Ikuti Blog ini

Isu Liwat : Cubaan mengalihkan isu sebenar



Kerajaan Korup BN sebenarnya tengah pening kepala untuk menghadapi rakyat. Serangan dari semua penjuru menyebabkan mereka tidak cukup tangan. Isu Minyak tiada penyelesaian. Isu Raja Petra tidak terjawab. Masalah dalaman meruncing, SAPP dan macam-macam lagi. Kemarahan rakyat semakin membuak.

Jalan keluar terbaik ialah cari isu sensasi yang boleh jatuhkan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah DS Anwar Ibrahim. Nampaknya sehari dua ni cubaan terkutuk ini berjaya walaupun majoriti masyarakat tidak yakin dengan cerita dongengan ini. Mana mungkin DSAI membuat kerja bodoh ini di saat namanya dijulang tinggi. Apatah lagi kerja terkutuk ini dilakukan di dalam negara semasa kesibukan pilihanraya umum. Inilah yang diperkatakan rakyat di serata tempat.

Kesan dari tuduhan bodoh ini, Pakatan Rakyat menjadi lebih kukuh. Ceramah PR mendapat sambutan yang luar biasa. Blog dan media cetak alternatif semakin laris. Orang ramai akan lebih mempersoalkan kenapa ada double stardard dalam mendakwaan, apa tindakan terhadap "Si Rosmah" yang didakwa oleh Raja Petra, atau apakah pula tindakan kepada Raja Petra yang membuat tuduhan?

Mampukah PDRM membuat siasatan secara adil dan saksama? Pihak keselamatan dan Sistem Kehakiman negara sekali lagi diuji. Apatah lagi kali ini DSAI turut mendakwa tangan ghaib pemimpin kedua-dua sektor ini mempunyai "masalah".

Rakyat sedang memerhati....

Rakyat Kutuk Syed Hamid Yang Lengahkan Pelepasan Shahrial



Rakyat hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Dalam Negeri yang melengah-lengahkan pelepasan seorang tahanan ISA Shahrial Sirin untuk melihat anaaknya Aina Mardiah Shahrial yang terlantar koma dan nazak sejak semalam

Aina Mardiah menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat tanpa kehadiran bapanya yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi masih belum tiba di hospital.


Harakahdaily sebelum ini melaporkan nak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.

Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.

"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.

Jenazah anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial akan dibawa ke kediamannya di Lorong Serai 8, Batu 11 1/2, Hulu Langat (berhampiran Masjid Kg. Sungai Serai) selepas Isyak, setelah segala urusan berhubung kematiannya selesai.

Shahrial dilaporkan dibawa keluar dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi.

Kegagalan pihak polis cawangan khas menemukan Sahrial dengan anaknya dikecam sanak saudara, sahabat handai dan para simpatisan yang hadir di Hospital Kajang.

Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat jam 6.25 petang tadi.

Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.

Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.

Najib mengaku jumpa Saiful


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku bahawa Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum dia membuat laporan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Menurutnya, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.
Dia datang kerana mahu pertolongan dari saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Najib berkata, Saiful telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohonkan biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak bila saya difitnah," tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata: "Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".

Kelebihan Bulan Rejab


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Polis terus menjadi kuda tunggangan BN



Polis terus menjadi kuda tunggangan kerajaan zalim BN apabila cuba menghalang orang ramai dari menyertai himpunan protes 6 Julai. Amaran ini merupakan satu lagi pencabulan kepada hak kebebasan bersuara dan hak asasi rakyat untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

Demonstrasi-demonstrasi sebelum ini jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh kepada undang-undang dan peraturan di mana tidak pernah berlaku kekacauan atau rusuhan melainkan adanya provokasi oleh pihak keselamatan sendiri. Atas fakta ini, tidak ada sebab mengapa Polis perlu menghalang rakyat untuk berhimpun 6 Julai ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, yang dijadualkan Ahad ini di Padang Timur, Petaling Jaya kerana menurutnya ia merupakan perhimpunan haram.Katanya, beliau telah menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.
Menurutnya lagi, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati. "Saya ada bercakap hal ini dengan menteri besar kelmarin, beliau kata akan mempertimbangkannya namun sehingga hari ini saya belum mendapat sebarang maklum balas," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata, penganjur perhimpunan berkenaan tidak memohon permit polis dan kawasan, yang sempit itu tidak sesuai untuk penganjuran apa-apa perhimpunan.Katanya, ia hanya akan mengundang ketidakselesaan dan kesesakan lalulintas, demikian menurut laporan Bernama.

"Jangan sertai perhimpuanan berkenaan kerana ia tidak ada permit polis dan tindakan boleh dikenakan kepada mereka yang menyertainya," katanya. Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik, dijadual mengadakan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat.

Pas Yang Tenang



Sesekali kita termenung melihat politik pada hari ini, terlintas jugak di dalam hati ini alangkah tenangnya menjadi ahli PAS, lebih-lebih di saat sekarang ini dengan hampir semua parti politik di landa berbagai ribut, PAS di lihat lebih tenang dan lebih berwibawa untuk menerajui sebuah kerajaan yang stabil untuk negara tercinta Malaysia.

Mungkin ada orang yang akan memperlekehkan kenyataan ini, akan tetapi ianya satu kenyataan yang tidak boleh di tolak oleh sesiapa, cuma jika ada orang menyatakan bahawa PAS sekarang ini sedang bergolak juga itu cuma andaian-andaian yang mereka angan-angankan akan berlaku kepada PAS. Kita boleh melihat dengan hati yang terbuka terhadap semua parti politik di Malaysia ini.

Bermula dengan UMNO, sejak pilihanraya Umum ke 12 yang lalu UMNO semakin hari semakin menampakkan kebejatan dan ketidak warasannya, bermula dengan desakan supaya Pak Lah undur dengan di ketuai sendiri oleh bekas Presiden mereka, TDM yang akhirnya mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO sebagai pelengkap kepada 3 Bekas Presiden UMNO yang keluar dari UMNO, sehinggalah kepada krisis kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, akuan bersumpah Raja Petra terhadap Isteri Tim.Perdana Menteri, Tuduhan Liwat Anwar Ibrahim dan terlalu banyak untuk di senaraikan di sini yang mana kesemua ini telah menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang tidak layak lagi menjadi pemerintah dan tidak layak lagi menjadi payung kepada Orang Melayu lebih lagi yang beragama Islam.

Begitu juga dengan MCA dan MIC, 2-3 hari yang lepas di di kejutkan dengan perletakan jawatan Ketua Pemuda MIC Kedah dan akhirnya perletakan jawatan ketua Pemuda MIC Pusat dengan alasan bahawa mereka tidak puas hati dengan Presiden Parti, menunjukkan kepada kita bahawa di sana terdapat nanah dan bisul yang masih ada dalam MIC yang hanya sedang menunggu masa untuk meletup. Begitu juga dengan MCA krisis yang berpanjangan dan akhir di kejutkan dengan pengumuman bahawa orang NO 1 & 2 mereka tidak lagi akan bertanding dalam pemilihan parti yang akan datang. GERAKAN , mula di landa krisis apabila ada di kalangan pimpinan mereka di peringkat negeri Pulau Pinang menerima tawaran jawatan yang di tawarkan oleh kerjaan DAP Pulau Pinang.

President of Malaysia's opposition Parti Islam se-Malaysia Hadi Awang shows a booklet on its party's manifesto for the upcoming general election in Kuala Lumpur February 21, 2008. Malaysia will go to the polls on March 8. From Reuters Pictures by REUTERS.

Politik di Malaysia timur juga kita lihat seakan bergolak dengan kerenah yang di lakukan oleh SAPP, dan penolakan jawatan menteri oleh ahli-ahli parlimen BN di Sabah.

PKR, walaupun mempunyai 1 orang Menteri Besar akan tetapi kita di kejutkan dengan berbagai-bagai cerita terutama di Selangor, walaupun kita masih lagi belum mengetahui yang mana satu betul atau salah tetapi Perletahan jawatan Setiausaha PKR Selangor seolah-olah memberi satu gambaran yang tidak baik kepada PKR selangor di tambah lagi dengan laporan rasuah oleh Ezam terhadap kerajaan selangor (betul atau tidak kita sama-sama tunggu), masalah sokongan diperingkat bawah masih lagi menjadi igauan kepada PKR terutama di kawasan pantai timur, walaubagaimanapun kita doakan agar PKR dapat menyelesaikan semua kemelut yang sedang berlaku.

PAS, ada orang tumpang runsing jika PAS gadaikan prinsipnya iaitu menubuhkan negara Islam, orang yang runsing itu sedikit pun tak pernah sumbangkan apa-apa pun untuk pembangunan parti PAS, Riuh di perkatakan bahawa PAS cuba berbaik dengan UMNO, pimpinan PAS jumpa pimpinan UMNO, suasana yang cuba di cipta oleh orang yang tak boleh tengok PAS tenang, sedangkan mereka sepatutnya mengubah sedikit ayat itu bukan PAS jumpa UMNO, tapi UMNO jumpa PAS (itupun kalau betul sungguh) bukan pimpinan PAS jumpa Pimpinan UMNO, tapi Pimpinan UMNO yang jumpa Pimpinan PAS (itupun kalau berlaku), orang kata serupa je, mana boleh serupa kalu UMNO jumpa PAS maknanya UMNO kena penuhi semua kehendak PAS, dan UMNO mesti tunduk dan dengar apa yang PAS mahu. kalau PAS jumpa UMNO akan jadi sebaliknya.

Aduka Teruna, Anti-PAS tentu tak setuju dengan tulisan ini, sebab mereka UMNO, tapi terima la hakikat bahaw hanya PAS sahaja yang tenang, Di Kelantan Lancar, Di Terengganu walau tak berjaya tawan negeri tapi alhamdulillah perjalan PAS di sini baik, hok tok puas hati tu….sememangnya kalau turun malaikat yang tadbir PAS Terengganu merekan tetap tak akan puas hati. Perak, Kedah Perlis semuanya tidaka ada masalah dalaman yang boleh menggugat kestabilan parti, jika di takdirkan pimpinan atau muktamar yang akan di adakan di Ipoh nanti, membuat keputusan untuk bersama atau tidak bersama PR maka insyaalah perkara itu akan di bincang secara detail oleh muktamar dan semua ahli berhak untuk mengeluarkan pandangan dan kritikan.

Jadi sesiapa yang ada fikiran yang waras, sayangkan bangsa, agama dan negara serta demokrasi sokong lah PAS, semua tohmahan pada PAS yang kita dok dengar itu hanya andaian-andaian orang yang mengigau.

Najib dituduh bersama Altantuya



Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Abdullah Baginda.

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.

Dalam akuan berkanunnya yang diedarkan kepada media, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa majikannya itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:
Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.

Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam berkata beliau pernah berbual dengan Altantuya di luar pagar rumah Abdul Razak pada 19 Oktober tahun itu semasa bertugas mengawal rumah majikannya.

Dalam perbualan mereka, penyiasat itu mendakwa wanita itu memberitahunya:

Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.

Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.

Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.

Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.

Ibunya sedang sakit dan beliau memerlukan wang untuk rawatan.

Oleh kerana niatnya untuk bertemu Abdul Razak masih tidak kesampaian, Altantuya meminta Balasubramaniam menguruskan pertemuannya dengan Najib.

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media tersebut tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan.

Peta Ke Himpunan Protes 6 Julai



Jika anda tertanya-tanya dan Mencari jalan ke Himpunan PROTES pada 6 Julai ini...silakan copy peta ini.

Untuk yang tidak biasa dengan jalan-jalan di KL...bolehlah menggunakan LRT Putra di KL Sentral dan berhenti di Stesen LRT Taman Jaya.

Kenyataan bapa saudara Saiful yang pelik?



Menarik dalam laporan Agendadaily yang memetik The Star yang melaporkan bahawa bapa saudara Saiful mendakwa Saiful pernah hendak membunuh diri kerana hasrat beliau untuk membuat laporan polis dan melapor kepada pihak kerajaan ditolak Tan Sri Musa Hassan dan pihak kerajaan. Dilaporkan bahawa Saiful telah berkali-kali menghubungi Musa Hassan untuk membuat laporan tetapi Musa Hassan tidak mahu menerimanya dan mengarahkan Saiful supaya tidak lagi menghubungi Musa Hassan.

Bapa saudaranya juga mendakwa Saiful ke Bukit Aman untuk membuat polis report tetapi di tolak polis Bukit Aman. Hanya pondok polis kuala lumpur sahaj yang sanggup menerima polis report tersebut.

