KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan
dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah
pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan
sekarang.Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada
rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat
(PR).Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan
dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13.
Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12.Sebelum PKR
berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi
pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat.Baru-baru ini ia juga
menawarkan untuk menurunkan harga kereta. ~sinar