Dato’ Tuan Brahim Tuan Man Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap ahli jawatankuasa Pas Pusat mengingatkan agar ahli Pas sama ada di Pahang atau di seluruh Negara agar berhati-hati membuat kenyataan di media atau di blog agar tidak menyalahi disiplin berjemaah dan mendedahkan jemaah kepada musuh perjuangan Islam.
Pemain media atau para blogger hendaklah bertanggungjawab dengan disiplin parti dan semangat berjemaah.Menurutnya kejayaan PR setakat ini amat dicemburui oleh mereka yang sentiasa ingin mengambil kesempatan dan oportunis dalam memonopoli Sesuatu isu.
Pas tidak sama seperti parti lain yang mengabaikan aspek tarbiyyah dan semangat amal jama’i dalam berpolitik.Kerana itulah Pas sentiasa berkomitmen tinggi dalam menyusun organisasinya secara teratur dan kemas ke arah mencapai matlamat perjuangan parti.Kerana itulah penyebaran maklumat yang tepat dan berbetulan dengan perjalanan sesuatu isu amatlah dituntut agar para ahli dan rakyat tidak terkeliru.