KOTA BHARU, 29 Mei: Dewan Pemuda PAS Kota Bharu melancarkan Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti Minyak Kelantan (Geram), sebagai usaha untuk menuntut royalti minyak daripada Petronas.
Program ini dilancarkan oleh ketuanya, Wan Azimin Wan Adnan, sempena majlis makan malam bagi meraikan bekas-bekas pemimpin pemuda kawasan berkenaan malam tadi.
Azimin dalam ucapannya berkata, gerakan itu ditubuhkan bagi menyedarkan golongan muda khususnya kawasan Kota Bharu untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk menuntut royalti.
“Geram akan menyatakan suara anak muda Kota Bharu bagi mendesak Kerajaan Pusat dan Petronas memulangkan royalty minyaki pada rakyat Kelantan,” ujarnya.
Sambungnya, antara pengisian yang bakal dilakukan dalam gerakan ini memasang bena atau kain rentang untuk menyatakan tuntutan tersebut, selain memberikan sesi penerangan pada rakyat Kawasan Kota Bharu berhubung penghianatan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat yang telah menarikan tuntutan itu.
Pada majlis itu juga beliau mengingatkan mana-mana golongan Pemuda yang ingin menjadi pemimpin tertinggi mengetahui isu-isu semasa khususnya di zaman ini.
Jelasnya, selain ilmu isu semasa perlu diketahui oleh mana-mana mereka yang ingin menjadi pemimpin kerana ianya antara faktor yang bakal menggugatkan pihak lawan.
Antara pimpinan yang hadir pada majlis yang diadakan di sebuah restoran timbalannya Zuhairi Ismail dan setiausahanya Kamaruzzaman Abdullah serta anggota jawatankuasanya. -Hrkh