TELOK KEMANG, 7 okt. | Sama ada Pakatan kekal menang kali ke-8 atau tidak, pilihanraya kecil Bagan Pinang tidak mustahil bakal menjadi pemangkin pada gelombang ketiga rakyat menolak kepemimpinan rasuah di peringkat nasional kelak.
Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub petang tadi berkata, amalan rasuah yang terpalit pada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sejak diwar-warkan menjadi calon; menunjukkan bahawa rakyat umumnya menolak kepemimpinan rasuah.
“Rasuah menjadikan Isa digantung keahlian dalau Pemilihan (Agong Umno) 2005 lepas. Takkan rakyat yang telah pun menyertai gelombang BERSIH dan gelombang mansuhkan iSA, boleh berdiam diri.” tegas Salehuddin.
“Pencalonan Isa yang dikenali sebagai ikon rasuah oleh khalayak, seharusnya menggamit pengundi tempat memulakan.gelombang ketiga menolak rasuah di peringkat nasional.”
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkeyakinan, rakyat lebih mengetahui amalan-amalan rasuah dalam kalangan kroni-kronik Isa, terutama sewaktu Isa menjadi Menteri Besar dan Adun Linggi dahulu.
Dalam perkembangan berkaitan, Salehuddin juga meminta seluruh sukarelawan Pakatan menjadikan slogan Rasuah Musuh No.1 Rakyat Malaysia sebagai permulaan pada gelombang ketiga tersebut.
Sebelum ini, Isa dilabel sebagai ikon pembangunan palsu oleh Pakatan; keranabeberapa projek terbengkalainya lebih dilihat menguntungkan kroni-kroni Umno, berbanding kualiti hidup rakyat tempatan.
Realiti itu sekali gus memberi kelebihan kepada calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar kerana beliau dilihat bersih, berintegriti serta berpengalaman dalam aktiviti kemasyarakatan dan pemuliharaan alam sekitar.
November 2007, lebih 100 ribu rakyat mendesak menyertai gelombang BERSIH, mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya umum secara adil dan bersih (BERSIH) sehingga melancarkan beberapa sistem demokrasi berpilihanraya setahun berikutnya.
1 Ogos lalu, lebih sejuta rakyat menjadikan mencipta gelombang mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (iSA), sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menilai semula akta draconion tersebut; serta membebaskan banyak tahanan iSA.
Sejak Thunami Politik 8 Mac lalu, Pakatan mengekalkan rekod kemenangan dalam tujuh pilihankecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.
Andainya gelombang ketiga ini (rasuah) menjadi punca Isa ditolak rakyat dalam pilihanraya kecil kali ini, bermakna Umno BN tidak berlu segera membuat persiapan menjadi pembangkang keseluruhannya; kerana gelombang anti rasuah itu sudah tentu berpanjangan sehingga pilihanranraya umum ke-13 (PRU13) kelak.