

Walaupun dari tinjauan ini rata-rata pengundinya bukannya pengundi sebenar dari Kuala Terengganu. Namun begitu, ia menggambarkan pilihan orang ramai terhadap calon yang bakal dipilih nanti.
Kebanyakkan pembaca laman web Berita Harian lebih yakin dengan calon PAS walaupun akhbar itu sendiri memberi gambaran buruk terhadap beliau.
Berita Harian selaku media yang berpihak kepada kerajaan seharusnya akur dengan kehendak pembacanya sendiri dan sedar bahawa berita dan persepsi buruk yang digambarkan terhadap calon PAS sedikit pun tidak berjaya merubah kehendak orang ramai yang mahukan seorang pemimpin yang mempunyai rekod cemerlang sebagai wakil rakyat.
Terdahulu, undian yang sama telah dibuat oleh laman web terkenal Yahoo.com.my. Peratusannya juga mendapati pengundi lebih memihak kepada calon PAS iaitu sebanyak 58 peratus menyaingi calon BN dengan peratusan 22. Calon bebas pula mendapat 2 peratus manakala lebih 19 peratus pembacanya tidak tahu atau tidak kisah perihal perjalanan pilihanraya kecil ini.