Bagi saya ada beberapa perkara pelik yang didakwa bapa saudara Saiful yang perlu dijawab pihak berkenaan

1) Kenapa Saiful hendak melapor kepada kerajaan? Aneh sebab Anwar bukan pegawai kerajaan?

2) Benarkah Saiful melapor kepada kerajaan. Siapakah pegawai kerajaan itu? Apa relevannya dakwaan saiful kepada kerajaan kerana anwar bukan kakitangan kerajaan, kenapa tidak dilapor kepada polis? Ini bukti wujud konspirasi. Setidak-tidaknya konspirasi saiful untuk jatuhkan anwar.

3) Dakwaan bapa saudara Saiful adalah bukti kerajaan terlibat. Sekurang-kurangnya mengetahui awal berkenaan perkara ini. Ini menyanggah rasa terkejut Paklah dan Najib berkenaan kes liwat terbaru seolah beliau berdua atau kerajaan BN tidak tahu menahu berkenaan perkara ini.

4) Musa Hassan terlibat secara langsung mengikut dakwaan bapa saudara Saiful. Malahan bapa saudara saiful mendakwa saiful telah menghubungi musa hasan berkali sehingga musa hasan mintak saiful tidak mengganggu beliau. Mungkin Musa boleh dedahkan tarikh2 tersebut.

5) Kenapa ketua polis negara tidak dapat menerima report ini? Sekurang-kurang mintalah saiful rujuk dengan pegawai bawahan polis untuk buat report.

6) Bukit aman tidak mahu menerima report menyebabkan saiful ke pondok polis HKL? Ini satu dakwaan yang serius oleh bapa saudara saiful. Bukit aman telah melakukan kesalahan besar disini kerana tidak mahu menerima report pengadu.

7) Dakwaan hanya pondok polis HKL sahaja yang dapat terima report juga pelik. Dan ini dakwaan yang serius utk PDRM. PDRM mesti menjelaskan perkara ini.

Sekian.

AGENDADAILY

MUKTAMAR PAS 15 Ogos di Ipoh



KUALA LUMPUR, 1 Jun: Muktamar Tahunan PAS ke 54 akan diadakan pada 13, 14 & 15 Syaaban 1429 bersamaan 15, 16 & 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, kata Dato’ Kamarudin Jaffar, Pengerusi Muktamar PAS ke 54 yang juga Setiausaha Agung PAS.

Muktamar Dewan Ulamak diadakan pada 13 & 14 Ogos bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, manakala Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Indra Mulia dan Muktamar Dewan Muslimat di Institut Tadbiran Islam Negeri (INTIM) pada tarikh yang sama.

Dijangka 10,000 orang akan menghadiri Muktamar kali ini, kerana ini julung kali PAS mengadakan Muktamar dalam suasana lima negeri telah diperintah oleh Pakatan, kata Kamarudin.

Untuk memudahkan Urusan Muktamar saya menyeru kepada semua perwakilan yang ingin bantuan penempatan dan penginapan boleh hubungi Saudara Salman Salleh h/p : 013-3848044, katanya.

Bagi melicinkan perjalanan Muktamar diminta perwakilan kawasan-kawasan membuat tempahan awal, seru beliau.

Manakala untuk tempahan gerai jualan boleh menghubungi urusetia gerai Saudara Junus Mohamad h/p : 019-5589582, Saudara Mat Razali h/p : 019-5730243 dan Saudara Shamsul Effendey h/p : 019-5538771.

“Gerai adalah terhad,” tegas Kamarudin dalam kenyataannya.

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun



KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

ImageDalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.

Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.

Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.

ImageTurut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.

Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.

"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.

ImageDalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.

Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini.

Laporan polis Anwar Ibrahim


Berikut teks lengkap laporan polis yang dibuat di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam petang ini:


Saya, Anwar bin Ibrahim (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.

2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.

3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.

4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).

5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 1998. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.

7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.

8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.

9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.

10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.

12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.

13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa "... was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?"

Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.

14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:

a. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.
b. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman
c. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.

15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.

Anwar bin Ibrahim
1 Julai 2008

Popular dengan LIWAT.....


Baru dua hari nama Saiful Bukhari ini sudah mashur di Malaysia, kemashurannya usah dipertikaikan lagi,kemashurannya setanding kemashuran Dato Sri Anwar Ibrahim. Malahan beliau lebih hebat dari DSAI kerana berjaya mencipta nama dalam masa yang begitu singkat. Tetapi sayang terciptanya kemashuran ini dengan perkataan yang amat jijik,dengan kalimah yang begitu songsang,dengan "word" yang begitu kotor iaitu liwat.

Mana tidak nya dengan dakwaan yang dia telah diliwat oleh DSAI,seluruh rakyat Malaysia mencari maklumat berkenaan si Saiful ni, dari tidak kenal,malah tak pernah menonjol walaupun di peringkat mahasiswa,hanya dengan dakwaan ini beliau sudah menjadi terkenal dan maklumat berkenaan dirinya di cari samaada mealui pencarian di siber ataupun melalui lisan mulut ke mulut, yang pastinya watak si Saiful ramai yang ingin mngenalinya,walaupun dia bukan seorang artis, bukan lahir dari Akademi Fantasia tetapi lahir dari perkataan LIWAT.

Apakah ada rasional nya atas dakwaan ini, kita tinjau dari segi umur, si Saiful ini berumur 23 thn,manakala DSAI berumur 60 thn,jika dilihat dari faktor umur si Saiful ini dikategorikan dalam kelompok yang digelar pemuda, DSAI diklasifikasikan dalam kelompok orang tua @ warga emas laa, apakah ada kebarangkalian seorang pemuda diliwat oleh seorang tua, bukan kah pemuda yang berumur 23 tahun memiliki energi dan tenaga yang kuat dan tangkas, mana mungkin boleh diliwat oleh seorang tua, dah la tua pernah mngalami sakit belakang yang serius, apa mungkin pekara jijik yang dilaknat oleh Nabi s.a.w ini boleh terjadi. Sama sekali tidak, kerana secara logik nya mestilah si Saiful ini akan mempertahan kan dirinya habis-habisan dan akan berlaku pergelutan,disebabkan berlakunya pergelutan logik nya akan meninggal kan kesan. Logik nya juga kemenangan dalam pergelutan itu milik Saiful.Di mana rasional nya dakwaan ini.

Namun si Saiful ini tidak memikirkan pekara ini, hanya kerana ingin drinya di kenali, dia sanggup melakukan apa saja, termasuk mngakui dirinya diliwat. Sumber dari orang yang mngenali si Saiful ini mendedah kan dia seorang gilakan publisiti, hanya akan bertanggungjawab terhadap sesuatu program sekiranya mendapt liputan pihak media. Jadi isu liwat ini bukan sahaja media dalam negara melaporkan nya malah media luar negara turut melaporkan nya, nama nya terus menjadi tajuk utama di laman siber, menjadi perbahasan hangat di parlimen kedai kopi,menjadi topik utama di pejabat-pejabat semua nya hanya kerana perkataan LIWAT.

Namun apa yang pasti laporan liwat ini ingin mngubah pandangan masyarakat, ingin mngajak masyarakat melupai secara halus kesengsaraan mereka disebabkan kenaikan harga minyak dan kenaikan berantai yang lain, mengajak rakyat melupakan akuan bersumpah Raja Petra terhadap isteri TPM, semua blogger mngalihkan lontaran serangan mereka terhadap Saiful ini, meninggalkan masalh yang lain demi membela insan yang bernama Anwar Ibrahim yang pernah dizalimi 10 tahun yang lalu atas kes yang sama.

Marilan kita memohon petunjuk dari Rabbu A"lamin supaya diberikan kita hidayah dan taufiq agar kita jauh dari debu-debu fitnah.........Takbirrrr.......

'Pemuda itu rapat dengan Rosmah'



Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menghadapi dakwaan melakukan liwat terhadap pembantunya, mendakwa pemuda itu mempunyai hubungan rapat dengan timbalan perdana menteri dan isterinya.

anwar ibrahim and najibPenasihat PKR mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertem Rosmah Mansor, selain rapat dengan suaminya Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.

Kelmarin presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas - bagaimanapun Najib semalam menafikan pembabitannya dan pegawainya itu dengan kontroversi terbaru Anwar.

Anwar berkata beliau akan mendedahkan dakwaannya itu dalam masa terdekat.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini, beliau menafikan Mohd Saiful seorang pegawai peribadinya.

Anwar : Ceramah Penjelasan Malam Ini - 1 Julai



Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Tarikh : 1 Julai 2008 (Hari Ini)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam

Hadirkan diri jika berkesempatan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .