Ikuti Blog ini

'Kerjasama langit dan bumi' buahkan kejayaan

KUALA LUMPUR - Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya PAS (Ceri), Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif berpandangan 'kerjasama antara langit dan bumi' iaitu munajat secara besar-besaran yang dipohon oleh setiap individu rakyat Kuala Terengganu memberi kejayaan besar PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Selain itu katanya, kerjasama mantap antara Pakatan Rakyat yang menggambarkan imej perpaduan telah mencipta satu suasana politik yang menyebabkan seluruh masyarakat di Kuala Terengganu terlibat sama dalam proses pilihan raya yang penting.


Di samping itu katanya, pecahan dalaman BN juga merupakan salah satu faktor parti tersebut ditolak oleh pengundi-pengundi Kuala Terengganu.



"Bermula daripada calon pilihan Menteri Besar Terengganu yang tidak dipilih, sebaliknya Dato' Wan Farid yang dipilih mewakili parti tersebut. Di situ kita sudah nampak perpecahan dalam BN. Selain itu juga, pesonaliti Wan Farid yang dilihat tidak mesra rakyat menyebabkan beliau sukar diterima rakyat Kuala Terengganu.


"Jelas sekali papan iklan yang dipasang di seluruh Kuala Terengganu yang menunjukkan beliau sama-sama bersimpuh dengan masyarakat, adalah untuk menghakis imej beliau yang tidak mesra rakyat itu. Masyarakat Kuala Terengganu telah tertanam dalam minda mereka tentang sikap Wan Farid yang kurang mesra dan bersifat 'elitis'," katanya, sewaktu dihubungi.


Jelasnya, sikap elit Wan Farid menyebabkan beliau tidak mempunyai kekuatan dengan 'grass root' dan 'hilang sentuhan' dengan pengundi-pengundi.


kuala terengganu by election 170109 victory pc Sementara itu, Wan Abdul Rahman turut berpandang salah satu faktor tumpasnya BN di Kuala Terengganu adalah kerana mereka tersilap dalam menyediakan 'peluru' yang mana lawannya mungkin disangkakan antara Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Wan Mutallib Embong.


"BN tersilap menyediakan 'peluru' untuk 'menembak' salah seorang individu ini. Rupa-rupanya yang menjadi calon adalah individu yang tidak disangka mereka. BN menjadi keliru dan tidak sempat menyediakan 'peluru' untuk 'menembak' Abdul Wahid," katanya.



kuala terengganu by election 170109 wahid victoyDalam pada itu, mengulas mengenai peratusan pengundi muda yang dikatakan agak rendah, berdasarkan pengamatannya yang turut terlibat secara langsung dalam tinjauan sepanjang proses pengundian berlangsung, katanya, pengundi muda yang membuang undi merupakan penyokong PAS.


"Biasanya golongan muda ini anti-establishment. Sepanjang proses pengundian, saya melihat kebanyakan pemuda-pemuda membawa bendera PAS. Hanya sebilangan kecil sahaja yang membawa bendera BN. Di sini kita dapat lihat kecenderungan golongan muda. Tidak semua orang muda tidak mengundi. Tetapi yang mengundi itu pangkah PAS," katanya.

'Jangan putus hubungan dengan Allah' - Abdul Wahid Endut



KUALA TERENGGANU - Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan.


Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.


"Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.


"Jangan putus hubungan dengan Allah," tegasnya.


Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah.


"Kita belajar daripada Kelantan, yang memperolehi kekuatan dengan cara tarbiyah seperti ini," katanya.


Adun Wakaf Mempelam itu turut mengingatkan semua pihak bahawa banyak daripada mereka yang mendapat kuasa tidak dapat menahan diri dengan ujian kemenangan.


"Sedangkan itu merupakan prasyarat utama agar Allah memberikan kemenangan,"


"Kita berharap agar Allah akan memberikan kemenangan kepada kita untuk menjadi kerajaan di negeri Terengganu ini," ujarnya sambil disambut lauangan takbir.


Abdul Wahid juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas Pakatan Rakyat termasuklah petugas daripada negeri-negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan pilihan raya ini.


Untuk itu katanya, beliau akan turun ke setiap UPU bagi mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas daripada dalam dan luar Kuala Terengganu.


Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Timbalannya Ustaz Abu Bakar Chik.




TAHNIAH YB-YB WAHID ENDUT


Saya mengucapkan tahniah kepada YB-YB Mohd Abdul Wahid Endut di atas kemenangan beliau menumbangkan BN yang bongkak dan sombong di Kuala Terengganu. (2 kali YB).
Kemenangan beliau merupakan kemenangan yang amat manis dan besar ertinya kepada rakyat Terengganu dan Malaysia. Lebih-lebih beliau diberitakan memenangi semua 4 DUN dalam PRK ini. Rakyat Terengganu mula sedar kesilapan mereka memilih BN menjadi kerajaan Negeri pada PRU 2008. Tahniah juga buat rakyat Terengganu di atas kehebatan saudara/i semua berfikir dan menolak parti yang jelas tidak menjaga kedaulatan Islam, Bahasa Melayu dan rakyat.

Diharapkan kerajaan BN dapat memansuhkan PPSMI dengan penolakan rakyat kepada BN kali ini. Juga saya menggesa kerajaan lebih demokratik dan menjaga kebajikan rakyat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Semoga rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PR pada pilihanraya akan datang.

Kepada BN dan pemimpinnya sedarlah bahawa kuasa di tangan rakyat. Rakyat mula sedar bahawa mereka berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin dan parti yang bongkak dan sombong.
Syabas juga buat SPR diatas perjalanan pilihanraya yang baik walaupun banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kejayaan mereka mengisytiharkan keputusan lebih awal menggambarkan bahawa SPR di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Aziz Yusof jauh lebih baik dari pimpinan Rashit.

Kepada pasukan Polis rakyat mengharapkan jangan duit rakyat dihabiskan untuk tujuan pilihanraya seperti ini. Tidak ada gunanya menghimpunkan sehingga 10,000 anggota untuk bertugas sedangkan rakyat sekarang sudah matang. Banyak duit rakyat dibazirkan untuk menampung keperluan anggota Polis selama hampir 2 minggu di Kuala Terengganu. Walaubagaimana saya mengucapkan syabas kerana Polis berjaya memastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan baik walaupun ada juga beberapa insiden yang tidak mengembirakan penyokong PAS.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kemenangan yang amat bermakna buat sebuah pertubuhan yang begitu komited untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kemenangan yang amat bermakna buat sebuah pertubuhan yang begitu komited untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.Semoga kemenangan ini akan mengukuhkan lagi martabat dan kedudukan Islam di mata rakyat Malaysia.





Kibaran kemenangan PAS !! Takbirr !!

Games Over !!

PAS dan Pakatan Rakyat menambah 1 lagi kerusi di Parlimen !! Raikan kemenangan ini dengan laungan Allah hu Akbar !! Takbirr !!

Ribuan penyokong pakatan rakyat sedang merayakan kemenangan… bunyian hon dan pekikan takbir serta kibaran bendera memenuhi Kuala Terengganu.. tahniah penggundi Kuala Terengganu.........................

PAS MENANG BERGAYA PRK P 036


Keputusan Rasmi

Pas - 32,883

BN - 30,252

Bebas - 193

Majoriti - 2,631



Suasana di sekitar stadium semasa menunggu keputusan P036.

helikopter polis sedang menyuluh penyokong-penokong PR

Keputusan terkini : PAS mendahului UMNO



Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut dipercayai kini telah mempunyai undi yang selesa untuk menang kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Difahamkan, beliau telah memperolehi majoriti yang selesa berdasarkan pengiraan tidak rasmi.

8.57pm- Setakat ini, PAS memperolehi 27, 960 undi

8.35pm:- PAS mendahului 2,132 undi - PAS (26,971), BN (24,839), Bebas (152).

Calon BN berkira-kira dan berfikir untuk hadir atau tidak pada majlis pengumuman keputusan PRK Kuala Terengganu di Stadium Negeri jam 10.30 malam ini, calon PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut kemungkinan sedang menarik nafas lega dan sedang mencongak-congak apa isi ucapan ringkas sempenan kemenangan beliau.

Saya meramalkan Wan Farid mungkin tidak hadir kerana malu. Tetapi yang pasti Najib tidak akan hadir kerana beliau lebih malu dari Wan Farid.


Penyokong PAS sedang bersorak di Stadium Negeri terima keputusan tidak rasmi PAS MENANG

Maklumat dari Pusat Penjumlahan undi di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai PAS MENANG dengan majoriti yang dipaparkan setelah mengira jumlah undi pos ialah sebanyak 2679.

Maklumat diterima semua pimpinan PAS sedang menuju ke Stadium bersama dengan penyokongnya.

Setakat 8 malam, PAS masih mendahului BN dengan majoriti 2,185


Keputusan terkini tidak rasmi yang saya terima dari bilik gerakan PAS setakat ini PAS mendahului dengan majoriti sebanyak 2185 undi.


masih terdapat kertas undi yang tidak siap dikira. Diharapkan beberapa keputusan tidak rasmi yang saya beritakan ini adalah gambaran sebenar kepada pengumuman rasmi yang akan diumumkan oleh SPR.


KUALA TERENGGANU - Terkini setakat jam 8 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 1,554 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.


PAS ketika ini mendapat 22,030 undi berbanding BN - 20,476 undi. Manakala calon Bebas - 134 undi. Berita lanjut akan menyusul dari masa ke semasa.


Setakat jam 7.00 pm, PAS mengatasi BN 457 undi


KUALA TERENGGANU - 7.27 ptg
Berita terkini,Wan Farid tewas di BUKIT BESAR dengan majoriti 61 undi. Wahid Endut mendapat 777 undi manakal Wan Farid mendapat 716 undi. Setakat ini hanya keputusan ini yang dah disahkan...yang lain akan menyusul!!


Terkini setakat jam 7 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.


PAS ketika ini mendapat 16,475 undi berbanding BN - 11,516 undi. Manakala calon Bebas - 90 undi.


Di peti undi Chabang Tiga Dun Wakaf Mempelam, calon PAS mengatasi BN bagi saluran dua sebanyak 86 undi. Bagaimanapun dua lagi saluran masih dalam pengiraaan.


Proses pengundian ditutup, 80 peratus keluar mengundi

KUALA TERENGGANU - Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir tepat jam 5 petang tadi manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan sidang media sebentar lagi.

Menurut laporan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus dan proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.


Proses pengundian dilaporkan berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil dan sedikit ketegangan yang berlaku di antara penyokong PAS dan BN membabitkan kempen-kempen meraih undi.


Selain itu para petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat dikatakan mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas seperti di Sekolah Kebangsaan Ladang yang mana terdapat tujuh buah trak FRU berada di situ.


Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Dun Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.


Selain itu SPR memaklumkan setakat jam 4 petang tadi sejumlah 76 peratus pengundi telah keluar mengundi menjadikan jumlahnya kira-kira 60,794 daripada 80,229 yang layak mengundi di pilihan raya kecil ini.




70% keluar mengundi, PAS yakin menang......















Antara yang hadir merayu undi di pondok-pondok panas dan sekitar kawasan...

Wanita Keadilan turut sama membantu kempen...

Anak-anak muda yang bersemangat.....


Insyallah Pas akan menang di kerusi Parlimen ini...Allah hu akhbar....!!!




Antara Kepimpinan yang ada....
YB Dr Hatta Ramli di Sek Sultan Sulaiman....

YB Dato Husam Musa di Losong.....











KUALA TERENGGANU: Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, beberapa pemimpin PAS yang dihubungi berkata, mereka berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk mencapai kemenangan hari ini.

Bagaimanapun, mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, setakat tengah hari tadi, kira-kita 40 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Seramai 41.84 peratus atau 33,133 pengundi sudah mengundi setakat ini," kata Abdul Aziz yang turut menyifatkannya sebagai memuaskan.

Beliau yakin ramai yang akan keluar mengundi menjelang 5 petang ini.

Daripada 33,133 itu, seramai 1,323 mengundi antara 8 dan 9 pagi, 18,624 (antara 9 dan 10 pagi), 3,225 (antara 10 dan 11 pagi) dan 9,850 (11 pagi dan 12 tengah hari).

Kerusi ini mempunyai 80,229 pengundi tetapi hanya 79,194 orang mengundi hari ini selepas ditolak pemilih pos.

Calon Barisan Nasional (BN) dan PAS telah pun keluar mengundi seawal pukul 8 pagi. Calon Bebas bukan merupakan pengundi di sini.

"Dalam tempoh empat jam kita sudah ada 42 peratus, purata 10 peratus dalam sejam. Ada lagi lima jam lagi, jika dapat 50 peratus lagi bermakna kita boleh capai 90 peratus," kata beliau pada sidang media di Stadium Negeri di sini pukul 12.30 tengah hari tadi.

Kata beliau, bilangan pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi di kalangan mereka yang berusia iaitu melebihi 40 tahun.

"Peratusan mereka yang keluar mengundi di Saluran Satu dan Dua iaitu orang-orang yang berumur adalah tinggi... kira-kira 50 peratus.

"Bagaimanapun peratusan orang muda (Saluran Tiga, Empat dan Lima) yang keluar mengudi masih rendah," katanya.

Saluran Tiga, Empat dan Lima dikhaskan untuk mereka berumur bawah 40 tahun.

Jelas beliau, antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi, hanya kira-kira 25 peratus pemilih muda yang keluar mengundi.

"Berdasarkan pengalaman lalu, golongan muda biasanya akan keluar mengundi pada sebelah petang tetapi saya berharap mereka akan keluar mengundi secepat yang boleh," katanya.

Mengenai perjalanan urusan pengundian, beliau berkata: "Saya tidak nampak apa-apa masalah."

"Dan, berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau yang sebelum itu ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang pukul 9.25 pagi tadi.

Beliau juga berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kejadian tidak diingini setakat tengah hari tadi.

"Saya melihat proses pengundian ini macam pesta... semua gembira, pekerja-pekerja pilihan raya dari semua pari nampak mesra sesama mereka," katanya lagi.

Seperti lazimnya, jalan-jalan menuju ke pusat pengundian dibanjiri peraih undi kedua-dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS.

Bagaimanapun peraih undi calon Bebas tidak kelihatan.

Dalam pada itu, tinjauan mStar Online mendapati cuaca di sini sehingga 1.30 tengah hari adalah cerah walaupun sebelum ini diramalkan mendung.

Sebelah petang pula diramalkan hujan.

Pengundi-pengundi mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sejak pukul 8.30 pagi tadi.

Pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup 5 petang ini.

Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pagi ini.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .