Ikuti Blog ini

Kerajaan melanggar akta buatannya sendiri


Antara yang hadir, Dato' Harun Din
dan Ust Taib Azamuddin

“Kalau Pendita Zaaba masih hidup dan dapat melihat nasib yang sedang menimpa Bahasa Melayu kita hari ini, sudah tentu beliau akan menangis,” demikian yang dinyatakan oleh Sasterawan Negara , Tan Sri A.Samad Said dalam satu ceramahnya di Bagan Pinang malam tadi.

Menurut katanya lagi, memperjuangkan bahasa sendiri, ditanah air sendiri terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan air pancutan asid.

Terlalu keciwa dengan sikap kerajaan
terhadap Bahasa Ibunda sendiri


Saya memang tidak boleh terima pemimpin yang kata bangsa Melayu hanya boleh maju dengan bahasa Inggeris dan guru bahasa Melayu tak mampu. Ini sebenarnya langgar perlembagaan yang telah tetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” ujarnya.

Pak Samad turut mempertikaikan usaha kerajaan yang melaburkan begitu banyak wang untuk membangunkan bahasa Inggeris tetapi gagal, sebaliknya tidak membuat pelaburan yang sama bagi pembangunan bahasa Melayu.

Dalam pada itu, belia turut menegaskan bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.

Kerajaan yang ada hari ini telah melanggar akta yang digubalnya sendiri.Kerajaan melanggar perlembagaan fasa 152.

Saya masih teringat kata-kata sasterawan negara ini sewaktu dalam satu kempen pilihanraya kecil di Kedah tidak berapa lama dahulu , beliau telah memberikan suatu nasihat yang tidak harus kita semua melupakannya:

"Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .