Ikuti Blog ini

Isu DERHAKA : Fakta dan sejarah



Krisis Perlembagaan 1990-1993

Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.

Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.)"

  Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.

Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu.

Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.

Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.

Pertama:

Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.

Kedua:

Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.

Ketiga:

Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.

Keempat:

Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.

Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.

Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak Kerajaan British.”

Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”

Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh Yang Dipertuan Agong.

Untuk seterusnya baca di MediaPerak.com
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .