Ikuti Blog ini

Surat terbuka buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin



Datuk Seri,

Saya akan menulis secara ringkas dan manis. Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya.

Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, jika bagunan itu musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan [di tempat lain - penterjemah]?

Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.

Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.

Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum ala 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu.

Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.

Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang. Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

[Terjemahan bebas arifabdull terhadap Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tulisan RPK]

BN Penakut.



Saya sejak semalam banyak menerima SMS dan talipon dari teman-teman seperjuangan bertanyakan situasi terkini di Perak.

Jawapan saya untuk semua yang mengenali dan mengikuti perkembangan ini, sesungguhnya BN penakut, bacul, dan penipu dalam menghadapi krisis di Perak sekarang.

Setelah SPR, SPRM dan terkini pihak keselamatan pula diperguna akan oleh mereka untuk berhadapan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat, sekaligus artinya mereka berhadapan dengan rakyat.

UMNO dan BN sejak sekian lama tidak punya hujah untuk menghadapi Pakatan Rakyat.

Kalau benar dalam tindakan sejak awal merampas Kerajaan Perak Pakatan Rakyat kenapa semuanya itu dipergunakan.

Hujah perlu dengan hujah, musuh kami bukan pasukan keselamatan dan sebagainya, musuh kami adalah kamu wahai BN dan UMNO.

Jangan salah gunakan harta rakyat, menutup dan mengepung Bangunan Perak Darul Ridzuan bererti musnahlah sistem demokrasi dan hak kebebasan warganegara dalam negara yang telah merdeka 50 tahun lebih.

Tunggu Tindakan kami seterusnya....

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Abdullah Antong, tugas di Gantong !




IPOH : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengumumkan mengantung Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha Dewan Negeri Perak dan mengantikannya dengan Setiausaha Politik Kepada YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki bagi melaksanakan kerja SU Dewan dalam Sidang DUN Tergempar pada esok hari.

Kenyataan itu diumumkan dalam sidang akhbar sebentar tadi di sini.

Sekatan Polis dan FRU dihadapan Bangunan MB Perak


6.25pm:
Police roadblocks have been erected along the main road leading to the state secretariat in Ipoh.

Four Federal Reserve Unit trucks are on standby behind the secretariat.

Sekatan Polis telah diadakan di sepanjang jalan utama (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) dan ke Bangunan SUK, Ipoh.
Terkini, kelihatan 4 unit trak FRU dalam arahan 'standby' telah pun berada di sekitar bangunan tersebut.

Polis kata sidang DUN esok tak SAH????Macam mana boleh jadi macam tu???Apa kuasa POLIS???

SURAT tanpa TANDATANGAN???Abis sapa yang keluarkan ARAHAN???? Kerana TAKUT maka SI PEMBUAT ARAHAN tu TAKUT nak TANDATANGAN ke????

BACULNYA!!!!!!

Terkini!!! Setiausaha arah pintu DUN Perak ditutup Esok.

http://buletinonline.net/images/berita/perakdarulridzuandtutup.jpg

Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

perak state assembly building closed on 3rd march 2009 notice 020309Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.


Jika ditutup, itu bermakna dihalang, ditegah, tidak dibenarkan masuk, jika ada yang masuk, kemasukan itu adalah HARAM ! Usaha mengagalkan Sidang DUN Tergempar oleh siapa ?

Dato seri Nizar ketika diminta mengulas berkata,beliau dan barisan Exco akan tetap hadir ke Banggunan SUK dimana tempat Persidangan Dun Dewan Undangan Negeri akan diadakan.

Lucu dan kartun, Speaker pula dipersalahkan BN.

Exco Kerajaan Kudeta Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan salah laku dan tidak menghormati Sultan Perak.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Tindakan lucu dan kartun itu diambil sehari sebelum sidang tergempar DUN dijadualkan berlangsung esok.

BNlah punca kemelut yang berlaku di Perak sekarang, nampak sangat tembelang mereka sekarang ini, mereka yang mula langgar perlembagaan kami pula yang disalahkan.

Kalau bercakap mengenai undang-undang dan sebagainya, BN lah yang menjadi pelopor kepada pelanggaran semua itu tanpa batas. Amatlah lucu Pakatan Rakyat dan Speaker yang dipersalahkan.

Sangat malang semuanya hendak dikaitkan kepada menghormati Sultan dalam keadaan yang tersepit dan tidak ada alasan lain.

Zahir berkata, notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan Haram negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak.

"Kita sebagai ADUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

Zahir berkata, mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.

Pada 18 Februari lalu, Zambry digantung oleh Speaker serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan.

Minggu lalu pula Sivakumar memanggil untuk diadakan sidang tergempar DUN, yang dijadualkan esok.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM



NOTIS...
Exco Haram Perak, Mohd. Zahir Abdul Kadir (kiri) dan peguamnnya menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kepada Setiausaha Politiknya, A. Basu (kanan).

Sivakumar : Sidang Tergempar ikut undang-undang

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar akan meneruskan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak pada Selasa 3 Mac ini walaupun Setiausaha dewan, Abdullah Antong menyatakan tindakan Sivakumar itu menyalahi perlembagaan undang tubuh negeri Perak.

Peguam-peguam Sivakumar berkata sidang tergempar DUN Perak akan diteruskan mengikut sebagaimana yang dirancangkan pada Selasa 3 Mac ini kerana ianya adalah sah dibawah perlembagaan negeri Perak dan menurut sebagaimana yang diamal parlimen negera-negara komonwel

Walau bagaimana pun, Abdullah Antong berkata , sidang tergempar tersebut tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan pihak Istana .

Kelmarin, Najib Abdul Razak berkata, Sivakumar tidak boleh memanggil sidang dewan kerana menantikan Mahkamah membuat keputusan tentang status kerajaan negeri sekarang.

Menurut peguam Sivakumar, Chan Kok Keong dan Augustine Anthony , sidang dewan telah ditangguhkan pada November lalu dan pada yang demikian itu, Speaker mempunyai kuasa untuk meneruskan semula satu persidangan yang baru.

" Walau bagaimana pun, sekiranya Yang Kebawah Duli Tuanku menggantung atau membubarkan Dewan Undangan Negeri ke-12, maka , Yang Dipertua Dewan perlu mendapatkan perkenan kebawah Duli Sultan untuk mengadakan persidangan Dewan Negeri ke-13.

Chan berkata, yang demikian adalah jelas bahawa, Sivakumar mempunyai hak sebagai Speaker Dewan dibawah Seksyen 90 , Standing Orders Perlembagaan Negeri Perak untuk memanggil persidangan dewan tanpa perlu merujuk kepada kebawah Duli Sultan Perak.

Kenyatan Chan tersebut turut diperkuatkan lagi oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang menghantarkan 7 muka surat ‘fax’ untuk edaran kepada pihak media yang memuatkan kenyataan :

“Adalah mudah dan jelas bahawa Speaker yang dilantik bagi Dewan Parlimen British , Dewan Rakyat, mempunyai budi bicaranya sendiri untuk memanggil semula persidangan dewan yang sedang dalam penangguhan .



HI-TEA MESRA DAN DIALOG





HI-TEA MESRA DAN DIALOG

Pada Ahad, 1 Mac 2009 lepas telah berlansung satu program anjuran Ikatan Anak-Anak Perak Diperantauan (IKAPP) iaitu ’Hi-Tea Mesra Dan Dialog’ di Dewan PKPS, Shah Alam. Tetamu kehormat yang hadir antaranya, Ust. Hj. Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak), Ust. Misbahul Munir Masduki (Setpol MB Nizar), YB. Hj. Husam Musa (Naib Presiden PAS), YB. Dr. Lolo’ Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa), Mejar (B) Hj. Abd. Rashid Hassan Basri (bekas calon PAS Parlimen Setiawangsa-2004), dan Ust. Idris Ahmad (bakal calon PAS-P59 Bukit Gantang?).

Turut kelihatan hadir antaranya, YB. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Ust. Yazid Jaafar (Pak Yazid). YAB Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Sah Perak) yang sepatutnya hadir sebagai tetamu utama bagaimanapun tidak dapat hadir kerana ibu mertua beliau, Hjh. Azizah baru sahaja kembali kerahmatullah pada malam-Sabtu 28 Febuari ketika Dato’ Seri Nizar dan YB Hj. Husam Musa sedang berceramah di Pokok Sena, Kedah. Jenazah selamat disemadikan kira-kira pukul 1 tengahari Ahad-1 Mac 2009 di Tapah, Perak. Takziah diucapkan kepada Dato’ Seri Nizar dan keluarga.

Namun kehampaan hadirin yang dianggarkan kira-kira lebih 1000 orang yang rata-rata mahu bertemu dan mendengar amanat dari Dato’ Seri Nizar, ’terubat’ apabila Ust. Misbahul Munir memancarkan secara ’live’ menerusi ’handphone’ beliau, ucapan Dato’ Seri Nizar dari Tapah. Ucapan selama kira-kira 10 minit itu jelas mengambarkan akan keyakinan dan iltizam Dato’ Seri Nizar serta barisan kerajaan sah Pakatan Rakyat Perak untuk terus berjuang mempertahankan dan menegakkan kebenaran yang sengaja diputar-belit oleh pihak BN melalui media-media tungangan mereka untuk mengelirukan rakyat.

Ust. Misbahul Munir dalam ucapanya turut menyatakan bahawa, pada 3 Mac ini Sidang Dewan Undangan Negeri Perak tetap akan diadakan mengikut perancangan biarpun menyedari halangan yang bakal dihadapi. Namun, mengikut apa yang dikhabarkan oleh beliau, perancangan dan tindakan susulan telah disediakan jika terdapat halangan dari mana-mana pihak. Bagaimana bentuk perancangan dan tindakan itu, dirahsiakan. Kita tunggu saja 3 Mac nanti.

Terdahulu, majlis bermula pada pukul 3 petang dengan menjamu selera, disulami dengan tayangan video berkaitan krisis di Perak. Kira-kira pukul 4 petang majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh seorang pelajar kecil, adik Ahmad Atir berusia 6 tahun.

Bagi anak-anak Perak yang berada di perantauan, IKAPP mempelawa anda untuk mendaftar sebagai ahli Ikatan Anak-Anak Perak Diperantauan. Antara objektif utama :

-Penyebaran Maklumat Semasa.
-Perkongsian Usaha Membantu Kerajaan (Sah) Perak.
-Memastikan Anak-Anak Perak Yang Menjadi Pengundi Di Perak Pulang Untuk Mengundi.
-Mengeratkan Ukhwah Antara Anak-Anak Perak Di Perantauan.

Sila mendaftar secara online dengan menghantar sms seperti berikut:

ANAK PERAK#nama#IC#Alamat#Parlimen Mengundi dan hantar ke :

013-222 6018
Contoh :

ANAK PERAK#Muhammad Bin Ali#740204085367#No 9, Jalan SG 10/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor#Kuala Kangsar

Bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, T-shirt berwarna hitam bertulis KEMBALIKAN HAK RAKYAT – BUBAR DUN turut dijual. Majlis berakhir lebih kurang pukul 5.30 petang.


BN semakin pening.

Semalam DS Najib kata sidang tergempar DUN Perak tak boleh diteruskan kerana mahkamah belum buat keputusan samada perlantikan Zambery sebagai MB sah ataupun idak.

Hari ni lain pulak ceritanya...sidang tidak sah sebab tak dapat perkenan Sultan.

Semalam guna mahkamah...hari ni nak guna nama Sultan pulak. Yang mana satu yob?

Setiausaha DUN Perakpun sibuklah tak tentu pasal. Sepatutnya kerja dia ikut arahan speaker..

Dengor cerita Zambery nak ke mahkamah hari ni untuk dapatkan injunction bagi menghalang sidang tergempar tersebut.

Alahai...bubar ajelah DUN tu.. habis cerita yob. Apalah pening2?..

Pagi ini rakan media memaklumkan kepada saya satu injuksi di mahkamah akan dilakukan oleh BN bagi menghalang Sidang DUN Tergempar yang akan diadakan esok.

Kalau benar berita ini bererti BN sudah dalam keadaan tersepit dan terdesak. Mereka menyedari segala tindakan yang dilakukan untuk menghalang sidang DUN itu tidak akan berjaya.

Walaupun mereka berjaya mengkambing hitamkan SU Dewan, mereka juga menyedari Speaker boleh melantik SU yang baru bagi menjalankan tugas tersebut.

Mencabar di mahkamah adalah lucu seperti kata Tun Dr. Mahadhir. demikianlah lucunya jika berlaku usaha untuk menghalang Sidang DUN Tergempar Perak.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Ahmad Said Terus Mendedahkan Siapa Dirinya Sebenar?

NAMPAK marah sungguh ketua SPRM, Ahmad Said Hamdan dengan anugerah lembu oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) atas kesungguhanya menyiasat aduan mengenai lembu korban terhadap MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Kata Ahmad Said perbuatan AMK itu menghina pegawai kerajaan dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Ahmad Said juga mempertikaikan tindakan AMK itu tidak profesional kerana menganugerahkan lembu berkenaan.

Ahmad Said juga mempertahankan tindakannya yang membuat kenyataan terbuka berhubung siasatan ke atas Khalid dan mendedahkan pihak SPRM kononnya ada bukti kukuh untuk mengheret Khalid ke mahkamah.

Saya percaya AKM dan orang ramai menghormati tugas SPRM kerana ia bertujuan membenteraskan rasuah. Bila ada laporan mereka kena siasat tidak kira siapa individu berkenaan. Jadi berhubung masalah ini tidak ada maksud hendak membantah siasatan berkenaan.

Tetapi apa yang dibantah oleh AMK dan disokong oleh orang ramai ialah apabila Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya beliau didedahkan.

Jikalau Ahmad Said tidak membuat kenyataan yang dilihat cenderong untuk memberi 'mata' kepada pihak lain tindakan SPRM itu tidak akan dipersoalkan, malahan ia akan dipuji. Lembu itu juga tidak menjadi mangsa politik dan terpaksa dibawah lori untuk meziarahi pejabat SPRM Selangor. Namun kerana sikap tidak profesional Ahmad Said itu maka lembu pun ikut sama susah.

Sebelum ini sudah berapa banyak SPRM atau BPR membuat siasatan ke atas orang politik termasuk pemimpin baik pembangkang atau kerajaan. Tetapi kenapa tidak ada bantahan terbuka seperti itu sebelum ini jawabnya kerana SPRM atau BPR menjaga etika mereka. Ketua pengarahnya sebelum ini tidak menampakkan mereka cenderong kepada mana-mana pihak dan masih bersikap adil!

Apa yang berlaku ke atas Ahmad Said ialah kerana kesalahan dirinya sendiri. Kerana sikap tidak profesional dan terdapat unsur bodek dalam kenyataan berkenaan. Maka beliau kena tanggung dan mengambil tanggungjawabnya dan jangan mengheret isu ini kepada pegawai-pegawai SPRM lain yang ikhlas, jujur dan telus. Masih banyak pegawai SPRM yang berkhidmat dengan penuh semangat berpandukan kepada cogankata perkhidmatan suruhanjaya berkenaan.

Sekali lagi bila beliau mengulas mengenai isu anugerah lembu itu dan membuat laporan polis berhubung anugerah lembu itu menggambarkan kedangkalan Ahmad Said sebagai ketua SPRM.
Beliau nampaknya emosi dan tidak dapat menahan diri daripada mengikut rentak gendang yang dipalu oleh budak-budak AMK. Apakah orang seperti itu yang rapuh kesopanan dan menjaga wibawa sebagai ketua kepada sebuah susuhanjaya sepenting itu masih layak untuk berada di tempat itu?

Kalau beliau ada maruah Ahmad Said sepatutnya telah meninggalkan jawatan itu. Anugerah lembu itu cukup memalukan dan menunjukkan betapa tahap profesional beliau mengenadalikana SPRM lebih kurang lembu saja.

Saya percaya selepas ini banyak lagi lembu atau haiwan-hawain lain yang tidak sepatutnya dikirimkan kpada SPRM sebagai menggambarkan hakikat sebenarnya SPRM yang diketuai oleh Ahmad Said itu akan terus dihantar kepada SPRM. - Msomelayu

* Jika orang ramai sudah tidak yakin dengan kepimpinan SPRM, eloklah pengerusi SPRM meletak jawatan ...


Sidang Tergempar DUN Perak Tetap Akan Diadakan Selasa Ini

http://buletinonline.net/images/berita/krisisperak.jpg

Speaker Dewan Undang Negeri Perak V.Sivakumar, dalam kenyataan terbarunya pada sidang media jam 7.00 malam semalam menegaskan panggilan mengadakan Sidang DUN Tergempar yang dibuatnya adalah sah dan mengikut undang-undang.


Beliau berkata Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa tafsiran mengenai peraturan DUN (Standing Order)

“Tugas Setiausaha DUN adalah menurut arahan Speaker DUN,”kata Sivakumar.

Beliau membacakan peruntukan 89 (Standing Order 89) yang menyatakan bahawa penafsiran yang dibuat oleh Speaker adalah muktamad.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi menyatakan Sidang DUN Tergempar tersebut akan tetap diadakan Selasa ini.

Beliau yang juga seorang pengamal Undang-undang, dihubungi Buletinonline melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab “Ya, sebagaimana hari ini” dalam respon pertanyaan yang dikemukakan, adakah Sidang DUN Tergempar Selasa ini tetap di adakan.


Pegawai Khas Exco Ugama dan Pendidikan Ngeri Perak, Ustaz Norazli Musa mengatakan Sidang DUN Tergempar pasti akan diadakan.
http://buletinonline.net/images/berita/asmuninizarazli.JPG

Menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Perak, tidak ada kuasa melalui peruntukan undang-udang tubuh negeri Perak yang boleh menghalang Speaker DUN memanggil sidang tersebut.


Beliau yang dihubungi sebentar, mengulangi pendirian Pakatan Rakyat Negeri Perak sebagaimana yang di huraikan dalam majlis penerangannya di Geliga, Kemaman pada minggu lalu
. (Gambar kanan dari kiri - Asmuni, Nizar dan Norazli)



Berita Sebelum Ini - Speaker Lawan Setiausaha DUN Perak - Abdullah Antong Sabri, Seorang Penyokong Kuat UMNO

Kemaskini jam 8.30 malam
- Peguam Sivakumar menyatakan hari ini Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan sebagaimana Jadual, Selasa ini, kerana ia menepati peruntukan sebagai terkandung dibawah undang-undang tubuh kerajaan Perak dan selari dengan amalan parlimen yang dilaksanakan di negera-negara commonwealth.

Bagaimanapun, Setiausaha DUN Perak, Antong berkata panggilan sidang tergempar tersebut tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.


Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dipanggil Speaker, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat, tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kerajaan negeri.

Kedua-dua peguam Sivakumar Chan Kok Keong and Augustine Anthony memberitahu media DUN Perak telah ditangguhkan sine die (tiada tarikh tetap) sejak November lalu, oleh itu Speaker mempunyai kuasa memanggil sidang tersebut.

“Walau bagaimana pun, sekiranya Sultan Perak menggantung (prorogued) atau membubarkan Sidang DUN Ke 12, barulah Speaker perlu mendapat perkenan Sultan untuk memanggil sidang ke 13,”kata Chan.


Chan juga menambah, Sivakumar mempunyai kuasa sebagai speaker DUN dibawah Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.

Chan juga menambah, Sivakumar mempunyai kuasa sebagai speaker DUN dibawah Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.

Kenyataan Chan di perkukuhkan oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang pada hari ini menghantar kenyataan tujuh muka kepada pihak media menyatakan :

“ It is thus plain and obvious that the Speaker in the elected House of the British Parliament, the House of Commons, has the discretion to recall the House during an adjournment, which is factually a different category from prorogation.

"Thus the Speaker of the Perak Legislative Assembly is entitled under Standing Order 90 to 'have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice', in this case, the settled practice in the House of Commons, as to his own power to convene a sitting of the Assembly during adjournment."


Standing Order 90 states: All matters not specifically provided in these Standing Orders and all questions relating to the detailed working of these Standing Orders, as Mr Speaker may from time to time direct; and in giving any such direction Mr Speaker shall have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice so far as such usages can be applied to the proceeding of the Assembly.


Pada Jumaat lalu, Sivakumar memanggil Sidang Tergempar DUN Perak, dengan menggunakan peruntukan peraturan dewan (standing order) 8 dan 11, supaya DUN boleh membuat undian atas dua usul yang telah diterima.


ADUN Titi Serong, Dr Khalid Idham Lim Abdullah dan ADUN Teja Chang Lih Kang telah mengemukakan usul berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak.

Pengerusi DAP Perak Dato’ Ngeh Koo Ham berkata dua usul tersebut antaranya berkaitan pembubaran DUN Perak dan usul menyokong Dato’ Seri Nizar jamaludin sebagai Menteri Besar Perak.


Ajar BN-Umno di peti undi - Sasterawan Negara

KUALA LUMPUR -Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.


Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.


Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.


"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.


"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.


Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.


Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.


"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.


"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya.


Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.


Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.


"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.


"Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.


"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.


Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.


"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.


"Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.


Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat.


Nizar Jelaskan Perkembangan di hadapan Rakyat Kedah




Pokok Sena 28 Feb- Hampir 20,000 membanjiri perkarangan KOMPLEK PAS POKOK SENA, Jln Langgar, Alor Setar semalam, sempena Program CERAMAH PERDANA & PENUTUP EKSPO PERTANIAN DAN PRODUK HALAL 2009.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena Merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Hj. Mahfuz Omar yang menerangkan keadaan politik semasa Kedah yang mana telah terjadi satu tohmahan kepada salah seorang dari Exco Kerajaan Negeri Kedah Sekarang, menurut beliau hal yang dikatakan pihak tertentu adalah semata-mata polemik politik semata-mata.

Ceramah selepas itu diteruskan lagi dengan penjelasan politik semasa negeri Perak oleh Menteri Besar Perak yang sah disisi undang-undang serta perlembagaan itu YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin yang mana beliau menerangkan pada hadirin bahawa beliau menyanjung tinggi insitusi diraja Perak.

Pada majlis tersebut juga sisaksikan para hadirin penyerahan borang keahlian Pas oleh bekas penyokong UMNO kawasan Pokok Sena, yang mana wakil dari 182 orang ahli baru terbabit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa.

Ceramah diakhiri oleh Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa yang menyentuh perihal yang berlaku dengan fenomena politik semasa Negara sekarang.



Sekitar Majlis Pengkebumian Ibunda Mertua Dato Seri Nizar dan Ibunda Datin Seri fatimah Taat

Awal tengahari hari tadi berlangsung upacara pengkebumian Bonda kepada Datin Seri Fatimah Taat dan Ibu Mertua kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam (28hb. Februari, 2009) di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Datuk, Tapah, Perak Darul Ridzuan.

Jenazah dibawa ke Masjid Tapah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11:15 pagi dan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah mengimamkan solat jenazah.


Kelihatan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan, penyokong-penyokong dan teman-teman seperjuangan hadir untuk memberi penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah atas pemergian Allahyarhamah.

Antara yang hadir ialah Mustafa Ali, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Zul, Saudara Idham Lim, Ustaz Norazli dan Saudara Misbahul Munir.



Pasangan yang tabah, YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah Taat.



YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar mengimamkan solat jenazah.



Mengamimkan doa selepas solat jenazah.



Ketika jenazah sedang diturunkan kedalam liang lahad.



Menyempurnakan bacaan talkin.



Penghormatan terakhir.



Jenazah Allahyarhamah disemadikan disebelah pusara suaminya Taat bin Haji Abdul Rahman yang terlebih dahulu meninggalkan mereka pada 4hb. November, 1974.

Al-Fatihah...


PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan menteri besar kudeta untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama.

Katanya, PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri besar kudeta dan ketua penerangan kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Canning itu berkata PAC mempersoal pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (penasihat hal ehwal masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz sebagai penasihat hal ehwal agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai ketua penerangan kerajaan Perak.

Beliau berkata pelantikan itu dianggap luar biasa dan membabitkan penggunaan sejumlah wang yang besar kerana ia memerlukan pembayaran gaji atau elaun tertentu yang sememangnya menggunakan wang kerajaan negeri.

PAC perlukan penjelasan

"Oleh itu, timbul persoalan yang memerlukan penjelasan daripada pihak berkenaan iaitu apakah dasar undang-undang yang diguna dalam pelantikan itu, rasional dan tujuan pelantikan serta emolumen yang dibayar termasuk gaji, elaun dan kemudahan lain yang disediakan," katanya.

Wong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Perak dan Setiausaha kelab penyokong Kerajaan pakatan Rakyat Perak berkata PAC turut mempersoal manfaat daripada pelantikan itu kerana dua daripada mereka iaitu Chang dan Veerasingam bukan Adun, manakala kelayakan dua wakil rakyat iaitu Mohd Najmuddin dan Hamdi sebagai anggota pentadbiran negeri adalah diragui.

"PAC juga akan menuntut penjelasan berhubung kedudukan Zambry dan Mohammad Nizar sebagai menteri besar serta barisan exco masing-masing pada mesyuarat khas itu," katanya.

Beliau berkata dalam keadaan krisis politik sekarang PAC perlu mengambil berat dan memastikan barisan exco mana harus dibayar gaji dan elaun serta kemudahan lain seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Wong berkata jika keadaan memerlukan, PAC juga akan memanggil Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang sama.

"Notis pemberitahuan berhubung mesyuarat itu akan dikeluarkan Setiausaha PAC yang juga bertindak sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri," katanya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .