiakini, ia ekoran tindak balas penulis blog pro-Pakatan yang menyiarkan foto yang dikatakan menunjukkan pemimpin Umno itu, turut melakukan perkara yang sama.

Dua blog memulakan 'perang' dengan mendakwa mereka akan menyiarkan bukti tabiat minum Zaid tengahari ini. Berita tersebut turut disiarkan di muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net - masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka.

Selepas beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai.

Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita Nut Graph, yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.

'Gambar menteri dan isteri'

Menurut artikel Gerakan Anti-PKR, gambar tersebut diberikan oleh 'orang dalam PKR' dan penulisnya berjanji banyak lagi pendedahan akan menyusul.

Penulisnya mendakwa dia memiliki lapan lagi gambar dan video selama lapan minit mengenai tiga pemimpin PKR dalam "situasi yang memalukan".

Dalam reaksi tindakan balas, blog bernama Salt, Pepper and a little kicap menyiarkan satu siri foto yang dikatakan menunjukan seorang pemimpin kanan Umno yang juga menteri kabinet, sedang memegang satu tin bir. Foto itu juga menunjukkan isteri pemimpin Umno tersebut, juga melakukan perkara yang sama.

Artile tersebut kemudiannya dipetik oleh peguam terkemuka Haris Ibrahim dalam blognya, di mana beliau mengecam menteri berkenaan kerana mendakwa Umno tidak terbabit dalam serangan peribadi terhadap Zaid.

Ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjawab melalui twitternya, mendakwa gambar tersebut telah diubahsuai.

Kemudiannya, satu lagi gambar muncul di internet di mana seorang individu yang kelihatan seperti ahli parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang wanita.

Suasananya kelihatan seperti di kelab malm dan mereka duduk di depan meja yang penuh dengan botol minuman keras.

Perkara itu sampai ke perhatian Khairy yang menjawabnya melalui Twitter.

"Apa yang betul? Adakah saya minum apa2 dalam gambar tersebut?" soalnya.

Ketika dihubungi, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya berkata pengedaran gambar Zaid yang diubahsuai itu dan paparan besar mengenainya oleh Utusan Malaysia, menunjukkan bahawa BN sudah ketandusan idea.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya tidak mahu tersimpang daripada isu-isu sebenar di Hulu Selangor dan para penulis blog berkenaan "boleh buat apa sahaja yang mereka mahu".

Usaha untuk menghubungi Khairy untuk mendapatkan komennya tidak berhasil.

Dua orang pemimpin UMNO tersebut, berbuktikan gambar-gambar yang ada, sudah wajar dikenakan hukuman sebat sepertimana Kartika dihukum.

Tidak keterlaluan dikatakan UMNO memang ramai pemimpin jenis ini. Ingatkah kita kes Jamaluddin Jarjis?-GB

TG Nik Aziz bantu kempen Zaid Jumaat ini


Di sebalik serangan Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa Datuk Zaid Ibrahim sebagai “kaki botol tegar”, Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka turun berkempen membantu jentera Pakatan Rakyat sekembalinya dari Mekah.

Setiausaha Politik Nik Aziz, Wan Nik Wan Yusuff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan Nik Aziz dijangka pulang ke tanah air Rabu ini selepas dua minggu berada di Mekah.

“Dan, tok guru dijangka akan ke Hulu Selangor 23 April ini bagi membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya itu nanti.

“Tok guru sendiri telah nyatakan kepada saya semasa dihubungi dari Mekah kelmarin bahawa dia akan turun bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat di Hulu Selangor bagi membantu calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim,” katanya.

Nik Aziz berlepas ke Mekah 5 April lalu untuk menunaikan umrah.

Menjawab reaksi Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengenai Umno-Barisan Nasional (BN) yang di peringkat awal lagi telah menyerang Zaid dengan isu peribadi, Wan Nik berkata “tok guru minta bersabar dan meminta agar Pakatan sentiasa menghadapi lawan dengan cara berhemah.”

“Tok guru tidak terlepas dari perkembangan politik, situasi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, dia minta Pakatan sentiasa berhemah dan lebih berhikmah semasa menghadapi serangan pihak lawan.

“Pesannya, Islam pastinya akan lebih kuat dengan hujah, jadi kita perlu menangkis senjata lawan dengan hujah,” jelas Wan Nik.

Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Beliau akan berhadapan dengan calon BN yang mempertaruhkan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Selain calon Bebas, V.S. Chandran mengiystiharkan menarik diri daripada bertanding tengah hari tadi.

Pengundian berlangsung Ahad ini.- MI




Akhirnya Datuk Zaid Ibrahim Bakal Bertemu Satu Lawan Satu Dengan Calon BN Apabila Dua Calon Bebas Tiba-Tiba Menarik Diri !

Akhirnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu seperti yang diharapkan. Ini berikutan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Mohd Diah tiba-tiba menarik diri. Perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar. Sususlan daripada itu, maka Calon Pakatan Rakyat dari PKR Datuk Zaid Ibrahim bakal berhadapan dengan Calon BN (MIC) P.Kamalanathan pada 15 April ini. Difahamkan Johan Mohd Diah telah menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam tadi.

Beliau bagaimana pun tidak mahu mengulas mengenai keputusannya itu. Johan yang juga AJK Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, sebelum itu telah mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam petang semalam, mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya. Dengan penarikan diri dua calon terbabit juga, maka pilihanraya kecil ini dijangka bertambah sengit. Malah, isu undi berpecah juga kini sudah tidak boleh diperkatakan lagi selepas kedua-dua calon bebas itu menarik diri.

Dalam perkembangan lain, ramai yang meramalkan peluang kedua-dua parti bertanding kali ini nampak semakin seimbang berikutan tindakan SPR mengeluar dan memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar parlimen Hulu Selangor ke kawasan lain. Semua ini adlaah petanda awal yang SPR ingin memastikan BN menang besar dalam pilihanraya yang dilihat paling agreasif sama seperi di Pilihanraya Kecil Ijok dulu.

[Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat lagi jika mahu memastikan kemenangan tercapai dalam pilihanraya kecil ini. Terdapat maklumat dalaman UMNO yang mengatakan, sememangnya jentera mereka diarahkan bertindak kasar pada kali ini bagi menakut-nakutkan pengundi yang akan keluar mengundi pada 25 April ini. Terdapat bukti kukuh yang mereka sengaja melakukan provokasi melampau pada hari penamaan calon bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat yang kononnya tidak berdisplin dan ganas.

Walhal, perkara sebaliknya yang berlaku. Ezam Md Noor yang dipertanggungjawabkan dengan Muhyiddin untuk memastikan kelancaran pilihanraya kecil ini telah digantikan dengan Khairy Jamaluddin di saat-saat akhir oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO BN. Semua itu sebagai langkah berjaga-jaga dan dek kerana Ezam dipercayai masih berdarah daging Parti Keadilan Rakyat. Apapun terjadi kemenangan harus dicapai jika ingin memastikan Putrajaya milik kita dalam pilihanraya umum nanti. Suara rakyat suara keramat yang akan menentukannya].-Pahang Daily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .