Ikuti Blog ini

DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK LULUS USUL MANSUHKAN ISA



Semalam, saya dan pengerusi GMI telah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak bertempat di Bangunan Setiausaha Kerajaan.YB Saari Sungib dan isteri beliau, Pn Aliza yang turut serta datang dari Kuala Lumpur,turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Selangor yang telah terlebih dulu mengeluarkan usul mansuhkan ISA, pada bulan April tahun ini.
Hati saya amat tersentuh dengan kesungguhan YB Chang Lih Kang, ADUN Teja yang begitu cermat mempersembahkan hujjah beliau tentang sejarah dan kezaliman ISA yang terus menerus digunakan oleh pemimpin UMNO-BN untuk kepentingan peribadi masing-masing.Usul beliau beberapa kali di persoal dan dipersendakan oleh para wakil rakyat BN yang ternyata sangat-sangat mempertahankan akta jahat itu.
"Secara prinsipnya, sesiapa pun samada dari BN atau dari Pembangkang tidak sepatutnya ditahan dibawah akta itu.Sejarah telah membuktikan, Pemimpin tertinggi UMNI-BN menggunakan ISA untuk kepentingan masing-masing.Contohnya peristiwa Operasi Lalang dan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar pada 1998" jelas YB Lih Kang.
"ISA telah digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menahan rakyat biasa dari penjual ais kerim, ahli perniagaan, pelajar, wartawan , blogger hinggalah kepada Ahli Parlimen. Terlalu banyak kezaliman yang telah dilakukan oleh SB keatas tahanan ISA dan keluarga mereka, justeru itu ISA mesti di mansuhkan dengan segera" itu adalah sebahagian dari hujjah yang telah disampaikan selama hampir 15 minit, dengan gangguan-gangguan oleh wakil rakyat BN.
Sebelum itu, isu pemberian sumbangan dari Kerajaan Negeri Perak pada keluarga tahanan ISA di negeri itu, telah diberi tentangan hebat oleh wakil Rakyat BN.Begitu buruk akhlak wakil rakyat tersebut ,menuduh tahananan ISA dengan kata-kata yang buruk seperti pengkhianat negara, pembawa masaalah kepada keselamatan negara dan sebagainya.
"Jika kita buang ISA sekarang, kita tiada peluang untuk buat akta seperti ini lagi " demikianlah Ketua Pembangkang, YB Tajol Rosli sendiri beria-ia sangat mempertahankan akta yang haram dari sudut Islam dan juga ditentang oleh agama lain.Namun, YB Tajol tidak menafikan ISA sepatutnya di review semula.

Namun, pada jam 4.12pm semalam, telah di putuskan dan dipersetujui oleh dewan bahawa usul mansuhkan ISA diterima. Ketika itu, ruang dibahagian pembangkang telah kosong.Semua ADUN BN telah keluar dewan lebih awal lagi.
" Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi komitment untuk membantu mangsa ISA.Beliau menginagtkan diri beliau sendiri dan setiap yang hadir, sekiranya mereka tidak membantu orang yang dizalimi, dikhuatiri, mereka akan ditanya oleh Allah SWT diakhirat kelak" demikian kata-kata akhir dari YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar, yang telah menerima memo dari GMI yang disampaikan oleh Pengerusinya, Syed Ibrahim.
Kami semua rasa bersyukur kerana sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, telah mengikut jejak Selangor, mengeluarkan usul memansuhkan ISA. Semoga tindakan ini akan diambil oleh negeri lain di bawah PR.


Kes liwat Anwar: Pendakwaan dan pembelaan terus bertelagah, Mahkamah Tinggi dengar rayuan 20 dan 21 Nov


ANWAR bersama Azizah di Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dan pembelaan bagi kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim terus bertelagah mengenai urusan pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi walaupun Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, S.M Komathy Suppiah mendapati sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Sesi sebutan kes yang dijadual bermula hari ini terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memfailkan semakan semula terhadap keputusan hakim berkenaan buat kali kedua ke Mahkamah Tinggi.

Pada awal sesi sidang mahkamah hari ini, Peguam R. Sivarasa yang mewakili pihak pembelaan mempersoalkan tentang pelanggaran akujanji pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang berjanji akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.

Sivarasa berhujah berdasarkan peruntukan Seksyen 51(A) yang menjelaskan segala dokumen yang berkaitan mestilah disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum tarikh perbicaraan.

"Yang Arif, pihak pendakwa telah melanggar akujanji yang mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan dokumen tersebut sepatutnya pada hari ini sebelum perbicaraan bermula," katanya.

Bagaimanapun Mohamed Yusof memaklumkan kepada mahkamah peruntukan seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terutamanya bagi sub-seksyen 35(2) yang memperuntukan bahawa memandangkan ada permohonan semakan semula, semua prosiding di mahkamah rendah hendaklah digantung.

anwar sodomy trial 141108 01

"Oleh itu kami meminta supaya semua prosiding berhubung dengan kes ini ditangguhkan sementara menunggu apa-apa keputusan dan arahan Mahkamah Tinggi berhubung dengan semakan semula kes tersebut," katanya.

Pada 11 November lalu, pihak pendakwaan telah memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan yang dibuat Komathy pada 7 November lalu.

Kemudian pada 12 November, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Jenayah) memaklumkan bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 20 hingga 21 November depan untuk mendengar penghujahan kedua-dua pihak berhubung semakan tersebut.

Alasan yang diberikan Mohamed Yusof masih tidak memuaskan hati pihak pembelaan yang tetap menggesa pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitan kerana kes tersebut akan tetap dibicarakan.

"Kami memerlukan dokumen tersebut untuk buat persediaan dalam kes ini, walaubagaimanapun kes ini akan tetap dibicarakan," kata Sivarasa.

Oleh yang demikian, Mohamed Yusof memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan segala dokumen yang diperlukan itu.

Menurutnya, dokumen berkenaan akan diserahkan pada petang ini.

Sementara itu Anwar yang ditemui diluar mahkamah menjelaskan tindakannya 'mencelah' sewaktu Mohamed Yusof berhujah bagi menyangkal dakwaan Sivarasa yang sangsi sebab pihak pendakwaan tidak mahu menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan yang berkemungkinan telah diubah, diganggu ataupun hilang seperti yang berlaku 10 tahun lalu.

"Sebab tulah saya sergah dalam mahkamah tadi, kita baru cuit sikit dia dah melenting...kalau dah tahu 10 tahun lalu ada buat salah, mengaku sahajalah, buat apa nak teruskan kezaliman.

"Sekarang 'pemain-pemain' utama adalah orang sama, cuma pelakonnya sahaja dah tua," katanya sinis.

Ketika didalam mahkamah, Anwar mencelah dengan mengatakan: "Sejak 10 tahun lalu anda tidak pernah minta maaf."

Celahan itu dibuat apabila Mohamed Yusof menyatakan beliau sudah bosan dengan dakwaan Anwar bahawa pihak pendakwaan berat sebelah sewaktu mengendalikan kesnya.

Mohamed Yusof dengan nada yang emosional berkata: "Saya sudah bosan dengan dakwaan seperti ini, semua dokumen ada pada saya hari ini dan tak ada masalah untuk saya serahkan kepada pihak pembelaan."

Dalam pada itu Sivarasa yang menggantikan peguam kanan barisan pembelaan, Sulaiman Abdullah yang tidak hadir pada prosiding hari ini berkata pihak pembelaan membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak pendakwaan yang enggan menyerahkan dokumen-dokumen terbabit.

"Kami bangkitkan persoalan mengenai mengapa mereka tidak mahu serahkan yang mungkin ada sesuatu (agenda).

"Namun akhirnya mereka ubah pendirian dan berjanji akan serahkan semuanya petang ini atau esok," katanya.




PAS perhalusi keahlian bersekutu


Kepimpinan tertinggi PAS telah membincangkan secara mendalam kemungkinan membuka keahlian bersekutu kepada bukan Islam dalam PAS.

Ia merupakan atara dua agenda utama yang dibincangkan sesi permukiman pimpinan PAS selama tiga hari di Langkawi pada hujung minggu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang turut menghadiri sesi permukiman tersebut.

Menurutnya, isu keahlian tersebut perlu dibincangkan dengan mendalam dan terperinci dalam siri-siri pertemuan pimpinan PAS.

Katanya, ini kerana ianya melibatkan dasar PAS yang harus dibawa ke muktamar tahunannya dan memerlukan pindaaan perlembagaan parti.

Isu keahlian bersekutu bukan Islam dan langkah mengukuhkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat, menjadi topik perbahasan panas dalam muktamar parti yang ke-54 di Ipoh Ogos lalu.

Usul membabitkan perkara tersebut turut diluluskan oleh perwakilan muktamar tersebut untuk diperhalusi oleh kepimpinan parti.

Kelab penyokong

Sejak 2004, PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang dianggotai oleh penyokong bukan Islam di peringkat negeri, dengan keahliannya kini mencecah 18,000 orang.

Berikutan sokongan yang menggalakkan dari kalangan pengundi bukan Islam terhadap calon PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dewan Pemuda PAS pusat melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) yang dilancarkan di pejabat agung PAS di ibunegara Sabtu ini.

Menurut Mohamed Daud lagi, sesi permukiman itu dihadiri oleh anggota Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Mereka termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Menurut beliau lagi, pimpinan PAS juga turut membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

“Kita perhalusi lagi syarat-syaratnya. Kita akan memanggil pimpinan pelbagai peringkat, duduk sekali.

“Kita fikir masak-masak (bagaimana) untuk memperkukuhkan Pakatan,” katanya.




Kita pasti MATI..

 Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Assalamualaikum..

Isu sajak kematian yang meletup di akhbar sejak akhir-akhir ini memanggil saya untuk memberi sedikit pandangan. Sajak kematian yang memaparkan gambaran bagaimana seksaan di alam kubur ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Seperti biasa, nada kerajaan adalah seirama dengan pihak yang menentang jika sesuatu itu ada kaitan dengan agama. Adakah anda masih ingat dengan isu ‘Jom Heboh’ anjuran tv3 dahulu? Walaupun mufti yang di akui telah mengeluarkan fatwa bahawa ia HARAM, namun ‘Jom Heboh’ itu telah diHALALkan oleh kerajaan. Begitu juga dengan isu murtad, walaupun seorang mufti telah mendedahkan angka orang Islam yang telah murtad berjumlah beribu-ribu, namun pihak kerajaan menafikan dengan meminta bukti-bukti yang kukuh.

Sepatutnya kerajaan yang kononnya meletakkan Islam sebagai akar pemerintahan ini menunjukkan kerisauan dalam isu ini bukannya menimbulkan keraguan. Bukankah kepincangan akhlak muda mudi sekarang ini adalah hasil daripada banyaknya keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh kerajaan? Erm.. Keraguan dalam pendidikan misalnya.. Cuba intai isu rotan pelajar, kerajaan tidak bersetuju dengan peraturan ini kerana ia akan memberi tekanan kepada para pelajar. Lucu. Bila timbul isu pelajar menendang guru, isu ini kembali timbul… namun, seperti biasa.. kerajaan tetap keras kepala..!

Nabi SAW sendiri mengajar kita dalam hadis baginda supaya memukul (tanpa menyakiti) anak-anak jika tidak solat ketika umur anak-anak kita sudah mampu untuk solat. Mampu untuk solat pun dah boleh dipukul.. Bila baligh.., lu fikir la sendiri..!
Berbalik kepada isu sajak kematian tadi, kita semua tahu bahawa kematian itu sesuatu yang pasti. Wajib mati kepada mereka yang dihidupkan oleh Allah. Tidak dapat tidak. Justeru, salahkah jika pihak sekolah atau sesiapa sahaja mengambil insiatif untuk memberi peringatan kepada mereka yang hidup untuk sama-sama memperingati mati..? Bukankah kita akan mati?..

Iya.. mungkin ada di kalangan kita senada dengan arjuna tentang isu memberi peringatan tentang kematian tetapi tidak bersetuju method peringatan itu. Tidak boleh guna cara yang keras, nanti akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada pelajar dan ia boleh membawa kesan yang buruk kepada pengukuhan akidah. Mungkin itu hujahnya.

Erm.. kalau begitu, bagaimana pula dengan penyiaran drama seram atau cerita hantu seperti ‘Kekasihku Seru’, ‘Puaka Niyang Rapik’, ‘Jangan Pandang Belakang’ dan banyak lagi drama-drama dan filem-filem yang boleh membawa kepada keruntuhan akidah dan 100 kali ganda lebih seram daripada penayangan klip sajak kematian yang tentang oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan?..

Berhentilah mengHALALkan benda yang HARAM dan mengHARAMkan benda yang HALAL lagi.. Kasihanilah remaja-remaja kita yang sedang enak dibuai kelaghaan. Cukuplah remaja-remaja kita yang sedang parah dan memerlukan agama sebagai penawar. Remaja hari ini adalah gambaran remaja pada masa depan. Boleh anda gambarkan bagaimana remaja pada masa depan jika anda perhatikan akhlak, kelakuan remaja pada hari ini?.. Fikir-fikirkan..


MENTERI DALAM NEGERI ZALIM?



Ahmad telah di tuduh mencuri sebuah basikal kepunyaan Pak Hamid . Sepatutnya Pak Hamid menyerahkan Ahmad kepada polis supaya supaya beliau boleh disiasat dan jika salah, terus dihadapkan ke mahkamah.Tetapi, dalam kes Ahmad ini, Pak Hamid tidak menyerahkan pada polis untuk didakwa dimahkamah.Tetapi sebaliknya, Pak Hamid telah mengurung Ahmad di sebuah bilik store di rumahnya.Pak Hamid telah menjalankan hukuman mengikut keinginannya sendiri terhadap Ahmad.

Inilah perkara yang sama berlaku pada tahanan ISA. Sepatutnya mereka semua yang dituduh bersalah, mestilah didakwa di mahkamah. Seorang Hakim sepatutnya mendengar pandakwaan keatas mereka dan pihak pendakwa mestilah memberikan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan itu.

Realiti kehidupan tahanan ISA, mereka ditahan dan disiasat oleh polis SB. Sekiranya SB tidak berpuas hati dengan siasatan keatas tahanan, SB akan memberi laporan kepada Menteri Dalam Negeri, yang kemudiannya akan menandatangani satu perintah tahanan dan mangsa ISA itu terpaksa menghabiskan dua tahun dari usianya di Kem Kamunting. Kuasa Menteri Dalam Negeri tiada hadnya. tahanan boleh terus menerus ditahan dari dua tahun hingga dua tahun berikutnya dan mungkin boleh ditahan sepanjang hayat........

Adakah tindakan Menteri Dalam Negri itu tidak zalim?

Note: Adalah sesuatu yang "biasa" tahanan ISA di bogelkan dan didera secara mental dan fizikal.


TAZKIRAH JUMAAT - Masuk neraka kerana seekor lalat



"Diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. tentang dua orang pemuda yang melintasi sebuah kuil. Apabila mereka melintasi dihadapan kuil itu, mereka ditahan oleh sekumpulan pemuda kafir dan tidak membenarkan mereka melintasi kuil tersebut kecuali mereka mempersembahkan sesuatu kepada patung dikuil tersebut...Jika mereka melintasi kuil itu tanpa mempersembahkan sesuatu, mereka akan dibunuh..

Lalu bertanyalah pemuda-pemuda tersebut tentang persembahan yang perlu diberikan kepada patung itu. Maka jawab pemuda-pemuda kafir itu " Berilah apa saja yang mampu asalkan ada persembahan"
Maka pemuda pertama menagkap seekor lalat dan dibunuhnya lalat tersebut dan dipersembahkan kepada patung dikuil tersebut. Ini kerana apalah salahnya menangkap lalat dan dipersembahkan kepada patung itu kerana pada pandangannya perbuatannya itu amat kecil sekali berbanding segala amalan yang telah dibuatnya. maka dia pun dilepaskan pergi.

Sedangkan pemuda kedua tidak mahu mempersembahkan apa-apa kepada patung itu kerana baginya mempersembahkan sesuatu kepada patung adalah syirik dan itu merupakan dosa besar. Maka dia berkeras dan tetap dengan pendiriannya agar tidak akan mempersembahkan apa juga kepada patung itu. Akibatnya dia ditangkap dan dibunuh...

Maka sambung Rasulullah s.a.w. pemuda pertama masuk neraka walaupun dosanya hanya mempersembahkan lalat kepada patung manakala pemuda kedua masuk syurga kerana berjaya mempertahankan keimanan dan tidak diganggu gugat oleh sebarang ugutan..

Maka kita juga perlulah mengambil iktibar agar tidak melakukan dosa walau sekecil mana pun kerana kerana kita tidak tahu dimana letaknya kemurkaan Allah. Ditakuti nanti dosa yang kita anggap kecil, sebenarnya mengundang kemurkaan Allah....dan disebabkan dosa itu..kita dihumban keneraka .. Nauzubillah.....


Tragedi berdarah Lubuk Merbau bakal merebak ke Kuala Nerang?

pru_pt1APAKAH tragedi berdarah pilihanraya kecil kawasan Parlimen (Kapar) Padang Terap Januari 1985 bakal mencetuskan kemungkinan melanda pula ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Kuala Nerang Kedah yang dilaporkan akan turut mengadakan pilihanraya yang sama tidak lama lagi?

Ini berikutan keputusan mahkamah pada 3 November lalu mengistihyarkan muflis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dari Barisan Nasional yang didapati gagal melunaskan hutang banknya berjumlah RM100,000.

Pada pilihanraya umum ke-12 lalu, Syed Sobri yang terpilih menjadi calon adun menggantikan Datuk Dr Afiffuddin Omar menang ke atas wakil PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti tipis 805 undi dan kesnya akan didengar di mahkamah pada awal Disember ini.

Seandainya pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah meneliti dan memutuskan bahawa satu pilihanraya kecil akan berlangsung berlandaskan keputusan mahkamah dan makluman Speaker Dun Kedah, Dr Isa Ismail diambilkira, maka perkembangan terbaru ini mungkin tentunya akan mengimbau kembali peristiwa bagaimana tragedi paling memilukan di Padang Terap akan berulang lagi pada pilihanraya kadun Kuala Nerang nanti.

Sehari sebelum hari pengundian, dilaporkan berlaku pertumpahan darah melibatkan lebih 200 orang ahli Umno dan petugas jentera PAS di Felda Lubuk Merbau yang dianggap kawasan paling ramai bilangan pengundi berdaftar berakhir dengan satu kematian iaitu seorang penyokong PAS, Osman Talib dan puluhan lagi dikatakan ditimpa kecederaan akibat penggunaaan objek tajam.

Inilah perkara yang paling dibimbangi bukan sahaja melibatkan para pengundi, pasukan keselamatan malah jentera kempen baik dari Pakatan Rakyat didokongi PAS mahupun Barisan Nasional.

Malah dikalangan penduduk Felda di situ yang menerima tempias peristiwa itu pasti tidak dapat melupakan tragedi yang tidak dijangka sehingga mengakibatkan kawasan mereka seolah-olah berada di medan pertempuran yang kemudian sedikit reda selepas menerima campurtangan dari pihak berkuasa keselamatan.

Dun Kuala Nerang yang memiliki 18, 394 pengundi berdaftar dan lebih 90% terdiri daripada pengundi Melayu terletak dibawah kapar Padang Terap bersama-sama satu lagi dun iaitu Pedu yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas MB Kedah.

calonpasknPada pilihanraya umum Mac lalu, BN berjaya menyapu 2 kerusi Dun manakala parlimen pula dimenangi Pakatan menerusi Ustaz Nasir Zakaria, calon PAS yang mengalahkan penyandang, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim.

Berlandaskan senario politik sekarang, keputusan terbaru dalam pilihanraya kecil kapar Permatang Pauh dan isu-isu berbangkit baik di dewan rakyat mahupun dewan undangan negeri, peluang Pakatan dilihat cukup cerah untuk merampas kembali Kuala Nerang dari genggaman BN.

Baik Pakatan mahupun BN, golongan atas pagar dan masyarakat bukan Melayu terutama keturunan Thai dijangka sekali lagi menjadi penentu ke arah kemenangan selain bergantung kepada sokongan pengundi fanatik masing-masing. Inilah hakikat yang sering berlaku di Dun Kuala Nerang setiap kali pilihanraya berlangsung.

Kiranya pilihanraya kecil menjadi realiti, tidak dapat tidak permasalahan BN yang dikecam hebat berikutan kenaikan harga minyak dan barangan dan kegagalan Pakatan merealisasikan agenda mengambilalih kerajaan persekutuan akan dilihat menjadi bahan kempen bakal diperdengar pada sesi ceramah dun Kuala Nerang kelak. Sama-samalah kita tunggu dan lihat….!




Selangor bantu penghuni PPR bayar sewa

Kerajaan Negeri Selangor akan membantu golongan yang tidak berkemampuan yang tinggal Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menyelesaikan masalah sewa mereka.

low cost housing ppr 131108 01Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kerajaan negeri yang prihatin terhadap kebajikan dan keselesaan rakyat, begitu komited untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul ekoran daripada kenaikan kadar sewaan bagi PPR.

"Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Menurutnya, permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Selain itu, menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri juga akan mempertingkatkan pengurusan dan penyelenggaraan di sesetengah PPR yang dirasakan kurang sistematik.

Langkah itu, tambahnya, bagi memastikan kediaman yang disediakan adalah selesa serta setimpal dengan nilai sewaan yang dibayar oleh penghuninya.

low cost housing ppr 131108 02Sejajar dengan matlamat tersebut, katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan satu perbadanan pergurusan bagi mengawal selia dan mengurus semua PPR di Selangor.

Ia bertujuan untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan perumahan terlibat dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu agi, kerajaan negeri akan sentiasa memantau bagi mengelakkan dari adanya pihak yang tidak layak, cuba mengambil kesempatan untuk bantuan yang diberikan.

"Kerajaan negeri akan senantiasa memantau dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang sengaja membuat bayaran lewat atas alasan tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya berkemampuan," katanya.




Taman Tamadun Islam yang mengecewakan!!

"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
 Mengecewakan! Itulah yang dapat aku katakan bilamana dimaklumkan oleh seorang petugas di Taman Tamadun Islam (TTI) bahawa Taman Monumen ditutup pada setiap hari Selasa (kecuali cuti Umum dan Cuti Persekolahan). Taman Monumen ini menempatkan replika-replika masjid terkenal di seluruh dunia dan merupakan kawasan yang berbayar di TTI.

Pintu masuk dibuka separuh menandakan Taman Monumen ini tidak beroperasi pada hari Selasa.

Kekecewaan yang aku rasai tidak seberapa jika dibandingkan dengan 45 orang pengunjung dari Seremban dan Singapura yang datang semata-mata mahu melawat replika-replika masjid berkenaan. Mereka ini merupakan tetamu aku dan isteri yang datang ke Terengganu bagi menjayakan program yang mereka namakan Jalan-Jalan Cari Masjid.

Selain 45 orang terbabit yang juga merupakan tetamu aku, terdapat kira-kira 6 buah bas lagi yang kebanyakannya membawa pengunjung dari luar negeri Terengganu turut kecewa bilamana taman terbabit ditutup pada hari berkenaan. Kebanyakan dari mereka tidak dapat menerima pusat pelancongan terbabit ditutup seminggu sekali dengan alasan penyelenggaraan. Apatah lagi maklumat penutupan hanya diperolehi setelah berada di depan pintu berkenaan.

Bas dari Johor

Bas ini membawa pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Antara sebahagian Bas yang sempat diambil gambarnya. Bas-bas lain bergerak meninggalkan TTI selepas kecewa.

"Cuba bayangkan berapa banyak mereka (pihak TTI) rugi sebab tutup hari ini. Sekarang sahaja mudah-mudah untuk mereka dapat RM 3000". Luah seorang pengunjung dari Singapura yang membuat kira-kira mudah.

Bayaran RM10 dikenakan kepada setiap pengunjung dewasa manakala RM5 bagi pengunjung kanak-kanak. Harga ini dikatakan harga promosi setelah diberi potongan 50% kononnya. Namun, mengikut pemerhatian aku harga yang dikatakan promosi ini sebenarnya sudah patut berakhir selepas cuti persekolahan bulan Jun 2008 yang lalu. Namun, kerana kurang mendapat sambutan dan kos RM20 bagi seorang adalah amat tinggi bagi kebanyakan pengunjung, maka dikekalkan harga RM10 sehingga sekarang.

Berbalik kepada penutupan pada setiap hari Selasa, aku mengira ianya merupakan suatu kesilapan besar dan tidak patut sama sekali berlaku. Bayangkan suatu tempat yang diangkat sebagai satu destinasi utama pelancongan Terengganu dan bersempena Tahun Melawat Terengganu, maka taman terbabit hendaklah sentiasa bersedia dan dibuka setiap hari sepanjang tahun. Apatah lagi hebahan mengenai penutupan tempat berkenaan setiap Selasa tidak dilakukan dengan berkesan.

Lebih mengecewakan lagi bilamana Laman Web TTI (http://www.tti.com.my) seolah-olah mati dan langsung tidak dapat memberi apa-apa maklumat melainkan alamat dan nombor talian telefon sahaja. Sedangkan TTI ini sudah dilancarkan seawal Februari 2008 lagi. Aku pada mulanya berkira web terbabit bukanlah web yang rasmi, namun pencarian menunjukkan hanya itu sahaja rujukan rasmi yang ada.

Pegawai yang bertugas mengatakan Selasa ditutup bagi menjalankan tugas penyelenggaraan dan pembaikian. Pada aku, tugas-tugas penyelenggaraan dan pembaikan seharusnya dijalankan pada waktu malam sahaja. Ini sesuai kerana Taman Monumen terbabit dibuka dari pagi sehingga jam 7 malam sahaja kepada umum.

"Sepatutnya buka setiap hari. Pelancong yang datang kebanyakannya percaya bahawa TTI ini dibuka sepenuhnya setiap hari" Luah seorang Ustazah yang mengetuai rombongan dari Seremban. Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.

Apa tidaknya, mereka sanggup datang ke Terengganu dengan menaiki Kapal Terbang di awal pagi dari Kuala Lumpur dan menyewa bas di sini untuk tujuan program ziarah masjid mereka. Mereka berlepas pulang pada malam hari yang sama juga dengan Kapal Terbang.

Nota: Lawatan rombongan JJCM terbabit ke TTI (Masjid Kristal) adalah selepas melawat Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah), Kuala Ibai dan Masjid Rusila beserta rumah YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Marang.

Shahrizat Bakal Dipancung !!!


" Pemilihan kepimpinan yang sedang berlangsung di dalam UMNO sangat hangat diperkatakan. 900 laporan kesalahan rasuah dilaporkan. FRU dipanggil di Bahagian Rantau Panjang, Kelantan untuk membolehkan mesyuarat berjalan. Di Seremban, kejadian baling kerusi meniru gaya MIC memalukan UMNO.

Pelbagai insiden yang memalukan UMNO telah berlaku. Semua kejadian tersebut boleh dilihat dengan mata kasar. Namun banyak lagi persoalan-persoalan yang tidak nampak dilihat oleh mata kasar juga telah berlaku, namun ianya telah berlaku dna menjadi persoalan massa.

Kejadian pelik, 3 calon Naib Presiden yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah UMNO, kini telah berlaku. Mungkinkah, calon PM tidak akan menjadi PM, sebaliknya akan di ambil oleh Naib Presiden????

Bagi calon ketua wanita pulak, kejadian lebih ajaib. Sharizat berada di dalam kedudukan tidak tenteram. Nak lawan Rafidah.... kononnya tak tergamak...tak nak lawan ketua kononnya...... Tapi calon Naib Ketua, tak nak tarik diri dari bertanding..... Jeng...jeng..jeng..... Sharizat tertekan.....

Kalau bertanding .....akan dikatakan tak sabar2 menunggu jawatan ketua...... kalau tak bertanding...... kena bertanding jawatan Naib Ketua....... Katalah ditakdirkan Datuk Kamalia menang dan Sharizat kalah......Kena ingat siapa dibelakang Datuk Kamalia...... ????? Datuk Kamalia mempunyai backup yang kuat di belakangnya....membolehkannya mempunyai keyakinan utk bertanding......

Katalah Rafidah menang tanpa bertanding, SHarizat kalah Naib ketua..... Bila Rafidah letak jawatan...siapa yang akan memangku jawatan Ketua....... Kamalia.....SHarizat melepas lagi......

Katalah Sharizat menang jawatan Naib Ketua..... Kamalia kalah...... maka bila Rafidah letak jawatan.... Sharizat akan memangku jawatan Ketua hinggalah pemilihan semula. Maknanya Sharizat akan memangku jawatan Ketua. Seorang pemangku tidak boleh buat banyak perkara..... tak boleh sain cek dan banyak lagi. Satu lagi....tidak akan ada Pemangku untuk jawatan naib ketua..... Maknanya Sharizat akan bekerja seorang diri..... Jadi siapa yang tersepit................... Sharizat............

Telan mati emak, luah mati bapak.......!!!! kesian Sharizat...."

Pekerja Zoo Singapura rakyat Malaysia mati dibaham harimau


SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini.

Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Harimau putih yang dipercayai membaham mangsa.

Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.

Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari.


Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.

Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.

Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu.


Video Lawatan 3 Burung Belibis Saat Tiba Jenazah Amrozi Dan Ali Ghufron




Aku Dah Tak Ego Lagi,Kali Ini Aku Mengaku Aku Bodoh…

Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup...saya katakan 'mereka mungkin dipecat'.

Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup...saya katakan 'mereka mungkin dipecat'."Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu - Nazri

Nazri kesal buat kenyataan enam hakim bukan dipecat

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

“Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup…saya katakan ‘mereka mungkin dipecat’.

“Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Nazri menjelaskan kekeliruan itu berlaku kerana perkara tersebut tidak seperti kebiasaannya.

“Dalam kerajaan, bila kita diberikan pencen, kita faham kita tak buat apa-apa kesalahan, tapi kalau kita dipecat, pencen tidak akan diberikan.

“Tapi dalam kes ini hakim-hakim itu terima pencen. Namun saya ambil masa untuk semak semula dan dapati ada surat daripada Yang Dipertuan Agong meminta supaya pencen tetap diberikan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan, akan diketahui minggu hadapan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyak implikasi.

Komen Pahangdaily

Maka sekarang, memang terbukti bahawa Nazri Aziz memang “berbohong” di parlimen perihal isu Ex-Gratia Hakim baru-baru ini. Biarpun beliau akui kesilapannya, tetapi rakyat harus sedar bahawa memang Nazri banyak berbohong selama ini. Beliau patut dikenakan tindakan kerana berbohong oleh parlimen!.

Cara beliau menjawab soalan yang dikemukan kepadanya dulu, dalam keadaan yang terlalu yakin dan sombong seolah-olah beliau tahu segalanya tentang hal ini. Jika begini sikapnya menteri UMNO, maka sahlah bahawa rakyat telah tersalah membuat pilihan mereka selama ini. Nazri harus letak jawatan! kerana beliau tidak layak menjadi menteri. Semoga rakyat sedar semua ini.




Usul Kedua Ditolak, Karpal Buat Laporan Polis



KUALA LUMPUR: Usul Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) supaya Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ditolak buat kali kedua semalam. Justeru, Karpal akan memfailkan laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 3 petang ini. "Nampaknya tiada lagi cara lain supaya isu ini dibahaskan atau dibincangkan kerana Dewan Rakyat telah menolak usul yang saya failkan sebanyak dua kali," kata Pengerusi DAP itu di lobi Parlimen semalam. Menurut beliau, perkara tersebut mempunyai kepentingan awam kerana ia melibatkan kredibiliti seorang Ketua Hakim Negara.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat. Ketika menjelaskan perkembangan tersebut, Pandikar Amin berkata, peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri. "Kelakuan hakim-hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali atas sesuatu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh pihak kurang daripada satu perempat daripada bilangan ahli Majlis Parlimen," katanya. Namun Karpal tetap tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan Speaker Dewan Rakyat itu kerana menurutnya isu yang dibangkitkannya adalah yang berkaitan sewaktu Zaki berkhidmat sebagai peguam.


"Isunya di sini ialah apa yang berlaku pada tahun 1987 seperti yang beliau (Zaki) nyatakan sebelum ini iaitu pernah memberi rasuah. "Kita bukan mahu bincangkan mengenai sifatnya atau kelakuannya kini sebagai seoarang Ketua Hakim Negara," katanya. Pada sidang media berasingan, Pandikar Amin menjelaskan sebab beliau membuat penolakan tersebut. "Peraturan Mesyuarat itu jelas mengatakan bahawa apa jua yang berkaitan dengan sifat atau kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan di Parlimen. "Memang Yang Berhormat Bukit Gelugor katakan bahawa isu yang beliau bawa adalah yang berlaku dahulu semasa Tan Sri Zaki menjadi peguam, tapi kalau saya biarkan usul ini dibahaskan, tidakkah mereka akan tetap kaitkan dengan sifat-sifat beliau... ini pasti berlaku," katanya. Ditanya kemungkinan persepsi masyarakat bahawa beliau hanya menolak usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang, beliau tidak kisah dengan persepsi sedemikian.

"Saya tak kisah apa mereka akan kata. Saya hanya jalankan tugas bagi memastikan perjalanan mesyuarat lancar. "Tapi anda harus ingat bahawa semua usul yang saya terima hanya daripada pembangkang," katanya. Jelas beliau, jika ada usul yang dikemukan pihak kerajaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, beliau akan tetap melakukan perkara yang sama. "Kalau pihak penyokong kerajaan juga ada usul yang tak memenuhi syarat, saya akan tolak juga," katanya



Tunggu Apa Lagi Kak Pidah,Gayang Terus

Shahrizat dalam kenyataannya kelmarin juga berkata, beliau masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

Shahrizat dalam kenyataannya kelmarin, masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

Mahathir: Ketua, Naib Ketua Wanita Umno wajar dipertandingkan

PUTRAJAYA: Bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita wajar dilaksanakan kerana ia mencerminkan nilai demokrasi dalam pergerakan itu.

“Pada saya, ia (pertandingan) sesuatu yang baik kerana ia demokrasi.

“Jika tiada wang yang terlibat, saya rasa jawatan itu patut dipertandingkan,” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Bangsa Malaysia” di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Dr. Mahathir berkata, bagaimanapun ia terpulang kepada Wanita untuk menentukan siapa yang patut dan tidak patut memegang kedua-dua jawatan tersebut.

Isnin lalu, keputusan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno mengekalkan pelan peralihan kuasa di antara ketua pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 27 Exco itu juga membuat ketetapan bahawa jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan demi perpaduan dan pengukuhan sayap kanan Umno itu.

Bagaimanapun, Exco Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang telah meraih cukup pencalonan bagi jawatan Naib Ketua pergerakan itu tetap dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan itu dan menolak pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu.

Shahrizat dalam kenyataannya kelmarin juga berkata, beliau masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .