Ikuti Blog ini

Khalid patut belajar dari Khir Toyo


Tak dapat di nafikan Menteri Besar Selangor yang baru ini agak tergagap gagap bila bercakap. Apa yang keluar dari mulutnya menakutkan penyokong Pakatan Rakyat. Ini tidak di nafikan dan ada antara EXCO pun cukup bimbang dengan apa yang bakal keluar dari mulut MB Selangor ni. Boleh sakit jantung jadinya.

Selepas isu KUOTA BUMIPUTERA di Uitm, kini MB Selangor sekali lagi memeriahkan suasana politik Selangor. Maka dengan penggantian sementara Madam Low siew Moi .. UMNO menghentam Pakatan Rakyat tanpa henti henti. Raya sakan UMNO dengan habuan terbaru anugerah Khalid Ibrahim.

Bila cerita tentang UMNO, kita boleh agak mereka menggunakan bangsa untuk cetus kan sentimen perkauman. Sedangkan beberapa hari yang lepas DEB mahu di pupuskan oleh Najib, UMNO tidak cakap sepatahpun. Semua buat bodoh atau memang bodoh.

Kini, Khir Toyo tidak berkecuali mengentam Khalid kerana kesilapan ini. Sedangkan dia sendiri tahu bahawa sejak 8 tahun Khir Toyo menjadi MB selangor, tiada sebarang tindakan untuk tendang Madam Siew Moi ini keluar. Malah menurut orang dalam, Ahso ini turut di gunakan oleh Khir untuk jaga kepentingan kewangan UMNO.

Mungkin ini lah sikap UMNO. Dalam menentang, tapi di simpan. Kalau sekiranya di benarkan UMNO memerintah Selangor kembali, tidak mustahil Madam Low akan berkhidmat kembali bersama. Tak tau lah syarikat mana, tapi untuk membalas jasa.

Khalid kena belajar cara Khir Toyo memerintah. Dalam diam, dia belasah. Berapa banyak wang dan tanah PKNS yang terbuang begitu sahaja. Menurut cerita ceritut … ada tanah PKNS di Bangi yang sudah menjadi hak milik Khir Toyo dan Balkis di bawah kelolaan Isteri Khir Toyo dahulu pula menerima ehsan PKNS untuk membeli tanah yang jauh murah harganya. Kemudian tanah itu di jual. Lebihan keuntungan di belanjakan untuk kemewahan persatuan isteri isteri YB. Isu ni banyak di cerita di dalam internet dan korang cari sendiri melalui bantuan Pak cik Google dan Makcik Yahoo.

Gua dapat info lagi … bahawa isteri Datuk Harun Salim turut menjadi seorang dari lembaga pengarah sebuah anak syarikat PKNS. Tu korang kena selongkar habis.

So … kawan kawan, jangan sampai hilang fokus. Cari siapa yang cukup sial melarikan wang berbilion ringgit dari PKNS.

Binatang binatang seperti ini perlu mendapat pembalasan. Dalam korang bercerita tentang isu PKNS, jangan lupa bahawa bukan bangsa … tapi siapa kah yang melarikan wang sebanyak itu sehingga PKNS kerugian.

Kalau korang dok sibuk marah pasal Cina dan India, korang tak sedar yang bawa lari wang itu adalah Melayu sendiri. Dan Madam Low hanya sebagai pelengkap agenda buruk pemimpin UMNO.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .