Ikuti Blog ini

Umno, SPR belum bertaubat, kemarahan rakyat memuncak!



Speaker,V. Sivakumar. "SPR tidak boleh pertikaikeputusan dan kuasa saya"


YAB Menteri Besar," Saya tidak akan letak jawatan".

Pengerusi BBC,"Jangan letak jawatan, Bubar DUN"
Penuh sesak hingga kena duduk bersila.

Pelbagai sepanduk antara yang dinaikkan.

Dewan penuh sesak, di luar juga penuh.



PJ Perak mengaminkan doa.

Semua bangun mengangkat tangan berikrar bersama-sama mempertahankan Kerajaan Perak pakatan Rakyat.

Kita semua bersedih di atas perkembangan di negeri Perak. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa Umno dan SPR masih belum bertaubat. Selepas pilihan raya umum yang lalu kita menyangka Umno akan melakukan perubahan terhadap imejnya dan mungkin terhadap parti itu secara menyeluruh. Tetapi yang disaksikan oleh rakyat ketika usaha-usaha menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Umno tetap Umno seperti Umno sebelum pilihan raya umum ke-12.


Di dalam kesedihan dengan perkembangan di Perak, kita boleh menarik nafas lega kerana Umno masih enggan berubah. Hanya Gerakan, MCA dan mungkin PPP yang bersungguh-sungguh cuba mengenal pasti kenapa BN ditolak pada pilihan raya ke-12 itu. Tetapi Umno masih mengekalkan imej dan modus operandi yang membuatkan BN ditolak rakyat pada 8 Mac lepas.


Oleh itu, saya yakin selepas rampasan kuasa di Perak, kemarahan dan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN akan memuncak. Buktinya hanya pemimpin Umno yang banyak membuat ulasan tentang perkembangan di Perak tetapi tidak pemimpin BN yang lain. Seolah-olah mereka tidak mahu terlibat kerana imej yang ditonjolkan kepada rakyat adalah terlalu buruk lagi menjijikkan.


SPR yang dikritik hebat pada pilihan raya ke-12 kerana enggan melaksanakan 'calit jari' membuktikan bahawa ia kekal sebagai 'kuda tunggangan' BN. Setelah memihak kepada BN apabila enggan menerima keputusan kerajaan yang dilantik rakyat, terang dan jelas kepada rakyat bahawa SPR masih belum lagi bebas dari kongkongan BN.


Masih Berharapankah Kita Di Perak ?

Bumi seperti bergegar, langit seperti nak runtuh. Tak ada lagi bumi patik nak pijak, tak ada lagi langit patik nak junjung. Raja sebagai payung rakyat tiba-tiba bertitah seperti orang kehilangan akal untuk mengundang rakyatnya menjadi penderhaka. Benarkah Sultan Azlan Shah mengizinkan rampasan kuasa dilakukan oleh tangan yang tidak bermaruah serta mengizinkan negerinya diambil alih dengan cara sebegitu keji dan kotor? Jika demikian samalah raja itu sendiri sebenarnya tidak bermaruah, sekeji dan sekotor orang yang merampas kuasa itu. Dah nak terbalik ker dunia kita?

MB Perak Datuk Seri Mohd Nizar tidak melepaskan jawatannya. Bukan untuk menderhaka, tetapi sebagai "leader of the House" memohon untuk tidak melepaskan jawatannya. Pemimpin Pakatan Rakyat menyokong penuh pendirian Nizar.

Presiden PAS, Ustadz Abdul Hadi menyatakan kita tidak mahu diadakan secara rampasan kuasa yang tidak terhormat mengikut moral demokrasi maka perlulah diserahkan kepada rakyat dan dalam masa yang sama kita mendokong raja berperlembagaan.

Dari sudut teknikalnya, kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang.

Prof Abdul Aziz Bari dari UIA menyatakan "Sultan telah melakukan kesilapan". Beliau menerangkan tentang perlunya status 3 orang ADUN dari Behrang, Changkat Jering and Jelapang yang mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional (BN) setelah keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sebagai ahli Bebas.

Abdul Aziz menyatakan mahkamah mesti membuat keputusan sebelum satu-satu persidangan khas dewan undangan negeri boleh dijalankan untuk meluluskan undi tidak percaya ke atas MB Nizar.

Hanya selepas itu Sultan boleh menitahkan perletakan jawatan Nizar, dan memberi laluan untuk BN mengambil alih kerajaan negeri.

Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar kerajaan. Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.

Kedua Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.

Ketiga melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekiranya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan.

Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.

Dan sekalipun BN diberikan peluang berkuasa dengan cara rampasan kuasa ala mafia, sampai bilakah ia mampu bertahan?

Tetapi Sultan Azlan lebih arif mengenainya. Tak begitu?

Oleh itu UMNO jangan cepat melompat, Pakatan rakyat jangan cepat bermuram durja!



Ya Allah Selamatkanlah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak



Saya Akan Berjuang Ketitisan Darah Terakhir- Nizar

Ya Allah Selamatkanlah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak

Akhukum


28 ADUN Pakatan pulau majlis angkat sumpah - Nizar

PENYOKONG Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hadir di ceramah khas di kediaman rasmi Menteri Besar malam tadi.

IPOH: Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru hari ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Beliau berkata, kesemua mereka yang bermesyuarat petang semalam telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.


"Saya telah diarahkan untuk meletakkan jawatan dan sekiranya saya berbuat demikian bermakna secara automatik keseluruhan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meletakkan jawatan.


"Niat buruk Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan negeri berpunca daripada perasaan takut selepas kekalahan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu...pelbagai keadilan, ketelusan dan kebajikan yang telah ditunjukkan selama 10 bulan memerintah amat menakutkan mereka," katanya dalam forum khas yang diadakan di kediaman Menteri Besar di sini.


Lebih 50,000 penyokong PR berkampung di kediaman ini selepas perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak gagal kerana stadium telah dikunci.


Pada majlis yang sama, Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming berkata pimpinan tertinggi DAP menyokong 100 peratus kepimpinan Nizar.


"Kami menyokong Mohammad Nizar terus menjadi Menteri Besar Perak," katanya.


Nga turut menyelar sikap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang dikatakan bertindak biadab mengarahkan kesemua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengosongkan pejabat mereka termasuk menyerahkan kunci kenderaan milik kerajaan negeri.


"Kami sedang bermesyuarat pada pukul 3 petang dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau mengarahkan kami mengosongkan pejabat sebelum pukul 5 petang," katanya.


Lebih 50 ribu warga Perak, kini berkumpul di kediaman MB


IPOH - TERKINI: Susulan keengganan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Perak meletakan jawatan. Jam 9.30 malam ini, lebih 50 ribu penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dari pelbagai kaum memenuhi perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.


Ketika ini, ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Rakyat sedang dilangsungkan di perkarangan kediaman tersebut. Semua 28 Adun Pakatan Rakyat Perak hadir disamping beberapa pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' dato' Ghazali, Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok dan Adun-adun Pakatan Rakyat dari Selangor.


Bekalan elektrik di kediaman Menteri Besar itu dijangka akan diputuskan pada bila-bila masa sahaja bagi menghalang sebarang aktiviti diadakan oleh Pakatan Rakyat. Arahan memutuskan bekalan elektrik ini dipercayai arahan dari pihak BN, yang kinik ghairah untuk membentuk kerajaan esok.


Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kini masih berada di luar pintu masuk utama kediaman rasmi tersebut dan turut sama mendengar ceramah yang diadakan. Mereka mengawasi keadaan di sini bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diinginan dari terjadi.



walaupun diugut dan disekat oleh pihak polis, 2000 berkumpul di kediaman MB Perak

Kira-kira 2,000 orang berhimpun di kediaman rasmi menteri besar Perak, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Mereka melaungkan "reformasi", "jatuh BN" dan "hidup rakyat" sementara menunggu ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat mulai jam 10 malam ini.

Mesyuarat barisan pemimpin atasan gabungan pembangkang itu petang tadi memutuskan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.



Gambaran Terkini Di Kediaman MB










Diantara beberapa gambaran terkini sekitar kawasan luar dan didalam rumah MB Nizar.


Surat Nizar kepada Sultan Perak

Oleh Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan



MESEJ TERKINI

Mesej yang baru tiba : Telah Keluar Jemputan Majlis Angkat Sumpah tubuh Kerajaan Baru jam 3 petang esok di Istana Iskandariah Kuala Kangsar...

setiausaha Kerajaan Negeri Berkomplot Menjatuhkan dan Merampas Kerajaan dari Pakatan Rakyat...Tindakan ini menunjukan kebiadapan Najib kerana melanggar perlembagaan...Apa lagi ada pada HUKUM jika UNDANG-UNDANG juga dilanggar!!!

DS Nizar dan DS Fatimah tetap di hati

Ramai yang kecewa


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.


Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan diadakan esok.


Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bertegas tidak akan mengundurkan diri.


Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi Menteri Besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.

Sidang Media di rumah MB









DS Nizar:

- Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.

- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’. Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.

- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaikan.

- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:

- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.

- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

DS Hj.Hadi.

- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kit Siang.

- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.

- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.



Pemimpin Pakatan Rakyat akan temui Sultan

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihan raya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.


Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.


Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar.


Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini.


Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata dalam satu sidang media bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar.


Beliau juga berkata, Speaker Dun telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun Pakatan yang keluar parti. Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.


Oleh itu katanya, majoriti BN tidak sah


Hari Ini Dalam Sejarah

Tercatat sudah dalam sejarah Malaysia bahawa: Sebuah kerajaan yang sah yang telah dipilh oleh rakyat Akan (telah) dirampas,dihina dan dijatuhkan dengan cara yang amat tidak bertamadun hina lagi menjijikkan..Amat tidak wajar nasib berjuta-juta rakyat perak diperjudikan dengan satu arahan yang tidak masuk akal…

Waspada Pakatan Rakyat: 4 Unit C4 Belum Diletupkan!!




Nizar diarah kosongkan pejabat, pulangkan aset kerajaan

MENTERI Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin melambaikan tangan kepada wartawan ketika keluar dari Istana Kinta selepas mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.


KUALA LUMPUR - Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan seluruh exconya mengosongkan bilik selain memulangkan seluruh aset milik kerajaan.


Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, mengarahkan Nizar memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.


Sementara Speaker Dun, V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.


Namun dalam perkembangan terkini, Nizar dijangka tidak akan melepaskan jawatan selain disebut akan mengadap semula Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membincangkannya.


Pasukan polis dan FRU mengambil alih bangunan Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dan semua Exco meletak jawatan,

TERKINI

RASMI... Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada perasmian Model Ladang Padi Sime Darby Plantations di Ladang Tali Ayer di Bagan Serai pagi ini.

SIDANG AKHBAR BELUM START...SABAR...!!

JANGAN BERHENTI DARI BERDOA...
DAN BERSEDIA BERLAPANG DADA DENGAN SEGALA KEPUTUSAN....!!


terkini!!! Nizar sembah kepada Sultan tidak meletakkan jawatan.



IPOH, 5 Jan :- DYMM Sultan Perak dilaporkan telah menitahkan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya meletakkan jawatan sebagai MB Perak semasa mengadap DYMM Sultan sekitar jam 1.00 tadi.

Namun Nizar menyembahkan keputusan tidak mahu melepaskan jawatannya dan masih meminta laluan dari DYMM Tuanku supaya diadakan satu pilihanraya baru dengan mengembalikan kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang menjadi kerajaan.
DRS. KHALIL IDHAM LIM



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .